![]() |
Tapi sebelum tu dia dah mengganas dulu...hihihi~ (Floating Old Jetty, Tasik Chini, Pahang, Malaysia) |
GB terlibat dalam projek lanskap untuk sebuah kolej kat Felda Jaya Chini. Pertama kali GB ke sana walaupun projek ni dah lama bermula. Untuk ke sana GB tak masuk kat susur keluar ke Chini dari lebuhraya sebaliknya masuk kat susur Chenor dan guna jalan lama untuk sampai ke tapak projek. Letaknya tak jauh dari Tasik Chini, jadi sebelum balik ke KL siang tadi GB amik kesempatan untuk singgah kat tasik jap. Dah alang-alang kan...
Berikut adalah sedikit ringkasan tentang Chini dan perkampungan sekitarnya:
- Boleh dikatakan pekan dara sebab.... bayangkan, tengah drive kat tengah hutan tiba-tiba jumpa satu penempatan. Pekannya kecil, indah dan penduduknya mesra.
- Walaupun pekannya kecil tetapi pembangunan agak pesat, tambahan pula bila kolej tu siap dapat CF nanti makin banyak la benda akan dibina di sekitarnya.
- Dalam perkampungan Felda Chini ada terdapat segala jenis kemudahan asas macam stesen minyak, pasar, stesen bas kecil, homestay dan klinik. Mungkin sebab bandar terdekat adalah
Kuantan yang jaraknya 100kmPekan yang jaraknya lebih kurang 76km dari situ (credit to Anon). Jadi kalau takde kemudahan asas macam tak patut la pulak kan... - Tapi bank dan ATM takde tau....sediakan duit siap-siap kalau nak pegi ke sana.
- Kat sana makan mahal! Jangan pelik sebab harganya memang mahal walaupun jauh dari KL.
- Tapi makanan dan air yang GB pesan semua sedap-sedap. No komplen. Berbaloi la bayar mahal-mahal. Huuu~
- Komuniti orang asli suku Jakun terdapat di sekitarnya.
Sekian ringkasan dari GB. Next entry insyaAllah GB akan cerita sikit pasal Tasik Chini yang aman damai tu kalau kawan-kawan minat nak tau. Daaa...
P/S: Terima kasih kawan-kawan sebab sudi jenguk umah GB sepanjang 2 hari yang hangat ni. :D

itu rumah rakit ke tu?
ReplyDeletenampak sempoi giler..
camner tah ruper jamban dia ek..
keh3x..
:)
@-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-
ReplyDeleteye kot.
tapi pakcik kat situ cakap tu stesen bot lama, dah tak pakai lagi.
mmg cool...kamu kene pegi.
eh, tak tido lagi mehhh??
ermmm..sejuk je suasana dia...i loikeee! ;))
ReplyDelete@cik emymilia
ReplyDeletemasa sampai tu mendung lagi jadi mmg sejuk. lama2 matahari dah keluar, tapi tetap best. :D
Tasik Chini tu memang sejarah dongengnya adalah asal kembar Naga dan manusia, kan?
ReplyDelete@azieazah
ReplyDeleteDi lampiran (pamphlet) tiada ditulis pula tentang kembar naga dan manusia.
Bagaimana bahasa melayu saya? (ketawa)
memang float or ade pile bwh tnh???
ReplyDeleteAla..baru nak cari naga 2. Hehe..neway, xmandi2 ke?? Huhu
ReplyDeleteTerbaru di SuaraSendiri
Utama : Once broken..considered sold
Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung
Makcik ingat tasik je ada chini, felda pun ada chini.Banyak khabar yang makcik dengar pasal tasik chini ni.
ReplyDeletetak penah sampai chini. Tp tasik bera pun cantik yu!
ReplyDelete*hehe.. Kawasan felda memang la mcm tu yang.. Mana nak cari bank. Orang keje bank pun tak sanggup keje tempat2 jauh camtu ;)
Tasik Chini...cantikkan pemandangannya...tu rumah terapungkan?
ReplyDeletetakpo lah..teman pergi tasek raban udah le..tak terjejak lagi ke chini nun..kehkehkeh
ReplyDeletelepak2 kat tasik yang tenang tu, pasti menenangkan jiwa kan...duduk klang valley nih asyik jemmmmmmm aja...
ReplyDelete@Qamarul
ReplyDeletemmg floating, pakai pelampung tong drum. nampak meliuk2 umah tu ikut riak air.
@De Mois
ReplyDeleteerr...tgk air tasik tu rasa mcm tak sampai hati nak mandi. heheh~
@Cik Ina minat Do do Cheng
ReplyDeleteseeing is believing. pegi la hanimun kat situ kak..heheh~
@h4ni3
ReplyDeletehaaa..tasik bera kite tak penah sampai lagi. igt nak jugak jelajah barang sekali dlm ini tahun. jom!
*sana takde bank tapi nampak gaya org sana byk duit cash la kak. sokmo mkn kat luar. hihihi~
@CT
ReplyDeleteitu rumah boat. terapung kak. view dia mmg best!
tak nah sampai sana g...cantik erk pemandangan tu...mesti tenang jerk tempat dia
ReplyDelete@h a n i e
ReplyDeletetasik raban tu kat mana pulak? apasal aku tak penah dgr?
@Daddy Ziyyad
ReplyDeletemmg tenang...makan minum tepi tasik. wallauweh, rasa cam nak pegi lagi...huhu~
@amry
ReplyDeleteok, kalau nak memancing, nak tenang2, nak naik bot...kite rekemen pegi ke tasik chini. tak rugi la... :D
Uncle pernah ada job dengan satu mamat politik kat Tasik Chini... Bila kerja dah siap pastu, tak bayar...! Sah... mamat tu la yang NAGA! What the hey!
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebangga jadi anak pahang..ada kisah naga lagik hahaha
alahai, susahnya nak komen2 ngan tenet yang tak ok ni..huhu dah 3kali send komen tapi hilang gitu je...GB, cantik la tempat tu...
ReplyDeletetu bekas rumah naga Chini ke GB? hehehe..
ReplyDeleteBelum berkesempatan meneroka pahang..antara negeri yang paling jarang sampai
ReplyDeleteSalam GB,
ReplyDeleteCorrection pekan terdekat ialah Pekan lebihkurang 76 km dari situ dan bukannya Kuantan. Makanan mahal tu sebab tempat pelancungan.Dah sampai situ jangan lupa round tasik.Tak silap saya ada 13 buah tasik. Ok cau dulu.
Mountain climber.
@gedek!
ReplyDeletenaga yg macam tu la naga yg lebih naga dari naga. huhu~
@jinkamen
ReplyDeletewalaupun GB bukan anak pahang, tapi membesar kat sana sampai umo 13. sebab tu pahang sentiasa dekat di hati. :D
@Zezebel
ReplyDeletesabar ajelah dgn berukben tu. hihi~
tempat ni mmg cantik. next time dtg sini cuba la ke sana. mebi utk hanimun ke... :D
@Didzy
ReplyDeletehaha. kalau betul rumah naga mau GB masuk dalam tu. hihihi~
@IMANSHAH
ReplyDeletekalau ada masa jalan2 la ke pahang. byk lagi tempat yg boleh kite jelajah rupanya...
@Anonymous
ReplyDeletethanks singgah. dan terima kasih atas info ya. nanti GB betulkan dalam entri.
kite makan mahal tu kat felda chini, bukan kat tasik chini. tapi mungkin juga sebab dekat dengan kawasan pelancongan, sebab tu mahal.
acu belum penah sampai ke sana lagi
ReplyDeletenanti bebile jom ke tasik..mahu jumpe naga daa...
ReplyDeletetasik cini yang ade jual ikan toman tu kan???????
ReplyDeleteorang tua-tua kata ada lagi tu.. dia menyorok dalam tasik. Bila hujan lebat dan ribut tu tanda dia nak keluar jalan-jalan..
ReplyDeleteheeeee....
wahhh...kReen nak imagine dulu macam manalah rupa lepas tu nanti..mesti lagi cantik !
@@cu SaYaNg
ReplyDeletepegi la acu...best jugak tasik chini tu.. :D
@MasZuber
ReplyDeleteko jgn niat mcm tu. sebab nanti kompem tak jumpe. huhuhu~
@Myaby
ReplyDeletehaaa...kat sini ada menu nasi goreng dgn ikan toman goreng tau. tapi masa kite kat situ depa takde stok ikan toman pulak..huhu~
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletehahaha!!! kite bygkan mcm naga dalam citer 'how to train your dragon' lah! comel. hahaha!!!
erk...tak baper minat nak mancing la plak. hehe
ReplyDeletetenang je tempat tu kan..huhuhu
ReplyDeletehaa..takde bank
ReplyDeletehairan betui
thanks GB share info
yg amat berguna tu ^_^
@amry
ReplyDeletenaik bot la pusing-pusing... :D
@ciK LyndaWawa igUana
ReplyDeletetenanggg banget!
@Ati Masrif
ReplyDeletesama2 kak. sharing is caring. :D
assalam.. cantek pmdgan tasik chini,dulu air dia nmpk jernih.. krg xlagi, air dah jadi keruh, teratai pun dah xbyk.
ReplyDelete