Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, May 18, 2011

Fraser's Hill part 1: Rupanya before this GB lupa nak taruk tajuk untuk entri ni. Sindrom apakah?

Signature view of Fraser's Hill

Ini merupakan kali pertama GB pegi Fraser's Hill. Dan kali pertama jugak drive kat area yang melepasi pekan KKB. Sebelum ni penah jugak sampai kat Sg Chiling (dekat bawah bukit) tapi orang lain yang drive lah. Disebabkan GB penah gi Sg Chiling, itu pasal la yang boleh tau Fraser's Hill tu dekat je rupanya...

Dari rumah GB kat Kg Subang ke clock tower Fraser's Hill tu ambik masa lebih kurang 2 jam. GB pegi ikut PLUS dan masuk kat susur Rawang. Lepas tol, kona kanan dan terus je sampai melalui bandar Rawang dan menghala ke arah Sg Choh. Terus je ikut signboard Serendah dan Kuala Kubu Baru (KKB). Bila melalui pekan KKB, nanti akan nampaklah signboard ke arah Fraser's Hill. Ikut signboard and enjoy your journey...

Dalam perjalanan ke Fraser's Hill tu,  GB melalui Empangan Selangor yang sangat luas...! Bagi sesiapa yang baru first time lalu kat situ mungkin akan rasa teruja, dan kaki-kaki tembak mungkin akan cari port baik punye untuk amik gambo. Mana taknya, selain empangannya yang luas dan langit biru berawan putih di atas, kat background tu nampak juga gunung-ganang Banjaran Titiwangsa yang berbalam-balam. Kelass....!

Masa last time GB pegi (Disember 2010) ada lagi port untuk park kete kejap, boleh la setakat nak amik-amik gambo. Tapi baru-baru ni rasanya diorang dah pagar abis dah. Kalau nak berenti tu boleh kot tapi kene pastikan situasi sekeliling selamat, baru boleh berenti. Lagipun so far GB tengok trafiknya agak lengang. Mungkin sebab orang lalu jalan tu cuma untuk pegi ke Sg Chiling, atau nak naik Bukit Fraser je. Kot laa...

Gile panjang intro..hihihi~

*

Bila dah melepasi jambatan kecik yang tak jauh di hadapannya adalah Santuari Ikan Sg Chiling, maka bermulalah pendakian ke Bukit Fraser....

Jalan naiknya...adat la nak ke kawasan tanah tinggi. Berliku-liku. Tapi kalau bawak ikut speed limit insyaAllah selamat. Jalan ada dua lane, jangan risau. Dan bagi GB, jalannya ok. Well maintained. Waktu siang biasanya bertembung dengan kereta dan motor je dari atas, tetap kena hati-hati. Tapi kalau malam, ada lori besar akan guna jalan tu, so sape yang nak naik malam-malam kena la extra hati-hati. Cemana GB tau pasal hal lori tu? Panjang ceritanya...heheh~

Bila dah makin tinggi, udara tu dah jadi makin sejuk. Time tu GB off aircond, tutup radio dan bukak tingkap. Best! Sebab angin sejuk dan ada bunyi burung chirping kat dalam hutan. Lepas lebih 1/2 jam mendaki, sampailah kat satu kawasan yang ada pintu gerbang kaler putih. Time tu dah eksaited dah...ingat dah sampai. Rupanya belum lagi!

Tak jauh dari pintu gerbang tu, ada signboard 'Fraser's Hill' suruh kona kiri. Kona ajelah, jangan nak memandai straight pulak. Kaaang kalau straight tetibe sampai Kuala Lipis jangan salahkan orang lain okeh...

Dari situ ke puncak, jalannya dipanggil 'gap' dan adalah one way up. Dari situ ada lebih kurang 8km nak sampai ke clock tower. Kat sini udaranya dah lebih sejuk dah...mood nak beronok-ronok kat atas tu pun dah makin tebal..! Keep on je jalan sampai lah ke satu area yang bangunannya sungguhlah cantik-cantik dan tangan dah mula gatal nak memetik, dan nampak clock tower kat tengah-tengah...maksudnya tadaaa!!! Dah sampai lorr~

P/S: Apa yang GB nampak kat Fraser's Hill? Nanti GB ceciter dalam next entry. Ngantuk dah~

50 comments:

  1. sonok GB jenjalan ea....skrg cuti duk umah jek..da puas round2 melaka yg cumil nieh...hehe

    ReplyDelete
  2. err.. huaarrgghhh! kak GB buat hajar jeles.. errmm... :(

    ReplyDelete
  3. xpernah sampai lagi..
    kena pergi ni..
    eheheeeee

    ReplyDelete
  4. walaweyh...cantek2...sejuk cm genting x?

    ReplyDelete
  5. walaweyh...cantek2...sejuk cm genting x?

    ReplyDelete
  6. wah.....
    Gb rupa-rupanya pi fraser hill

    peeh!!!
    mmg best layan entry kamu...

    abah k,ayu driver bus.. selalu cerita ttg pusat perangin di sana..
    tapi.. kak ayu tak pernah sampai... hehehe


    enjoy u holiday yer dik.
    muah2,,,,, rindu kamu

    ReplyDelete
  7. berapa ratus gambar awak klik-klik??


    empangan selangor tu temapat fevret shooting muvie scene frust bercinta kan?

    ReplyDelete
  8. dlm buku teks BM sekolah rendah dulu ade cite fraser hill tp x pernah smpi pon..

    ReplyDelete
  9. Letaklah banyak gambo. Cantik. :)

    ReplyDelete
  10. Ada tak bergambar melompat & freeze kat udara...?

    ReplyDelete
  11. GB,
    makin baca makin teruja akak nak bawak anak2 kesana....
    28 tahun dulu pernah pergi.. taklah semeriah yg akak baca citer GB.... u mmg boleh karang buku dan bukukan gambar2 yg dah u tembak....

    ReplyDelete
  12. last farah pergi time sekolah menengah..en hubby tak pernah pergi lagi.. ni yang berkobar nak naik frasers hill..

    ReplyDelete
  13. tinggi ke bukitnya?
    agak-agak ade mcm jln naik genting?
    kalu pakai kancil/kelisa/viva larat tak?

    ReplyDelete
  14. cerite2
    nak gak teman tau apa ada ateh bukit tu
    teman nak pegi tapi belum sempat

    ReplyDelete
  15. jumpak artis ka kat sana? haha

    ReplyDelete
  16. sy pernah smpai sana tahun 2005 huhhhh

    ReplyDelete
  17. lamanya tak pergi !!
    kali terakhir kReen pergi dengan xco. yg buat family day kat sana tapi masa tu belumjavascript:void(0) kawen lagi.


    * sunyi dan tenang lagi tak ? Dulu.. sangat sesuai bagi mereka yang nak mula 'punyai' anak. heeeeeeee...

    ReplyDelete
  18. bestnya gi Fraser Hill..pasni nak pujuk suami bwk jln gi sini lak..

    ReplyDelete
  19. kalau tak jumpa bukit fraser lepas baca entry nie memang nak kene ketuk kepala.. hahaha.. jelas sejelas jelasnye..

    dah timbul rasa berkobar kobar teringin nak gi sana lak..


    :)

    ReplyDelete
  20. dah penah pergi tahun lepas kali pertama.. memang kat sini tak byk sangat tempat macam kat cameroon, tapi ok lah privasi... :)

    ReplyDelete
  21. dlu penah pegi. tp masa dajah 2. haha.

    cam cun je sne. sejuk x?

    ReplyDelete
  22. padan muka GBEB sbb lupa ltk tajuk..hikhik..

    ReplyDelete
  23. salam..
    ermmm..mabuk bau bunga
    dari sana la tu..murah
    harga sejambak di sana kan?

    ReplyDelete
  24. haha..mmg perasan pon GB x letak tajuk..ingatkan sengaja..biarlh rahsia..

    ReplyDelete
  25. weee....sy belum pernh sampai ke sini lagi..

    tk sabar nk tgk gambar2 yg cantik kt sini.. ;)

    ReplyDelete
  26. Belum pernah sampai dan belum pernah naik Fraser hill..alhamdulillah GB dah pun sampaikan..

    ReplyDelete
  27. GB,fraser skrg ada 1 jalan naik turun?

    ReplyDelete
  28. motipp tanya org plak..itu la sibuk sgt utk persiapan nak kawen sampai lupa ltk tjk entri..hikhik.

    ReplyDelete
  29. huish...bestnye...lame x pegi fh ni,last time camping skolah dulu...macam nk pegi lagi jer bile tgok gb tepek gambo ni...huhuhu...

    ReplyDelete
  30. pernah dengar tp x pernah sampai

    cantik pic tu

    ReplyDelete
  31. seronok!!!
    zurae blom penah jejak kaki kat fraser hill tu... mesti best...tringinnya...

    ReplyDelete
  32. wah...leh tembus LIPIS ke...senang le balik kpg wife den nanti...ahakz

    ReplyDelete
  33. sindrom ...org baru jatuh CINTA kah ..?

    :P

    kak ati tak pernah jumpa2 FH ni
    naik2 asyik jumpa ladang kuda tu je..

    ReplyDelete
  34. saya x penah pegi fraser hill. sekian. TKSTSK. gamba cantek

    ReplyDelete
  35. cer cerita yer nanti...cantik pic ni..thumbs up :)

    ReplyDelete
  36. gb

    utk bergambar ok ler kot FH..tp bab nak bercuti dgn kanak2 x berapa nak best rasanya !!

    ReplyDelete
  37. lamenye tak gi fraser hillllll...tapi tak bape sejuk laa fraser hill ni..

    ReplyDelete
  38. TQ.

    Dah tak payah pakai GPS kalau nak ke FH.

    Tapi still nak suruh GB jadi marshal convoy cik kiah ke FH...ngeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  39. Salam..

    huhu.. best nye.. tak pernah rasa ke sana lagi ..

    :)

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. GB sibuk ke?? lama tak hapdet blog?????

    ReplyDelete
  42. Anak-anak kakak sibuk nak ke sini tapi belum kesampaian lagi. Cantik pemandangannya sekarang....

    ReplyDelete
  43. p Fraser hill patotla lame x update blog....heheeh

    ReplyDelete
  44. satu pendakian yg memerlukan perhatian...huh penat giler nak sampai fraser,apa2 puas hati jugak dapat jejak sana...
    i like fraser..tapi dengaq2 byk cerita misteri so jgn naik waktu senja2 bahaya oooo....misteri

    As-salam

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D