Entri ini adalah sedikit melalut dan tak ikut kronologi penceritaan yang betul. Layan aje lah....
*
Stended la masa raya, selain dari meriah berkumpul ramai-ramai sebab raya yang hanya setahun sekali, ada juga yang tak bestnya. Yang tak best tu ikut kategori lah. Kalau kategori GB, bila ada ayat 'bila lagi nak makan nasi minyak?' atau 'kenapa tak kawin-kawin lagi ni?' atau 'asyik nak bagi adik je lepas dulu, kakaknya bila lagi?' atau 'along ni memilih sangat ni....'. Well, GB appreciate their concern yang tengok GB tak kawin-kawin lagi ni tapi seriously ayat-ayat cliche macam tu tak membantu langsung. :)
Sebab...
Untuk seseorang yang tak berciri awek-awek macam GB, rasa jeles tengok orang yang berkahwin tu memang ada.
Awek-awek? Cemana tuh? Cemni lah.... kan ke kebanyakan orang yang kahwin ni biasanya wajah mereka berciri lembut dan ayu, kecil molek, mulus dan mempunyai gigi yang cantik.
Gigi cantik?
Ye kot. Sebab selalunya gambar kahwin mesti mereka akan senyum dan gelak dengan menampakkan gigi. GB pula dari jenis yang memang kelihatan tak lawa kalau gelak nampak gigi. Mungkin satu sebab gigi tak cantik. Satu lagi sebab GB bukan spesis yang macam itu kot.
Itu la satu perkara yang buat GB jauh dari nak berjumpa dengan lelaki, especially sejak akhir-akhir ni. Self esteem rasa sangat low. Antara beberapa feedback yang GB dengar dari orang lelaki adalah GB ni macam strawberry. Masa masam tu...masam sangat. Tapi bila manis, boleh bikin kena kencing manis. Siot je!
Lelaki lain pernah cakap GB ni seorang yang menarik. Takkan takde yang cuba masuk line? Cliche kan? Ayat macam tu dah tak berkesan lagi untuk mengorat GB. It never was pun.
My ex cakap GB very sweet.
Ramainya yang cakap GB comel.
Ada juga orang tu yang tak pernah komen langsung pasal GB. Padahal GB nakkk sangat dia komen pasal GB. Heheh. Ape-ape lah.
Tapi above all, GB tak termakan langsung dengan pujian-pujian cliche macam tu. Sebab sebenarnya GB nak jadi seseorang yang lelaki mahu jadikan suri hidup, boleh? Tapi, ada ke orang yang nak kat pompuan yang tak berciri awek-awek macam GB ni? :D
*
Tapi ada satu komen ni, GB selalu dapat dari lelaki. Kata mereka GB terlalu banyak mengelak dari berjumpa. Ada benarnya. Selalunya GB lebih berusaha untuk mengelak dari berusaha untuk berjumpa. Ada beberapa sebab yg memungkinkan perkara itu.
1. Sebab mereka terlalu mendesak
2. Sebab mereka nampak desperate
3. Sebab pernah terjadi mereka cuma nak test market
4. Sebab GB tengah tak selesa dgn diri sendiri
5. Sebab GB takut mereka akan cuba berbuat sesuatu yang tak senonoh
6. Sebab GB takut expectation mereka akan hancur sebaik sahaja berjumpa
See? GB seorang yang sangat tak konfiden.
Tapi GB boleh jadi konfiden bila menaip.
*
Ada suatu waktu tu, GB pernah dapat morning SMS dari lelaki. Dan SMS selamat malam dari lelaki yang sama. Serta SMS sewaktu lunch masa hari bekerja. Dan kadang-kadang semasa sedang sibuk.
SMS seringkas 'hai' pun dah boleh buat senyum sepanjang hari. :)
Tapi itu dulu. Yang manis tu tak berpanjangan. Ada turun naik, ada pasang surut. Dan akhirnya setelah 4 kali berpasang surut, ia berakhir. Untuk selamanya.
Sebenarnya peristiwa yang lepas banyak memberi kesan dalam hidup GB. Akibatnya, GB susah nak melayan permintaan untuk berkenalan dari lelaki. Sudah lebih 2 tahun ia berakhir dan GB tak keluar berjumpa lelaki kalau tiada urusan atau kalau tiada ugutan. Ya, sampai kena ugut baru GB setuju untuk berjumpa. Lama-lama GB jadi selesa dengan cara begini sampaikan setiap kali ada lelaki yang menyatakan hasrat mahu berjumpa, GB akan sediakan 145 alasan kenapa GB tidak dapat jumpa mereka. Selalunya end up memang GB tak akan berjumpa dengan mereka lah. Ada yang berputus asa begitu saja, tapi ada juga yang tidak jemu mencuba. Tapi macam mana GB nak bagitau mereka apa alasan sebenar GB mengelak dari berjumpa? Takkan nak bagitau 6 point di atas kot?
Kadang-kadang, GB ada tertarik nak kenal dengan certain lelaki yang lain dari yang lain, yang menarik di mata GB. Tapi along the way GB 'baca' mereka dan apa yang ada dalam kehidupan mereka. Ada yang secara jelas tidak ada niat mencari seorang teman hidup pun, sebaliknya mereka lebih selesa berkawan walau pada zahirnya nampak rapat lebih dari seorang kawan biasa. Ada pula yang memang terang-terangan membina tembok di sekeliling diri mereka sebagai 'no entry' warning. Dan ada yang terus-terusan dapat dibaca isi hati mereka yang kadangkala mahu seseorang sebagai teman hidup, tapi kadangkala mereka sendiri masuk ke dalam kota binaan mereka sendiri untuk berlindung. Ada yang solo tetapi punya peminat yang obvious.
'Membaca' sifat lelaki mengajar GB untuk jadi lebih memahami walau secara in person, GB tak kenal betul pun dengan mereka. Dan hasilnya, GB menjadi terlalu memahami dan bertolak-ansur sampaikan GB biar sahaja semua lelaki yang GB tertarik nak kenal tu hidup dalam dunia selesa mereka. GB takmau kacau. After all, I am still alive and kickin' even without them.
*
Ada kalanya GB rasa perlu hadiri sesi kaunseling. GB tidak bermasalah secara obvious, tapi keselesaan hidup bersendiri sehingga tidak perlu lelaki dalam hidup GB ni rasanya satu masalah yang besar. Perasaan memerlukan lelaki tu datang juga tapi terlalu jarang dan terlalu sekejap, dan most of the time GB akan beritahu diri bahawa lelaki bukanlah membantu sangat pun.
Masalah kan?
P/S: Dan adakalanya GB rasa sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur ni akan memakan diri. Atau mungkinkah tidak?