Intro:
Pernah tak kawan-kawan tengok cerita macam Rosalinda dan Betty La Fea? Citer soap opera. Yang GB perasan penah scene transition dari bilik sendiri nak pegi bilik meeting aje pun sampai 2-3 episod tak abis-abis. Jadi untuk tak jadikan cerita Fraser's Hill GB ni macam soap opera, GB akan abiskan dalam entri ni jugak-jugak! Sekian~
Entry:
Adakah kawan-kawan tahu yang dengan hanya dua-tiga langkah, kawan-kawan boleh berada kejap di Selangor dan kejap di Pahang? Atau...pernah tak tengok rumah yang berada di atas negeri Selangor dan juga Pahang? Atau boleh bergambar kejap di Selangor, kejap di Pahang dengan selang 1-2 minit sahaja? Tak perlu keluar peluh setitik pun!
*
Ceriternye....sesampai je kat Fraser's Hill tu terus aje GB park kat Selangor. Dari situ, ape lagi...menyukatlah sampai ke Pahang! Sempat juga bergambo-gambo kat Selangor sebelum sambung bergambo kat Pahang pulak. Heheh, ada yang blur?? Takpe, baca terus okeh.
Fraser's Hill ni sebenarnya terletak dekat dengan sempadan Selangor/Pahang. Yang bestnye, ada satu line merentang kat tengah jalan yang menandakan sempadan antara Selangor dan Pahang. Cool. Mula-mula GB tak perasan itu line sempadan, cuma nampak papan tanda bertulis Selangor dan Pahang aje. Tapi bile tengok betul-betul, eh, garis sempadanlah! Dan yang bestnye ada satu bangunan yang terbina kat atas line tu. Satu rumah dua negeri tu. Kire kalau ada yang kene buang negeri tu tak payah la nak beli tiket bas bagai. Bungkus baju, jalan aje. Syiok betul!
Itu antara keistimewaan Fraser's Hill yang mungkin bagi sesetengah orang biasa saja, tapi bagi GB sangat menarik untuk dikongsi. Kalau malam mungkin ada lampu kat atas jalan tu sebab GB ada nampak recessed floor lighting time tu.
*
Bagi GB, Fraser's Hill sangat bersih, rustic dan cantik. Colour scheme overall area adalah sangat refreshing. Hijau-hijau, putih, rustic, merah, dan hitam. GB suka!
Balai polis dan post office situ cantikkkk banget! Ada tembok yang dah fully covered dengan pokok Ficus pumila pastu ada postbox kaler merah menyala kat tengah-tengah kehijauan. Stailll okeh~
Pastu masa strolling around tu, jangan lupa pandang kat spaces antara bangunan kat situ. Ada pocket garden. Mungkin kecik aje tapi since kiri kanan ada dinding bangunan yang cantik dan nampak rustic, jadi sesnap dua tu takde lah akan merugikan bateri kamera..
Yang lain-lain...ramai dah tau kot. Clock tower, building dengan pengaruh Tudor architecture, bunga-bunga cantik dan udara sejuk. Kalau nak makan ke, nak beli souvenir ke, banyak tempat...tak payah risaulah. Ada taman bunga kat situ tapi GB tak singgah sebab ramai orang. Masjid ada, letaknya lebih kurang 1km dari clock tower. Tapi masjid punye design biasa saja, tak buat pun Tudor style macm building lain. Tak aci tau!
Kalau rajin sukat banyak lagi yang boleh discover kat sana. Nak masuk hutan tengok burung pun boleh. Haritu penat je bawak teropong bagai tapi tak masuk hutan pun. Tapi GB perasan la ada banyak trail nak masuk ke dalam. Hm..menarik..menarik. Next round lah. Dekat je pun... :D
Pastu ronda-ronda la lagi jauh ke atas. Sampai kat Ye Olde Smokehouse. Jalan dia ada simpang-simpang juga tapi dengan bantuan signboard yang pada GB agak berkesan, jadi jangan risau pasal sesat ke apa.
*
Masa nak balik, jalan turunnya adalah jalan lain. Bukan jalan naik kat The Gap tu. Mungkin sebab tu time naik GB belasah je tak tengok timing pun, padahal ada je jadual waktu naik dan turun.
Cuma masa turun, hujan turun dengan selebat-lebat alam. Drive la slow-slow dan bukak mata luas-luas. Ahirnya sampai rumah...ok jom rileks! Penat weh drive sebab sangkut jammed lama giler kat Rawang. Nak pegi 2 jam je, balik jadi nak dekat 4 jam! Grrr!!!!
Fuh! 2 hari 2 malam GB mengarang dan akhirnya, sekianlah cerita GB pasal 3 jam lebih kat Fraser's Hill...hih. Gile rushing kan? Tapi...gile meleret kan? Layan je ek? Tengkiu kengkawan sebab sudi baca! Hihihi~ :D
P/S: Tengs to Cikgu ensem Imanshah sebab sudi bagi hadiah tempat gangsa kat GB untuk Kontes Selamat Hari Guru nye. Kalau dikilat-kilat gangsa tu merelip satu rumah weh... And tengs to Sahrom sebab sudi bertanya khabar. GB memang packed sikit sekarang ni... :D

Kenapa tak letak gambo garisan sempadan tu? :)
ReplyDeleteassalamualaikum..akhirnya GB buat entri..trime kasih..masa saya pi sana, saya duduk kat shahzan inn..best cafe dia :-)
ReplyDeleteOrang lain boleh bikin novel kalau mengarang 2 sampai malam...
ReplyDeletenk pegi jgk sini nnt
ReplyDeletetp utk daki gunung la..hehe
ooo beronok-ronok di fraser's hill yer, tapi 3 jam saja cukup kah?
ReplyDeletebeen there in 2005, mmg best untuk rilek2 mencari ketenangan...
@kakcik
ReplyDeletekhas untuk kakcik, dalam next entri GB akan taruk pic garis sempadan tu ye. :D
@sahromnasrudin
ReplyDeletew'salam...tengs sebab sudi jenguk walau time gb takde entri. hihi.
saya tak tidur kat sana, pegi balik hari je sebab tak plan pun nak pegi. tapi next time saya akan spend time lama sikit. :)
@gedek!
ReplyDeletesebab tu novel2 GB sokmo tergantung tak siap2. heheh~
@Al
ReplyDeleteheheh. dah pegi nanti make sure update. cycling pun best jugak kat sana. :D
kena ripit....kena ripit...
ReplyDelete3 jam mana cukup...
:P
@Abu Aiman
ReplyDeleteye...mmg seronok sekali beronok di sana.
3 jam utk something ad hoc rasa mcm cukup. sebab selama ni org ckp fraser's hill takde apa, tapi sbnrnya banyak benda kat situ. so next time pegi lagi. :D
@Daddy Ziyyad
ReplyDelete3 jam utk 2 entri. ok pe. hahaha!!!
*psstt...konvoi jom!!
soap opera Betty la fea tu sy tgk..GB tepekl gamba bnyk sikit..x puas tgk..sy neh dahla x penah pegi fraser hill
ReplyDeletekak ati ni jugak tak pernah sampai
ReplyDeletekesitu...asyik sangkut separuh jalan jek..
kita pun tinggal di sempadan tau..
banting sebelah
klia sebelah
^_____^
sama macam balai polis kat atas bukit bendera kot. sgt menarik!
ReplyDeletekalau ada senapang mcm GB mestilah seronok kan.... akak blom sampai...my son jer dh sampai...
ReplyDeleteGB..akak suka baca..sebab belum pernah sampaikan..baca citer GB ni..tau jugak2 la apa yang ada kat atas tu..
ReplyDelete@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeletesabar..sabar...GB akan tepek setiap hari ok. kalau rajin sehari 2-3 kali GB tepek ye. spesel utk rina. :D
@Ati Masrif
ReplyDeleteala akak ni..jom la pg sampai abis jalannn...hihi~
oo...akak org sempadan rupanya. kikiki~
@- GC -
ReplyDeleteaku tak penah pegi bukit bendera beb. sian kat aku. wuwuwu~
@Aziela
ReplyDeleteGB tak pakai senapang kak. pakai pistol air je. hihihi~
aish...anaknya yg sampai dulu? hihih. takpe kak, takkan lari FH dikejar. :D
@Acik Erna
ReplyDeletehihi, gb pun suka sebab akak suka baca. yg mana mampu tu gb citer la. sbb kdg2 tu penyakit hilang ingatan ni dtg. heheh~
aduh sakit tengkuk.. lama sangat renung gambar.. ihihih..
ReplyDeleterasa macam nak masuk dalam jam tu..
jernih betul kacanya..
@-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-
ReplyDeleteko ni imaginasi melampauuu....
aah. pasal takder gambar2 menarik?
ReplyDeleteteringin nak p =)
ReplyDeleteok..skang nik teringin nak pergi..kalau sebelum bersalin ni sempat tak?..heheehhe
ReplyDeleteuncle tak sempat lagi baca artikel2 awak ttg Fraser's Hill.
ReplyDeletedatang sini nak lapor diri dulu !
GB...
ReplyDeletesepanjang 46 tahun akak hidup... akak tak tahu pun Fraser hill tu 2 negeri... best dapat fakta2 menarik dari GB..
-tulislah buku + bergambar....
akak lum penah sampai ke fraser, tunggu sesapa bawak ikut rombongan ler :)
ReplyDeleteakak buat novel yg bercirikan watak utama dalam majalah :)
rumah aku sempadan KL/ Selangor.
ReplyDeleteboleh main langkah langkah jugak kat sini. hehehehe.
orang selalu konfius. kau ni alamat KL ke Selangor. Yang pasti rumah KL. Pejabat Selangor. padahal pegi keja 10 minit je. haha
sama macam kat Cameron..Pahang.Kelantan dan Perak..kalau gi Taman Sedia..ada hutan simpan Raub..turun sikit ke Lojing,Hutan simpan Gua Musang..unik kan tanah tinggi sempadan negeri ni :)
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteSorry dear. Dah overlap hari baru dapat bertandang.
Hmmm, seronok tu!
Aunty dah lama sangat tak ke sana ... > 20 tahun rasanyer.
gB,
ReplyDeletetengah malam akak baru sempat baca n3 gb..best a citer gb ni..mmg boleh buat novel.
orait.. kita dah baca :D
ReplyDeletekool !!
ReplyDeletebest!!
jalan bengkang bengkok sangat tak??
saya tak suka..
tak ponah lak sampai
ReplyDeletetak ponah lak sampai
ReplyDelete