Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, April 16, 2011

Sambungan cerita tempat jatuh lagikan dikenang... SRK Pengkalan Tentera, Kuantan

GB dan adik no 2 - dia ikut muka mak, GB ikut muka ayah (1984)



Lupa nak cerita semalam. Adik-adik kembar GB tu dua-dua pompuan. Dikebumikan kat Kuantan....

Lepas GB balik duduk dengan mak ayah, GB makan banyak gile. Rindu kot. Sampaikan paklong GB (arwah) datang melawat 3 bulan lepas tu dikatanya GB dah gumuk. Memang pun. Bulat gile! Beza sungguh dengan sebelum tu. Dari kurus keding menjadi gumuk dan bulat. Padahal kat kampung dulu makan banyak je. Hari-hari tok GB beli jajan bagi makan, breakfast nasi minyak almost hari-hari (ye betul..nasi minyak..!) tapi kurus je. Balik Kuantan terus jadi debab. Senang hati kot. Heheh~

*

Sudahnya, GB masuk darjah 1 sebagai seorang budak gemuk. Mak cakap masa hari sukan, time GB masuk lumba lari ramai mak-mak budak gelakkan GB sebab montot tonggek-tonggek masa tengah berlari tu. Amboi...gelakkan orang ye makcik? Hahaha!! Cool GB cool.. :D

Sekolah masa tu dekat bebenor dengan rumah. Gi jalan kaki je. Tak naik lagi trak tentera yang macam Uncle Gedek sebut tu. Masa darjah 1, ayah anto masa 1st day, pastu balik. Petang tu GB balik sendiri. Jalan atas lumpur segala. Tetibe je dah sampai umah petang tu, ketuk pintu rumah, mak bukak pintu dan tengok GB tengah tersengih kat depan pintu  sambil tunjuk surprise!!! Kasut putih yang dah hitam separuh sebab jejak atas tanah lembik. Membebel mak. Hahaha!!!

*

Tahun yang sama juga GB masuk kelas fardu ain (khas untuk anak-anak tentera). Disebabkan sekolah petang, maka kelas fardu ain tu pagi lah. Belajar macam-macam. Mengaji, tajwid, fekah, tauhid, akhlak, sirah. Tapi kalau tak silap silebes tu semua untuk bebudak yang dah besar sikit la. Yang dah masuk part mengaji al-Quran. Macam GB time tu muqaddam lagi. Belajar mengaji dulu sampai cekap baru boleh belajar yang lain-lain tu.

Malam pulak mak ajar buat keje sekolah dan mengaji kat umah. Mak garang. Siap rotan kat sebelah. Salah baca je siaplah. Piap!!! Selalu je GB kena rotan sebab lost fokus especially kalau weekend. Dalam otak nak tengok kartun He-Man la, Jem la, Smurfs la, alih-alih mak suruh mengaji pulak. Potong laa...haha~

Tapi akhirnya pertengahan darjah 2 GB boleh naik kelas ngaji Quran. Time tu takde ngafal-ngafal dah macam muqaddam. Kalau tak kenal huruf alamatnya memang takleh naik kelas la. So start la ngaji Quran pulak dan silebes lain. Kelas fardu ain tu ada exam akhir tahun tau. Yang GB ingat masa tahun 1 tu GB dapat nombor 1. Siap ada upacara penyampaian hadiah. Entah bila jawab exam nya tak tau la. Hahaha!!!

*

Kat sekolah pulak, GB dikenali sebagai budak gemuk yang nakal dan careless. Selalu kene cubit pipi. Ingat lagi nama cikgu yang suka cubit pipi GB tu. Cikgu Sobri nama dia. Sakit tau kena cubit! Bab careless tu siap cikgu highlight dalam buku laporan tahunan sekolah. Sebab penah jadi kes GB dapat markah kurang sebab salah eja masa jawab exam, padahal GB tau ejaan dia cemana. 'Sweet', tapi eja jadi 'sweat'. Oh ye, masa kelas pertama English darjah satu tu, cikgu tanya sape boleh eja 'chair'? GB dengan selambanya jalan terkedek-kedek ke arah papan hitam dan tulis 'chair'. Budak lain sume tengok aje. Hins hins hins~

*

Jadi budak debab masa zaman sekolah ni ada keburukannya. Self esteem sangat low. GB banyak tak boleh participate dalam sukan sebab tak larat. Cikgu pun tak amik GB untuk show menari-nari sebab gemuk. Masa darjah 3, cikgu offer berlakon pentas tapi pegang watak mak-mak. GB tolak sebab rasa cam 'adakah aku kelihatan seperti mak-mak?'. (Darjah 3 dah pandai demand watak...tolonglah!). Hahah!! Last-last orang lain pegang watak tu dan menang pelakon terbaik. Ceh!  

Dan disebabkan fizikal jugak, GB banyak aktif di belakang tabir je dan involve dalam aktiviti yang tak perlukan kita tunjuk muka kat khalayak ramai. Kalau ada crush-crush time tu terpaksa simpan dalam hati je. Sebab nanti malu kat budak lain yang cun-cun, kurus, rambut panjang ikat tocang. Boleh fikir macam tu? Aduh... (Eh, seawal darjah 3 GB dah ada crush tau! Dan GB tau kawan-kawan lain pun macam tu jugak. Hahaha!!)

Panjang? GB rasa panjang. Panjang gile kot. Later lah GB sambung lagi. Panjang sangat pun nanti kawan-kawan baca sampai hilang fokus tak best jugak. Huhu~

P/S: Biasalah kalau dah menaip cerita lama ni, memang last-mast kelaut jugak peginya...ye dak kengkawan? :)

32 comments:

  1. tudiaaaa!!! hahaha~ okey. dah bce smpai hbis. gemuk tu comel la kak GB.

    mse hajar sekolah rendah pun hajar tembam. pipi gebu. tp, ble naik skolah menengah. terus melidi. tp, mse skolah rendah hajar atlet tau. skolah menengah dh stop. pdhl skolah menengah la kurus.

    err.. sorry. tercerita pasal hajar plak. ngee~ nnt smbung lg tau! ;)

    pssttt: auuww.. kiut gitu. siap dress bagai. pink plak tu. teehee~

    ReplyDelete
  2. hahaha tp itu semua tinggal kenangan je.

    ReplyDelete
  3. seronok flashback kisah zaman kanak2..rasa nak pergi ke zaman tu semula..

    ReplyDelete
  4. saya takde gmbar masa kecik..lupun pengalaman masa kecik

    ReplyDelete
  5. ai folooo yu punya stori zmn kanak2 ni..haha..suke baca. terimbau nostalgia sendiri :P

    kira ko aktif jugakla kan kat skola..aku malas gile..kene paksa baru join, klu tak jgn le harap. masa skola rendah dulu aku tak penah crush kat org, tp ada sorg bdk laki crush kat aku, rimas dibuatnya smpai kene repot kat cikgu baru la dia slow down. haha :P

    ReplyDelete
  6. mengimbau zaman kanak-kanak kite dulu best kan..salam perkenalan..jengah blog saye gak

    ReplyDelete
  7. zaman kanak2 dulu bestttt....tak banyak fikir macam sekarang....nampaknya dari kecik GB sentiasa BZ...

    pst...tembam itu comel...rasa nak picit pipi yang tembam tu hari2 sampai merah..hohohoho

    ReplyDelete
  8. Ololololololooo.....

    Meh... meh sini... Uncle nak pelok kamu....!

    ReplyDelete
  9. salam
    masa kecik comel dan besar coel lagi tak..he he he?

    ReplyDelete
  10. Tapi sekarang, gB bukan gadis gemuk, kan? :)

    ReplyDelete
  11. bnyk ek kenangan GB masih kecil yg GB bole ceritakan smula...ingat sungguh...

    ReplyDelete
  12. Cikgu sobri cubit awak sebab pipi awak tu...

    ReplyDelete
  13. saya tak ingat dah kenangan masa saya darjah satu..hahaha..

    gumuk itu cute :P

    ReplyDelete
  14. Aslmkm.
    :) Baca dari cerita 1!
    Nostalgia tu mestilah bercorak & berwarna, siap dengan asam garamnya lagi ... baru menarik & lazat, w/pun masatu tak sedap!
    Tapi sekarang semua tetap rasa best kan?

    ReplyDelete
  15. haha..sama la kite...ms kecik2 dlu siap kena pgl giant lg...mbr sbelah umah dieorg pgl sizuka..walaweh..hangen jek...tp gemuk2 pun kite aktif sukan...peduli pe org nak kata...dr baby pun..bdn da bketul2..sb tu rmai geram nak cubit.hahahahaha...

    ReplyDelete
  16. kisah masa kecik mmg menyeronokkan
    macam2 nak citekan ...indahh

    nasib gb tak demok sampai besaq noo..

    apapun dari kecik gb mmg dah tomeiiii

    gerammmm kak ati :)

    ReplyDelete
  17. skrg ni GB mst cute miut kan....

    baca kisah GB ni terkenang kembali zaman kak ida dgn arwah hsb dan anak2 kat quarters TUDM Sg Besi..

    ReplyDelete
  18. kenangan adalah sesuatu yang paling indah kan..lagi lagi kenangan zaman sekolah..seronok baca cerita GB, sambungla lagi, ada part 3 tak?

    ReplyDelete
  19. wahahahaa..dengan bangganya menulis chair kat depan..best best..wahahaaa

    ReplyDelete
  20. ooo gb penah dok di kuantan yer.
    Best kan terkenang masa tecik2, cuma saya takde la pulak crushing2 masa sekolah rendah, semua jantan, ekeke =)

    ReplyDelete
  21. jat suka menulis dekat blog.kisah2 mcm yg GB cerita.biar kekal jd sejarah dlm blog kita O.o

    ReplyDelete
  22. debab debab pun comel apa..cubit2 pipi tuu kang hehehehe..

    ReplyDelete
  23. comelnye GB..best kan bile ingat kisah lama2..hehehe

    ReplyDelete
  24. comel la bkn debab...
    dlu masa skola rendah kwn lelaki panggil sy gajah huhuhu lg tragis... mulut xde insurans btul.. last2 sy naik form 1 tukar skolah yg panggil gajah tu dok kem salam plak... huh! x layan...

    ReplyDelete
  25. kisah dolu2 tak bleh blah..dejah 6 dah tau tulis surat kat boy [atlet sekolah] kelas sebelah! sampai sekarang mak tak tau..haha!

    ReplyDelete
  26. Masa sekolah rendah, kurus kering tapi nakal mengalahkan budak lelaki..budak lelaki pun boleh menangis oleh saya, hehehe

    ReplyDelete
  27. 1984 ekk ? berapa umur saya masa tu, jap nak kira dulu. hmmm, baru sekolah tadika masa tu hehehe ...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D