Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Sunday, January 16, 2011

Back to reality: Meh nak cerita pasal Tasik Chini lagi





Tasik Chini ni letaknya lebih kurang 7-8 kilometer dari penempatan Felda Chini. Tasik Chini ni adalah tasik semulajadi yang kedua terbesar di Malaysia tahu... Terbentuk dari 12 tasik yang kaya dengan macam-macam spesis ikan air tawar, tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Masa GB sampai sana, ikan dalam tasik tu boleh dilihat kat jeti yang nampaknya macam baru siap. Memang banyak!!! Teratai pun banyak juge tapi kurang berbunga. Kalau nak tengok tasik yang penuh dengan teratai berkembangan boleh la pegi balik antara bulan Ogos dan September nanti. Nak amik gambo wedding pun cun jugak time teratai kembang-kembang cenggitu. :D

Antara aktiviti yang boleh dibuat di situ adalah:

  • Pusing-pusing tasik naik bot  
  • Boleh naik kude
  • Canoe
  • Junggle trekking
  • Night trekking
  • Memancing
  • Camping
  • Dan segala macam aktiviti lain lagi boleh dibuat di sini

Chalet pun ade kalau kawan-kawan malas nak pasang khemah sendiri

Bab makan jangan risau. Menu yang ada boleh tahan sedap. Kalau nak try ikan toman goreng sesuai sangat la pegi ke situ sebab ikan tomannya memang berasal dari  Tasik Chini pun. Terbaik dari ladang! Tapi hari GB kat sana ikan toman takde pulak sebab orang belum pegi tangkap lagi. Kihkihkih!

Kalau rasa nak pegi, boleh call dulu kot tanya pasal ikan toman ade atau tak...atau bunga teratai dah kembang atau belum.

Ni nombor telefonnye ye...

Lake Chini Resort: 09-468 8088 atau gi je website dia www.lakechiniresort.com

P/S: Ini iklan tak berbayar tau.. Daaa... :D

46 comments:

  1. Tak nak naik kude...kita nak naik nage...heee!
    Suatu tempat yg indah, GB nanti bawa kita gi sana bleh ek..

    ReplyDelete
  2. Penjaga Tasik Chini

    M Nasir -- MAGIKA

    hehehehe

    ReplyDelete
  3. wahh, menarik. skg i tengah cari2 tempat nak bercuti dgn kawan2. ni mcm best je. :)

    ReplyDelete
  4. Yang pusing-pusing tasik naik bot tu free ke berbayor??? dapat pusing-pusing kat dalam tu best jugak ek...:)

    ReplyDelete
  5. suka la BLOG GB ni cntik2 picnya...bestnya tasik chini tu...syok ah

    ReplyDelete
  6. @ciK LyndaWawa igUana

    ok gak tu. camping tepi tasik, mmg terbaiklah!

    ReplyDelete
  7. @Didzy

    nage? errr....maskot naga boleh? hahaha~

    kalau kamu ke sini kite bawak gi sana ye. mmg tak rugi... :)

    ReplyDelete
  8. @puteri

    ala...tak tgk lg citer tuuu...huhu~

    ReplyDelete
  9. @Rara Nasiha

    really? kalau mcm tu kamu boleh consider ke sana. best...!

    ReplyDelete
  10. @cik emymilia

    rm60 utk setengah jam. tu pekej utk 6 org kalau tak silap. tapi kite pun igt2 lupe ni...hihi~

    ReplyDelete
  11. @efa

    thanks dear. hope u'll enjoy the pics. :)

    ReplyDelete
  12. Jom kita pegi sesama, nak?
    Bawak tikar, bawa bekal, bawa bantal dan kelambu.

    Khemah tak perlu, sebab susah nak tengok bulan dan bintang.

    Auwwww!

    ReplyDelete
  13. kak azie, plan tu dah cantik dah tu...tapi awatnya ada sound efek cenggitu di belakang? miahahaha!!!

    ReplyDelete
  14. jum kite g camping...pastu amik gambar banyak2.....=]

    ReplyDelete
  15. nanti GB kawin, buat la kat resort tu yer.. hehe

    GB,
    berita baik utk kamu
    juri BESAR kesian kat kamu
    so dia kata kamu juga layak dapat kupon RasaMas.. dengan syarat kupon tu mesti guna. kalau tak guna, pulangkan semula.. ekekke
    sila tinggalkan alamat surat menyurat kamu di hanie78@yahoo.com yer :D

    ReplyDelete
  16. kak hanie,
    omg really???? i lev yu lah muah muah muah!!! itu rasamas punye kupon don wori, mesti guna punya...!!! muah muah!!

    ReplyDelete
  17. SALAM,
    TAK PERNAH SAMPAI. TERINGIN NAK PERGI !

    ReplyDelete
  18. salam uncle LF,
    kalau mcm tu mmg saya sarankan sangat2 uncle pegi. mmg sangat tenang....

    ReplyDelete
  19. en me,
    very the nyaman u know...huu~

    ReplyDelete
  20. Wah banyak dapat komisen promosi ni

    ReplyDelete
  21. Aslmkm.
    Ini promosi b/p tasik ke sesuke foc jer?
    Itu la kata orang ... cuti2 & jalan2 Malaysia pun setahun tak habis! :)

    ReplyDelete
  22. sebut tasik chini, teringat kpd lagenda naga tasik chini.. masih ada lagi kah sang naga disitu?

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum GB..tahniah!!! dh ada domain dot com sendiri..so, fidde omar dah tak wujud lagi ke?????

    ReplyDelete
  24. salam gb

    erk kita tak pernah lagi ke sini...

    ReplyDelete
  25. kak ati penah lalu jer
    masa nak gi cherating dulu

    nampak cantik ye
    mesti sejuk kalau malam yek?

    ReplyDelete
  26. pas deliver nanti cgg nak ke situ..
    insyaallah..

    ReplyDelete
  27. advanture juga yer.. tp bagi yg minat mmg menarik :)

    ReplyDelete
  28. Thanks GB for the info.
    Perlu masuk dalam list tempat2 yang kena lawat ni..asyik2 gi pantai/pulau/cameron aje..

    ReplyDelete
  29. Thanx GB tuk info...
    err...Toman dari ladang erk? hehe..gurau jer

    ReplyDelete
  30. kena masuk dalam list ni !


    kalau anak2 dah besar sikit lagi best.. kan ?

    ReplyDelete
  31. oh, i miss my adventurous part of life..

    ReplyDelete
  32. @IMANSHAH

    mana ada komisen derr...iklan free ni...huhu~

    ReplyDelete
  33. @DDrfauziah

    ni promosi foc je auntie. suke nak share2. hihi~

    ReplyDelete
  34. @sahromnasrudin

    salam...ngee...tengkiu. baru perasan ek? fidde omar tetap wujud sebab tu nama panggilan GB di alam real. eheh~

    ReplyDelete
  35. @♥ manje ♥

    nanti cuba2 la datang.. :)

    salam kembali..

    ReplyDelete
  36. @Ati Masrif

    uii...mlm mmg sejuk ni kak.. maklum kawasan tasik..

    ReplyDelete
  37. @CGG

    great! tak sesia GB taruk entry ni. hihi~

    ReplyDelete
  38. @cik fiza

    ada aktiviti pasif juga bagi yg lemah lembut. mcm2 ada. hihihi~

    ReplyDelete
  39. @Daddy Ziyyad

    sama2 daddy. sekali2 ubah angin mmg syiok. :D

    ReplyDelete
  40. @a.z.r.i.n.a.03.07

    betul kak. kene masuk list. tunggu sikit masa lagi pun ok juga, bagi anak2 besar dulu.. :)

    ReplyDelete
  41. @HaniCheLat

    being adventurous makes our life alive kan? :D

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D