Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, September 10, 2011

Caca marba yang real punye!



Kalau ada kengkawan yang perasan, sedari minggu sebelum raya sampai sekarang ni GB macam tak berapa nak 'in' kan. Jarang hapdet, tak reply comments, jarang blogwalk. Sebenarnya GB ok. Kondisi ni takde le kene mengena pun dengan entry curhat GB yang lepas.

*

In fact sekarang GB tengah giat berpindah randah. Opis baru maaa. Bos pun macam takde time lain nak suruh buat sepah dan pindah randah ni. Tau sajalah bila nak pindah ni banyak yang nak kene manage. Pendek kata tak boleh buat sambil lewa.

Tapi dipendekkan cerita, bos ingat pindah randah itu adalah perkara mudah (sebab ada pekerja Bangla yang dia boleh suruh buat keje), sampailah baru-baru ni kitorang found out yang ada dua fail penting kompeni telah lesap. Invois dan bank in slips untuk tahun 2010 sudah lesap! Sedangkan masih banyak projek yang kitorang selalu chase for cheque sekarang ni adalah projek 2010.

*

Ha...kan? Cemana nak buat audit nanti? Cemana nak trace back payment. Mana nak fikir nak cari dokumen yang hilang tu lagi. Dengan fikir pasal client yang dah mula chase for designs lagi. Submission tertangguh kat local authorities yang tak setel-setel. Dengan ofis baru yang masih takde letrik. Dan hari-hari ulang alik bekerja dari rumah dan pejabat sebab GB sudah create satu workstation untuk GB di rumah. Dengan nak tunggu apoinmen dengan orang cctv untuk trace pencurik dokumen tu.

Ujian...ujian...ujian...

Sekarang ni lupakan soal jodoh dalam entry lepas dulu.

GB paling harap apa saja yang hilang kat ofis tu akan ditemui semula. Kehilangan itu pedih tahu!

P/S: Hari-hari think positif yang dokumen-dokumen tu akan ditemui. Harap-harap berhasil.

21 comments:

  1. seronok lah client boleh lari tak yah bayar kalau tak jumpa fail tu..ekekekekeke

    ni kat opis ke?

    ReplyDelete
  2. DZ: takkk...kat umah. working. wuwuwu~~~

    ReplyDelete
  3. Kasi bomoh itu pencuri..biar sakit perut pencuri tu...

    ReplyDelete
  4. pindah rumah atau pindah ofis memang seksa GB...

    sabar ye...

    ReplyDelete
  5. GB,saje singgah nak ucap selamat hari raya.maaf zahir batin.selamat kembali bekerja di ofis baru =)

    ReplyDelete
  6. kalu ilang dokumen memang boleh bikin susah hati ooo...insyaallah akan jumpa kembali...mgkn salah letak..huhu..

    ReplyDelete
  7. insya allah..akk doakan semuga jumpa lah dokumen2 tu..bleh pk benda lain plak kan :)

    ReplyDelete
  8. pindah area mana pulak...?

    (uncle suka gambar tu...)

    ReplyDelete
  9. tak tambah stress ke kalau work station ada kat umah?

    ReplyDelete
  10. Kalau dokumen penting, memang pening kepala le jawabnya...
    Boss dah tau ke ada yang hilang tu?
    Harap2 ketemu semula nanti...

    ReplyDelete
  11. ajak bukit aman sekali... dia orang terer...

    ReplyDelete
  12. mesti penatkan pindah randah..ok..take ur time...my blog jgn lupe singgah.hehehe

    ReplyDelete
  13. al-la-mak! ader tuh..pelan2 carik ek..carik betul2.. konpem ilang ker.. sy harap akan jumpa..

    ReplyDelete
  14. siyes , surprise name same . haha nice blog ;)

    ReplyDelete
  15. hye GB

    selamat hari raya maaf zahir batin.
    susah cam tu , cam mana nak claim, kalau dapat client yang jujur tak pelah.

    cari slow-slow ye.

    ReplyDelete
  16. tenangkan hati baca : lailla hailla anta subhanaka innikunti minalzolimin..

    insyaallah..

    ReplyDelete
  17. voodoo je haha..biar dia tahu..yassin pun ok

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D