Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, June 4, 2011

Currently at R&R Tapah: Bercinta lepas kahwin - Impressi

Cosmos caudatus - Bunga ulam raja 

GB tengah on the way nak balik Kedah. Ada 2 kenduri nak attend. Lepas tu nak jenjalan amik gambo. Mebi pegi kat tempat shooting filem Cun tu ke... :D

*

Bila baca komen-komen dalam entri GB yang lepas, GB nampak sesuatu: Ramai beranggapan yang bercinta lepas kawin itu old fashion dan konsepnya begini: Masuk meminang - terima - nikah.

Done.

Kawan-kawan, kalau zaman dulu, ya mungkin kita boleh praktikkan itu semua. Tapi sekarang zaman dah berubah. Kalau itu yang kita buat, jangan salahkan sesiapa kalau tiba-tiba kita terkahwin dengan penyangak atau penjenayah atau pemalas atau pengikis. Atau laki orang. Parah kan?

*

GB ada definasi sendiri tentang bercinta selepas kahwin.

Situasi 1:
Tak penah jumpa. Tiba-tiba terjumpa dan terus terberkenan. Cubalah siasat orang tu dah berpunya atau belum. In fact nak tanya terus pun boleh, tapi lebih manis kalau pakai perantara. Then buatlah istikharah (heheh cepatnya~). Dalam pada itu cuba risik-risik tentang latar belakangnya dari kaum keluarga atau dari teman-teman terdekat atau dari sesiapa yang kenal lah. Orang yang dirisik tu pun, janganla tunggu aje macam patung. Jalankan siasatan juga. Mana tahu orang yang beriya-riya merisik pasal kita ni tup tup laki orang. Takmau ok!

Lepas semua ok, kahwin dan bercinta lah puas-puas.

Situasi 2:
Kategori member-member. Kenal dah lama. Dah agak tahu pasal perangai dan pe'el masing-masing. Tapi bukan couple ni. Mungkin jumpa occasionally untuk borak-borak minum-minum. Tapi tetibe boleh pulak ada feeling-feeling. Ha....time tu, baik tanya elok-elok dan terangkan apa yang dirasa tu. Biasanya kalau dah namanya member mesti takde masalah kot nak bercakap. Heheh! Kalau kompem tak bertepuk sebelah tangan dan rasa boleh proceed, masuk la meminang. Tapi sebelum dua-dua pihak kena risik-risik juga kat orang lain, just in case. Dalam tempoh bertunang tu tidak le keluar dating-dating, just teruskan aje macam mana yang dibuat sebelum jatuh feeling tu. Kena ingat, perasaan tu timbul mungkin sebab sebelum tu kitorang (eh?) jarang jumpa dan tak keluar sama, jadi teruskan aje benda tu sampai la bila dah kawin nanti. Lepas tu kawin, datinglah puas-puas.

Dah macam manuskrip novel. Sweet tak?

Ini antara apa yang GB angan-angankan. Sebab tu GB tak kisah kalau kena let go lelaki yang jenis mahu 'nafkah' dating, pegang-pegang tangan, peluk-peluk dan cium-cium dari girlfriend walau sekaya atau sehensem mana pun mereka.

P/S: GB tahu, cakap memang senang. Tapi kawan-kawan doakan GB ye. Apa? Tak....GB belum ada calon lagi. Sesaja je buat entri ni... :)

25 comments:

  1. ape pun kene siasat latar belakang dulu. takut menyesal di bekang hari. :)

    ReplyDelete
  2. Yesss!! Begitulah Situasi nya tapi ada satu lagi situasi.

    Situasi C: Mok, apok, sedara mara, jiran tetangga mahupun shbt handai berkenan kat seseorang dan nak padukkan dgn kita. Tunjuk gambo kat kita (mcm citer drama Jepun dan Korea tuu..)beserta dengan biodata. Kalo kita rasa ok dan berkenan maka solat istikharah nak proceed ke tidak. Then kalo ok, buat sessi perjumpaan tapi tak leh berdua mesti berteman sebaiknya dgn org yg memadukkan @ org yg 'terpercaya'. Masa jumpa tu buallah santai2, berkenalan, tanya itu ini. Pas tu solat istikharah lagi sambil tu minta 'org-org yg terpecaya' atau teman kita dok siasat lagi latarbelakang dia. Kalo semua dah ok proceed lagi macam citer Situasi A, GB, tunang (jgn lama2), nikah dan cinta sakan. Banyak processnya juga, bkn main terima aja sesiapa masuk meminang atau main setuju aja tah sesiapa memadukkan. Bukan mcm desperado tau..
    Old fashion?? Tidak. Islam itu modern dan apa juga cara yang berlandaskan Islam sentiasa valid mengikut peredaran zaman kerana agama Islam sentiasa menjaga dan memelihara kesejahteraan umat.

    ReplyDelete
  3. Nak sambung lagi..Ini bukan zamannya kita main terima aja pilihan org tua atau sesiapa juga yg masuk meminang. Mesti ada pandangan dari 'teman atau org terpecaya' dan mesti kena siasat latar belakang dulu dan yg penting jgn lupa solat istikharah bertanya pada Allah. Insyallah pas nikah walau apa pun terjadi kita akan lebih redha dan tak akan menyesal kerana kita tahu kita telah berusaha dan yg penting kita yakin dg keputusan yg bkn berlandaskan hawa nafsu sahaja kerana telah 'bertanya kepada Allah' terlebih dahulu. Siapalah yang lebih mengetahui selain dari ALLAH Yang Maha Mengetahui.

    Good Luck GB dalam penantian jodoh. Mudah2an bertemu dengan 'org yg berkenan dan ada org yg baik lagi soleh yg berkenan kat GB' (bertepuk dua tangan) masa di Kedah nanti.. Jodoh kan..siapa tahu ;). Cepat doa, cepat doa. Doa musafir makbul tau..Amin,Amin.

    ReplyDelete
  4. Mendoakan yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya jodoh itu ditentukan oleh NYA. Bersedia menerima seadanya..

    “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

    *Btw, suka komen Kak ATE di atas tu..

    Pengalaman Baru...

    ReplyDelete
  5. en amman:

    sebab tu saya tekankan dalam entri, kene risik2 dulu. jangan main terima je. byk org skeptikel pasal konsep ni, jadi kene terangkan la.

    ReplyDelete
  6. imanshah:

    entri dah ada dalam draft tapi tak publish sebab takde gambo lagi. tadi pagi masa take a break baru sempat taruk gambo n tekan publish. :D

    ReplyDelete
  7. ate: ha...panjang lebar penjelasan ate. semua konsep boleh digunapakai dan yg paling penting tak terima melulu. bukan itu yg dimaksudkan dgn bercinta selepas kawin kan?

    kat kedah ni tak tau la. kalau ada, ada la berita gembira nanti. heheh. tapi sape pulak kan? ngeee~

    ReplyDelete
  8. k azie:
    jom kita doakan yg terbaik untuk semua orang. :D

    ReplyDelete
  9. good GB clarify..jadi takde yang salah faham. dan sebaik2 cara 'menyiasat' ialah istikharah. dan sebab belum terjatuh cinta..istikharah wont be biased dan dicemari perasaan. begitulah indahnya cara islam.
    dengan keyakinan, memang senang, insyaAllah

    ReplyDelete
  10. GB; saya dalam kategori 2, kami suka sama suka. selepas itu semenye keluarga uruskan. kami x penah kuar bersama sebelum nikah, masa btunang selama 4 bulan hanya sms & call. hihi waktu tu xde fb. hihi.. sweet.. alhamdulillah cinta lepas kawen lebih sweeettt.. :)

    ReplyDelete
  11. wah dh bersambung² pula isu cinta lepas kawen nih ya..mesti indah ye x..hehe..personally sy x rasa pengalaman tu sbb sy mmg dah bercinta sebelom kawen..nak wat camno dah org jatuh cinta kat kita..kita plak mmg senang nak jatuh cinta kihkihkih..apa pon sy teringin nak baca kisah cinta GB nnt..

    ReplyDelete
  12. Betul kata-kata GB tu.
    Sebab tu orang dulu-dulu biar ibubapa yang pilih calon untuk si gadis. Cuma kalau nak buat macam tu sekarang, takut ibubapa pun tersalah pilih, sebab ramai yang pandai berlakun sekarang ni.

    ReplyDelete
  13. Ni macam tanda-tanda nak bercalon tak lama lagilah ni GB buat entry ni..hehe semoga berjaya, Amin!

    ReplyDelete
  14. Kamu update belog dari R&R....?

    Nampaknya kamu kena cari pasangan blogger juga, macam ni...

    ReplyDelete
  15. like!!! sy pun suke konsep bercinta lps kahwin..mmg la old fashioned tp on my part sy x berape gemar utk berkwn ramai sgt sbb nnt mengundang byk mslh..tp x bermakne kite kene tunggu mcm tunggul...just be wise dan berdoa dgn Allah.. :)

    ReplyDelete
  16. Erm..nie macam cilok dr artikel je! (jgn marah haa!) Entri santai....tp real mmg dlm life kita mcm2 ada!

    ReplyDelete
  17. hah! betul tu,tk boleh ikut stail org dulu2..org dulu2 lain..tk ada dating2 nk jumpa lelaki pun payah..alhamdulillah kekal hingga akhir hayat..zaman sekarang semua nk kena siasat..supaya tk trkena dan mengena..sblm kwen jgn bercinta sakan sgt..bila dah nikah kwen barulah cinta betul2..ok gak mmctu.

    ReplyDelete
  18. aku pun terfikir kalau jumpa awek yg aku minat, aku ada wang... terus masuk merisik

    ReplyDelete
  19. yg penting jumpa dgn family dia jugak.tgk cmne dia layan family dia dan cmne family dia layan dia.hihi

    ReplyDelete
  20. Gitu la GB..mmg akan terima jodoh tak lama lg ni. Amin..

    ReplyDelete
  21. Babe...!

    Uncle dah sahot cabaran kamu....

    Tengok ni....

    http://www.blogbeginsatforty.com/2011/06/june-4-2011-definasi-cinta.html

    ReplyDelete
  22. kalau ade jodoh, tak ke mana:)

    ReplyDelete
  23. Pernah berangan-angan juga untuk bercinta sebelum kawin, tapi tak jumpa lah lelaki jenis macam tu, uhuk uhuk...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D