Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, October 6, 2011

Tentang kita






Baru-baru ni, tayar dan rim kete DrSinga dah kene cilok. Pencuri panjat pagar, amik tayar dan cabut.

Pastu terbaca pulak dalam blog Mazidul pasal beg wartawan TV3 kenarembat waktu dia tengah sujud. Abis kunci kereta dan segala barang dalam beg tu dibawak lari. Sudahnya dia kene pegi buat repot kat balai polis pakai telekung.

And then tak lama dulu ada cerita kat blog pasal tong gas Cik Ina DodoCheng kene curik. Pencuri masuk dapur dan larikan tong gas. 2 tong sekaligus!

Kemudian Backpackerbusuk pulak citer, dia gi jalan-jalan kat Indon, bila jumpa orang senegara, h*r*m secalit senyum pun takde.

Budak sekolah agama, tahfiz, budak universiti dan kolej Islam dah mula terang soksek pasal benda-benda tak elok yang serius yang diorang buat. Itu yang institusi agama. Agak-agak kalau institusi yang takde nama 'agama' cemana pulak isi dalamnya ek?

Budak-budak muda pompuan zaman sekarang mula gelakkan kawan-kawan sebaya yang takde boyfriend atau yang masih dara.

Pastu ada baby (banyak baby sebenarnya) kene campak sesuka hati je sekarang, kat mana-mana pun boleh jumpa baby kene buang. Macam buang sampah sarap saja.

Di Malaysia, Melayu adalah yang paling ramai. Orang cakap, Melayu itu Islam. Sebab tu ada yang pelik tengok Melayu yang berpakaian tak macam orang Islam. Tapi hakikatnya Melayu itu cuma bangsa. Bangsa dan agama bukan kembar siam. Cuba sedar berapa ramai Melayu yang dah bukan Islam sekarang...itu fakta.

Tapi bila orang Cina atau India bagi salam, Melayu takut nak jawab. Takut orang kafir. Padahal orang tu dah peluk Islam bertahun dulu dan hafazan ayat lazimnya lebih baik dari sesetengah Melayu Islam.

Hantu dan jin ditakuti, mungkin akan menyesatkan dan memesongkan akidah. Pernah dengar hantu atau jin ajak keluar dari Islam?

Kita jalan-jalan cari makan dalam negara sendiri. Tapi yang peliknya dalam negara sendiri inilah tempat makan yang halalan thoyyiban punya susah nak jumpa.

Kalau dapat jemputan makan kat open house ke atau memana buffet, seboleh-bolehnya kita nak makan semua sampai end up menimbun kat pinggan, mengalahkan orang Somalia yang kebuluran.

Bab makan lagi. Daging lembu dari Australia (misalnya) bukan main takut nak sentuh, takut proses sembelihannya tak betul, jadi takut tak halal, sedangkan bila tengok sendiri kat kilang proses daging di sana, kita akan rasa malu malah mungkin geli nak makan daging yang disembelih di rumah sembelihan negara kita.

*

Di saat kita masih rasa kitalah masyarakat yang baik budi pekerti, berbudi bahasa, mesra, sopan santun. Kita rasa kita bagus dan cukup dari segi keislaman kita, ilmu agama dan ulama lulusan universiti Timur Tengah yang ada. 

Rasa serba cukup itu yang membuat kita jatuh. Kita melenting bila ditegur. Kita naik angin kalau bangsa dan agama dicerca, tapi cara kita tu adakah kena? 

*

Itu baru sedikit kisah tentang kita. Yang GB nak cerita ada banyak lagi. Atau kawan-kawan ada cerita nak share? Boleh taruk kat kotak komen pastu esok-esok kita sambung lagi dengan lebih mendalam.

P/S: Ini semua berdasarkan pemerhatian rambang GB. GB kecewa. Ke ada kawan-kawan yang kecewa? Maaf lah, GB tak reti tulis cerita jiwang lah. Heheh~




65 comments:

  1. saya suka sangat entry nihh... TERBAEKKKK lah GB

    ReplyDelete
  2. eh..saya sokong sangat bab makan tu..kan elok klu makan berpada2 je..=]

    ReplyDelete
  3. hmmmmm...
    menariknya bila dihuraikan satu persatu.. sebabnya selama ini kita pernah dengar tapi tak pernah nak faham betul2...
    Jom kita kupas..kupaskan lagi...
    Thank U gB....

    ReplyDelete
  4. GB mcam guru besorrr heheheh ..


    entry menarik ..... perlu sama2 kita fikirkan

    ReplyDelete
  5. Betul segala yang gB coretkan itu. Banyak lagi yang boleh dihuraikan sepenuhnya. Boleh jadi hikayat 2002 malam!

    ReplyDelete
  6. Yeay! komen dari rumah boleh masuk la... :)

    ReplyDelete
  7. tang tulang tu menarik..hehe

    sebanranya IS geram ngan budak2 sekolah Imanshah yg tak suka bg salam bila jumpa ngan cg dia,,geram..

    ReplyDelete
  8. apa yang GB kata tu ada betulnya.. tu motif tunjuk gambar makanan dah abes tu nak uat kita jeles la tu.. adeh.. lapar la plak.. -__-

    ReplyDelete
  9. entry menarik dan terbaikk!!!


    ~sedih sgt dengan kisah semalam : ibu campak bayi dari tingkap ke longkang...

    ReplyDelete
  10. semua diatas adalah
    good pointsss....
    XD

    ReplyDelete
  11. akk paling sedih kalo denga org campak bayi..campak dlm longkang..dalam sungai..aduhh, kesian...sedihh :(

    ReplyDelete
  12. 'tentang kita' ini boleh jadi hikayat 1001 malam..takkan abis.

    ReplyDelete
  13. pergh!!memang best entry ni.best yang buat sedih...sedih sebab terkait dengan"melayu islam"

    maaflah kalau terlebih.."orang melayu terlalu cepat melatah,walau perkara kecil.Dan yang lebih sedih,diri sendiri yang menjadikan diri melatah tanpa sedar"

    paham? paham? paham?
    kalau paham bagus..kalau tak paham jangan tanya...heee

    ReplyDelete
  14. Entah la.. Moga kita tidak tergolong di dalam apa yang diperkatakan itu. Jika ada, haruslah sedar dan memperbaikinya dari sekarang..

    Susah untuk dihuraikan kerana akak sendiri tak pandai... Takut nanti mengata dulang paku serpih, mengata orang, akak yang lebih... huhu...

    ReplyDelete
  15. Saya rasa, semakin ramai orang kita TIDAK TAHU BERSYUKUR!

    ReplyDelete
  16. kawe pun pelik aaaa....kenapa kita sebagai negara islam tak mampu bekal makanan ke arab saudi skala besau...sedangkan australia, new zealand dan baru2 ni brazil dapat membekal makanan halal kepada arab....sistem halal mereka lebih efektif dan meyakinkan...pada hal mereka bukan negara islam...

    ReplyDelete
  17. nak menambahkan lagi kekecewaan awak, silalah baca entri ibu intan yang terbaru di sini ..

    http://impianaintan.blogspot.com/2011/10/pagi-yang-dingin-tapi-panas.html

    ReplyDelete
  18. bila baca entry GB..
    semakin kagum dengan kamu

    tapi kan dik. kak yang baca paper dan layan berita hari2 pun dah jadi seram..
    depa lupa hari pembalasan ker????

    ReplyDelete
  19. terbaru kes baby dibuang dari tingkat dua flet.kejam ah...

    ReplyDelete
  20. panjang n3 GB, tp akak baca satu persatu. bagus.

    paling geram tgk gambar tulang tu.. kalau akak dah licin. abis tulang tu akak kunyah..

    ok serius - kes buang bayi.. sgt sedih dan geram. bila undang2 nak buat hukum gantung pada yang buang tu?

    Kes remaja sekarang yang bangga tak de dara.. tu lagi satu. dah ikut barat. mak bapak diaorang akan desak anak-anak yang masih dara dan tak de boyfriend supaya cepat-cepat TUTTT...

    Pasal islam.. akak pernah ternampak student IPTA bawak kereta yang belakangnya ada byk signage JESUS.. dalam kereta tu semua bertudung.. akak pelik lalu amik gambar. biar mereka siasat. kok ye pun kereta pinjam atau sewa, mereka perlu peka.. orang dibelakang kereta anda memerhatikan semua tu. lebih2 lagi orang bukan islam nampak, mesti senyum lebar..

    sekian. cerita panjang lebar akak.

    ReplyDelete
  21. ramai juga orang baik, tapi jarang disebut... biasa la cerita buruk² lagi sedap direncah

    ReplyDelete
  22. ye skrg bayi bersepah2 kene buang kan.manusia ni, hati dah bertukar jadi hati kambing ke apa. eh kambing pon tau syg anak. tak pasal2 marah kat kambing plak. huhu tapi takpe saya x makan kambing.kihkihkih

    ReplyDelete
  23. meh blaja ngan zie jadik jiwang2..hehehe


    ari2 ade kes baby dumping...apa agak rase mak budak tu kita buang dlm perigi jugak? kesiannnnn baby..:(

    ReplyDelete
  24. GB..memang raa tak selamat dtempat senidir sekarang ni..
    terima kasih..GB jugak prihatin..ketengahkan isu ni..
    dan lagi satu..tak tak tunjuk tulang je..sape yang makan tu ye..

    ReplyDelete
  25. mari bergerak secara kolektif utk tangani masalah ni

    juga yg pntg apa2 pun kembali kpd islam yg hakiki

    :-)

    mari sama2 muhasabah diri :-)

    ReplyDelete
  26. ahaaa... nak sebut pasal penyembelihan halal. kalau orang yahudi, proses penyembelihan mesti disaksikan oleh rabi kalo tak silap. untuk mengesahkan 'kosher'. kalau kat malaysia, orang pantau tak? i mean, EVERYDAY. (ini adalah pertanyaan :D)

    bab2 buang bayi pulak, sebab diorang tak takut buat dosa. hukuman tak cukup setimpal. yela, balasan kat akhirat diorang mana nak fikir, akal singkat. selebihnya terpulang pada diri masing2 berkenaan hukuman setimpal kat dunia :)

    owh, kak fidde pernah rasa geram tak dengan org suka suki parking kat bahu jalan sampai susahkan kita nak keluar dari parking padahal parking berlambak lagi? saya rasa orang tu kalo boleh nak parking dalam kedai terus :D

    ReplyDelete
  27. GB

    its good entry :-)

    saya paling benci org msia yg suka parking sesuka hati..guna lane SmartTag..tp touchngo takde duit..menyusahkan org..

    bab org msia yang suka berlagak lagi x leh tahan..

    balik makan sambal belacan...kat opis berlagak x habis ttg TGIF..wth!!

    ReplyDelete
  28. Entry yang great! Akak suka. Nak tambah perencah sikit, boleh? Itu kita belum lihat aspek muda mudi yang ketepikan orang tua. Anak abaikan ibu bapa. Haruan makan anak. Lepas tu, nak sentuh bab politik lagilah tak boleh. Semua pendapat politik dalam negara nie salah dan betul. Rakyat jadi konpius. Unsur tradisional bangsa pula semakin jadi jenaka. Ok..akak dah melebih2..hehehhe. Sorry tuan tanah. But I LOVEEE this entry.

    ReplyDelete
  29. ini entri yang menyedarkan.

    dan aku baca satu satu, tak tinggal satu perkataan pun, dan takde skip skip.

    ReplyDelete
  30. smpai tahap jat lagi suka duduk rumah je.drpd jalan2 tgk gelagat manusia yg pelbagai.

    ReplyDelete
  31. baca entri ni sambil angguk2! semua point sgt tepat!!

    ReplyDelete
  32. gue setuju banget sih....

    emang kayaknya begitu, segalanya bener deh...

    ReplyDelete
  33. Selalunya melayu je nak orang faham pasal adat melayu...

    Kita tak pon bersusah payah nak faham pasal adat orang lain....

    Lepas tu marah marah!

    ReplyDelete
  34. sedih :(

    mcm peribahasa karam sign walia.."tahi org di padang kita nmpak, tp tahi hidung sendiri kita tidak nmpk." huhuhuhu

    ReplyDelete
  35. malu. malu dgn diri sendiri yg lalai. malu dgn umat islam yang alpa. malu dgn Allah kerana taksub dgn fana. Nauzubillahiminzalik.

    p/s: memerhati. such a unique way of interpreting. (:

    ReplyDelete
  36. kalau nak dikupas satu persatu, rasanya 10 entri pun tak cukup GB
    ;))

    ReplyDelete
  37. macam sesuai je dengan gambar tu

    ReplyDelete
  38. setuju sngt dgn GB...

    Melayu mmg ramai yg kafir..agama islam hanya pada IC...

    org kita juga terlalu banyak hiburan..terlalu banyak ketawa....

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah, rahmat pengalaman & umur telah membuka semua rahsia ini.
    Ini baru secebis cerita benar tentang Melayu; juga tentang mereka yang mengaku/dipercayai Islam.
    Rekod dunia: Malaysia sajalah negara yang mengiktirafkan identiti bangsa sebagai asas pengenalan agama Islam rakyatnya!

    ReplyDelete
  40. lepas tu suka sangat cakap pengaruh barat la yahudi la apa la. padahal yang tak kena tu diri sendiri. haiya.

    ReplyDelete
  41. bila yang haram sudah di halalkan jadi macam nilah.selalu sanagt org kita asyik nak mempertikaikan itu ini sebelum kaji selidik betul.tapi tak sedar ada kesilapan sendiri yang di sembunyikan.

    ReplyDelete
  42. dunia akhir zaman.. bukan kata GB.. MJ yg brada dlm kepimpinan organisasi dakwah dekat sekolah pun takut..

    mananya dgn diri kita..diri org lg..nak betulkn org tp bimbang..kita pun x kena jgak.. :(

    kdg2..terlalu sedih memikirkan yg ISLAM di MY semakin lama semakin jauh dr ISLAM itu sendiri..

    nk slahkan siapa??

    kdag2..rasa mcm nak slahkan semua org..

    kerajaan dgn cara mereka.. ibu bapa dgn cara mereka.. kwn2..anak2 muda dgn cara mereka.. diri sniri pun x ada keimanan yg teguh..

    entahlah.. bercakap ttg ISLAM di MY hari ini..jdkn sy bimbang dan mengeluh sendiri.. bkan nak tunding pd sesiapa..tp hanya pd diri sendiri yg x mmpu berbuat apa2..

    ReplyDelete
  43. betul tu GB

    bila baca atau dengar benda2 yg mengarut dan menggerunkan ni..
    mulalah terdetik dlm fikiran..

    selamat ke negara yg aku duduk ni?
    selamat ke anak2 dan keturunan aku ni?
    halalkah ape yg masuk ke dlm perut ku dan keluarga ku ni?

    macam2..!!

    ReplyDelete
  44. betul GB. lagipun budak2 perempuan skrg terutamanya lebih liar drpd lelaki. rizal sendiri takot dpt isteri yang sudah tak ada dara :(

    ReplyDelete
  45. memang terbaik. saya tertarik dengan entry ni. memang betul apa yang dituliskan. itulah realiti dunia kita sekarang. pemikiran kita sekrang.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  46. Salam GB.
    entry yg menarik dan membuka minda. ada dua perkara yg paling saya tertarik.

    Pertama ttg salam dari org cina dan india yg org melayu takut nak jawab sebab disangkanya kafir. Tapi hakikatnya ramai tokoh2 muallaf spt Ustaz Farid Ravi, Shah kirit, Lim joi Son yg jauh lebih mendalam ilmu agamanya berbanding melayu islam.

    lagi satu isu salam, sebenarnya umat islam diharuskan menjawab salam yg diucapkan oleh org bukan islam. Cuma, jawablah wa'alaikum( maknanya Dan ke ats kamu. ia beri maksud begitu juga kepada kamu).

    Tentang daging import dari Australia. Saya pernah dgr ceramah Dr Asri ttg hal ini. Katanya, pusat penyembelihan di sana jauh lebih menepati piawaian islam berbanding sesetngah premis penyembelihan di tempat kita. malah pusat sembelihan di Pakistan yg dikendalikna oleh org islam, lagi teruk keadaanya.

    ReplyDelete
  47. gb cayang...

    cuti kemana lak tu ....



    ^____________________~

    ReplyDelete
  48. huh..dik licin ganas, tp kalau kawan baik akak makan, lagilah tulang pun dah tak ado...

    ReplyDelete
  49. lagi satu kan enpakwe akak kalau nak makan daging dia kata kita makan pepuas masa raya korban, sbb memang tak perlu di was was lagi kan?

    ReplyDelete
  50. jika kita mengaku kita org islam maka semua itu pasti bukan ikutan kita...

    ReplyDelete
  51. curi hati takpe... :)

    salam kenal

    ReplyDelete
  52. bila BUNGA-BUNGA tuturan gadis BUNGA masih lagi di hiasi deBUNGA yang cukup matang buat dihembuSebar angin musim BUNGA menyerlahkan kemekarSegaran sekuntum BUNGA mawar berduri di antara jambakan BUNGA tahi ayam kampung pinang sebatang. auch!!

    ReplyDelete
  53. tak sangka tong gas pun ada orang nak curi..duit duit

    ReplyDelete
  54. Mulai detik ini...di setiap doa pada solatmu..kita panjatkan Doa kepada Rabbul Izzati...

    "Ya Allah...selamatkan Negara kami, syumulkan Islam di bumi barakah ini...kurniakan
    keimanan dan taqwa yang tinggi kepada pemimpin-pemimpin kami...kuatkan perpaduan
    muslimin muslimat di bumi ini...

    Ya Allah...Engkau peliharalah keturunan kami, jadikanlah mereka insan insan yang mendirikan solat...

    Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Melihat..."
    .
    .
    .
    .
    .
    Bukankah doa itu senjata kita?

    ReplyDelete
  55. Gb, entri ini entri terbaik yang saya baca. keep on writing ya

    ReplyDelete
  56. @ciK LyndaWawa

    tuh la. ini tidak. makan x hengat dunia kan?

    ReplyDelete
  57. lama x baca entry GB...btw, tulang ikan tu nampak cantik...hehe

    ReplyDelete
  58. betul2.. makin hari makin menjadi2 kes pembuangan bayi.. yg paling menyayat hati kes baru2 ni.. budak dilempar dr tingkat dua kalau tak silap.. smpai pecah kepala.. mana la rasa perikemanusiaan mereka kan.. dan mostly yg buat benda2 mcm tu adlh mereka2 yg terdiri rdpd golongan yang terpelajar.. dimana akal mereka.. sedih bila tengok bangsa sdri makin hari makin ntah ape2..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D