Akhirnya, setelah singgah menyinggah di sana sini, sampailah kitorang kat Mountain Resthouse.....tempat tidur kitorang di Kundasang untuk 2 malam. Pintu masuknya terletak 200 meter je dari pintu masuk Kinabalu Park. Tempat menginap kat sini biasalah, kene la memanjat dan menurun bukit sokmo. Kalau lutut gegar tu kene tahan la sebab curamnya boleh tahan.
Sebenarnya kalau di luar peak period, boleh je walk in ke sini je untuk check in. Tapi GB ada la book awal-awal pakai talipon dua minggu sebelum ke Kundasang. Tu pun bila sampai, orang kat situ terpinga-pinga. Silap GB kot sebab tak call balik untuk kompemkan beberapa hari sebelum ke sana. Nasib baik time tu bilik memang banyak lagi. Kalau terpergi masa event Climbathon, alamatnya tido kat masjid Kundasang la GB...
*
GB tidur dalam dorm (bilik 3 katil), share dengan Jane. Caj seorang untuk bilik dorm adalah RM20 kalau lebih dari seorang. Kalau conquer bilik tu sorang-sorang kene caj RM30. Bathroom kat luar, tapi ada water heater. Takde la kebekuan masa mandi pagi. Heheh.
Tapi kalau nak bilik yang ada bathroom pun ada gak. Caj RM70 je semalam. Tapi bagi GB asal ada tempat tido pun dah kira ok, sebab siang tu nak gi jalan-jalan, bukan nak memerap dalam bilik. Kalau nak tengok tv dengan caj telepon (only), boleh buat kat lounge. (Tapi GB caj je netbook dan bateri kamera kat situ...hahaha ampun...!). Nak masak pun boleh. Pandai-pandai la kan. Pendek kata tempat ni memang sesuai untuk backpackers. Kalau bawak family pun ok tapi kene cuba biasakanlah dengan tempat yang sangat basic macam tu. Atau try cari tempat tidur lain ke....
*
Ok. Dah check in. GB nak tido jap. Tido di atas awan. Literally ok! Pasni bangun dan cari makan jom.
...sambung lagi nanti....
P/S: Rindu Kundasang sudah!

aku mase kat kundasang duduk kat bayu homestay. dlm 5 minit dari jea jalan kaki ke pintu gate national park tue.
ReplyDeletebiasela dorm, tp selesa. aku bayor dalam rm15 semalam. berbaloi sebab dlm bilik ade astro. aku pelik tp best! :-)
@MasZuber
ReplyDeleteaku perasan bayu homestay, tak jauh dari gate kinabalu park tu jugak. lagi murah ek situ? hmm...next time aku try situ pulak. sebenarnya kalau ikut aku nak tidur kat resthouse area bundu tuhan, sebab mengadap matahari naik.
bundu tuhan? macam penah dengar gak. :-)
ReplyDeletekalo kat kaki gunung macam tmpat kite nie memang x nampak le sunrise.
itu la lagi murah. aku memang terperanjat le masa tue. tp waktu tue tahun 2009. sekarang, x sure harga masih sama or not.
@MasZuber
ReplyDeletebundu tuhan tu dalam 500 meter dari gate kinabalu park. mengadap ke the other side of the mountain. sebab tu kalau pagi mmg nampak cahaya matahari melimpah kat awannya. real sunrise mmg tak nampak la tapi.
sebenarnya aku expect kene bayar around rm17 je utk dorm, tapi masa call tu katanya yang rm17 tu tak available. mungkin aku dapat info lama kot. tapi rm20 per nite kire masih murah la...
hm.. never been there.. not bad.. boleh tahan la harga dia kn?? hehehe.. cuti sekolah dh nak start ni.. boleh bodek baba fly ke kundasang ni.. hehehe..
ReplyDeleterindunya gunung yang nyaman tu...
ReplyDeletebathroom kat luar?
ReplyDeleteskodeng!
Pagi ni Abg Mus pergi KK, tapi malam nanti balik semula sebab kakcik tak ikut. Hehehe...
ReplyDeleteJom kita ke Kundasang lagi, nak? :)
SALAM,
ReplyDeleteCANTIK DAN NYAMAN TEMPAT TU ! LF LUTUT GEGAR. JADI TAK SAMPAI LF KE SANA !
bestnya tengok suasananya
ReplyDeletetak kisahlah part tempat tinggal tu
nampak pun ok je :)
kalau xde water heater ibarat mandi dengan ais la jawabnya
ReplyDeletenampak sejuk je kat situ..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHuh! impian ke kundasang belum penah tercapai walaupun dah pi KK banyak kali.
Bila lagi nak pi? Nak ikuttttttttttttttt!!
tak penah smpi sana..tp tgk gambar pun dah boleh rasa kesjukkan nya.
ReplyDeletelain kali kalau pegi sana kak aina nak tidur kat kundasang jugaklah...nak sejuk2...
ReplyDeletemesti sejuk giler belah malam tu kan
ReplyDeleteseronoknya..!! inysaAllah.. bulan 2 ni kalau panjang umo bleh g sana! hehe
ReplyDeleteoh nice pic..best backpackers cemni baru adventure..tk manja2 sgt gitu :)
ReplyDeleteAte tak brapa suka baca citer org pegi Kundasang ni...jeyles. Hehehe. Dah lebih setahun tak ke sana. Antara tempat terbaek yang paling Ate suka.
ReplyDeletenik m bujang2 dulu xde mslh...cuma sejak preggy..yabang kt nik makin cerewet...huhu...
ReplyDeleteGB..sejuk tak diatas awan tu..
ReplyDeletesungguh jeles ok
ReplyDeleteMesti bestkan kat situ..nnpk nyaman dan tenang jer...
ReplyDeleteberapa lama GB cuti ni? perghh.. bestnyaa.. kejelesan tahap maksima dah ni.. nak travel jugak!.. huhuhu..
ReplyDeletesuka nya lah hai dia tdo atas awan ya...
ReplyDeletemalam mesti sejuk tak hingat !
ReplyDelete*teringat pulak zaman bujang2 dulu..
macam puteri kayangan gittewww..
ReplyDelete...-tido atas awan.. hehe
hi GadisBunga aka Rebecca Nur Al-Islam..kekeekekeekekeke
ReplyDeletekalau ada masalah sakit lutut kurang gris harus gegar gegar kaki nih... hehehe
ReplyDeletekak chik jom kita gi sana..GB leh jadi tuor guide.nak??
ReplyDeleteSyioknya tidoq kat Kundasang. Sejuk weh....
ReplyDeletekalau still single..mmg best duk tmpt cm tu..
ReplyDeletetp kalau dgn ank2 yg berderet..bathroom kt luar..
xsesuai kot..nnt mlm2 dibuatnya dorang nk buang ayaq besaq..haishhh xlarat dibuatnya.
tp..tmpt tu nmpk best..mesti sejuk dan nyaman udara dia kan?
Lama tak komen kat blog cikbungapid yg suka bergmbar. Bestnye g Sabah!!!
ReplyDeletebest ....dingin ..
ReplyDeletewah, murahnya dorm kat situ...mebi aku bleh consider ke sini kalau mengulang...ada amik gmbr rupa biliknya tak gb?
ReplyDelete@Mimi Jazman
ReplyDeletebodek jgn tak bodek. tak rugi dikkkkk~
@Shukri Mohd Ali
ReplyDeletesaya pun rindu.. :)
@gedek!
ReplyDeleteketumbit nanti!!
@kakcik
ReplyDeletejommmm!!!!
@luahfikiran
ReplyDeleteeh, uncle boleh tidur kat kinabalu pine resort! :D
@Ati Masrif
ReplyDeletesebenarnya ok je kak.. adatlah jalan bujang2. heheh~
@Lya Colours
ReplyDeletekeluar bilik air keras kejung!
@farmys
ReplyDeletemmg sejuk pun...!
@anyss
ReplyDeleteruginye tak pi kundasanggggg!!
@HappyIrfa
ReplyDeletemenjelang ptg dah sejuk betul dah situ...malam pulak tak terkata sejuknya~
@JunAina
ReplyDeletesaya sokong!!
@NM02
ReplyDeletegile pun tak sejuk cenggitu tau~
@kella
ReplyDeletebestnyer..... nak ikut!!
@Tihara
ReplyDeletenak manja2 mmg tak dapat la kan. hahaha!!!
@Ann Huda (Ate)
ReplyDeletesaya rasa mcm nak pegi tiap2 tahun je ate. feeling dia lain. :)
@Queen
ReplyDeletehormon tu nik....
@Acik Erna
ReplyDeletesejuk...best..!
@IMANSHAH
ReplyDeletehaa..sila jeles lagi. heheh~
@ainnoraini
ReplyDeletesitu best!!
@Faaein Talip Roy
ReplyDelete4 hari je dik. gi purposely bercuti jalan2. kalau boss call i marah boss. hehehe~
@Fatin Mraz
ReplyDeletehihihi...mmg suka pun! :D
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletesejuk brrrrr~
@h4ni3
ReplyDeleteeheheheh...skali skala feeling puteri... :D
@EE
ReplyDeleteHi EE!!!!! :p
@Mak Su
ReplyDeletekene makan kaki ayam banyak2 kasi tambah gris kan kak~
@kaksina
ReplyDeletejadik tour guide tu tak terer la saya. hihih~
@Nieda
ReplyDeletebest gile!!!
@Azira Mohamad
ReplyDeleteada bilik bathroom attached juga. resort lain yg lebih selesa pun ada. :D
@Nedfatin
ReplyDeletebeshhhh....igt masa kite gi sama dulu ned. :))
@Daddylicious
ReplyDeleteasyikkk~
@fatt
ReplyDeletejust bilik, 3 katil. 1 single 2 double decker. tu je. gambo ade aku taruk kat fb. ko nk tgk?