![]() |
Ini lin chee kang kat Melaka, bukan Kedah. Last week GB gi Yong Peng dan singgah Melaka jalan-jalan. Merapu sungguh kan? |
Bila GB takde idea apa nak tulis untuk entri baru, GB akan merapu. Dan biasanya merapu tu akan melibatkan hal hati dan perasaan. Pasal kawen la. Cinta la. Tak pun berkisahkan kehidupan GB yang kalau nak diikutkan takdelah patut sangat nak cerita banyak-banyak, sebab GB bukan artis. Takde sapa nak amik tahu pun. Tak pun entri argue-argue, sampai naik pening orang baca.
Tapi yang kelakar tu, asal ke mana-mana je mesti terasa nak update masuk blog. Balik kampung, rasa macam nak jadikan entri. Jem kat highway, rasa macam nak jadikan entri. Surau R&R Sungai Perak best, rasa nak masuk jadi entri. Even pegi MBSA pagi tadi dan terasa kehampehan pun rasa nak jadikan entri.
Tapi bila komputer dah di depan mata, keje pun banyak. Sempat jeling-jeling je blog, tapi nak update tak dapat la. Dah la nak cari gambo dalam memory card dulu, nak resize dan masukkan watermark - tu semua perlukan effort. Gambo pulak kene sesuai dengan entri, kalau main hentam taruk je nanti jadi macam makan sandwich ikan pekasam la pulak rasanya (no no, GB tak penah rasa tu. Heheh).
*
Kesimpulannya, GB tengah merapu ni. Siyes. Sebab asalnya GB nak cerita pasal rabun malam GB yang makin teruk yang GB tak citer kat mak ayah (kalau mak ayah tau nanti GB yang kena marah sebab tak cakap pun masa on the way balik Kedah dan masa on the way balik KL). Dan juga silau yang makin-makin teruk juga.
Tapi alhamdulillah dah selamat sampai. Balik kampung sangat seronok walaupun harini tetap jugak kena masuk keje dengan mata yang puffy ni.
P/S: GB is missing something. Dah lama tak melawat secara rutin kat blog member-member kamceng GB (you know who you are :D). Rindu kamu semua!

rabun malam atau rabun ayam.?? hee
ReplyDeletesamalah kita rabun malam, nasib baik cik ina tak bawak kereta. amboi tengah panas ni minum lai chee kang melegakan.
ReplyDeletebahaya 2 GB.kena buat spek utk silau 2.highway ok lagi.kalau state road ke,bahaya selisih dgn kereta tau.
ReplyDeleteKena lebih berhati2 ketika memandu...
ReplyDeletejgn digelar minah merapu lah plak..hehe
ReplyDeletekalo silau ke rabun ke bila kena cahaya lampu boleh buat bahaya huhuhu.. take care GB dear..
ReplyDeletemerapu pun suka acik baca..ye ye acik nak tau pasal rabun..rupanya cite lain..he he.
ReplyDeletekalau dah umur macam acik ni ye la..bukan setakat malam..siang pun dah lama rabun..he he..
rindu GB juga..
ReplyDeletewalau merapu.. tetap suka masuk blog kamu..
dik, kena pilih cermin mata silau.. jenama yang baik..
sebab silau boleh buat katerak mata time berusia nanti
GB=Gila Blog dah ni.... [",] [",]
ReplyDeleteGuran yer GB.
Itulah kalau kita dah minat sangat berblog dan rasa seronok.
Bijik selasih tu time close-up nampak macam mata!
ReplyDeletekalau ko rabun pakailah spek
ReplyDeletemasa gila blog memang kat mana2 igt blog. tp lama2 normal balik... hehe
salam..
ReplyDeletememang sedap di makan waktu
cuaca panas sekarang ni..
teringat masa balik Kedah minggu
lepas..panasnya di sana langsung
tak de angin..
Biasalah.
ReplyDeleteKadang-kadang kita sibuk, takde masa nak buat kunjungan balas. Yang penting bila GB free, jangan lupakan kita semua plak.
utnung lah GB, balik kampung dapat makan lagi....makan JEM......hehehe
ReplyDeleteSamalah macam GB, saya pun rabun malam, takleh drive time malam mujurlah dah ade hubby, heeee!
ReplyDeleteBahaya GB kalau driving malam. Lagi kalau jalan biasa yg dua hala. Baik pergi check mata.
ReplyDeleteAbang kakak pernah accident hanya kerana simbahan lampu lori ketika driving malam. SIL kakak yg teruk.
nampak sedap je tu
ReplyDeletecepat2lah GB pergi cek mata tu.. sy pun makin lama makin meningkat power ni.. hmmm.. -___-
ReplyDeleteGB oh GBeb oh GBob......
ReplyDeleteRnR sg perak tudah dekat sangat kat kg EE...
EE member jahat ker
atau member kamcing...mesti x kan..sob sob..hahahaha..
- dulu2 lin chee kang ade telor puyuh...
ReplyDeletesaya nak borak borak dengan Bunda boleh ???
ReplyDeletesepjg sakit hanya lin chee kang or cikong ke laici kang apatah namanya yg sy lalu nk makan..eh minum..tp kira mcm mkn..
ReplyDelete