Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, April 29, 2011

Ingat pesan ini sampai ke akhir hayatmu



Harini kaum lelaki akan bersolat Jumaat. Kaum perempuan di sesetengah tempat pun ada bersolat Jumaat. GB pernah solat Jumaat masa di UIA dan masa pegi Kota Belud dulu. 

Antara syarat sah solat Jumaat, dah tentu lah dua khutbahnya. Sebab dalam khutbah ni sebenarnya boleh digunakan untuk menyampaikan mesej, pesanan, amanat dan motivasi yang penting untuk jadi pemangkin kesejahteraan umat Islam. Sebab sifat manusia kan mudah lupa. Manusia perlu diingatkan dan dimotivasikan selalu. Jadi Khutbah Jumaat adalah tempat yang paling sesuai untuk refresh balik peranan dan role kita sebagai umat Islam secara atas sedar.

*

Nabi kita pun menyampai pesanan dan amanatnya melalui khutbah solat Jumaat juga. Dan hasilnya selepas kewafatan Baginda, Islam tersebar ke lebih 2/3 dunia. Dan antara wasiat Rasulullah (yang boleh bikin air mata jatuh) dalam khutbah terakhir Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah berbunyi:


"Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), 
taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, 
selama kamu masih berpegang kepada keduanya, 
yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya".


Semoga kita semua akan menjadi umat yang diredhai-Nya untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Amin...

P/S: Dan GB masih terkesan dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam Mihad dalam novel Imam karya SN Abdullah Hussain.

62 comments:

  1. hehe..1 st

    ^__________^

    selagi kita teguh pada yang ESA

    insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. terima kasih GB~~insaf kejap~hihi~~

    ReplyDelete
  3. rasullullah SAW adalah diibaratkan sebagai al quran yg bergerak, maka mari kita ikut sunnah nabi :-)

    ReplyDelete
  4. tapi kan Kak GB,ade gak yg x g cukup dua khutbah..x cukup syarat sah..nak kata ustaz x ajar,dah ajar..hmmm...ke diorg xtau?

    ReplyDelete
  5. GB,
    Amin.....
    sesekali akak ikut jugak suami solat jumaat di Masjid Besi (Sultan Mizan) Putra Jaya..

    ReplyDelete
  6. "Jadi Khutbah Jumaat adalah tempat yang paling sesuai untuk refresh balik peranan dan role kita sebagai umat Islam secara atas sedar"


    semoga uncle terus menerus sedar semasa mendengar khutbah nanti agar dapat memainkan peranan dan role ..

    ehh ! peranan dengan role ada beza ke ?

    ReplyDelete
  7. semoga saya tak terlelap di masjid sebentar lagi...Aminnnn

    ReplyDelete
  8. @Zie

    diorang tau tapi lupa. kene la diingatkan. heheh~

    ReplyDelete
  9. betul GB, walaupun ada sesetngah yg tidur time khutbah kan.huhu

    ReplyDelete
  10. imam!!
    baru baca sekali.
    belum repeat.

    ReplyDelete
  11. Insyaallah GB. Sama2lah kita saling mengingati...

    ReplyDelete
  12. baguih naa...

    aku x penah lagi solat jumaat..

    ReplyDelete
  13. GB..ada jugak GB pi solat jumaat kan..akak sendiri tak pernah lagi..

    ReplyDelete
  14. @Ibu n Abah

    ramai tak org pompuan solat jumaat kat sana kak?

    ReplyDelete
  15. @al-lavendari

    kalau bab-bab ni saya mmg tak boleh lawan uncle. tajam betul mata! heheh~

    ReplyDelete
  16. @alien

    take ur time. but for it always worth second read. :D

    ReplyDelete
  17. @MasZuber

    kebetulan aku ada kat mesjid time solat jumaat. nak keluar segan sebab ramai laki. mueheheh~

    ReplyDelete
  18. @Acik Erna

    gb pernah je kak. tapi sekarang ni dah tak solat jumaat dah. hihi~

    ReplyDelete
  19. entri yg indah di hari jumaat..
    pic tu pun indah dipandang :)

    ReplyDelete
  20. hari ini tajuk khutbah berkenaan menahan marah...jangan marah2 haa...

    ReplyDelete
  21. selamat hari jumaat adik manisss
    :)

    ReplyDelete
  22. salam.

    akhair zaman ini terlalu banyak 'iblis dan syaitan' yg ingin memesognkan kita dari berpegang dgn Al-Quran dan Sunnah.

    novel Imam karya SN abdullah hussin mmg hebat. novel yg mengisahkan perbezaan pandangan dlm beragama yg diwakili oleh watak yg dicipta. Alangkah bagusnya jika novel ini dapat difilemkan mcm novel lagenda budak setan.

    ReplyDelete
  23. yg MJ geram..bila time solat jumaat ni la muslimin asyik nak mengelak dari pergi ke masjid. ala.. pak cik-pak cik tak sangat.. yg mude2 ni.. selalu je MJ kluar dgn mama nak pegi beli barang masa time solat jumaat,msti nampak kaum muslimin..

    huhuhu.. egt lg ape KUREKURE COMEL cakap hari tu..

    "pernahkah kita terfikir tentang UMMATI (ummahku)?"

    ReplyDelete
  24. Aslmkm.
    Khutbah menyeru kepada kebaikan seperti perintah Allah SWT memang untuk mengisi ruang nurani & meningkatkan keimanan.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  25. Thanks for your info. semumur hidup makcik belum pernah menunaikan solat jumaat.makcik mendengar khutbah jumaat pun melalui tv.makcik sokong yang khutbah boleh menyampaikan mesej untuk jadi pemangkin pada kesahjeteraan umat islam.

    cara penyampaian seseorang pun memainkan peranan penting untuk sipendengar menerima dan mempraktikkan atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan balik.

    ReplyDelete
  26. @shameel Iskandar

    setuju imam difilemkan. tp sambutan mungkin kurang sebab novel tu berat. tapi takpe, gb akan pegi tgk. so sape nak jadi imam mihad?

    ReplyDelete
  27. @mimi jazman_MJ

    hati yg selalu buat dosa akan rasa selesa dgn maksiat. takde rasa takut dah...

    ReplyDelete
  28. @DDrfauziah

    amin...semoga khutbah jumaat dipandang serius selepas ini..

    ReplyDelete
  29. @Cik Ina minat Do do Cheng

    betul. kalau pak imam baca khutbah meleret....mmg la org akan ngantuk dgr. hihi~

    ReplyDelete
  30. emmm btul tu GB..saya setuju..:)

    ReplyDelete
  31. tiap-tiap minggu kah awak sembahyang Jumaat masa tu?
    ( saja nak tau.. ) :)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D