Untuk makluman kawan-kawan, GB sedang pantang karbohidrat, buah dan gula untuk tempoh 2 minggu.
Secara strict, GB mula tak sentuh karbohidrat since Isnin. Saje mula hari Isnin sebab biasanya hari bekerja ni temptation untuk sentuh makanan yang sedap-sedap ni agak kurang. Cuma semalam GB jamah sikit apam pisang yang mak buat, tapi sikit je. Makan dengan plain yogurt.
Untuk 2 hari ni, GB makan sayur, ikan, yogurt, minum kopi macam biasa but taruk susu Anlene with no sugar. Dan juga omelette and cheese. Dan baked beans (tapi tak sure pulak bagus ke tak bagus makan baked beans ni). No roti. No nasi. No pasta segala. Not even fruits. Tapi tak starving. Maksudnya, kalau makan tu GB makan la sampai kenyang. Dan kalau rasa lapar GB sumbat la plain yogurt tu dalam sesudu dua...asalkan perut terisi.
Masa hari pertama memang susah sangat nak stick dengan azam ni. Mana-mana pusing pun terasa macam nak je makan nasi ke, order pizza delivery ke, atau beli cekodok kat gerai tepi jalan. Terasa macam susah betul nak diet sebab semua tempat jual makanan yang bukan diet friendly. Kang beli ikan rebus je kang makcik nasi pandang pelik pulak. Tapi memang susah nak jumpa makanan diet yang ideal pun.
Jadi hari pertama diet adalah yang paling mencabar kesabaran.
*
Sebelum mulakan diet strict ni GB dah buat proses detox secara slow-slow. Minum Cleanx Tea je pun. And amik Melilia Apple Orchard drink setiap hari. Pastu minum Organik Fibre drink sekali je (Sebab tak tahan rasa dia. Yeck~). Masa minum apple drink bersama-sama dengan Cleanx Tea tu hari-hari GB bestfriend dengan toilet.
*
Dan mungkin juga disebabkan usus besar dah bersih, maka diet 2 hari ni mula menampakkan hasil. Baju dan seluar yang GB pakai harini dah rasa longgar. Tak tau la ni perasaan GB je ke atau apa, tapi memang kelihatan dan terasa longgar sikit lah. Dan tak rasa gigil macam hari diet biasa sebab GB tak berlapar, cuma makan makanan yang tepat ketika lapar.
Timbang? Belum. Tak nak timbang sampai habis 2 minggu ni. Tengok la cemana progress nya nanti. Harap-harap makin turun la.
P/S: Kepada yang tertanya-tanya apa jenis diet yang GB ikut ni, cuba gugel South Beach Diet. GB ada beli buku dia so GB decided untuk cuba sebab diet ni mementingkan kesihatan jantung juga dan bukan sesaja nak hasilkan rapid weight loss.

waaa bagusnya berdiet! saya pun sama! hehehe.. balik Saudi aritu naik 4kg, skrg mula turun sikit2, hehe
ReplyDeletegb,
ReplyDeletenape tetiba diet ni? nak tawen ek? hihihi...aku doakan semoga ko berjaya kurangkan berat badan. nak lebih effective, kene rajin eksesais. aku ada 1 eksesais utk ko amalkan tiap kali sblm tido...ko buat mcm kayuh basikal tu, tp kena baring. yg tu bagus utk pecahkan lemak kaki dan bagi kaki jadi slim. selain dari tu push up, buat 10 kiraan sehari pun ok..nanti dpt flat tummy. all the best to u :)
GB
ReplyDeletejat kan nk diet gak tau.tp entahlah xlapar pun tapi rasa nak makan.huhu pelik betul.
@Khairul Hakimin B. Muhammad
ReplyDeletepegi saudi banyak makan kebab eh? huhu~
lebih kurang mcm Atkin Diet..
ReplyDeleteMDT pun ade terai..buat eksesais segala..tp lately mcm give up jer..haishhh!
satu aja yg saya tak berapa nak setuju dgn diet plan ni...kena omit buah buahan...saya susah nak elak..sebab saya suka makan buah..sekarang pun my lunch is an apple + papaya or papaya + pear..
ReplyDeleteJom kita diet...:P
selamat berdiet GB..marilah cuba produk fiber Green Fit sy..rs sedap mcm epal hijau..customer yg pernah cuba melilea beralih guna green fit sbb berkesan dan lebih murah..
ReplyDeleteoo itu name dia south beach eh?
ReplyDeletesame tak dengan atkins?
thanks gB! mmg tgh cari diet gini.
ReplyDeletetapi kalau alis kan, b4 n after PMS jer boleh diet gini. in between macam mak lampir jer lapo dia ;(
nasib baik I ni slim orangnya~ auwww
ReplyDeleteceh ceh ceh! go lah kak GB. semoga berjaya mendapat berat yang ideal. live a healthy life. all the best. tak sabar nk tggu 2 minggu lg. :)
ReplyDeletewah bestnya dah kurus...
ReplyDeletenak kurus jugak...tp bila dh turun tu...susah plaks nk maintainkan...
cayok2 cin GB...x sabar nk tahu result after 2 week...=)
mungkin boleh add in buah2 jugak
ReplyDeleteeg watermelon, honeydew, grapes, guava, papaya, sengkuang, apple
avoid mango, durian, rambutan, banana, mata kuceng dan yg sewaktu dengannya
@fatt
ReplyDelete10 kalu push up dan cycling sambil baring - ok aku buat. asal tak payah berlari2 di tengah udara tak bersih ni aku ok je. tengs beb.
aku bukan nak kawin, tapi sebab risau pasal kesihatan. takut luar nampak ok tapi dalam parah. so cuba la betulkan mana yg mampu. :D
sebab zaman la ni sakit pun mahalll~
@zati embong
ReplyDeletenak diet ni tgk tujuan jugak. mcm gb bukan sekadar nak kurus tapi kesihatan tu lebih penting. kalau turun banyak, gb anggap itu bonus~
@makdara TERdiva
ReplyDeleteMDT tak gemuk, mungkin sebab tu la givap. heheh~
@Daddy Ziyyad
ReplyDeleteomit untuk 2 minggu je...GB ni menitik gak air liur tengok buah tergantung kat gerai buah.
tapi tahan sebab 2 minggu ni je pun. pasni boleh makan balik. huhu~
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteok. lepas abis melilia ni gb akan try produk rina pulak. :D
@~mrs azmi~
ReplyDeleteatkins cemana ek? tak berapa khatam pasal atkins. tapi south beach ni sebenarnya target utk pesakit jantung, tapi tetibe dah jadi weight loss plan pulak sebab pesakit jantung yg try diet ni sume turun berat badan~
@||alis||
ReplyDeletekalau cemtu kite buat in between tu la. lepas 2 minggu ni plan dia dah lain dah~
@Aimi dan Pakcik Hashim
ReplyDeleteyo lah...tak payah ko nak berdiet sakan mcm aku ni..huhu~
@HAJAR hasan
ReplyDeleteyes....tak sabar. tapi kene istiqamah. sebelum ni tak pernah istiqamah pun. hihi~
@Zurae
ReplyDeletebelum kurus lagii...baru kurang sikitt aje. heheh~
@h4ni3
ReplyDeletetu semua buah yg rendah gula ye kak?
wowww... terbaik la GB dear.. i support uuuu.... sy pun tgh berusaha bersenam senam dan kawal makan... rasa best juga.. release gak stresss keje ni...
ReplyDeletewahhh.. ada sorang blogger try atkins diet.. dia pn tak makan nasik, karbo2 ni.. dh nmpk hasil..
ReplyDeletesalam GB.
ReplyDeleteNape tak ambik buah, rasanya buah (epal hijau antaranya) antara makanan wajib dlm diet.
@cik fiza
ReplyDeletebetul. bila dah betul2 jaga makan lepas ni mesti rasa taknak sabotaj badan sendiri. heheh~
@- GC -
ReplyDeleteramai buat atkins diet ek? jap nak gugel~
@shameel Iskandar
ReplyDeletetak makan buah untuk 2 minggu ni je. sebab nak regulate blood chemistry~
menyampah ngan GB sbb berjaya turunkan ur weight.mencik2...EE still x dpt turunkan berat ni.hikhik..
ReplyDelete@Eyrique Ettiqazz.
ReplyDeleteasyik nyampah je... ish dia ni. ketuk kang~
aku sokong ko 150%%%
ReplyDeleteu go girl!
@MasZuber
ReplyDeleteai lev yu lah mas!
GB..
ReplyDeleteakak tabik usaha GB tu..
selamat berjaya....
usaha tangga kejayaan..
( Teringat report card masa darjah 1 dulu... )
@Ibu n Abah
ReplyDeletekemahuan asas kejayaan : itu motto sekolah GB dulu. hihiihi.
TQ kak!
aiyoyoyoyo..ini xbleh jadi..kena stat diet gak ni..sluar makin ketat da ni...ohh..baked bean xelok amek kuantiti yg banyak..just a lil for breakfast...
ReplyDeleteAsal GB jangan diet blogging, sudah...!
ReplyDeletesy x boleh x mkn nasi..sy berdiet ikut kevin zahri...still boleh mkn nasi..tp memg lmbat la hasilnya..
ReplyDeletepergi kerj jalan kaki...naik bagunn guna tangga..kurus maa
ReplyDeletetetiba rasa nak belanga GB nasi beriani gam JM di PJ state ni...
ReplyDeletesedappppppp.......