Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, August 18, 2011

Redha itu mahal harganya



Thanks sebab sudi komen kat entri lepas. GB baca semua komen, cuma tak sempat nak balas. Esok GB akan blogwalk dan komen kat blog kawan-kawan semula. Sehari dua ni GB kene lipat dalam opis. Sobs sobs!

*

Arakian, dalam entry lepas, GB ada cakap briefly pasal syukur dan redha kan? Sebenarnya dalam banyak-banyak komen, ada la beberapa komen yang kena tepat tentang apa yang GB maksudkan. Al-maklum...bila dah tuo-tuo ni isunya takde lah lari banyak melainkan berkisarkan soal kerjaya, achievement dan soal jodoh jua adanya. Ihihi tetibe menulis gaya penglipur lara pulak.

Anyway, meh GB bagi clear sikit apa yang GB maksudkan...

Ada seorang kawan yang serba sederhana. Dah kawin dan ada anak. Husbandnya baru bagi hadiah. Dan dia gembira lantas menceritakan tentangnya di dalam mukabuku.

GB rasa itu adalah sesuatu yang sangat sweet, mebi sebab GB takde husband lagi kot. Ex-boyfriend pun tak penah bagi apa-apa sebab GB tak reti mintak dan tak reti juga buat muka macam 'nak'. (Nak hadiah lah, jangan fikir lain pulak!). Dan yang paling penting, GB nak cuba jadi sederhana juga. Nak jadi redha lah, yang macam GB tulis haritu.

Seorang member penah cakap kat GB, kalau betul-betul nak rasa redha tu timbul dalam jiwa, berenti keje lepas kawin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap suami dan rumahtangga...

Hmmm....

P/S: Tapi cadangan ni GB cuma dengar, tapi tak berapa nak amik. Masih sayangkan kerja gamaknya.

73 comments:

  1. pd jat,keluarga penting,kerja pn pentg.

    kita xleh jangka apa yg akan jd.jd betul2 kena prepare apa2 je kemngkinan.

    ReplyDelete
  2. gb,
    aku rasa aku masuk dlm golongan yg selalu menerima dr waktu aku ada someone dulu...slalu aku terima, terima, terima dan smpai aku terlupa nak memberi. tp skrg sume dah tak guna dan aku rasa regret.

    now aku amik tempoh bertenang, muhasabah diri dan bila aku rasa dah ready utk memberi, aku nak buat yg terbaik utk org tu. bila? aku pun tak tau sbb buat ms ni aku prefer sendiri....

    komen aku ada kena mengena tak? aku ni selalu melalut..hehe :)

    ReplyDelete
  3. Gb berbuka ape arini yea...hehe...selamat bersahur...sahur jgn tgl..=)

    ReplyDelete
  4. Salam GB.
    Kira macam zezebel lar kan? Lepas Kahwin terus berhenti kerja. Kira redha je lar apa yang berlaku? Hihihihi....

    ReplyDelete
  5. keluarga dan kerjaya perlu seiring kerana kedua dua nya saling memenuhi keperluan.

    ReplyDelete
  6. GB....
    walau kak tak tahu punca dan cerita sebenar. maklumlah kak skrang sangat sibuk juga...

    kak harap y terbaik utk kamu

    ReplyDelete
  7. kena lipat..?
    gayat sungguh bunyinyer....

    ReplyDelete
  8. Bagi saya tak berbaloi la bagi wanita yang dah belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya jadi suri rumah sepenuh masa.. Tak dapat nak hirup kemanisan hasil penat lelah belajar tu..
    Kerja la selagi mahu dan jangan abaikan tanggungjawab sebagai isteri.. Baru la suami redha.. Suami pun jangan la kerana isteri berkerjaya, wang ringgit tak bagi.. Camner isteri nak redha..

    Ramai yang berjaya handle kedua-duanya dengan baik..

    ReplyDelete
  9. saya suka wanita yg jadik full time housewife/bekerja dari rumah/tak terikat dgn opis...ekekekke...mommyziyyad dalam kategori tu. I will provide everything.

    ReplyDelete
  10. Sangat mahal, mungkin redha tapi kadang2 keikhlasan tercabar..hanya Allah yang tahu hati kite =)

    ReplyDelete
  11. hmmm..buatlah mne yg terbaek ye gB

    All the best!

    ReplyDelete
  12. saya pon kalau dah kawen takmo keje. nak jadi fulltime hw
    eh !
    cari pakwe dulu.hihi

    ReplyDelete
  13. berdesup entri ini masuk ke jiwa..

    berenti keje lps punya anak adalah sy..sy redha..tp sering dipandang aneh oleh org lain..

    ReplyDelete
  14. Sejujurnya, kalu Kak Azie tak sanggup. Tentulah tak redha kalu kena paksa berenti.

    Jiwa masih suka dengan kerja dan cabaran.

    ReplyDelete
  15. Ate suka baca komen DZ dan Cik Betty. Ate pernah dijanjikan kalo dah berkeluarga terserah pada Ate nak kerja atau tidak. Tapi dia lbh suka Ate duduk rumah dan dia akn provide everything mcm DZ ckp. Tapi namanya dah tak ada jodoh...Sampai ke tua Ate msh masih keja.. Kwang,kwang,kwang. Redha ,Ate redha (mahalkan harga redha tu):).

    My eldest sister (cam pernah citer ngan GB) ada master..anak membesar, husband 'offer' duduk rumah, terlompat2 dia gumbira terima offer tu. Hasilnya..berbelas tahun jadi full time housewife, org pandang pelik dan aneh (mcm cik betty ckp) tapi apa dia peduli pandangan manusia..yang penting ank2 dia Alhamdulillah...menyejukkan hati. Suami pun senang hati. Dia bahagia.
    Ate tumpang sekaki..(heheheh..ada kaitan tak ngan N3 ni?)

    ReplyDelete
  16. hehe kira i ni redha la, duk rumah sepenuh masa, payless atau sebab malas nak susah2 keluar kerja dan balek urus rumah pula.

    but i guess it will be a very big sacrifice for u who have been financially independent for a long time and also earning lots ;)
    a lot of my teacher frens complain of work and wana quit but bila tengok bonus hujung tahun 5 figure terus tak jadi.

    i hanya pernah bekerja selama 1.5years, jadi tak terasa pay loss :)

    ReplyDelete
  17. eh nak tambah la. pasal yang educated but end up duk rumah..dah biasa la i kena. kata wasted education. i kata nilai education khas untuk anak2. and recently someone who said i should have given my varsity place to others..tarek balek cakap dia. ingat pulak dulu pernah mengata. baru sekarang dia faham.

    ReplyDelete
  18. Kalau boleh, kakcik juga ingin jadi surirumah sepenuh masa. Tapiiiiiiiiiii.......

    ReplyDelete
  19. Saya redha yang saya masih perlu bekerja selepas kawin dan dah beranak 3 nak masuk 4. huhu..

    ReplyDelete
  20. kerja dan keluarga 2 2 penting...itulah kena mencari kesederhanaan ....itulah mencari keredhaanNYA

    ReplyDelete
  21. benti keje?
    emmmm... emmmmm..

    macam tak boleh jer
    ahahaha

    ReplyDelete
  22. jika dengan brenti keje dapat memberi kepuasan pada hidup, maka brentila.

    tp, aku takkan puas dengan brenti. aku rasa ko pon sama kan?

    aku kurang setuju dengan konsep redha sepenuhnya(stand alone). kita kena berusaha dulu dan kemudian redha whatever the outcomes. :)

    ReplyDelete
  23. keredhan sngt lah mahal..xleh beli kat mane2 ngn wang hinggit

    ReplyDelete
  24. Redha bererti kita menerima dengan rasa senang hati segala pemberian aAllah (s.w.t), dari segi hukum juga qada dan qadar dari Allah...

    adakah dengan berhenti kerja kita redha? tentulah tidak andai ada yg terbuku di hati contohnya : ruginya aku berhenti kerja...

    secara automatiknya kita dapati:
    1. kita tidak redha untuk berhenti kerja.
    2. Bila tiada redha untuk berhenti kerja adakah kita akan redha jugak untuk menjadi surirumah tangga (mungkin masa akan merubah segalanya).

    sekadar pandangan...:)

    ReplyDelete
  25. banyak dah komen membina kat atas tu...


    tak mo campur..

    nak pinjam Isabella..

    ReplyDelete
  26. nak cari juga isabella... =)

    kita doakan yg baik2 aje utk gB ~

    ReplyDelete
  27. kalo me leh dok umah xyah keje lagik bestt wehh, leh update blog jakkk.. ahaha

    ReplyDelete
  28. janganla benti kje..nnti leh jadi supermak hehehehhee

    ReplyDelete
  29. hmm kalo Gua lagi suka bini Gua kerja, biar die bercampur ngan orang takde la jadi kera sumbang, sesetengah perempuan ni kera sumbang, bosaannn...

    ReplyDelete
  30. Nak jadi Permai Suri Rumah atau tidak terserah pada individu dan perbincangan dengan suami. Setiap org berbeza. Kalau mmg suka kerja tak bulehlah suami nak paksa berhenti. Kalau kes cam ni mmg susah nak redha. Tapi kalau mmg lebih suka menumpukan masa mendidik (bkn sekadar menjaga) anak dan mengurus rumah tangga dannn.. suami pun berkemampuan menyediakan semuanya mengapa tidak.

    Tapi tak seharusnya kata org yg tak keja tu tak campur dg org mcm kera sumbang. Ada juga org yg keja mcm kera sumbang jugak. Malah my eldest sister yg tak kerja lebih pandai bergaul dengan segala golongan masyarakat berbanding dengan Ate yg tiap hari keluar kerja. Kdg Ate pun tumpang sedih dg pandangan sempit masyarakat Msia terhadap surirumah.

    Apa pun kalau dlm bidang perubatan mcm doc Hani tak usahlah berhenti kerja, kita memerlukan doktor perempuan. Begitu juga dlm certain kepakaran, kalau kita org Islam tak mengisinya, pasti 'org lain' akan mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  31. taknak komen entry, sbb dh ramai komen.. cuma nk cakap.. sukalah gamba tu.. suka juga buku itu.. :)

    ReplyDelete
  32. lakukan apa yang buat kita happy dan org2 kesayangan kita happy..

    ReplyDelete
  33. @zati embong

    yaaa..banyak benda nak kena consider kan?

    ReplyDelete
  34. @fatt

    haha. ok je..

    sebenarnya bila ada musibah berlaku kat diri sendiri, baru la kita tau nak menilai balik apa yg kita terlepas pandang sebelum ni. tempoh bertenang tu penting utk kita buat analisa sebenarnya~

    ReplyDelete
  35. @OKED chokelat

    alhamdulillah so far sahur tak tinggal lagi..weeheee~

    ReplyDelete
  36. @Baju Kurung Budak

    saya rasa awak dalam kategori redha la tu. hihi~

    ReplyDelete
  37. @delarocha

    ye...another things to consider. agak complicated kalau nak fikir semua dalam satu masa~

    ReplyDelete
  38. @Citarasa Rinduan

    dont worry akak. nothing's serious. hihi..

    thanks sebab sudi singgah walau tgh bz. :D

    ReplyDelete
  39. @Aku

    yg kene lipat ni lagi gayat weh! hahaha!

    ReplyDelete
  40. @padlie

    ramai berjaya, ramai juga yang gagal.

    bagi org yg belum kawen, sikit sebanyak nak juga cari formula untuk rumah tangga yg aman harmoni. tak gitu?

    ReplyDelete
  41. @Daddy Ziyyad

    becoz you can provide everything.

    bagi yang tak mampu atau mampu ala kadar, bini kene keje untuk bantu ringankan beban. dalam life yg menekan sekarang ni, macam mana lelaki tu buat seorang isteri rasa appreciated di atas pengorbanan mereka seterusnya redha sebab kawin dgn org tu?

    ReplyDelete
  42. @ZaNNa

    sgt setuju. redha boleh sebut, tapi adakah ikhlas?

    sgt setuju!

    ReplyDelete
  43. @Al

    malas nak layan le tu GB membebel. hihihi~

    ReplyDelete
  44. @azieazah

    kite sejiwa. saya pun sayangkan kerja dan tak tau lah nak buat apa kalau tak kerja...

    ReplyDelete
  45. @Ann Huda (Ate)

    dont wori kak, kaitan tu boleh di create. hahah.

    sebenarnya maksud saya tak sampai, sebab tak sampai hati nak tulis. tapi bab persepsi masyarakat tu, kalau dilayan mmg bikin sakit hati je. baik buat pekak je kan?

    ReplyDelete
  46. @ummi5

    kalau saya kawin sebaik saja graduate, mungkin mudah sikit nak redha kalau kene duk rumah kan. tapi mungkin lepas tu kite tgk kawan2 yg bekerja dan rasa somehing pula dalam hati.

    manusia ni mmg tak pernah puas kan?

    ReplyDelete
  47. @ummi5

    sebab tu jgn cepat mengata orang. sebab kita belum rasa.

    mana ada wasted education. semua education menjadi nilai tambah terhadap diri kita dan zuriat kita nanti.

    ReplyDelete
  48. @kakcik

    tapiii..kakcik dah jad org penting sekarang... :D

    ReplyDelete
  49. @h4ni3

    kalau benti keje, jadi duta keepslim sepenuh masa la jawabnya. huihihi~

    ReplyDelete
  50. @JunAina

    redha ni bukan sekadar menerima bulat-bulat kan?

    ReplyDelete
  51. @DrSinga

    bila nak pinjam? saya dah abis baca. :D

    ReplyDelete
  52. @ORLANDO AHMAD

    ada je org yg keje tapi kera sumbang jugekkk

    ReplyDelete
  53. @Ann Huda (Ate)

    setuju dgn ate. generalization leads ti misunderstanding.

    suri rumah bukan setakat duduk kat rumah dan goyang kaki. kalau mereka yang maknya suri rumah juga, mesti tau betapa sibuknya mak kat rumah kan..yet masih boleh beri ilmu kepada anak2 mereka~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D