![]() |
From Jitra with SURPRISE!!! Ditujukan khas kepada blogger yang namanya ada link di bawah. Heheheh~ |
Mula-mula sekali, GB nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua kawan-kawan. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih sempurna dari tahun sebelumnya...
***
(sambungan dari sini)
GB nak highlight ni. Antara blogger terawal juga yang mengomen kat blog GB sejak dari zaman gua kelam dulu (hins hins) adalah akak ni...DrSinga namanya. Ramai yang kenal kan? Akak dokter ini lah antara orang yang buat GB rasa blogging itu best. Di blog DrSinga. Entrinya pendek-pendek dan ada gambo-gambo yang cun. Oh, akak ni berbakat juga dalam bidang tembak-menembak gambo ni. Dan kebetulan blognye dalam wordpress. Saje je kan? Hihi~
Tapi isu worpress blogspot segala ni adalah cerita lama. Dah setel. Masing-masing ada kelebihan sendiri, terpulang kepada kita macam mana nak mencorakkan dan macam mana nak explore.
Cuma GB nak bagitau, wujudnya blogger macam en_me dan drSinga ni lah yang sebenarnya memberi semangat untuk GB terus berblog. Bayangkan di saat kite rasa entri kite ni hampeh, tup tup ada yang baca dan komen! Seronok kan?
Oleh itu, marilah kite sesama support blogger-blogger baru agar mereka rasa kewujudan mereka disedari sebab GB dah pernah rasa macam mana perasaannya bile kehadiran kita ni rupanya disedari. Tak rugi pun...
*
Lepas dah berdamai dengan blogspot, GB rasa dah masanya untuk berubah. GB rasa mungkin nama blog waktu itu (wanita biasa hihihihi) yang buat entri asyik nak emo sokmo. GB perlu cari sesuatu yang simple untuk dikenali sebagai identiti yang fresh, firm tapi masih ada unsur girlie-girlie..ihihi. Sesuatu yang lebih menggambarkan GB. Yang lebih senang disebut. Pendek kata rebranding lah.
Akhirnya selepas tenung-tenung tilik-tilik dalam geluk , pada hari Rabu, 18 August 2010, maka bertukarlah blog ini menjadi blog gadisBunga dengan imej baru. Ada gambar yang GB snap sendiri. Dan ada cerita. Atau tiada cerita. Cuma gambar. Pada mulanya GB still ada taruk gambar dari google tapi since entri Power of Diverting pada 24 Ogos 2010, GB mula post gambar sendiri dan konsep yang sama GB gunapakai sampailah sekarang... :)
*
Dan sekarang GB ada ramai kawan lama dan baru dari dunia blog dan ada di antaranya yang GB dah jumpa secara live. Learning is the fun part of blogging dan GB harap dunia blog ni akan berpanjangan lah.
GB tujukan ini kepada semua yang membaca entri ini: Terima kasih kawan-kawan. Sayang semua!
P/S: Lepas ni mungkin GB akan buat entri pasal keghairahan GB dalam fotografi pula. Untuk menjawab persoalan sesetengah kawan selama ni secara lebih detail dari sebelumnya.
P/S 2: Happy birthday blogger Flowers of My Life, kak Ati Masrif! Dengan ucapan, itu kek saya mau boleh ka? Hihihi~
