Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, February 15, 2011

Tentang seorang kekasih




(Ini entry yang agak panjang dan berisiko dari seorang insan kerdil berdasarkan pemerhatian dan pengalaman belajar dengan beberapa lecturer dari luar negara sewaktu di Sg Pusu dulu)


.

Hari ini hari lahirnya.


Ada sesuatu yang klise tentang kekasihku ini.


Ramai mengaku sayangkannya. Ramai mengaku mencintainya. Ramai sanggup berbalah demi mempertahankan sunnahnya,

Tapi kalau setakat sunnah beristeri empat.
Sunnah makan dengan tiga jari.
Sunnah menyimpan janggut.
Sunnah berjubah.
Sunnah berserban.
Sunnah apa lagi?

Jangan mimpilah dia akan berbangga dengan kita. Malah kita semua akan lenyap seperti buih di lautan akhirnya.


*

Apa jadi terhadap sunnahnya yang menegakkan agama dan menyebarkan kebenaran wahyu?
Ada sesiapa yang sanggup memikulnya?
Sanggupkah dicemuh, dicerca, dimaki semata-mata kerana mahu menegakkan agama?
Sanggupkah pecah kaki demi berjuang kerana Islam?
Sanggupkah bersengkang mata, berlapar dahaga dan menanggung siksa demi sebuah naskah wahyu suci?

Itu lebih patut dilakukan bukan?

Kalau benar menegakkan Islam itu semudah memakai serban, jubah dan menyimpan janggut, kenapa kita masih ditindas? Dihina? Diperlekehkan?

'Kutinggalkan kepada kamu dua perkara pusaka, tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunnah rasul.'

Sunnah itu lebih dari sekadar cara berpakaian dan cara makan, betul tak?

P/S: Kalaulah sunnah berpakaian dan makan boleh mengembalikan kegemilangan Islam, sudah tentu umat Islam dah lama kembali di atas. Tapi Islam bukan berasaskan magic dan tipu muslihat semata-mata, melainkan bangkitnya nanti berasaskan fakta kebenaran, kerana agama Islam adalah agama yang logik. Berhenti bermimpi wahai saudara-saudaraku!

44 comments:

  1. terima kasih utk artikel ni..walaupun lebih menekankan pd pihak lelaki..hrp ada yg tersedar sbb ramai lelaki suka guna sunnah utk mengelat... :)

    ReplyDelete
  2. wah .. ini isu besar. jadi isu yang besar perlukan ruang besar untuk membahasnya sedangkan kotak komen ini terlalu kecil.

    komen ringkas uncle .. uncle setuju. tetapi dalam perjuangan besar menegakkan agama dan kebenaran wahyu, perkara2 yang kecil yang termampu dibuat, jangan pula di abaikan.

    ReplyDelete
  3. @fatt

    aku dah penat kot tgk perbalahan atau ceramah tentang sunnah fizikal. huhuhu~

    ReplyDelete
  4. @al-lavendari

    terima kasih uncle atas pandangan. perkara2 kecil tak harus ditinggalkan, tapi jgn sampai itu yg jadi keutamaan, sepertimana yg saya nampak pada kebanyakan orang.

    ini cuma pandangan dari seorang insan kerdil uncle..walaupun saiz saya besau. heheh~

    lagipun saya ni selalu sangat main-main kat sini, jadi sesekali serius rasa macam ok juga.

    sharing is caring. :D

    ReplyDelete
  5. i love this picture. mcm jalan rumah kampung my grandma. sekarang kat sini dah tak jumpa scene gini.

    ingatlah cintanya pada kita ummatnya.
    cintailah baginda dan mudahmudahan akan dapat kita memahami dan menghidupkan sunnahnya.

    lecturer dari mana?

    ReplyDelete
  6. Salam GB
    kalau tak mampu buat perkara2 besar, mula kan dahulu dgn perkara kecil seperti amalan MEMBACA SELAWAT KE ATASNYA 100x sehari dan ketika bercermin bc selawat 3x dan berdoa "ya Allah Ya Tuhan ku cantik kan lah keperibadian ku secantik keperibadian kekasih Mu baginda Rasulullah.. ( insyaallah blh awet muda tau )

    ReplyDelete
  7. betul2..betul tu Kak GB..setakat nk interi 4, terus ckp sunnah nabi.sunnah lain? takdenya nk peduli..

    salam maulidurrasul akak..

    akernya ai buleh terjah kesini..hihi..

    ReplyDelete
  8. aku setuju jika kita bermula dengan membuat perkara-perkara yang kecil takat yang termampu, namun untuk dijadikan keutamaan, ada banyak perkara non-fizikal lain yang boleh diamalkan. antaranya; pertuturan serta interaksi dgn orang lain, menghormati wanita etc

    ReplyDelete
  9. Aisehhh...tak leh nambah cawangan macam ni....kena buat sunnah lain dulu....kan....kan.....

    ReplyDelete
  10. kekasih ini kekasih saya jugak. yea.mulut slalu berkata begitu tp ibdat x seiring ucpn.oh..perlu segera berubah

    ReplyDelete
  11. salam pn gb,

    islam ni perlu diambil secara keseluruhan atau package. tentang umat islam tu masih ditindas kerana umat islam tak bersatu dan tidak mengamal;kan ajaran serta kehendak islkam tu sepenuhnya. selain tu allah swt masih belum memberi kemenangan lagi pada umat islam disamping untuk menguji mereka.

    mountain climber.

    ReplyDelete
  12. salam maulidur rasul, gb. tahu blog ni dr ben ashaari:)

    ReplyDelete
  13. Islam adalah cara hidup, maksudnya terimalah islam keseluruhannya walaupun setengahnya kita tak suka.

    Salam Maulidul rasul.

    ReplyDelete
  14. salam

    hurm, belajar tu sunnah paling besar..menjaga keluarga tu, sunnah besar GB..

    ReplyDelete
  15. @ummi5

    itu jalan ke rumah GB tu.. :)

    dulu GB penah belajar dengan lecturer dari Bosnia, Iran dan Afghanistan. The have different views but is relevant to ponder. :)

    ReplyDelete
  16. @azah_rohaizah

    salam..terima kasih singgah sini.

    insyaAllah sunnahnye kene jadi amalan kite. :)

    ReplyDelete
  17. @MasZuber

    yang ko sebut tu bagi aku lebih utama berbanding ikut sunnah kawin 4. siyes!! :)

    ReplyDelete
  18. @jeBateja

    boleh...bukak cawangan akaun bank untuk wife la...hahaha

    ReplyDelete
  19. @Anonymous

    terima kasih atas pandangan kamu.

    umat islam susah nak bersatu sebab terlalu banyak ideologi nak diperjuangkan. yang dah sedia berbaik pun boleh putus silah sebab pentingkan diri masing-masing.

    pesanan keras untuk diri sendiri jua...

    ReplyDelete
  20. @azwin nalisa

    salam...terima kasih singgah ya.. :)

    salam mulidurrasul. :)

    ReplyDelete
  21. @nidus2

    ye betul. islam bukan sekadar agama anutan dan adat. islam adalah cara hidup.

    ReplyDelete
  22. @IMANSHAH

    jom kite boleh belajar menjaga keluarga. yeah! :)

    ReplyDelete
  23. kenali baginda sebenar-benarnya dan ikuti sunnahnya tanpa cela

    ReplyDelete
  24. bangunlah dari tidur
    buka mata pandang ke sana...
    (petikan lagu Waheeda)

    Selamat ulangtahun kelahiran, Kekasih.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum GB..

    terima kasih atas entri ini..saya teringat kat ahli politik kita..sibuk berceramah politik agama kat atas pentas..kalau nak amik sunnah, pergilah berdakwah kat tempat org asli kat nun pedalaman sana..baru berdakwah namanya..bukannya berpolitik murahan...

    ReplyDelete
  26. hi cik fid ittewww.. salamm pagi rabu jerr

    ReplyDelete
  27. eh tak panjang pun~eh saya sudah add gb dekat muka buku tahu!

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah masih ada anak2 muda yg bersemangat mcm Fidde ni.

    Marilah kita sama2 berusaha menegakkan agama Allah di muka bumi ni. Lakukanlah apa yg terdaya. n3 ni pun kira dakwah juga.

    ReplyDelete
  29. ~sunnah Nabi kawin wanita janda umur 40 takde plak yg ramai nak ikut kannnnnnnn....:P

    ReplyDelete
  30. heheheh..

    eemm..btul tu GB..saya setuju..:)

    ReplyDelete
  31. @sahromnasrudin

    setuju dgn kamu.

    setakat ceramah di atas pentas dengan selesanya...agak-agak lepas tu org yg dengar ceramah tu akan balik dan buat ke? :)

    ReplyDelete
  32. @bujal X

    oh terima kasih.

    saya sudah cam wajah kacak kamu tu. huhuhu~

    ReplyDelete
  33. @Yunus Badawi

    hihi, ye ke YB? terima kasih. YB sangat supportive. :)

    ReplyDelete
  34. kita kena ambil ISLAM dari semua sudut..sebab ISLAM adalah cara hidup.. RASULULLAH SAW pula berakhlak dengan ALQURAN dan kita sebagai umatnya,perlu mengikut caranya kalau benar kita mencintai baginda..

    RASULULLAH...salam dan selawat ke atasmu..

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D