 |
Orang dulu a.k.a ayah saye. :D |
GB ni bukan peminat tegar filem. Tak semua filem baru yang keluar kat wayang GB akan kejar tengok. Ini pun dah nak dekat 10 bulan GB tak tengok movie. Nur Kasih ke, Transformers ke, Merong Mahawangsa ke..sume GB tak tengok. Tak sempat....
Jadi terima kasihlah sebab sekarang ada Astro First. Dapat jugak catch up movie baru-baru walau lebih separuh daripadanya adalah hampas. Heheh~
*Termelalut pulak....
*
Tapi kalau tengok tu, biasanya GB tengok bebetul sampai ke titisan peluh terakhir. (Maksudnya sampai abis credit kat hujung movie tu lah!). Dan even better, kalau cerita tu boleh buat GB tersangkut, GB akan layan sampai 2-3 kali.
So biasanya kalau layan movie GB bukan setakat tengok jalan cerita atau layan muka hero heroin aje, tapi abis sume GB usha. Background, scene, lighting, angle, sampai ke pelakon-pelakon tambahan abis GB observe. Tuh yang mulut asyik laju je nak mengomen kalau nampak bende yang tak masuk akal tu. Tapi kalau tengok movie lama-lama yang bukan represent generasi GB, pastilah segala jenis kereta, signboard, costume dan segala jenis lagi lah GB akan tengok.
*
Ehem....Ni kisah sebenarnya. Dalam movie Melayu dulu-dulu kan, kalau nak travel short distance naik bas, teksi, basikal atau jalan kaki, sangat-sangatlah ok lagi. Tak payah ada transport sendiri pun takpa. Kenapa? Cer kawan-kawan bayangkan scene dalam filem zaman 70an dan 80an. Tahan teksi atau bas, naik, duduk dalam tu pastu sampai. Perasan tak trafik zaman tu macam mana? Kete tak banyak. Jalan raya kat KL pun masih setingkat dan tak menawaf jauh. Cepat sampainya walau bawak slow. Kenderaan...abis laju pun takde la sampai berdezup perginye. Traffic light pun tak banyak. Pejalan kaki masih boleh melintas jalan tanpa guna jejantas atau tunggu kat zebra crossing.
GB paling suka tengok scene yang ada signboard atau landmark. Baru kita tau itu rupanya tempat tu dulu. Banding dengan sekarang tengok cemana rupanya?
Itu bab traffic.
*
Bab community. Kalau ada orang tahan kereta tepi jalan berani lagi nak berenti. Mana tau dapat menolong. Kalau ada orang tak dikenali bagi salam kat luar rumah sebab nak bertanya arah atau nak jual barang, tuan rumah berani je nak pegi layan orang tu kat pagar. Siap berbual mesra lagi. Silap-silap boleh jadi kes jodoh bertemu di pintu pagar. Heheh!!!
*
Bab silaturrahim. Handphone dah tentu takde. Nak berhubung sume guna telefon rumah atau public phone aje. No telefon mesti la kene hafal. Tak pun ada buku telefon. Tak pun telegram (gila klasik nih!). Jadi takde la kes memeruk dalam bilik sebab melayan gayut atau sms. Ada banyak masa untuk aktiviti lain seperti memasak, mengemas, basuh kereta sendiri, siram pokok. Jadi banyak la ruang untuk bersosial secara nyata. Sembang-sembang dengan jiran sebelah masa tengah berkebun ke...atau bertukar-tukar kuih di waktu petang ke...
Atau berjalan-jalan di taman bunga sambil jiwang-jiwang, yang lelakinya pakai baju kotak-kotak dengan seluar bell bottom, bermisai lebat dan bercermin mata hitam (eh apasal GB terbayang uncle
Lavendari neh? Heheh!!!). Yang pompuan pulak pakai baju yang ber shoulder keras tu, rambut blowed ada bunga di telinga, berlipstick terang , berskirt kembang dan berkasut tumit tinggi. Sampai sekarang GB tak boleh buat bende tu (Pakai high heels masa jalan kat taman bunga. Heheh...)
Budak-budak. Main petang-petang sampai hangit berpeluh-peluh. Kita kenal anak jiran, jiran kenal anak kita. Kita marah anak jiran, anak kita yang kene teruk. Eh? Tetibe terlebih menjiwai pulak.
*
Lifestyle...
Wanitanya sopan-sopan lembut-lembut ayu-ayu. Ramai keje cikgu. Tak pun nurse. Lembut-lembut je air muka. Sume stok wanita Melayu terakhir. Cakap pun sopan-sopan je, berlapik semua. Pendek kata memang anytime pun boleh jelah nak dibuat calon bini.
Yang lelaki? Err...GB tak berapa usha. Yang pasti baju-bajunya semua melekap di badan. Rambut ketak-ketak. Spek hitam coklat tu tak tinggal. Itu kira abis ensem la tuh! Kalau bercakap tu mesti bunyi romantiknye tak tinggal. Kalau nak mengorat tu biasanya main direct aje. Bikin malu orang pompuan aje! Hahaha!!!
*
Tapi zaman sekarang?
...to be continued depends on feedback and comments...
P/S: Pernah terfikir...boleh dak kite buat research guna filem?