Sebenarnya entri ni lebih kepada peringatan untuk GB. Konon macam summary tahun ni dan azam tahun depan lah. Tapi kalau kawan-kawan nak baca pon bolehhhh... :D
*
2011 adalah tahun yang average untuk GB. Dari segi pencapaian career, GB masih kat tempat lama. Tapi lebih banyak projek berjaya dilaksanakan berbanding 2010. Tanggungjawab juga makin besar. Tapi, sedikit insentif dari boss buat GB boleh terus stay (walaupun GB dapat rasa yang boss dah hidu niat GB nak berhijrah...heheh). But as I always told myself, kalau setakat nak berhijrah dalam negara jugak mungkin tak kot sebab boss GB yang sekarang sangat 'menjaga' kitorang staffnya walau berlainan bangsa. He didn't even refer us as 'staff' but 'colleagues'. Cool. Boss terbaik yang GB pernah dapat so far. :D
Untuk 2012, Kitorang akan pindah ke opis baru (again) next January. So I'm gonna miss the squirrels, the birds, the butterflies, fishes, frogs, dragonflies, the pond and the flowers. Ye, opis GB macam taman. Nak kata macam dalam hutan pun boleh. Heheh. Jadi sebelum pindah GB plan untuk take a walk around the taman dan amik-amik gambo. 2 tahun lebih keje kat sini and GB tak pernah jalan-jalan buat tinjauan pun. Benda dah nak pergi baru nak appreciate. Takpe. Better late than never kan? Ngeeee....
***
Dari segi material, cuma sedikit benda kecik je lah. Takde la major purchase macam 2010. Cuma niat nak beli lens Lumix G Vario 45-200mm dan ND filter untuk CikGF3 GB belum lagi tercapai sebab uangnya nggak cukupin lagi... Regenye boleh buat molotup jugak poket ni ha..adeh! Heheh~
Tahun 2012 ni harap-harap boleh le GB beli dua benda idaman tu. Dan tripod sebijik. Dan mungkin sebijik fish eye lens dan ultra wide angle lens? Eh, taruk dalam dulang hantaran pun boleh tuh. Hahah GB!!!!
*
Untuk CikPurpleDarling GB...tahun ni tahun paling banyak dia kene cium. Kesian tau. Kat parking kene cium, tengah tunggu lampu merah pun kene cium. Ape la. Kesian bumper depan belakang. Duh. Kot ye pun nak cium, cium la pokok ke, tiang ke, tembok ke..ini tidak...CikPurpleDarling jugak yang depa nak. Grrr...
Mungkin 2012 ni adalah tahun di mana CikPurpleDarling di'pamper' lebih dari biasa. Kotak tisu tergantung yang konon nak install dalam tu punnnn tak install-install lagi. Pastu USB hub. Tukar rim macam best jugak kan? Tinted...aha! Kaler..........!? Kalau jadik kaler putih takleh la panggil CikPurpleDarling lagi! Haha bestnye berangannn!!!
***
Pastu kan, dah keje, 'pamper' orang lain dan benda lain, kene la pamper diri sendiri jugak kan? Tahun ni mungkin tahun yang paling banyak GB jalan-jalan kot. Takde la gi jauh-jauh pun. Dekat-dekat je, asalkan boleh release tensen, boleh cedok-cedok ilmu dan pengalaman baru, dan paling penting boleh tembak-tembak. Ihihi.
Tahun 2012 - ye.....dah ada pamphlet di tangan. Area pantai timur masih asing untuk GB, dan dalam pamphlet ni nampaknya sangat cantik! Temasek lagi 2-3 round. Dekat je pun. Pastu kat negeri cheq pun nak sukat-sukat jugak, especially kat area Gunung Keriang sampai ke Perlis. Sarawak tak penah jejak lagi. Bandung, Bali. Bangkok. Tengoklah, kalau Allah izinkan akan GB jejak tempat-tempat tuh. Kalau ada rezeki lebih nakkkkk sangat gi buat Umrah. Moga dimudahkan....amin...
***
Bab chenta - haha. Nak sebut jugak nih! Masih belum berjaya. Allah cakap 'GB, your time is not yet arrived. Be patient ok'. Ok! Tunggu aje. In the meantime I am enjoying my singleness and is currently dating myself! GB rasa kan title 'in a relationship' hanya akan bertukar bila ada orang masuk merisik, dan meminang, dan akad nikah. Sebelum tu, GB akan terus pegang title single. Tapi kalau setakat nak kenal-kenal without any intention of serious relationship, boleh babai. Clear? :p
But still, GB harap tahun 2012 ni GB kawen. Heheh!
***
Hal lain. Tahun ni adalah tahun paling sedikit GB bersenam. Sebab my jogging buddy sudah kawin last year and since then GB dah tak gi joging dah. Kecuali angkat dumbbell kat opis dan jalan-jalan sikit-sikit aje. Sebab tu tahun ni badan GB naik dowh.... Hahah! Lagi ape ek...owh. Tahun ni paling banyak GB jumpa member blogger, which is fun! And looking forward to another meet ups in the nearest future. Kat mamak pon boleh!
Mulai esok GB akan back to my effective diet yang GB pernah buat before. Diet sikit. Workout sikit. Sauna sikit. Sikit-sikit lama-lama jadik
***
P/S: Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua sayang-sayang GB yang baca entri ni. Yang tak baca pon GB sayang jugak. Semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih best untuk kite semua! :D
