Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Friday, December 31, 2010

Selesai sudah dekad pertama milenia ini



Jadi, kita mulakan tahun baru dekad baru ini dengan sujud syukur kepadaNya. Semoga keamanan kita berkekalan. Dan semoga persahabatan kita turut berkekalan.

Selamat Tahun Baru 2011. Ehem...sila pahatkan 25 January dalam ingatan kawan-kawan ye. Ngeee....

P/S: Ardzman, bebaik balik Ipoh.

Thursday, December 30, 2010

Tu la...tengok kena betul-betul...kan dah salah....

Antu boyfriend kak limah nak naik bas...weeeheeeheeee

Harini GB tengok kat blog Princess Zezebel pasal jawapan untuk segment Wordless Wednesday dia. Hari Rabu semalam tu dia ada taruk gambo cawan kopi Mekdi pastu tanya soalan apa yang ada kat dalam tu? GB dengan kondifen jawab kopi lah! Dah cawan kopi kan?

Tup tup, hari ni cek jawapan rupa-rupanya salah! Rupanya jawapannya adalah teh! Bila tengok balik gambo tu, ak'ella...betul la ada label teh BOH berjuntai kat cawan tu. Penglihatan bermasalah ni!

Kesimpulannya, tengok kene betul-betul ye kawan-kawan. Jangan tengok luaran je, tengok segala detail lagi. Nasib baik kuiz kat blog aje. Kalau melibatkan calon suami...tak ke rugi? Eh ke laut pulak...hihihi~

P/S: Nasib baik tak teka beger. Hihihi....

Menangis dalam kereta




Sekarang ni GB gila kumpul fridge magnet. Kalau dengar ada kawan-kawan nak ke mana-mana, memang takde bende lain la GB mintak. Fridge magnet plisss!

Yang stroberi tu GB beli sendiri kat Cameron Highlands. Yang Bali punye tu MissMaryam yang bagi. Thank you dear.

MissMaryam ni room mate GB kat UIA dulu. Lain-lain course tapi baik orangnya. Dulu dia penah bagi GB rasa lemang periuk kera dan rendang hitam yang GB ingat sampai sekarang. Sedappp!!! Yang syiok tu sekarang ni, nak jadi cerita, dia jadi lecturer pulak kepada adik GB kat KUIS sana. Kebetulan sungguh!

***

Semalam GB dapat fridge magnet lagi. Nun jauh dari Tokyo. Kawan dari Sri Pentas bagi. (Bukan Encik Mazidul ye..). Ikan bilis pedas IqramDinzly pun dia bagi jugak sebekas. TQ!

***

Eh, cerita asalnya pasal nangis dalam kereta kan? Ni...GB nangis masa dengar lagu patriotik masa on the way nak datang opis tadi... Kisahnya pasal Harimau Malaya menang semalam lah! Wallauweh GB memang patriotik sampai nangis lap-lap dengan tisu. Cam dramatik je orang kete sebelah tengok. Hehehe!!!

P/S: GB memang patriotik, tapi tak suka politik.

Wednesday, December 29, 2010

Survey menjelang hujung tahun: Apa azam 2010 yang dah tercapai?

My favourite chocolate with peppermint fresh from Langkawi - thanks Mastura. :D


Jom cerita kat sini, apa azam 2010 yang dah berjaya kawan-kawan capai? 

.

Azam GB?

Alhamdulillah...70% tercapai. 
Yang lagi 30% yg tak tercapai tu korang paham-paham jelah apa bendenye ye...kikiki!!!! 

.

So sekarang, jom cerita pasal pencapaian masing-masing di sini!

P/S: Lepas ni kite cerita pasal azam 2011 pulak ye... :D

Blog iAwani dengan blog GB ada chemistry ke?


Ecececehhh....
.
.
.

Pagi ni menitik tik tik tik air mata GB tatkala membaca sebuah entry yang sungguh mengejutkan pasal GB kat blog iAwani. GB sungguh tak sangka... Betul-betul tak sangka... sob sob sob!

Nak tahu ape ceritanya? Baca la kat sini. Bikin cair hati membacanya...ngeee...

Inilah kebaikannya bila kita berblog secara sihat.

Blog iAwani ni baru lagi kalu nak tengok usianya, tapi progress nya amboi! Sampai traffic jem! Dikendalikan pulak oleh ShueQry yang dah lama dalam arena memblog ni. Dulu kat blog lama pun dia ada tulis pasal blog GB juga kat sinun...hins hins...kembang kempis GB membacanya..ngeee...

To ShueQry kat rumah baru iAwani, from the deepest of my heart, thank you. :)

P/S: Blushing tak abis lagi ni...hihih....

Tuesday, December 28, 2010

Disadvantages of unmarried singles





Menjelang habisnya musim orang kawin ni kan…GB terasa macam makin kurang kawan pulak. Bukannya apa, kalau yang kawin tu kawan pompuan, lepas ni dah kurang la geng nak hangout sambil berborak. Kalau yang kawin tu lelaki lagi lah, takde la nak call-call atau sms-sms atau tego-tego kat fon hatta kat fesbuk sekalipun walaupun sekamceng mana pun kita dengan dia masa zaman kanak-kanak riang dulu. Nak melebamkan lingkaran mata? Silalah cuba...

Ini sebenarnya cerita dari pengalaman GB sendiri... GB ada member lelaki yang kamceng banget sejak dari sekolah dulu. Selalu call-call kalau bosan, masa besday kompem wish-wish, raya ka apa ka, mesti dia kita tak lupa.  Dengan mak dia pun GB baik. Call-call, borak-borak. Tapi lepas dia dah kawin 3 tahun lepas, GB dah tak kontek dia. Dengan mak dia pun GB tak call dah. Risau takut timbul fitnah. Lagipun wife dia tak kenal benar dengan GB. Sudahnya lost kontek lor…tapi GB tetap bercita-cita nak kontek dia balik masa GB nak kawin nanti…kawan lama lorr…sayang weh hilang gitu aje..

Diorang nak kontek GB pun macam tak sesuai kan? Sebab..ish. Pendek kata, rugi la tak kawin-kawin ni.

Bayangkan kalau GB kawin nanti, mesti senang nak jumpa kawan-kawan yang dah berkeluarga juga. Buat open house ke, BBQ ke, picnic sesame ke. Best kan? Takdelah ada pandangan serong sebab masing-masing dah ada family. Malah bertambah meriah lagi ada la…hihi~

P/S: GB ni seorang yang ingat kawan walau dah bertahun-tahun lost kontek. Cuma kalau jumpa tengah jalan tu GB tak tegur, maksudnya GB memang tak nampak. Blur ok. Tolonglah percaya. Ngeeee….:D


Ipoh - Pertama kali jejak kaki

Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak Darul Ridzuan


Ahad lepas GB ke Ipoh untuk pertama kalinya sebab hal kawin. Datang ke tempat yang GB tak pernah jejak memang mengujakan sebab kite ni memang kaki jalan pun. Kalau bukan sebab terikat dengan masa dan sebab datang dengan bunda dan ayahanda, memang GB dah sukat bandaraya Ipoh dari kawasan masjid, balai polis, sampai la ke Padang Ipoh. Tak kisahla walau terpaksa berbaju kurung, berkasut crocs dan berpanas sekalipun. 

Banyak bangunan lama yang cantik-cantik kat Ipoh ni. Nak snap semua memang tak sempat sebab nak kejar time untuk balik ke KL. Tapi rasanya lepas ni kalau weekend GB hilang dari Subang, ada kemungkinan GB ke Ipoh lah. Heheh...

P/S: Orang Ipoh! Ooooo orang Ipoh! 

Monday, December 27, 2010

Kerepek bayam




Daun bayam fresh. Sebaik-baiknya pilih la yang lebar-lebar.
.
Dicelup dalam tepung gorengan. Nak sedap lagi taruk la sikit jintan manis.
.
Goreng, ala tempura. Simpan dalam tupperware. Makan di waktu petang. 
.
Sape penah makan?

P/S: Terasa nak bagi orang yang tak gemor sayur makan kerepek ni...agak-agak diorang nak tak? :D

Saturday, December 25, 2010

Sedikit penjelasan dari seorang blogger picisan


Dalam entri yang lepas GB taruk screen shot untuk statistic mingguan blog GB. Lepas tu GB pun balik sebab nak gi akad nikah member GB seterusnya menjadi pengapit ala santai untuk pengantin tersebut. Tapi hari ini GB ter'blur' tatkala membaca komen-komen kawan-kawan untuk entri tersebut. Ada yang buat GB senyum riang tapi ada juga yang buat GB kompius sambil menggaru kepala.

Sebenarnya GB cuma nak buat entri tentang pencapaian blog je, cuma tang tajuk tu sebab mahukan kelainan maka GB cuba pakai ayat tu lah tapi tak sangka pulak mengundang sedikit argument. Kepada semua yang terlibat, GB mintak maaf ya. Mungkin salahnya berpunca dari GB yang tidak peka terhadap tajuk blog tersebut. Atau terlalu terpengaruh dengan tips-tips SEO dari blogger otai lain tapi tak kena cara la pulak. Jadi GB dah tukar sedikit tajuk entri tu ya. Maaf kepada sesiapa yang mungkin tersinggung membaca entri GB tu.

Terima kasih kepada saudara mazidul, kak ina dan lain-lain kerana terus memberi galakan kepada GB untuk terus berblog.

P/S: Bontot kereta GB baru je dicium kereta kawan sendiri. Plet number retak. Wuwuwu~

Friday, December 24, 2010

Saya sayang blog Mazidul


Sayang juga kawan-kawan yang lain
Baru dan lama
Otai dan low-profiler
Maya dan nyata

Tapi, kenapa Mazidul? Sebab bulan minggu ni blog dia adalah penyumbang utama link ke blog GB. Sejak dia sudi taruk GB dalam bloglistnya, makin ramai blogger yang sudi nak singgah ke blog GB ni. (Bulan ni pun dia penyumbang utama juga, tapi GB tak sempat nak edit taruk dalam entry. Hihihi)

Bak kata uncle al-Lavendari, tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang blogger melainkan bila ada orang yang sudi nak jenguk blog kita dan tinggalkan komen. 

Selama ni GB tak pernah buat entri sebegini sebab rasa perkara ini biasa saja, tapi bila GB dihargai oleh blogger lain sampai buat satu entry khas, tibalah masanya untuk GB melakukan perkara yang sama. 

Bukan terikut-ikut. Tetapi sebagai tanda penghargaan dan sebagai cara mengucapkan terima kasih.

P/S: Ikhlas yang sebenar-benar ikhlas akan kelihatan walau tidak pernah diucapkan. Terima kasih. :)

Thursday, December 23, 2010

Hint ja lebih kemain, tapi action tadak, tak guna jugak!

Someone gave this to me longgggg time ago. Ngeeee....



Kita dok perati lama dah. Dah lama dia dok bagi hint. Kita paham niat dia. Tapi takdak action. Macam mana kita nak respon?

.
.
.

Tengok tu. Takdak body language langsung. Patut la dari dulu dok tang tu jaaa....
.
.
.

Last-last, kita pun malaih nak tunggu dah. Tunggu punya tunggu keta belakang dah ikut sama slow dah belakang kita. Takkan nak tunggu kite stop teghuih baru dia nak tukaq lane?

Kalau dah bagi signal tu, keta tu himpitla sikit. Baru la tau dia memang betui-betui berniat nak tukaq lane... Mesti keta lain bagi chance punya. Keta-keta lain ni bukan la jahat sangat pun.... Ni hang dok bagi signal lip lap lip lap sampai sejam pun kalau takdak 'car language', keta lain dok pedeghaih cemtu jugak la takdak nak pi bagi jalan aih! Padan windshield hangpa...

P/S: Ini perbualan antara kereta dengan kereta lain di Federal Highway. Takdak kena mengena dengan yang berkulit putih, sawon matang atau hitam maneh.

Ini yo yang den sompek!


Aghini, den kojo eh bojalan yo kek ateh jalan! Den cumo sompek lotak gomba konetto ni yo. Ekau layan yo lah!

Kak AzieAzah, cemano? Den buleh buek panggilan anget kan? Hihihi!!!

P/S: Terima kasih kek FatinMraz sobab berjayo menjadi guru bahaso nogoghi sombilan den. Winks!

Wednesday, December 22, 2010

Pinjam

Bumi ni pinjaman aje


Just for fun. Berikut adalah kata-kata pinjaman yang GB dapat detect dan disumbangkan oleh kawan-kawan:

Planter - Pelantar (abah Izz)
Lamp - Lampu
School - Sekolah
Sink - Sinki
Second chance - Sekinchan (Sahrom)
Corner - Konar (Zie)
Same name - Sama nama (Yunus Badawi)
Market - Merket (DrSinga)
Score, damn! - Skodeng (Bujal)
Torchlight - (pelita) selik (GC)
stingarden - setinggan (hanie)
information - informasi (Myaby)
book - buku (Abu Aiman)
truant - tuang (Abu Aiman)
cupboard - gobok (cikFiza)
go ahead, go stern - gohet gostan (daddyZiyyad)
panic - panik (SumandakKinabalu)
throw it out - tohok (emymilia)
driver - drebar (emymilia)
biscuit - biskut (DilemaSiTanganBasah)
big work - bekwoh ( kenduri) (Sekamar Rindu & drHanie)
Absorber = saksoba (Sekamar Rindu)
tuffah - buah topoh (epal, asal Arab) (Sekamar Rindu)
deposit - pozek (Sekamar Rindu)
reserved, result - rizat (Sekamar Rindu)
manager - nneja (Sekamar Rindu)
mind - minda (kReen)
maf - maaf (hindi) (kReen)
akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen,teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles... 
(kReen)



Terima kasih. :)
Nanti kite buat entri untuk loghat-loghat negeri dan loghat-loghat ciptaan sendiri pulak ye.

P/S: Kreatif kan orang kite? Kikiki!!!


Tuesday, December 21, 2010

2:286

Chiling waterfall, KKB


Agak-agak kan... sekeras-keras batu tu sakit tak kalau ditimpa air deras bertalu-talu?

Tapi itulah ujian untuk batu tu, sebab Allah tahu ia mampu. :D

P/S: Refer surah al-Baqarah ayat 286 ye kawan-kawan. :)

The Beauty of Imperfection


P/S: Sat..sat... GB takde idea nak buat entri nih..

Monday, December 20, 2010

Lu hilang budi bahasa, client lu pun hilang jugak!

Grew behind my wheels

Mak aii tajuk...

Harini GB sangat-sangat hangin dengan sorang supplier ni. Sebenarnya sejak GB kene buat rooftop garden untuk sorang client kat Setia Eco Park ni, GB memang dah lama hangin dengan dia tapi pendam saja sebab lantaklah dia dengan perangai dia sebab GB tak jumpa dia hari-hari pun...

Yang buat GB bengang tu sebab gaya dia bercakap macam dia aje yang satu-satunya kat Malaysia yang tau pasal rooftop garden ni. Sangat-sangat berlagak. Sombong. Arrogant. Pastu dia pulak boleh fikir-fikir nak deal dengan kite ke tak padahal kite nak bagi dia bisnes nih!

Sudahnya sebab tak tahan sangat, GB cakap je kat bos, 'We don't need him so better if we cut him off!'

Boss setuju terus sebab dia pun tak tahan dengan karenah supplier tu.

Rugi besar. Sebab dia kena ingat dia buat kat seorang bermaksud dia akan hilang ramai lagi prospek untuk bisnes dia pada masa depan. Siapa akan rekomen supplier yang macam tu lagi? No way!

Well, the client is always right, kan?

P/S: Sambil bernada girang GB pun contact sorang supplier lain yang baru walked-in bulan lepas. Ape nak heran? Who says I cannot survive without them? ;)

T.I.G.A

Torenia fournieri (Bluewigs)


Selama ni tak pernah tergerak hati nak cek saman. Konon kereta invisible dari disaman. Speeding mencocok macam hiway GB yang punya. Cilok sana-cilok sini macam tengah kejar orang jahat pun ada. Pergh, memang indah sungguh dunia tatkala bermaharajalela di atas jalan. Hahahaha!!!

Sekali tadi terasa nak cek saman pulak. Alahai...terus berpinau bijik mata. Abis saving untuk travel-travel GB! Huwaaa!!!

P/S: Nak gi modify kete, kasi slow sikittt je . Boleh tak?

Sunday, December 19, 2010

Bukannya taknak...


Blogger gathering anjuran Mazidul Akmal Sidik
Bukannya taknak join gathering blogger kat IceRoom Kota Damansara semalam, tapi sebab GB sampai lambat di Shah Alam, maka terpaksalah kutelan sahaja hasrat yang terpendam. Memang rugi tak join sebab bukan Mazidul aje yang ada, Kakcik Seroja dan Kak AzieAzah pun turut serta. Sayang takde rezeki nak jumpa kali ini...

***

Blogwalking
Bukannya taknak blogwalking, membalas komen, dan menyertai kontes...tapi sebab seluruh weekend dan hari-hari menjelang tahun baru ini GB banyak berkelana di atas jalan raya atas urusan kerja dan memenuhi undangan saudara mara dan sahabat handai, maka terpaksalah GB tangguhkan dahulu keinginan berblog.

***

Soalan cepucemas
Bukannya taknak kawen. tapi kalau dah memang tiada calon dan jodohnya belum tiba, siapa kita untuk mempertikaikannya sedang itu semua adalah urusan Tuhan? Janganlah pandang jelik dan pelik semata-mata kerana hadir majlis kenduri seorang diri kerana GB tak susahkan kamu langsung. Terima kasih...

P/S: Jangan samakan impressi terhadap semua orang kerana manusia mempunyai cerita berbeza di Luh Mahfuz, cuma satu sahaja yang menyamakan kita iaitu tugas menjadi Khalifah atas muka bumi.  

Saturday, December 18, 2010

Kawin!

Lauk kenduri. Salah cara masak boleh sakit perut. Atau mungkin sebab perut GB yang sekenhen.



18/12/2010

  • Jengka 20, Maran - Sepupu kawen, kena didahulukan.
  • Tapah, Perak - Ex-Coursemate kawen, memang nak pergi, tapi GB belum beli helikopter lagi

18/12/2010
  • Kapar, Klang - Adik member baik kawen. Wajib pegi. Kalau tak pegi mungkin akan mengakibatkan tidur tak kenyang, makan tak basah, dan mandi tak lena.

24/12/2010
  • Masjid Shah Alam - Member baik menikah, harus hadir.  Dia mintak tolong amik gambar sebab nak banyakkan angle. GB bukan fotografer official dia, harap maklum. Tapi GB adalah official pengapit. Huhu.

25/12/2010
  • SS 20, Shah Alam - Member yang menikah semalam tu bersanding hari ini. GB pengapit. Baju? Recycle je. Yang kawen dia, bukan GB. Huuu~

P/S: Sila telan soalan kawan-kawan, jika ada. Terima kasih. :D



Friday, December 17, 2010

Jom snap-snap cara GB! - tips dari amatur part 3

Blogging in style

Rupa-rupanya GB belum habiskan siri 'Jom snap-snap' ni. Entry terakhir adalah pada 1 December hari tu. Oleh sebab gap punye la lama..GB recap sikit la ye apa tips dalam entry sebelum-sebelumnya di sini dan sini:

  • Minat 
  • Mata - prektis cara memandang sesuatu subjek yang mungkin berpotensi. Kemungkinan subjek akan datang secara spontan.
  • Studi - kenali kamera anda. Tak kira la compact digital atau DSLR. Biasakan dengan features yang ada dalam kamera anda supaya kita dapat snap gambar yang diiginkan setiap kali terserempak dengan subjek
  • Variety - snap gambar dari pelbagai sudut.
  • Eksperimen - main-main dengan kamera

Ok untuk part 3, GB sambung. Buat point je lah sebab lagi senang nak baca, betul tak?
  1. Jangan malu - banyak orang malu nak ambil gambar, tambahan pula kalau subjeknye tu memerlukan kite beraksi pelik di khalayak ramai untuk menangkapnya. Lagi sayang kalau subjek tu adalah benda yang jarang-jarang kita dapat lihat. Kalau nak bagi contoh memang susah sikit sebab GB tak tahu apa yang menarik bagi kawan-kawan. Bayangkan betapa rugi kalau kite terlepas peluang itu. Kalau tak pasti apa yang GB maksudkan cuba tengok gaya fotografer masa event kawen atau even ape-apelah. Kalau diorang malu rasanya memang tak dapat la shot-shot yang kite sendiri tak sangka diorang boleh capture.
  2. Rajin belajar - Kalau minat tapi tak rajin nak bertanya, macam mana nak belajar? Dalam bab ni GB puji encik blogger yang hensem meletop Darkbatman yang rajin bertanya. Hasilnya, dia pun dah pandai. Cemtu jugak dengan blogger baru CikCeria ni. Tak segan bertanya dan sekejap je dah pandai.  Bukan la nak kata GB pandai tapi ada sesetengah benda yang kite tau, ada sesetengahnya pulak kite tak tahu. Jadi ilmu yang ada tu kite konsi-kongsi lah. Tak rugi pun.
  3. Spontan - GB gemar amik gambar secara spontan sebab nampak lebih real dan artistik. Kalau tak percaya, cuba tengok aksi fotografer masa wedding. Main snapppp aje ye dok? Tapi bila tengok hasil, pergh!
Dalam entri later-later GB akan bagitau rahsia TERBESARRRR GB. Tapi untuk yang belum tau lah. Huhuhu~ 

P/S: Sambil-sambil tulis ni sambil-sambil juga tengok page fesbuk member GB ni. The Photographer. Gambar-gambar diorang memang superb tapi yang projek event kawen terbaru diorang ni is just too good to not to share. Tema Melayu Klasik. Memang bestttt sangat-sangat! Kawan-kawan yang ada feshbuk, tengok je kat sini ok! Mesti tengok tau!

Thursday, December 16, 2010

Biar mati adat, jangan mati katak (Entry cari pasal)

Ini umpan memancing. Yang menggenggam tu? GB lah! Hihihi...




Ops ops...jangan marah dulu...
.
Masa tulis entri ni GB tengah berfikir sambil buat research pasal weeds (tumbuhan perosak) sebenarnya...


Kenapa sesetengah bende perlu jadi susah dan hilang nilai agama semata-mata kerana adat?

.

GB bukan seorang tradisionalis. 

.

Itu yang sebetulnya.
GB mahu lari dari terlalu dikepung adat.
Tapi sedar diri tak mungkin boleh lari jauh.
Hidup kita ni berkomuniti.
Adat istiadat tradisi akan tetap muncul terselit di mana-mana.

Tapi GB nampak bila kita terlalu terikat dengan adat tradisi, banyak benda jadi agak complicated.
Sedangkan hidup ni mudah saja.

Itu cuma pandangan GB.
Jangan pula sangka GB akan menggadaikan kesopanan demi tidak mahu mengikut adat.

.

GB tetap seorang yang konservatif.

.

Seperti weeds, mereka kuat dan ada sebab untuk hidup, tetapi disebabkan mereka tumbuh di tempat yang salah,  akhirnya terbuang begitu sahaja.

P/S: Faham kan? Kalau tak faham pun takpe. Aquarius ni memang susah orang nak faham. Huuu~

Backpacking around Malaysia on railway

Taiping Railway

Planning untuk 2011. Backpack traveling naik keretapi. Tengok tempat-tempat menarik. Jalan-jalan. Amik gambo.

Melalui aliran keretapi utara-selatan

  • Padang Besar
  • Arau
  • Taiping
  • Kuala Kangsar
  • Kluang
  • Tanjong Pagar di Singapura


Rujukan di sini

P/S: Harap menjadi.

Wednesday, December 15, 2010

Cerita satu pagi

Tempat kejadian

Bila plotter (dibaca: printer saiz besar) ofis rosak, tempat yang menjadi penyelamat keadaan dah tentu-tentu la kedai printing. Bila ke sini biasanya kene ikut giliran sebab ramai juga orang lain yang plotter diorang pun rosak...

Nak print saiz A1 outline berwarna biasanya makan masa dalam 5 minit ke atas untuk satu keping. Kalau 10 keping? Kira la sendiri...

Dalam waktu tu apa aktiviti yang boleh dibuat? Kalau GB, biasanya main snap-snap la. Tapi kalau ramai orang nampak janggal pulak, nanti dituduhnya kite ni wartawan akhbar tabloid yang menyamar jadik pelanggan untuk intip aktiviti rahsia di sebalik kedai perniagaan alat tulis dia tu....(macam la ade pun....hahah)

Oleh itu aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah berborak dengan customer lain yang menunggu giliran nak print jugak. Biasanya GB bernasib baik sebab sentiasa jadi orang pertama. Yang datang kemudian, tak dapatlah GB nak bagi can potong Q walau sehensem mana pun dia. Kikiki...!

Tapi untuk mengelakkan orang kemudian yang hensem itu dari mereput kebosanan, GB pun bersembang dengan dia. Biasanya datang dari firm consultants juga. Tapi tak semestinya lanskap. Dan tak semestinye hensem. Hahaha!

Ada baiknya mengisi masa lapang dengan cara begitu. Sembang-sembang aje. Bak kata Alicia Keys, small talk. Ilmu pun dapat. Tiada terikat dengan komitmen. Tiada perasaan yang mencelah. Habis sahaja urusan, GB bayar dan mintak resit. Kemudian say bye dan balik. 

Kemudian hidup terus sahaja seperti biasa. Cerita satu pagi seorang stranger kepada stranger yang lain. Kihkihkih!!!  

P/S: GB rindu plotter tu. Cepatlah baik...! Banyak drawing nak print ni!!!

Tuesday, December 14, 2010

Skodeng adalah cara yang bagus untuk menghilangkan stress


I just did

P/S: I'm lovin it!

Mari kita tengok sapa yang kena....!: BujalX dah jumpa 012345 la... :D



Tahniah kepada bujalX yang baru aje menang kontes ad hoc GB.
Harap dia dah dapat hadiahnya. :D
.
Kepada saudari Semalu yang hantar email juga, tahniah juga sebab dia tersipi 2 nombor aje...
dan terima kasih kerana sudi mengemail GB bersama gambo print screennye.
.
Kawan-kawan yang lain, terima kasih sebab sudi baca blog yang banyak merapu lagi merapik ni ok.
Kite eratkan lagi komuniti blogger kita okeh!

P/S: Kontes ni ad hoc sebenarnya. kawan-kawan lain...next time okeh! Hihihi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...