Sayup-sayup GB terdengar conversation antara bunda dengan dinda Faezah.
"Orang tua-tua cakap yang dalam dulang tu berapa pun takpa, yang penting jumlah dulang..."
Warna alas dulang perlu sedondon. Kaki dulang baru perlu dibeli. Hiasan perlu ada. Congak-congak...ratus-ratus juga habis di situ sahaja. Belum isi dulangnya lagi.
Pasal apa lagi? Pasal dulang hantaran kawin untuk majlis adinda Zubair la...(bukan majlis GB wehhh....)
Dalam fikiran GB, soalan ni selalu bermain di fikiran. Kenapa dulang mesti jumlah ganjil? Jawapan yang GB dapat, memang dah macam tu dari dulu lagi. Turun temurun. Huh...jawapan macam ni memang tak memuaskan hati langsung. Mana boleh macam tu jawapannya...
"Takpe lah berhabis duit untuk kawen. Kalau simple sangat nanti apa pulak kata orang..." - ini pula antara ayat yang pernah GB dengar.
Kata orang? Abis kata Tuhan?
Bagi GB mudah saja. Kenapa nak susah payah berdulang bagai sedangkan yang wajib cuma mas kahwin. Kenapa susah payah nak berpelamin bagai sedangkan yang dituntut cuma kenduri makan-makan. Kenapa susah payah nak berbunga telur bagai sedangkan indahnya cuma sehari?
Bukan kedekut...tapi kalau kenduri sehari melibatkan wang yang banyaknya mungkin sampai beranak dua-tiga pun belum tentu habis bayar, berbaloi ke?
Mungkin juga sampai ada yang bergadai barang kemas. Bergadai tanah. Bergadai rumah. Bertangguh dari pergi ke Mekah. Mungkin.
Berkat ke macam tu?
Sedangkan perjalanan hidup selepas kawin tu lebih banyak lagi cabarannya, let alone financial.
GB faham, bila dah melibatkan hal-hal adat, dari taknak pun akan jadi terpaksa nak juga.
~Luahan hati dari seorang yang bukan orang ada-ada~
P/S: Susah betul bila makhluk yang jadi rujukan, bukan al-Quran dan sunnah. GB tetap stick dengan plan kawin yang simple dan praktikal. Harap-harap ada orang yang memahami dan menyokong juga...

hehe i am first to support u! i did it so can u :)
ReplyDeletenak sokong lagi. betul! yg penting berkat. yg berkat ialah majlis yg diredhaiNYA. lagi murah lagi bagus.
ReplyDeletehehe..mula fening nampak
ReplyDeletememang fening bila nak kahwin ni..
semuanya dikira..
lagi senang kalau dapat tajaan
kalau nak simple ..boleh saje
tapi kena fikir pula perasaan
ibu bapa tu...
gb bincanglah baik2 ye..
@ummi5
ReplyDeletethanks kak. kalau akak nak tau...akak le idola saya. hihi~
@ummi5
ReplyDeletebetul kak. saya risau tgk senario institusi perkahwinan sekarang ni.
kawin berhabis tapi bahagia cuma sekelip mata. sedih...
@Ati Masrif
ReplyDeletehihi. skrg ni kitorg tgh bizi pasal kenduri adik lelaki GB..
pasal majlis GB pulak baru planning2 la. dah cakpa kat mak, mak faham. tinggal sekarang ni mau cari calon je. hahaha!!!
org ni mungkin masih budak kecik..but org ni stuju dgn GB.. x suke btul bila ade org buat knuri bsar2an..yg brhbis duit sgala tu.. actually..bersanding memang tak boleh pun dlm ISLAM..
ReplyDeletennt..klau GB kawen..jgn ikut org tau.. GB buat apa yg GB rasa btul ikut QURAN DAN SUNNAH.. itu lbih berkat..
makcik pun tak faham, pasal dulang sampai memening kepala sendiri, terikut sangat ngan adat dan budaya. Perkara cam ni makcik pernah dengar kat rumah saudara.
ReplyDeleteGB : GB..akak totally support pndpt GB, wlupun akak sndri x dpt nk lari dr smua perkara & adat2 yg GB mksdkn... bila tiba saatnya, ditelan mati mak, diluah mati bapak..sdgkan seharusnya kita laksanakan yg wajib shj & dlm agama pn x m'galakkan kita b'lebih2an & m'bazir krn there's a long..long.. journey to go after married!
ReplyDeletemmg susah la nk tolak KATA ORANG..kita selalunya fikir pasal ORANG bukan pasal AGAMA..tapi saya setuju bab perkahwinan yang simple dan praktikal sbb saya tak suka attract too much attention..biarlah seadanya..kahwin tu besar maknanya..bukan untuk suka2.. :)
ReplyDeletebtol tu. kalo pikir2 nak kawin koboi je. tp mak ayah takut org mengata.
ReplyDeletessh tol nak kawin cmni. duit x byk. T_T
semua barang mahal....nak kawen pun 2,3,4 kali kena pikir dulu..duit tak cukup..:(
ReplyDeletesimple-mimple sudehhh...ihiks!
baju nikah saya insyaAllah bersulam biasa. bukan bling2 bagai.
ReplyDeletesebab yg bling2 bagai itu bukan saya.
hari majlis, saya tak mahu duduk kat pelamin. saya mahu jumpa kawan2 sedara jauh dekat yg sudi datang merai. malah terfikir mahu tolong hulurkan lauk dan cedokkan nasi untuk para tamu.
haa.. yg itu baru saya ;D
p/s: takut bunda saja yg bising nnt.. "apa nih pengantin tak reti nak duduk diam nih ha??"
I likeeeeeeee ur entry..really. saya pon suker yang simple2 jer. fikir karang nak bayar hutang. hilang nikmat berumahtangga weiiiii
ReplyDeleteSETUJU...!
ReplyDeleteambil yang wajib sahaja.
Yang adat tu, ikut yang paling minima sahaja, sebab kita ni hidup bermasyarakat. Kenduri tu bermaksud untuk “publish” yang anak orang itu sudah ada yg punya, supaya tidak timbul fitnah..
selebihnya, boleh saja diabaikan.
Contoh:
dlam keluarga Kak Azie yang 11 adik beradik, hanya sekali sahaja bersanding utk anak perempuan dan sekali bersanding utk anak lelaki.
yang lain2 tidak pernah kahwin bersanding termasuk Kak Azie. Tak merasa pelamin pun...
insyaAllah jodoh berpanjangan...
tp kan kak GB,parents kadang2 terlebih pulak nk buat grand "anak aku lah yg paling beso majlis nikah dia"
ReplyDeletepeh..
kita suka simple..
pernah ckp kat bf kita "akad nikah aje boleh? tapi hantaran sepadan taraf pendidikan boleh??"
dia kata ok..hahaha..tp sape lah tahu jodoh kita esok2 kanss..
sbenarnya, pada zie kak, asalkan nikah tu sah disisi agama sudah.kalau org nak lontar fitnah konon itu lah, ini lah, itu urusan dia ngan tuhan...kt kampung zie ni kak, mulut masing2 ya Rabbi, xleh dok diam..sukati org la nk wat simple pun..
@Cik Ina minat Do do Cheng
ReplyDeleteitu la...sampaikan apa yg nak ditaruk dalam dulang hantaran pun nak kene fikir smpai pecah kepala. alasannya, lain negeri lain adatnya. so..what the fish kan kak? hihi~
masa kita nak kawen planned nak simple2 jugak tapi oleh sbb family kenalah ikut cakap...tapi apa2pun Alhamdulillah, dah lepas. Hehe :D
ReplyDelete@PynGees
ReplyDeletehaa..yg macam tu la yang jadi susah tu. bila banyak pihak lain terlibat. GB sendiri pun tak tau mcm mana punye wedding akan jadi nanti...
tapi tetap nak yg simple je. :)
@~Ati_Hime~
ReplyDeletesebenarnya banyak org beranggapan kawin simple ni mcm nikah sebab ada yg tak kene eg kene tangkap basah la, pompuan dah termengandung la..
tapi itu cuma mind set masyarakat kita. simple tak semestinya kelihatan tangkap muat, ye dak?
@Myaby
ReplyDeleteapa kata kite cuba mulakan satu trend kawin yg tak nampak macam koboi tapi tak membazir? huhu~
banyak idea nak tulis ni..hihi~
@cik emymilia
ReplyDeletememikirkan itu la...
kalau dulu rm10k mungkin cukup utk buat kenduri supaya makanan mencukupi utk tetamu, tapi sekarang ni rm25k belum tentu cukup kalau nak buat kenduri yang kene dgn expectation org ramai...
tak ke membebankan tu? :)
@||alis||
ReplyDeletei can feel that you are very much like me alis. :)
really like your way of thinking. :)
@amry
ReplyDeleteawak lelaki tunggal yg komen pasal entry ni so far.
jgn risau ok, bukan semua perempuan fikir untuk menceduk duit dari lelaki.
dalam zaman yang serba mencekik sekarang ni kreativiti adalah sangat penting untuk membolehkan perkahwinan dijalankan dalam perbelanjaan yg berpatutan. :)
@azieazah
ReplyDeletehaaa...itu la yg GB maksudkan. kenduri tetap kite buat supaya tak timbul fitnah berat. prioritize mana yg paling utama. tetamu yg kene dirai. pengantin sekadar sebagai syarat utama majlis tapi tak perlu la menjadi raja sampai ada tetamu yg tak sempat jumpa untuk diucapkan terima kasih.
istilah raja sehari tu....dah tak relevan la. heheh (adakah GB akan di ban oleh beberapa pihak lepas ni?)
@Mimi Jazman
ReplyDeletekamu kecik tapi matang. comel tau...hihi~
@Zie
ReplyDeletehaa...hantaran setaraf pendidikan? banyak mana tu?
ada budak lepasan spm pun dah taruk 8k minimum tau sekarang. huhuhu~
@Didz
ReplyDeletekamu org kaya...lain cerita didz...hahaha!!!
Kekadang, kita lebih pentingkan adat daripada ibadat..!
ReplyDeleteTapi yang penting adalah apa yang mampu kita lakukan, bukan hanya menjunjung adat semata-mata sebaliknya perlu fikirkan tentang dosa dan pahala.
ambil yg wajib jer...
ReplyDeleteadinda Zubair jer nak kawen??? GB bila pulak??? keh3x
GB.. alhamdulillah..kita tak termasuk dalam kategori yang nak dirunsing2kan orang.
ReplyDeleteOrang nak kata pun jap je..
Kite selesai mas kawin, akad nikah. kenduri skit2.. No tunang2 (dah lama kenal), no pelamin2.. just simple.. but memorable :)
..Kema budak Engin..
setuju
ReplyDeleteImpian kahwin saya, kahwin di masjid, then balik rumah makan kenduri sikit..thats all
puncanya sebab takut orang mengata kot..
ReplyDeleteAdat menjadi keutamaan di bandingkan dengan tuntutan syariah.
ReplyDeleteBerpantang maut sebelum ajal
@Kuasai minda
ReplyDeletebetul. anjakan paradigma semakin perlu bila melibatkan hal kawin sekarang. supaya mereka yang mahu kawin dapat meneruskan hasrat tersebut.
@Me'aH
ReplyDeletehaha. yg wajib dah tentu la..
zubair jalan dulu sebab dia dah ada calon. GB kene cari calon baru boleh kawin. heheh~
@Anonymous
ReplyDeletekema tak jadi silent reader utk entry ni? i like... :D
adat2 yg macam awak cakap tu pun dah tak relevan dibuat sekarang. risik..tunang... dah xde makna. sekadar nak tambah koleksi cincin. tapi maknanya tiada. tak relevan kan?
@IMANSHAH
ReplyDeletesuke idea tu. simple and praktikal. raikan yang mana patut dan bersederhana seadanya.
@-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-
ReplyDeleteorng yg mengata tu takkan bantu kite bila susah. huhu~
@Just Mie
ReplyDeletewhich is not right kan? :)
biasenya pompuan suke wat majlis besar2,byk2 n mahal2
ReplyDeletesbb mgkn rse dihargai..huhu
tp yg lbh2 dlm hal ni kaun kuarga plak
so yg tersepitnya kaum lelaki gk
hrpnya muda mudi skrg lbh terbuka
mcm GB,wat simple je kn tp memorable till the last
ko tau aku kan,
ReplyDeletemacam ko gak. sesimple bole kalo sampai majlis aku nanti.
kalo orang nak mengata sangat simple tue biorle. kita gak yang dapat pahala nanti.
tabiat sesetengah orang, "biar papa asal bergaya".
key point here:
"adat-adat yang berlebihan serta membebankan harus ditinggalkan sama sekali"
antara tips utk jimat belanja kawen..
ReplyDelete~ kad jemputan - takyah la yg tebal2 mahal2 tu.. habes kenduri, agak2 ada orang simpan buat hiasan?? ke tong sampah jugak peginya
~ bunga telur - ni lagi satu.. orang makan telurnya aje... bunganya??? tong sampah juga kan
~ gift - pilih yg praktikal, yg betul2 orang boleh guna atau guna semula
tapi tu la... mentaliti masyarakat zaman sekarang dah berubah... entah sape la yg mulakan dulu-dulu tu ek
Prinsip saya juga serupa, saya sebagai pihak lelaki memilih majlis simple untuk sehari, tak ada sanding, tak ada hiburan, cukup sekadar sebuah kenduri kesyukuran. Stylenya alah-ala buffet. Semua orang bebas ambil seberapa banyak makanan dan minuman yang diorang mahu, sementara stok masih ada. Sederhana lebih baik janji yang wajib berjaya dipenuhi. Nanti bila hiburan berlebih-lebihan, takut hidup berumahtangga tak berkat pula nanti kerana dimurkai Allah.
ReplyDeletebagi saya...simple lagi baik. tak peningkan kepala nak letak itu ini, nak cari itu ini..
ReplyDeletetak perlu ikutkan sgt adat tu..
sniff sniff...terbau nasi minyak jer..huhu
kan semua sependapat dengan kita!
ReplyDeleteso u know many have done it and many plan to do the same.
untuk ikut sunnah memang akan rasa susah, nampak janggal, persepsi negatif, tapi the reward is worth the struggle.
setuju tu..hehe tapi, susah juga nak menegakkan pendapat sendiri bila dah berdepan dengan saudara-mara..emm..harap2 majlis saya nanti akan berjalan lancar..
ReplyDelete@Al
ReplyDeletehaa...ade je yg suka simple2. kalau yg nak buat grand2 tu asalkan tak membebankan mana2 pihak..kire ok je. tak ada yg larang. cuma kene elakkan pembaziran la. :)
@MasZuber
ReplyDeleteaku sangat tahu ko. sama macam aku.
bak kata mak aku, pelik-pelik. huhu~
@h4ni3
ReplyDeletecadangan yg bagus dan boleh digunapakai. mmg itu dalam fikiran saya pun. thx akak. :)
@iAwani
ReplyDeletesaya tak sangka ramai juga yg impikan wedding macam ni. baguslah...nampaknya mmg ada anjakan paradigma dalam muda mudi zaman sekarang. :)
@MataHati @ MH
ReplyDeletenasi minyak awak ye? tahniah. hihi~
@ummi5
ReplyDeleteye la akak. tak sangka ramai juga yang setuju. sekrg ni yg perlu ada adalah seorang pioneer (or more) untuk buat wedding yg simple dan praktikal. good things will always have followers later. :)
@Zezebel
ReplyDeleteyep...kene bersedia dgn kemungkinan yang itu juga. tapi kalau saudara mara tu bukan sekadar sumbangkan air liur takpelah. huhuhu~
kak fidde,
ReplyDeletemcm kak fidde mentioned, asyik fikir apa kata orang, tak fikir apa kata Tuhan.
bagi saye, hantaran tu tak payah. membazir. unless ada org nak sponsor. hohohohoho~
duit hantaran tu patutnya parents belah perempuan janganla mintak sampai menyusahkan pihak lelaki. nnt bimbang berhutang sampai ke tua.
saye buat doorgift made of brown paperbags saje. hehehhehe :P
setuju ngan GB dear..
ReplyDeletelepas kawen lebih besar dan hebat cabaran nya.. kalo br nk bina masjid dh mcm2 belanja kuar.. kang lepas kawen cmne plak...
@nihadriz
ReplyDeletekamu dah tunjukkan contoh yg bagus. i've read ur entry pasal ur own wedding haritu huhu~
@cik fiza
ReplyDeletebetul2..
kite kene fikir panjang baru la tak bertindak ikut nafsu. :)
gb, salam kenal. amy or kak amy memang sokong sgt pasal berbudget dalam urusan nak kahwin ni. itu sebab kak amy mulakan blog persiapan pengantin budget ni. reason yg sama. dan syukur alhamdulillah, respon yg akak terima sgt baik. dan yg paling baik mama kak amy terima idea kak amy ni. bukan apa, masa kak amy kahwin dulu mama selalu kata, mana ada org buat mcm tu, gaduh memanjang dgn mama sebab kita nak simple, dia nak lebih (tp x lah grand sgt yer... )alasan, anak sulung, mama nak itu, mama nak ini. dan kos kebanyakannya k.amy yg tanggung. hm, last2 ikutkan aja. dan ramai juga kyang sponsor. itulah, ibu tu kita kena ikutkan aja, adalah hikmah di hujung jalan, insyaAllah.
ReplyDeletealhamdulillah, dah nak masuk 6 thn kahwin. byk pahit manis dialui memang tak ubah meredah ombak badai. things are much much more better now than the past. sgt!... syukur. paling penting, ikut kemampuan bila nak kahwin. ;)
good post indeed... amy pb2