Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, March 5, 2011

Kelucahan melampau - Lirik lagu dan kesannya dalam kehidupan




Sekarang ni GB tak berapa gemor dengar lagu mat salleh. Asal dengar je terus tukar channel. Tambah-tambah kalau masa tu GB tengah driving dengan family member. Tapi kalau drive sengsorang pun biasanya GB akan tukar jugak. Sebabnya? Lirik lagu depa terlalu banyak unsur kelucahan melampau. Terlalu  melampau.

Ok, mungkin ada yang rasa GB over analysed, tapi bagi GB benda sekecil lirik lagu ni akan masuk dalam otak dan akan trigger kepada perbuatan yang tak sepatutnya. Lagu Californian Girls (Katy Perry) contohnya, ada lirik melampau yang sangat tak elok didengar. Kat radio kita memang akan di censor lirik-lirik  yang melampau cenggini, tapi orang masih rajin nak ketuk pintu rumah pakcik gugel untuk cari lirik yang sebenarnya dan download lagu uncensored dari internet. Kalau nak tahu apa maksud GB, meh tengok kejap kat sini.

Lagu Rude Boi (Rihanna) pun teruk gak liriknya. Tengok kat sini dan analyse sendiri. Lagu-lagu Black Eyed Peace pun banyak yang berunsurkan macam tu. Boys 2 Men, dan banyak lagi! Kebanyakannya lagu-lagu yang fofuler. Maksud GB, bila dengar liriknye terus kita boleh double meaning kan lirik tu. Kadang-kadang tak double meaning pun, dengar je terus tahu liriknya menjurus ke mana.

Tak kisah la kalau ada yang anggap GB over thinking atau apa, tapi bagi GB setiap perkara buruk yang berlaku pasti ada benda kecil yang trigger dulu. Lagipun Bahasa Inggeris sekarang ni budak sekecik 3-4 tahun pun dah faham, ini kan pulak bebudak yang dah sekolah.

Kang kalau dihurai-huraikan lagi kang panjang berjela pulak entri ni. Tapi kawan-kawan, kalau ada yang tak setuju dengan GB, boleh la hentam kat kotak komen. Heheh~

P/S: Ada jugak lirik lagu mat salleh yang bermesej bagus, next entry pulak la ye. Huhuhu~

45 comments:

  1. setuju..

    Tapi GKSB jarang layan lagu english..

    layan lagu Maher Zain sudeh.. hakhak

    ReplyDelete
  2. yuppy.. tak sume lirik lgu english lirik teruk. kebanyakan lagu baru la kan. hajar tggu next entri~ ;)

    ReplyDelete
  3. memang betul pun..baik kita sokong muzik negara kita

    ReplyDelete
  4. tengah befikir maksud arca ikea yg disusun sebegitu rupa...:P

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Kalau lagu mat saleh, kita heran sangat, tapi kalau lagu kita pun macam tu jugak, sesuatu perlu dilakukan segera.

    Bukan hanya kerajaan, individu dan masyarakat secara keseluruhannya...

    TQ

    ReplyDelete
  6. salam

    kita tak suka layan lagu mat saleh..huhu

    ReplyDelete
  7. Kapitalis! Keuntungan adalah segala-galanya...!

    ReplyDelete
  8. jap.. apekah maksud menate beruk mokyeh kaler hijau dengan oren kat dalam gambao tuh???



    err.. ai memang jarang dengar radio yu.. elehh.. drive pi opis pun selalunya 5 minit jek, nak menghayati lirik lagu pun tak sempat.. hihihi.. kesian kan

    ReplyDelete
  9. Memang betul pun.kena hati hati pilih lagu.

    ReplyDelete
  10. sangat weiiii!!! macam dah jadi syarat pulak-wajib ade unsur2 lucah dalam lagu. haroooommmm!!!

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    ReplyDelete
  11. Setuju...tu sebab bebudak sekarang cepat matang...matang dari segi *tu*lah...

    ReplyDelete
  12. btol gb.

    lagu english yg dulu2 jugak bes.

    lagu baru ni lirik entah hape2

    silap2 bole syirik.

    especially lagu lady gaga. byk unsur pemujaan. kita pulak pegi karoke selambe je nyanyi2.

    ReplyDelete
  13. aku kalo dengar lagu omputih dlm radio pun slalunya dalam mix.fm.

    banyak lagu slow dan romantis. lagu lame pun banyak. ceh abis mengusik kenangan lalu.

    x byk yg 'sencert' liriknya dlm kebanyakkan lagunya.

    :)

    ReplyDelete
  14. gb, dari dulu hingga kini, Amy susah nak tangkap lagu omputih. sebab sebutan tak jelas. tak ada kuasa nak dekatkan telinga kat radio/pakai walkman selalu nak dengar sebiji sebiji butir-butir yg omputih tu ckp... hancusss...

    ReplyDelete
  15. rajin lah GB ni menganalisa. hehe. kite dgr saja slalu suka lagu slow. lagu slow jrg lah menjurus kearah double meaning kkann

    ReplyDelete
  16. Setuju dengan pandangan GB...
    Sebenarnya melalui lirik lagu atau gambaran tertentu inilah suatu saranan akan disampaikan. Hal ini dalam ilmu sains kuasa minda dikenali sebagai mempengaruhi minda separa sedar. Jika terlalu banyak disogokkan dengan unsur seks dalam seni kata lagu contohnya, maka minda separa sedar manusia akan menerima ia sebagai 'perkara biasa' dan menyebabkan seks itu sendiri menjadi perkara yang biasa. Apa yang ditakutkan adalah perkara ini menguasai pemikiran remaja yang belum berkahwin dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini...

    ReplyDelete
  17. sebab tu la org ni lebih sygkn BM.. :)

    ReplyDelete
  18. betul tu GB...skrg ni lirik lagu sume ke arah tu..ala ape tu lagi mizz nina yg kontroversi tu pun sama 2x5..iskk...

    ReplyDelete
  19. ala..lagu mat negro yg tajuknya
    terang2 kotor tu dulu asyik2 pasang
    kat radio ..uhhh geliiii

    ReplyDelete
  20. patutnya semua orang kena ada rasa sensitif mcm gb nih... saya prefer lagu oldies, tenang dan senang mendengarnya...

    ReplyDelete
  21. tu yg i worry sangat. anak2 sangat tertarik dengan english songs, yg kecik walau tak tau makna pun tertarek. rosakkan minda, akhlak anak2 dgn lagu2 ni. susah nak tarek anak2 supaya jgn tertarek.
    berharap pada senjata doa je.

    ReplyDelete
  22. Heboh kReen nagging kat anak2 masa lagu si Lady Gaga hit dulu. Kenmain suka nyanyi..


    Diorang kata dengar dlm van masa pergi sekolah.

    ReplyDelete
  23. Sekarang ni dah ok.

    Layan Maher Zain & Sami Yusof tak kira CD atau pun HP.


    Aizat pun diorang suka tau !

    ReplyDelete
  24. bunga jarang layan lagu english..

    ReplyDelete
  25. saya sangat setuju.

    p/s.
    tanak cite pasal lagu lady gaga?

    ReplyDelete
  26. Hi Gadis Bunga, I am not familiar with the latest songs or singers. More a Country and Western and oldies song fan. From the 60s to 80s.
    Elvis saya tau siapa, ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  27. betul tu..some people dgr melodi jek kot, tapi tak mau paham liriknye.. tu yg slalu terpesong..

    ReplyDelete
  28. kita layan lagu maher zain la beb...

    :)




    .

    ReplyDelete
  29. tak dgr lagu omputeh pun..dulu² ada ler jugek..lagu melayu skang pon bnyk yg best..

    ReplyDelete
  30. erm aie dgr gak.. tp klau melampau xkot. kehkehkehh..

    ReplyDelete
  31. salam GB,

    Sya tak tau sangat perkembangan skrg ni sbb saya tak minat lagu omputeh skrg. Lagu2 evergreen dulu2 tu minatlah contohnya macam Killing me softly with her/his love, Delilah, Yesterday, Michelle dll. Sya ada terdengar jga kalo tak hati2 ada lagu2 omputeh skrang ni boleh bawa pada syirik. Allahualam.

    Mountain Climber

    ReplyDelete
  32. tapi den dahh beso panjang pun...english tahap lemah giler....ahakz

    ReplyDelete
  33. jarang dgr lagu English..layan Oasis je walau band nie dah pecah huhhuhuhuh....

    lirik skrg mmg teruk kelucahannya huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  34. suka lagu stay the same tu. tak lucah okeh.hihi

    ReplyDelete
  35. tau x pe..

    kekadang bebudak yg baru leh ckp pon, bile dengar sekali lagu2 camtu dierang leh nyanyi balik...

    ReplyDelete
  36. saya tak paham satu haram pon lirik lagu mat salleh ni.adehh... :( dulu orang suh belajar monteng. padan muke!huhu

    ReplyDelete
  37. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    lagu maher zain lagi best dari lagu rihanna. heheh~

    ReplyDelete
  38. @HAJAR hasan

    yup.. tak semua teruk. sebab tu kite kene pilih lagu yg sesuai..

    ReplyDelete
  39. @iwan_dextrous

    siapa lagi nak sapot kalau bukan kita kan?

    ReplyDelete
  40. @Daddy Ziyyad

    saya cuma snap. masa tu tgh beratur kat cashier. huhu~

    ReplyDelete
  41. @Admin P@P

    kalau lagu kite yg mcm tu mmg teruk sangat dah lah kan?

    ReplyDelete
  42. gua layan anuar zen!!!
    besttt......

    ReplyDelete
  43. MDT suka layan lagu2 MLTR..lyric yg puitis & melodi yg umph!

    ReplyDelete