Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, August 19, 2011

Kalaulah malang berbau belacan...


Bayangkan....

Lori yang tayarnya nak dekat sama tinggi dengan kereta ni melenyek kita. Kalau tak mati, pasti patah riuk. Cacat.

*

Bayangkan...

Kalau kita mati atau kita menyebabkan kematian orang disebabkan kecuaian kita....

Bayangkan...

Hutang piutang kita, hutang rumah, hutang kereta, sapa nak tanggung?

Kalau ada bank call atau sesapa call, sapa nak kena jawab?

Family, sapa nak jaga?

Kalau kita ada urusan tergantung dengan orang lain, sapa nak jawab?

Nak bagi jawapan kita dah mati memang la senang, tapi bukan ke ramaiiiii orang lain yang kene natijahnya juga?

Sebab malang itu tidak berbau. Dah dah le bawak kete atau moto atau lori lelaju tu. Pesanan untuk GB jugak ni...

Itu belum lagi campur kos nak repair divider atau jalan atau tiang lampu atau papan tanda yang rosak akibat kemalangan lagi tu. Tu suma duit ok! Ops, ter emo di sini.

Ye betul, ajal maut sume di tangan Tuhan, tapi kita wajib berusaha untuk berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang lain. Nanti akan ditanya kemudian hari...

P/S: Nak raya dah ni....harap-harap berita kemalangan akan berkurangan. Efek dari ego atau kelalaian yang sesaat masa driving itu sudah tentu tidak terkira banyaknya.

58 comments:

  1. jadi pemandu berhemah.^^"

    semoga kita dilindungi..
    baca doa setiap kali naik kenderaan..ye dak?

    ReplyDelete
  2. betul 2 GB.musim2 cmni bnyak kenderaan atas jalan.semua nk cpat smpai.xsbar nk blik kg.tp kena hti2.jgn bahayakn nyawa org.

    ReplyDelete
  3. mak oi..gerun tengok gambo lori tu..huhu..


    tu la kan..malang ni tak berbau..kadang2 kite dah berhati-hati dah..tapi disebabkan kecuaian orang lain kite pun turut terpalit malang tu..

    ReplyDelete
  4. hati-hati semua bila balik kampung..
    especially GB nak balik kg jauh~

    ReplyDelete
  5. eee, sempat lagi dia tangkap gambor masa memandu ekk ?

    kalau lori besor camni lenyek masa saya sedang berbasikal. lagilah naya huhuhu ...

    ReplyDelete
  6. gB..
    ini ada kena mengena dengan ada satu makcik tu naik keta yang pakciknya bawak sampai 210km/j ker? Dengarnya makcik tu dah insap... pakcik tu masih dalam pemulihan...hhehehehe...

    ReplyDelete
  7. berhati hati di jalam raya
    anda mampu mengubahnya
    *iklan raya*

    ReplyDelete
  8. berhati hati di jalam raya
    anda mampu mengubahnya
    *iklan raya*

    ReplyDelete
  9. kadang kkita bawak elok..org bawak macam hantu..

    ikhtiar dan tawakal..meh amik insurance ..hahhaa (lari topik dah ni...)

    ReplyDelete
  10. GB, kurangkan merempit ye.. he he

    ReplyDelete
  11. sape yang susah?

    mereka dan keluarga mereka

    ReplyDelete
  12. sy takut beno kalo lalu tepi lori besor...

    ariut nyaris terkepit kat tengah2 dua lori besor gedabak gila!

    tp alhamdulillah selamat lepas...

    ReplyDelete
  13. GB..mulanya tersenyum jugak..sebab ada bau belacan tu..
    tapi terima kasih GB..apa yang GB kongsikan ini sebenarnya serius.
    acik harap kita semua dan semua pengguna jalan raya berhati hati semoga tidak berlaku kemalangan

    ReplyDelete
  14. terasa GB sedang ber emo...huhu...baik2 saya akan bawa kereta pelan...kereta saya tak laju pon....kancil boleh potong sambil sinyum jer kat saya..muehehehehe

    best entry ni..ada betul kata2 GB tu...hmmm..... Yogurt telah diusul sebagai barang kawalan yer...tak leh lebih dari RM1.50. muahahahahahahahah

    ReplyDelete
  15. time bawak kenderaan, aku selalu fikir menda2 ni..

    ReplyDelete
  16. jom kite sama2 berhati2 di jalan raya,

    aku memang seriau sket kalo selisih lori..

    ReplyDelete
  17. berhati-hati di jalan raya. Ingatlah org yg tersayang. Anda mampu mengubahnya. huhuhu.

    selamat hari raya... minggu depan...

    ReplyDelete
  18. salam..
    ermm..berleter ke nasihat nih?
    he he..saya suka,peringatan tu..

    kalau saya mati dulu, alahai...EPF, insurance nyawa, rumah etc..dah tentu dalam sedih pasti ada yang gembira lepas tu kan?

    ReplyDelete
  19. Kerajaan dah letih buat kempen, mengingatkan dan beri amaran.

    SIKAP tu sesuatu yang sangat sukar diramal.

    Semoga sama-sama kita beringat di jalan raya.

    ReplyDelete
  20. - yg x best nye bile ramadan je ade je berita org putus jari main mercun...alahai...

    ReplyDelete
  21. takoot woo..wa sudah kena dulu..sikalang berhati2

    ReplyDelete
  22. @senyumSOYA

    ye, baca bismillah, baca doa. semoga dilindungi~

    ReplyDelete
  23. @zati embong

    tuh la...musim raya ni org mcm gila semacam atas jalan. menakutkan...

    ReplyDelete
  24. @♥CIK SHA♥

    itu la yg tak best...kdg tu kita dah hati2 tapi kete lain pulak buat onar.

    suma efek...

    ReplyDelete
  25. @~najwa~

    tq najwa. doakan keselamatan semua kengkawan ye. ihihi~

    ReplyDelete
  26. @Azizan Zolkipli

    hoish....

    sebab tu kene hati-hati. naik basikal lagi la kene careful ye dak?

    ReplyDelete
  27. @Ibu n Abah

    hihihi~

    makcik tu punye stori sampai terbawak ke mimpi you...sampai terbuat entri. hahaha!

    ReplyDelete
  28. @sayangsayangibu

    ye, perubahan datang dari diri kita sndiri. :D

    ReplyDelete
  29. @norh

    err..GB dah kurang rempit dah...dah berhemah sekarang.... ngeeee

    ReplyDelete
  30. @kemang~

    ye, paling hangin kalau 2 lori beso nak jalan seiring. nak langgar dah tentu tak boleh!

    ReplyDelete
  31. @Acik Erna

    betul acik. saya mmg serius masa taip entry ni. grrr~

    ReplyDelete
  32. @amry

    hahaha kalau betul yogurt jadi brg kawalan, saya la org yg paling gembira! hahaha!!

    * betul ke bawak sampai kancil pon boleh potong tu.....cam tak caye je....

    ReplyDelete
  33. @alien

    bagus. it makes you pemandu berhemah kan?

    ReplyDelete
  34. @MasZuber

    tambah2 kalao lori yg lebar dan tinggi kan?

    ReplyDelete
  35. @zulkbo

    errr..ada bunyi berleter jugak ek. ihihi~

    tapi kan, EPF, insuran nyawa dan rumah bukanlah boleh jadi pengganti bagi sebuah jiwa yg hilang...

    ReplyDelete
  36. @azieazah

    tak boleh serah kat kerajaan 100%.

    semua org kene play a role..

    ReplyDelete
  37. @AI


    itu satu lagi hal. nak kene sound jugak la bebudak ni (dan org tua juga)...

    ReplyDelete
  38. @IMANSHAH

    kalau dah ada experience lagi kuat waspadanya kan. hati2 memandu ya..

    ReplyDelete
  39. semoga pemandu kereta pepel tu memandu dengan berhati-hati....

    ReplyDelete
  40. Ngeri!!ayat y slalu Zanna ckp to myniece.."if anything happen to me, acu tinggalkan asset n LIABILITY to u" =P

    ReplyDelete
  41. sama2 kena beringat.. doakan ceq selamat pulang ke kampung halaman minggu depan.. =)

    ReplyDelete
  42. Semoga musim raya tahun ni tak ramai yang menjadi korban.

    herhati2lah ketika memandu.

    ReplyDelete
  43. Lama tak melawat kak. sory busy cuti ni rizal kerja...btw, slmt berpuasa

    ReplyDelete
  44. kalau mahu mati akan mati juga cuma biarlah kematian tidak menyusahkan org lain jgn tinggalkan derita tetapi gembira kita mati tapi mereka gembira kerana kita ada insuran...heeh!

    ReplyDelete
  45. Sama-samalah kita berhemah di jalan raya.
    Tetapi, kekadang rasa panas juga..!
    Kita yang terlebih berhati2 ni turut terlibat sama dengan kemalangan atas sebab kecuaian orang lain...

    ReplyDelete
  46. berhati2 di jalan raya.
    selamat hari raya.

    eh.. dah macam pantun lak.haha

    ReplyDelete
  47. minta jauh dari benda2 mcm tu jadi dkt kita dan family2 terdekat kita ... nauzubillah ...

    ReplyDelete
  48. tak nak bayangkan...takut!InsyaAllah, kita doakan di musim perayaan ini tidak ada lah berita yg buat kita tak nak tonton tv. jauhkan lah segala musibah..Allah maha mendengar,Amin.

    ReplyDelete
  49. huh..ngeri bila accident sebab cuai...

    ReplyDelete
  50. Gua sedang membayangkan...

    fuuhhh nanti kucing Gua sape nak jaga?

    ReplyDelete
  51. GB...

    sama ingat mengingati...

    terasa gerun sangat. kak aina juga akan memandu bersama anak2 balik ke perlis, semoga selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
  52. tulah kan..takut bila dengar kes2 kemalangan ngeri ni..

    mintak2 dijauhkan le...
    masih byk lagi tanggungjawab yg perlu dibuat..dilangsai..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D