Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, January 21, 2011

Malam gelap. Laju di hiway. Kelibat putih. Apa jadi?

We will never know what waits for us in the future


Ok. Tajuk entri tu adalah ringkasan keseluruhan tentang apa yang GB nak ceritakan ni.

***

Masa nak balik ke Kedah tempoh hari, GB tak bawak laju. Sebab hari sebelumnya GB tak dapat rehat yang cukup. Lagipun tak rushing sebab masih banyak masa sebelum jenazah pakcik dikebumikan. Kereta kat hiway pun tak banyak sebab hari kerja. Tapi lori....sangat banyak! Macam dalam cerita Trasformers tu. Sila percaya ya...

Dipendekkan cerita, GB mula pecut selepas R&R Rawang. Dah minum Nescafe jadi rasa segar sikit.

Sebab rimas dengan lori yang banyak kat lane kiri dan tengah, maka GB decide nak menten lane kanan je. Tekan minyak, baru nak masuk 130 km/h. Tapi sebaik je nak start melaju tu GB nampak ada lori kat depan bagi hazard light. Tak tau apa punca, sebab kadang-kadang ada certain lori yang memang hobinya bagi hazard light. Bikin hangin saja!

Disebabkan tu GB tukar lane tengah sebab tak nampak apa jadi di depan. Langkah berjaga-jaga. Untuk makluman, jarak penglihatan GB pada waktu malam adalah sangat-sangat teruk.

Tiba-tiba nampak kelibat melintas di hadapan. Serius tak tipu! Serentak tu jugak nampak satu benda putih betul-betul di depan GB. Semua orang dalam kereta dah suruh GB slow down. Berderau jugak darah masa tu sebab bila dah dekat rupa-rupanya benda putih tu adalah lori ais yang terbalik merentang lane tengah. Cepat-cepat GB mengucap sambil tekan brek dan bagi hazard light sebab takut kereta belakang langgar kitorang! Gelap sangat tau!

Rupanya kelibat yang berlari tu adalah driver lori yang terbalik tu. Disebabkan takut dilanggar kereta lain GB terus saja mencelah kat lane kanan, melepasi lori tu. Nak berenti pun tak berani. Jadi GB teruskan je sambil berharap lori tu akan dapat bantuan, dan harap juga takde kereta yang laju menggila sampai terlanggar lori tu.

Dalam hati, GB memang rasa terkejut dan sedikit menggigil tapi pura-pura tenang sebab GB yang drive. Syukurlah sebab lori tu warna putih. Kalau hitam...atau kalau bahagian tayarnya yang mengadap GB malam tu, kemungkinan GB tak dapat update blog ni hari ini.

P/S: Beberapa malam sebelumnya GB mimpi terlanggar kereta orang. Semua ni buat GB lebih berhati-hati. Harap-harap Tuhan lindungi kita semua.

P/S 2: Sebenarnya lori yang terbalik tu lori yogurt. Ada ceritanya kat blog ondscene kat sini.

59 comments:

  1. yeeahahh..

    1st..

    bujal kalah..

    bonbon kalah...

    hehehhe..

    GB..hati2..CCC penah gak nampak kelibat putih laju mcm kilat masa blik melaka..

    ReplyDelete
  2. Laju betul CIKCERIA ni. Kak Azie pun kalah. :)


    GB, baca story pun dah seriau. Uishhh kamu ni, kering darah dibuatnya.

    Hati-hati lain kali.

    ReplyDelete
  3. GB,u ada masalah rabun malam ke?
    ambil lah supplement Vit A

    ReplyDelete
  4. mmng kalo malam ,lampu kete yg bertengtangan membuat kan aku nampk2 byk kelibat2 yg berkeliaran...sgt bahaye ok...

    ReplyDelete
  5. bahye nye GB! alhamdulillah xd ap yang berlaku.

    ReplyDelete
  6. tekan pedal minyak memang best bila tak banyak keta!

    hehe..


    lega; tak apa-apa..

    ReplyDelete
  7. erk...ngeri pulak acu baca entri GB nie...tak dapat dibayangkan kalau acu tapi syukur lah GB selamat...


    p/s::GB asal kedah ke???kalau betul sekapal la kita

    ReplyDelete
  8. nsib baik x de pape..huhu..seram gk nk blik mlm2..nsib baik bkn bnde lain

    ReplyDelete
  9. saya pernah kena situasi cenggini..memang tak disangka perkara ini akan berlaku..memang ia amat memeranjatkan...

    ReplyDelete
  10. kena lebih berhati2 lagi lepas ni... moga Tuhan sentiasa lindungi perjalanan kita ~

    ReplyDelete
  11. syukur alhamdulillah.
    GB sekeluarga dilindungi..

    ReplyDelete
  12. MORAL : 1) Lori sebaik-baiknya adalah berwarna putih... 2) Minum Nescafe jadi rasa segar sikit...

    ReplyDelete
  13. syukur GB tak de ape-ape....bikin suspen aje bila membaca...phewwww..~

    ReplyDelete
  14. canteknya gambar. yu menyarap yek amik gambar tu...?

    :)



    .

    ReplyDelete
  15. Syukur sebab selamat daripada bahaya.

    Baca tajuk saspen dah,
    Baca cerita GB lagi saspen.

    Apapun, semua tu kekadang mengajar kita untu bersedia bagi menghadapi sebarang musibah. Ketenangan GB adalah faktor mengelakkan kecelakanaan yang lain...

    err...bab entiti misteri yang melintas laju tu memang sering kita dengar di kawasan highway atau laluan yang terpencil. 'Benda' tu memang wujud, namun ia cuma untuk menakut-nakutkan kita...

    ReplyDelete
  16. huhu

    saya penah dulu balik kl dr jb tengah malam. pastu de lori treler melintang kat tgh jalan sbb die eksiden sorg2.

    da la tgh laju. seb bek tak hentam. serius nampak last menet. tp langgar jgk la kaca kaca yg bersepah kat jalan.

    hentian seterusnya br benti cek tayar. sbb langgar kaca mcm langgar batu. byk giler!

    ok komen panjang da mcm entri da ha
    haha

    ReplyDelete
  17. hui
    bahaya tu
    kalau lori syiling mau terang benderang kawasan tu kan
    apala nasib si lori ais~

    ReplyDelete
  18. berguna jgk bende kaler putih ni mase tgh malam kat hiway kan

    jd jgn igt bende putih hny utk tut... je k

    ReplyDelete
  19. mujurlah tak ada apa2. bahaya kalau drive malam2. kena lebih hati2. pandangan terhad

    ReplyDelete
  20. area mana tu?
    baca blog ondscene.. tgk area yg dikatakan 'bayangan maut'.. huhuu.. kena lebih hati2 kat kawasan2 itu

    ReplyDelete
  21. hati2 kak bila memandu..biar lambat asal selamat..heheh

    ReplyDelete
  22. semangat baca ingat citer hantu tadi gb.

    ReplyDelete
  23. Takutnya makcik dengar.Bawak kereta ni macam-macam dugaankan.Semoga ko lebih berhati-hati selepas ni.jangan cepat panik, itu yg penting.

    ReplyDelete
  24. @cikceriacorner

    hati2 CC. ceria kene ceria, tapi kene tenang juga ok. :)

    ReplyDelete
  25. @azieazah

    ye kak, tengs untuk peringatan.

    akak, cepat pump balik darah tu. heheh~

    ReplyDelete
  26. @Daddy Ziyyad

    ok daddy! nanti saya cari ok!

    sebenarnya saya mmg rabun malam. rabun teruk sgt. mmg bahaya esp time hujan.

    ReplyDelete
  27. @sepet

    alhamdulillah...Allah masih beri peluang untuk hidup...

    ReplyDelete
  28. @a.z.r.i.n.a.03.07

    ye kak. tgh best2 tu la macam2 boleh jadi. huhuhu~

    ReplyDelete
  29. @@cu SaYaNg

    kite sekapal rupanya ye kak? oh org kampungku!

    ReplyDelete
  30. @kiwi

    boleh balik tapi kene sentiasa waspada...

    ReplyDelete
  31. @♥ manje ♥

    insyaAllah...amin....

    mulakan dengan niat yang betul...

    ReplyDelete
  32. @gedek!

    nescafe tak tinggal tuu...hihihi~

    lori sebaik2nya kena ada pemantul cahaya dari segenap sisi, termasuklah bawah bahagian tayar..

    ReplyDelete
  33. @tasekM

    trimas...

    i tak meniarap. cuba kamera itu disiksa supaya berpanas di atas tanah. huhuhu~

    ReplyDelete
  34. @Kuasai minda

    betul. kdg2 terlalu leka dgn benda lain semasa memandu pun boleh mengundang malang juga...

    entiti2 cenggitu mmg wujud, tapi kalau tak fikir sgt insyaAllah dia takkan ganggu..

    ReplyDelete
  35. @Myaby

    mcm kes GB la ni. gile ah, kalau terlanggar tu mmg susah nak selamat kan?

    ReplyDelete
  36. @alien

    kalau lori syiling mungkin dari jauh dah brek sebab tetiba nampak byk entiti kat tgh2 hiway. kikiki!!

    ReplyDelete
  37. @Al

    tut tu maksudnye apa? antu? huhu~

    ReplyDelete
  38. @amry

    syukur...pengajarannya malam-malam tak boleh bawak laju...

    thanks. :)

    ReplyDelete
  39. @Cik Ina minat Do do Cheng

    ye kak. alhamdulillah malam tu saya tak mengantuk. gerun bila difikirkan balik..

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah...selamat
    kemalangan memnag tak di duga kan?

    ReplyDelete
  41. hway tu memang memalam gelap GB..seb baik takde pape berlaku

    ReplyDelete
  42. @Queen

    gelap tu sebenarnya bagus juga sebab takde la kite nak bawak laju sesuka hati. tapi kereta lain laju macam ribut juga. huhu~

    ReplyDelete
  43. benda kalau nak jadi
    xdenye lambat seminet

    huhuhu

    syukur Alhamdulillah
    selamat dan xde apa2

    ...

    aku slalu bagi hazard light
    as a signal x bg keta lane kiri
    tiba tiba nak masuk kanan

    maksudnya
    tgh speed la tu

    kehkehkeh

    .

    ReplyDelete
  44. @BonekadalamChermin

    alhamdulillah...

    ko bagi hazard light kat lane kanan? dah macam VIP! cayalah!

    ReplyDelete
  45. wah pemandu yg berhemah!.good girls...and bagus jugak lori yg dtg dr arah depan tu bg isyarat ;) umur masih panjang...syukran!

    ReplyDelete
  46. @BitsBest

    alhamdulillah sebab ada kenderaan lain di depan. entahlah, tak boleh lupa la pengalaman tu...sangat menakutkan.

    ReplyDelete
  47. ALLAH masih melindungi GB.. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
  48. Rasanya kejadian tu, ada di dalam entry ni kot..

    http://ondscene.my/kemalangan/pesta-yogurt-di-lebuhraya

    Abg agak2 saja le..pasal tengok pada tarikh entry GB ngn entry kemalangan tu agak hampir. Demikian juga lokasi kemalangan itu..
    Syukur GB dan keluarga selamat.

    Nota:: Lain kali bila memandu ,terutamanya di lebuhraya, apabila ada kenderaan berat (lori / bas) menyalakan lampu tinggi berkali-kali... perlahankan pemanduan. Ini kerana mereka sedang memberi isyarat ada sesuatu yang berlaku di hadapan sana. Lori dan bas tidak akan suka-suka bermain dengan lampu tinggi tanpa sebab.
    (Abg pemandu treler juga..)

    Sekadar ingatan ikhlas abg.
    Terima Kasih, Gadis Bunga.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D