![]() |
Yang lama, yang baru |
Dulu kan, masa tahun 1989, GB selalu sembang dengan kawan-kawan pasal rumours kononnya pada tahun 2000 nanti akan berlaku perang nuklear. (Dahsyat tak bebudak darjah 2 punya conversation?).
Konon terbayangkan macam mana la agaknya keadaan dunia kalau perang tu betul-betul terjadi. Tapi yang kelakarnya, mana datang rumours tu entah? Tiba-tiba benda tu jadi femes. Padahal takde la pulak antara kitorang yang dah kenal Nostradamus time tu...
Tapi yang sadisnya, tak perlu tunggu perang. Tahun ni, nuklear dah jadi ancaman lepas gempa bumi besar yang landa Jepun tak berapa lama dulu. Oh ya, jangan lupa. Dekat Chernobyl pun dah jadi dah, awal dulu. Allah cakap, Kun fa ya kun...
*
Dulu kan, asal lukis poster atau drawing yang berbentuk futuristic, mesti ada elemen-elemen macam ni: Jalan raya bertingkat-tingkat, bangunan tinggi-tinggi, kereta terbang.
Sekarang: Jalan raya dan highway dah lebih dari bertingkat-tingkat dah...dah jadi semacam je simpang siurnya. Ada yang lagi tinggi dari kubah masjid. Contohnya Jalan Gombak menghala ke Sungai Pusu. Yang lebih tinggi dari bangunan spital pun ada. Macam jalan dari Skypark Subang ke USJ sekarang ni. Dulu masa baru siap rasa gayat jugak, dah la GB ni jenis gayat. Tapi sekarang dah biasa dah....
Kereta terbang? Rasanya dah tercipta. Tapi belum common macam Persona atau Myvi lagi. Nanti bila dah glemer rasanya kita kena bagi parking kat rooftop aje untuk kereta-kereta terbang ni. Baru aci...
*
Ada lagi. Dalam movie futuristic zaman dulu...walau komputernye besar gedabak, gajetnye mesti 2 in 1, atau 3 in 1 atau lebih lagi. Contohnya macam telefon bimbit berkamera dan boleh buat video call. Macam citer James Bond, Mission Impossible. Rasa 'oh so futuristic' sangat time tuh. Bohong la kalau GB cakap tak penah berangan nak gajet 'canggih' (alahai...rasa nak gelak je sekarang ni. Hahah!!!) cenggini.
Tup tup sekarang ni bukan setakat komputer jadik makin kecik dan kecut, malah ada henpon tu bukan setakat ada kamera dan boleh buat video call, siap ada radio ada TV lagi!
*
Semuanya bermula dari vision dan angan-angan kan? (Kes nuklear tu terkecuali lah tapi...)
P/S: Selalunya GB akan berangan nak kereta terbang kalau sangkut kat tengah jem. Heheh!

angan² insyallah jadi kenyataan....tapi tak semualah....
ReplyDeleteGB xde angan² nak kawin ke?
@azam
ReplyDeletekawin? eh, mesti la nak! heheh~
kami selalu cakap 'lompat divider' sebab buang masa nk u turn.....
ReplyDeleteespecially time balik breakfast dan boss dah ada kt opis. oh!
@tupaimerah
ReplyDeleteaku tak berani buat mcm tu sekarang. polis bijak menyorok, tup2 kantoi~
tak cukup takut tu, masa kita darjah 2 ada kawan bagitau tahun 2000 dunia kiamat!
ReplyDeleteye ke? mana awak tau? tak percaya lah... (tapi dalam hati ngeri gak)
rupanya Gb nie bawah umur kak ayu..
ReplyDeleteem..
kak tua setahun..
kak angan2 nak drive..
masa tu umur 6 tahun..
ingat tak kesampaian..
alhamdullilah.. akhirnya
@kucingorengemok
ReplyDeletemesti dia cerita beriya2 mcm realll je kan?
@Citarasa Rinduan
ReplyDeletehihi. muda setahun je kak. ngeee~
masa umur 6 tahun kalau dibagi kete pun cuma kete mainan yg sampai kakinya...kihkih!
huhu.. masa saya kecik saya selalu pk mcm mana 1 ari nanti saya nak jadi mujahidin.. hihi... smpai skrg pegang senapang pun x reti, haha
ReplyDelete@Khairul Hakimin B. Muhammad
ReplyDeletegame tembak2 ada senapang kan?
kReen pernah berangan bawak si bentley! Bukan masa budak2 tapi masa jadi mak budak ni ha...
ReplyDeletehaha..takkan dapek.
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletesaya gi site kat kelab golf saas tu berpinar bijik mata tgk 1 rumah ni: selamba2 je 2-3 bijik bentley parking depan umah dia. woohooo!
salam..
ReplyDeleteyang nyata kipas dalam
gambar tu cantik je..tapi
bila pasang mau tak sejuk
kan..?
:D
@zulkbo
ReplyDeletecantik. tapi masa snap tu mmg tak pasang pun sebab tempat tu ada ekon. heheh~
orang yang berimiginasi tinggi cam GB, cerdek. akak suka ngan kipas tu.
ReplyDeletesemasa kecil saya ada jam tangan yang boleh dibuat kalkulator.. fuhhh terasa hebat ketika itu.. huhu
ReplyDeleteGB ni kan kalau jadi perdana menteri, mau bertingkat2 jalan kat malaysia ni. banyak sangat ideanya, cerita pasal nuklear pun ada. Hihihihi.... bagus untuk perkembangan minda tu GB. Dah lama tak amsuk galeri seni.
ReplyDeleteCantik gambo tu umah GB?
ReplyDeleteAte dari kecik sampai ke tua suka berangan..tapi yg paling tak masuk akal pernah berangan nak bawak 'limousine taxi airport' sdgkan Ate ni paling slow pasal mengingat jalan. Pakai GPS pun sesat sentiasa.
owh gitu ke?? saya pandai lukis org lidi je
ReplyDeleteperkara normal lah GB..kalau dulu memang kita rasa benda-benda tu mustahil kan..tapi teknologi ni terlalu cepat dan pantas dan tak mustahil....
ReplyDeleteaku nak tgk bandar terbang
ReplyDeletemasih menunggu bila nak ada time machine...
ReplyDeleteok..plsss ade kereta terbang..pulesssssssss:)
ReplyDeleteangan2 nak kahwin lagi...
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteYa, hampir semuanya bermula dengan angan2. Masa zaman kanak2 -> remaja belia yang paling best! Kan?
Kalau diusahakan, banyak yang menjadi kenyataan! :)
hahaha.. kan3.. selalu jekk.... ayat "kalaulah" dah sebati dengan diri kot. hehe
ReplyDeletekawen sonok tau cik fidde ittewww.. ekeke
ReplyDeletezaman acik dulu kalau lukis gambar je..mesti ada pokok kelapa..he he..
ReplyDeleteakak dulu sembang2 dgn kwn-kwn pasal x lama lgi hari nak kiamat..ngee takutkan
ReplyDeletedulu lukisan MDT pernah dapat pujian cikgu kelas sbb terlalu futuristik..konon2 idea diluar kotak lah.. :)
ReplyDeletefuturistik! whoa!
ReplyDeletesuka idea2 futuristik ni,
tp masa 1989 mutiara baru staun stengah,,hikhik,,
ingatkn kita baya2 dear,
* GB, ritu MB tengok CUN, ada rumah dekat kg tu mcam dalam gambar yg GB amek tu,, derang pinjam umah mak sdare GB ke?
psl lukisan tu mmg sama,time kecik2 suka lukis mcm tu ..hehe
ReplyDeletehttp://blogakuummi.blogspot.com/2011/06/info-kesihatan-wanitaketumbuhan-fibroid.html
syok pulak baca entry kat sini..haha mcm2 idea ada eh? taun 2020 nnti ntah mcm mane rupa la kan..
ReplyDeletewah darjah 2 dh berangan apa jd ms thn 2000 ya..sy salu teringin nk ada mesin masa jek hehe
ReplyDeletekalau kawin naik keta terbang camne ek...jenuh le umah pengantin nak sedia paking kt bumbung umah...hehehee
ReplyDeletesaya selalu berangan kan best kete bleh lipat masuk poket, tak payah susah payah carik parking.
ReplyDelete- itu kedai yg drsinga pegi tu kan...
ReplyDelete@Cik Ina Do do Cheng
ReplyDeletesaya teringin nak rembat kipas tu sebijik kak... :)
@delarocha
ReplyDeleteada rasa macam space cop gaban tak? hihihi~
@Sabahan Bloggers Club
ReplyDeleteGB tak jadi PM pun dah ada jalan raya bertingkat2 ni. hihi~
*itu view dari dalam kopitiam. :D
@Ann Huda (Ate)
ReplyDeletekazen saya penah bawak kete guna GPS, sampai last2 GPS tu terdiam sebab ntah mana ceruk dia bawak...itu guna GPS tu! hahaha!
*itu bukan rumah GB. itu dalam bangi kopitiam.. :D
@IMANSHAH
ReplyDeleteorg lidi pun boleh jadik artwork gak.. :D
@amry
ReplyDeletebetul. dah makin pantas sampai tak ter cath up pun ada. :D
@Roza Ami Nanomiya
ReplyDeletemacam dalam citer wall-E?
@gedek!
ReplyDeletesaya nak patah balik ke tahun 2000! :>
@maya amir
ReplyDeletebest kan kalau ada!
@Bigdaddyz
ReplyDeletei follow~
@DDrfauziah
ReplyDeletemasa zaman budak2 dan zaman remaja tu otak memang kuat berangan auntie... hihi~
@yad'z
ReplyDeletewalau sebenarnya tak elok sebut kan?
@en_me
ReplyDeleteorg tak pandang kite en me.. :D
@Acik Erna
ReplyDeleteawan ada tak? hihi~
@anitaare
ReplyDeletehaha. mmg dah akhir zaman pun kan?
@makdara TERdiva
ReplyDeletekalau zaman dulu ada blog, mesti dah taruk dlm blog kan?
@Mutiara Bernilai
ReplyDeletemuda belia lagi dia ya? :)
*citer cun tu buat kat kampung lain...GB sendiri pun belum penah sampai kampung tu lagi. :D
@irah-aku.ummi
ReplyDeletegreat minsd think alike kan? :D
@Munna
ReplyDelete2020 tu lagi 9 tahun.. :D
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteramai suka mesin masa rupanya. hihi~
@@cu SaYaNg
ReplyDeletehahaa. tu problem jugak tu.
nanti kite fikirkan. hihi~
@NM02
ReplyDeletewah, dah macam doraemon! hihi~
@AI
ReplyDeletedia ada di depan saya waktu gambar ni di snap. :D
tak lama lagi udara pon jem!
ReplyDelete@Miss b
ReplyDeletekat mana nak gantung traffic light ek? hihi~
kak ati mmg gayat giler
ReplyDeletekalau lalu kat hway yg tinggi2
ada yg ditutup tepi so tak takut sgt
tapi ada yg tak tutup
gua slalu angan2 yg best2 ajer, takot nak angan2 yg buruk2, migrain gua nanti hahaha
ReplyDeleteSMTI
ReplyDeletek ati:
ReplyDeletemesti akak tak penah naik roller coaster kan?
jari terbarai:
ReplyDeleteangan2 kene la yg elok2 aje... :D
red rambutan:
ReplyDeletethx for reading. :)
angan-angan saya nak pegang awan..boleh tak????
ReplyDeletesahrom:
ReplyDeleteboleh! ;D
GB,kalau semua pakai kete terbang,mesti akan ada plak laluan kat udara nnt.hihi
ReplyDelete@zati embong
ReplyDeletemesti tony fernandez susah hati nanti. hahaha!!!