Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, January 27, 2011

Selepas jumpa toll gate boy yang hensem, GB bagai memandu di atas awan

Neskape



Sebenarnya ini sambungan penuh kisah balik Kedah emergency tempoh hari…

Menjelang waktu pulang ke KL, GB masih belum dapat rehat yang cukup. Tidur pun sekejap-sekejap aje. Tapi alang-alang dah on EL, GB dan family pergi bersihkan rumah di Sungai Petani sebab ada orang nak sewa... Penat tu memang penat, tetapi sebab esoknya kene kerja maka GB drive pulang malam tu jugak.

Disebabkan tu, ada beberapa kali juga GB terlelap. Ye, tahu, memang bahaya tapi tak boleh kawal. Walaupun bawak slow tapi tetap bahaya. Silap sikit boleh eksiden. Ye, GB tau tu.

Akibatnya, empat kali pit stop sebab terlalu mengantuk. R&R mana pun GB dah lupa sebab main singgah je. Asalkan dapat tidur sekejap. Minum Nescafe setong pun dah tak jadi apa dah. Bila badan dan otak penat, buat la macam mana pun takkan berkesan punya.

Lepas rehat, sambung balik drive. Segar sekejap ja. Lepas setengah jam ngantuk balik. Mata ni macam disumbat-sumbat dengan pasir. GB pulak tak bagi Ayahanda drive sebab mata dia lebih rabun dari GB. Lagipun dah tua. (err…57 tu kire dah tua ke ek? Huhu~). Dengan hiway yang gelap gelita, banyak lori. Lagi bahaya.

Masa kat Rawang GB dah mengantuk tahap maksima tapi tak stop pun sebab nak cepat sampai. Sebab nak tidur kat rumah. Rindu kat tilam. Punca utama yang buat GB ngantuk sangat adalah sebab badan yang penat, suasana yang sunyi, persekitaran gelap dan sejuk sebab air cond. Itu yang buat GB ngantuk sangat…

Nak tahu macam mana rasanya drive sambil mengantuk dan mata terpejam? Bagai di atas awan. Terawang-awang. Bila mata dah terbukak kereta kita dah ke tepi la, ke lane lain la.. Dan tolonglah kawan-kawan, jangan sesekali buat macam ni.

Bila fikir balik rasa tak percaya kenapa GB boleh buat macam tu? Sebab nak kejar masa mungkin? Atau sebab terlalu risaukan perkara lain, seperti kerja? Sampai langsung terlupa yang GB bawak nyawa dalam kereta tu? Apa-apa pun syukur kepada Tuhan sebab dah selamat sampai.

GB bertekad lepas ni takkan bawak kereta dalam keadaan macam tu lagi. Never ever again!

P/S: Lepas tu GB perlu 2-3 hari untuk betulkan balik body clock. Huwarghhh!!!


34 comments:

  1. Dah start makan supplement Vit A ke belommmmmmmmmmmmmmmm??

    ReplyDelete
  2. Petua paling mudah.
    -Tarik bulu idung


    Konfem tak ngantuk..~hihi

    ReplyDelete
  3. @Daddy Ziyyad

    errrr..errr...makan lobak putih tabley ke dedi?? ngeee....

    ReplyDelete
  4. @Daddy Ziyyad

    bulu idung tak panjang la...cemana nak tarik? :p

    ReplyDelete
  5. ape pasal itu gambar gadis ayu bertudung pink, suda tukar jadi gambar kaki???

    ai kalau ngantuk, bawak slow jadi lagi ngantuk! so kena bawak laju2.. 160km/j! hahaha

    ReplyDelete
  6. @h4ni3

    tukar jadi kaki sebab takut toll gate boy cam. hahah!!!

    akak, i dah cuba bawak laju. ngantuk hilang sikit ja, kaki tangan respon lambat. lagi lagi lagi bahaya!

    ReplyDelete
  7. bahaya memandu ketika ngantuk...with in the second kita terlelap mcm2 boleh berlaku...

    ReplyDelete
  8. @gismo82

    betul..

    pengajaran ni. takkan buat lagi..

    ReplyDelete
  9. @cik emymilia

    dan tak cukup rehat yg keterlaluan. huhu~

    ReplyDelete
  10. pasang lagu kuat2 pun tak boleh jugak? ehh... nanti yang lain bangun pulak..


    alhamdulillah kReen jadi driver kalau bertolak lepas tengah malam.

    Mungkin faktor abg yang pergi kerja jauh hari-hari yang buatkan dia cepat letih.

    ReplyDelete
  11. saya dah acap kali drive dlm keadaan mengantuk sangat.
    terasa mcm drive dlm khayalan. sekejap nampak sekejap tak...tapi bawal slow2 lah.

    ReplyDelete
  12. Laaa... apasal tukar gambar profile..?

    ReplyDelete
  13. minum Redbull! tp slalu kalau ngantuk ai ikut jalan lama, sbb jln hiway mmg bosan, jalan lama ada kona2 skit, ada view, lampu2..jadi segar

    ReplyDelete
  14. uii..mmg bahaya drive lagu tu na..

    apa2 pun ..alhamdulillah slmt sampai..

    hubby mmg tak bg kak ati drive long distance

    ReplyDelete
  15. mama x tido klau baba drive sbb takut baba ngantok.. hehehe.. GB sruhla sesape temankan ye laen kali..

    ReplyDelete
  16. GB dear, sgt bahaya ok..
    next time bwk la cd2 lagu yg best2 leh karaoke dlm kete..
    bahaya sgt sampai terlelap cmtu...

    ReplyDelete
  17. saya pernah memandu atas awan juga...

    ReplyDelete
  18. saya pernah memandu atas awan juga...

    ReplyDelete
  19. pernah mengalaminya
    hehehe

    lagi2 tgh tersekat di jalan sesak yg gerak cm kura2.. kalau boleh nak jerit dalam keta bagi segar, tapi tak boleh sbb ada mak ayah dan adik2

    hehehe

    ReplyDelete
  20. bukak tingkap!!!
    biau angin masuk...
    .

    ReplyDelete
  21. @MataHati @ MH

    hmm...nak kene nasihat jugak ke ni? ngeee~

    ReplyDelete
  22. @fatt

    rabun malam la fatt..takut tak nampak lori. lagipun meesti banyak lori kat jalan lama kan...

    ReplyDelete
  23. @Ati Masrif

    alhamdulillah kak..

    kalau nak drive long distance mmg kene rehat cukup kan kak..

    ReplyDelete
  24. @Mimi Jazman

    semua org dalam kete tu flat terus malam tu...huu~

    ReplyDelete
  25. @cik fiza

    karaoke juga..tapi tak lama. cepat je rasa ngantuk balik...

    ReplyDelete
  26. @alien

    kan? kalau sorg2 kite boleh nak melalak ke nak ape ke...

    ReplyDelete
  27. tersangat bahaya kalau drive waktu ngantuk. kenderaan depan tak dapat diagak lagi. ada ker tak der sama jer. otak tak dapat bagi arahan lagi sebab ngantuk sangat. ewah...bersaintifik la plak.hehe... tapi betul. saya selau bawa moto pagi2. kalau ngantuk, ituah yang berlaku kepada saya. hish!bahaya

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D