Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, June 1, 2011

Hati bergetar hebat...jantung berdetak kencang...



GB rasa itu adalah cinta. :)

Setiap kali terpandang kelibat dia. Atau terlihat wajah dia. Atau terdengar nama dia. Sakit rasa dada ni. Cintakah? :)

*

Itu cuma contoh. Tapi bagi yang alert, manusia takkan bercakap tanpa ada terlintas sedikit pun niat di dalam hatinya. Jadi lepas ni kalau terdengar suami sebut tentang jam itu cantik, atau isteri sebut tentang baju itu lawa, mak sebut pasal nak menantu dan ayah sebut pasal nak cucu, sekalipun setelah itu mereka cakap itu cuma gurauan, please take note. Mereka berhajat sebenarnya. :)

Dapat tangkap apa yg GB maksudkan? :D

*

Bagi GB cinta ni adalah kuasa yang dahsyat, yang boleh menggoncangkan segala keteguhan. Mencairkan segala kedegilan. Bisa buat orang senyum bahagia dan menangis derita. Atau mungkin juga bisa bikin orang senyum terseksa dan menangis gembira. Entahlah, cinta ni memang pelik.

Dunia dan makhluk di dalamnya tercipta kerana cinta Allah kepada kita. Syurga dan neraka diciptakan untuk menguji cinta makhluk terhadap Pencipta. Al-Quran diturunkan sebagai naskhah cinta supaya kita tak sesat di dunia ni.

*
Cinta ni sebenarnya tidak ada titik noktah dan tidak ada batu aras. Mungkin hari ini ia ada, tiba-tiba esok ia hilang. Subjektif sangat. Tapi kalau asasnya betul, insyaAllah cinta yang ada dalam diri akan tersemai jadi lebih kukuh dan indah, tapi syaratnya cinta terbesar kenalah kepada Allah.

Pernah tak dengar orang yang tak suka sesuatu, contohnya tak suka orang dari negeri tertentu, dengan perwatakan tertentu, dan dalam bidang-bidang tertentu, tapi akhirnya jodoh mereka tiba dengan orang yang mereka tak suka tu. Normal kan? GB sendiri pun kene cek balik. Nampak gaya kalau kene caranya, terkena jugak kat batang hidung GB ni. Tapi dari dulu lagi GB play safe sebab tak penah bagi criteria lelaki idaman, sebab takut nanti orang kata kita balik kalau tiba-tiba GB terkahwin dengan orang yang takde dalam list ciri-ciri lelaki idaman tu. Sampai orang pun naik pening memikirkan orang yang macam mana yang GB suka sebenarnya? Jawapan GB, when the time come, i'll know. :)

*

Jiwang? Jangan pelik. GB sebenarnya kena tag oleh Zulkbo untuk cerita pasal Definasi Cinta. Tapi macam kelaut je nampak definasi cinta GB ni. Kata Zulkbo tag ni adalah untuk join kontes yang di anjurkan miszpathetic atau di kenali "si gadis berkaca mata",  memperkatakan tentang soal cinta (DEFINASI CINTA). Since Zulkbo tak tulis pulak kene tag sesapa, jadi GB tak tag lah. Takut nanti kene baling dengan senduk. Tapi rasa nya kalau dengar (tengok) definasi cinta dari Uncle Gedek pun menarik jugak kot. Gambar apa dia nak letak ek? 


So uncle, GB tag kamu. Heheheh.


P/S: Cinta, datang la. :)

61 comments:

  1. GB..dah sampai masanya ye..tahniah..

    ReplyDelete
  2. acik:

    dah sampai kot, tapi calonnya belum nampak lagi. boleh tolong GB? :D

    ReplyDelete
  3. ingatkan GB betul dalam fasa bercinta..dulu kan GB kriteria lelaki idaman sy haruslah tinggi..sy mmg x suka lelaki pendek..yg dtg mengorat agak x berapa nk tinggi sy tolak (tinggi dr sy tp sy nak yg betul² tinggi mcm model)..akhirnya sy dapat juga suami yg setinggi 6 kaki..bkn setakat tinggi besar juga hahaha..

    ReplyDelete
  4. rina:

    haha. tuh la. GB tak berani nak cakap lelaki tu nanti kene tinggi atau kene lebih gelap dari GB atau kene hensem.

    tapi, eh jap. ye, GB nak lelaki yang lebih dominan dari GB. takde ciri2 fizikal di situ. hihi~

    ReplyDelete
  5. aku tersenyum je bc entry ni. entahlah..cintaku sudah pulang ke german. tak tahu bila lagi akan bersua. setiap pertemuan itu adalah urusan Allah dan rahsia itu hanya Dia yg tahu. benar cinta itu amat menyakitkan bila tiba2 org yg kita hrpkan bersama tak jujur. waktu itu barulah diri sedar bahawa cinta sesama manusia itu hanyalah palsu dan cinta pd yg Esa jgk kekal dan indah.

    apapun gb, let everything go with the flow. terlalu mengharap dan terlalu merancang kdg2 menyakitkan bila semuanya tak menjadi. aku rasa life aku happier mcm ni compared to last time. but who knows whats going to happen after this. bak kata pepatah org2 dulu, ikan di laut, asam di darat..dalam kuali bertemu jua..cewah...hehehe :D

    ReplyDelete
  6. fatt:

    sebab tu aku sekarang macam ni. tak terlalu berharap, tak terlalu overdo. aku dah rasa macam mana sakit bila org yg bagi harapan tu tiba-tiba berlalu macam angin. penat lah. Aku serah semua kat Allah je sekarang. Mungkin orang lain akan cakap jodoh takkan datang tanpa usaha, tapi usaha masing-masing lain caranya. malas nak dgr cakap org yg suka cop2 orang ni.

    btw, ko dgn mamat german tu, yg mana asam yang mana garam? heheh~

    ReplyDelete
  7. ada jugak rasa macam kene 'mild electric shock' jugak kalau nampak sidia tu

    ReplyDelete
  8. jodoh,petemuan dan ajal maut di tgn tuhan...tp kita mampu memilih apa yg kita nak...kalau dah jumpa pilihan hati,buat istikarah mcm GB ckp kat EE sbb "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui."..pinta jodoh terbaik utk diri sendiri supaya jodoh GB dpt bimbing GB...

    tau GB kena tag,ini cuma pdpt EE...cantik r gmbr GB snap tu...guna kamera ape?jgn ckp kamera cap ayam...ketuk kapla kang..

    ReplyDelete
  9. mrs azmi:

    yes. selalu je rasa macam tu. even kat crush je pun. hihi~

    ReplyDelete
  10. EE:

    biasanya panggil GBeb la...GBob la...harini GB je?

    hihi~

    jawapan GB, belum jumpa lagi. pilihan hati takkan bermakna apa-apa kalau itu cuma dari pihak kita je. hahah.

    n jawapan kedua. ye, kamera cap ayam. nak ketuk kepala jugak ke? :p

    ReplyDelete
  11. @gadisBunga

    hari ni x mo la sbb entri emo sikit...kalau entri huha huha boleh aja GBeb or GBob..hakhak..jgn marah..

    x pela dah org x nak share apa yg dia ade..kalau kat sblh EE mmg dah ketuk lapanpolohlapan kali dah..hihi..

    ReplyDelete
  12. cinta..
    cinta....
    cinta....

    err.... ape ye?

    ReplyDelete
  13. moga GB akan temui cinta sejati...

    ReplyDelete
  14. EE:

    yang penting bukan kameranya. hahah poyo tak? :p

    ReplyDelete
  15. tupai merah:

    aku pun tak tau. tapi aku tau. tapi tak tau. :D

    ReplyDelete
  16. Al:

    thanks Al. same goes to you. :)

    ReplyDelete
  17. hidup GB telah diselubungi oleh cinta..alhamdulillah..

    p/s: nnti gi tanjong karang, jangan lupe pekena pecal tau

    ReplyDelete
  18. yeah...setuju2..nak tgk gambar ape pokcik gedek nak letak

    ReplyDelete
  19. gb
    sedang berdebar yg penuh makna ke?

    rasa macam dah beberapa kali ada en3 berbunga2 berdebar2 nih?

    ReplyDelete
  20. sahrom:

    apasal ayat mcm misteri nusantara? hahaha!!!

    ReplyDelete
  21. queen:

    Kan? tak sabar nak tgk! hihihi~

    ReplyDelete
  22. sayangsayangibu:

    hehe. debar tu ada la jugak. tapi belum ada makna lagi kak. ngeee~

    ReplyDelete
  23. tak sabar nak tgk uncle Gedek jawab tag ni...:P

    ReplyDelete
  24. heh

    cmne uncle nak jawap ye?

    hiks.

    mesti ade gambar berunsurkan cinta kah?

    ReplyDelete
  25. daddyZiyyad:

    tuh la. mesti bagi dia kacang je kan? :p

    ReplyDelete
  26. miss B:

    jgn dia taruk gambar bukan2 dah..heheh~

    ReplyDelete
  27. tu dia
    berjele peneranga
    pakcik gedek misti letak gamba abstrak kot
    keh3

    ReplyDelete
  28. upps, getaran itu memang rase tidak tertanggung.

    ReplyDelete
  29. apa kata GB cuba jadi penulis @ novelist.


    ada bakat tau !

    ReplyDelete
  30. Aslmkm.
    1st, maaf ya kerana berlapis waktu baru dapat ke sini.
    Hmmm. Seperti cuba melukiskan perasaan sendiri. Mungkin sudah ada bibitnya. :)

    ReplyDelete
  31. Salam GB.
    Cinta itu pelik untuk orang yang tak merasanya, orang bercinta akan merasa dunia cintah itu indah dan kakinya di awang-awangan.

    ReplyDelete
  32. cinta dtg bila kita xmghrpknnya.. akn dtg bila ditentukan olehNya..

    ReplyDelete
  33. jatuh cinta ke GB??.....oh YESSS....bercinta itu indah

    ReplyDelete
  34. kreatifnya mendefinisikan cinta :)

    ReplyDelete
  35. Pengjayatan yg sngt mendalam. GB...sorry lama xmelwat...busy gila...vuti sem lama,,,4 bulan. busy kerja

    ReplyDelete
  36. cinta itu indah cuma bila bercinta jangan harap yang indah2...hehe

    ReplyDelete
  37. Weh!

    Macam dapat assignment la pulak?

    Ok... ok...

    Uncle sahot cabaran.... give me time sikit untok dapat ilham... sempat kan?

    Thanks GB!

    ReplyDelete
  38. i tak keasah mana negeri pun ok

    ReplyDelete
  39. cinta itu pink.




    pink is love.

    heheh. aku sudah bosan punya ciri-ciri lelaki idaman. haih.

    ReplyDelete
  40. wahhh... mendalam gak ni definisi cintanya.. ahaha...

    ReplyDelete
  41. cinta buat kita ketawa dan cinta juga buat kita menangis.. cinta buat kita jadi buta kdg2 huhuhu

    ReplyDelete
  42. @MasZuber

    tercocok rasa jantung ni kan? ngeeee~

    ReplyDelete
  43. @a.z.r.i.n.a.03.07

    ngeee...ye ke kak? akak nak baca ke kalau gb kuar novel?

    ReplyDelete
  44. @DDrfauziah

    tuh la auntie. perasaan ni kalau disimpan2 nanti jadi senak. cerita kat blog ni ala kadar pun dah ok rasanya, hihi~

    ReplyDelete
  45. @Sabahan Bloggers Club

    bagi gb bila rasa kaki terawang-awangan itu yang jadi pelik tu. hihi~

    ReplyDelete
  46. @azam

    haha. yes, GB jatuh cinta suda. :p

    ReplyDelete
  47. @bersama kak Es

    tengs. saya pakai taip je. rasa cam best pulak cakap pasal cinta ni. hihi~

    ReplyDelete
  48. @.:rizaL:.

    bagus...masa cuti kene isi dgn bende berfaedah. :D

    ReplyDelete
  49. @gedek!

    yeyy..tq uncle! igt uncle nak ketuk gb dgn senduk sebab tag ni. hahah!


    wokeh, gb tungguuuuuuu~

    ReplyDelete
  50. @BonekadalamChermin

    heheh. i know. lagipun 'ciri-ciri' is always far from reality. :)

    ReplyDelete
  51. @yad'z

    tengs. hihi. dalam tang mana tu? :D

    ReplyDelete
  52. @Didz

    belum lagi didz. sipi-sipi kot. tgk keadaan. harap2 jatuh la nanti. hihi~

    ReplyDelete
  53. salam..
    ermmm..nak kawin memang kalau boleh nak yang semuanya sejiwa dan sehati kan..kadangkala yang berlainan jiwa pun baik juga,melengkapi antara satu sama lain..terima kasih jawab tag saya..
    :)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D