Kengkawan

What makes your day?

Tunggu. GB pasti akan curi sikit masa untuk blogwalk nanti. Sekarang busy sikit ye... :D

*

gadisbungablog@gmail.com. @ http://instagram.com/cikgb

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Saturday, December 4, 2010

Perkara yang perlu dibuat sewaktu bercuti untuk membezakannya dari hari bekerja

If I could fall into the sky


Fuh. Tajuk je panjang 2 kilometer!

Hihi. Bukannya apa. GB dapat ilham ni (ilham la sangat!) masa tengah drive tadi. Traffic flow sederhana. Tak rushing. Tak pressure. Dan tak membazir petrol. Ops!

Antara perkara yang GB terfikir tadi adalah:

  1. Dengan pakaian sesantai mungkin dan mekap seringkas mungkin, cuba drive di Highway Putrajaya (MEX) pada waktu petang di saat bahang matahari mulai lembut dengan kelajuan seorang pemegang lesen L di lane tengah. Feeling dia ala-ala macam tengah buat video klip gitu...
  2. Pasang lagu-lagu slow. Antara yang GB dengar tadi adalah If Tomorrow Never Comes by Joose, One Day In Your Life by Michael Jackson, You're Still The One by Shania Twain, Top of The World by Carpenter, dan lagu-lagu Boyz 2 Men. Tapi jaga-jaga jangan sampai tertido...
  3. Jangan pasang aircond. Instead bukak je tingkap untuk dapat feel ala-ala kete convertible. Sebelum tu pastikan tiada loose paper di dalam kereta supaya tidak berakhir dengan adegan ala-ala filem Sepi.  
  4. Sebaik-baiknya biarlah berseorangan supaya tiada makhluk yang sesuka hati mengganggu dengan cara tutup tingkap, on aircond dan tukar ke CD Linkin Park.
  5. Kalau ada kereta lain cuba mengacau, buat dek je seolah-olah kite tak nampak diorang. Tapi pastikan dulu yang kereta tersebut bukan kereta polis, sebab kalau buat dek dengan kereta polis alamatnya RM300 mungkin melayang...(kot)
  6. Sebaik-baiknya bila sampai di tol elakkan dari menggunakan Touch&Go dan SmartTag. Sebaliknya bayarlah di lorong tunai sahaja. Kan ke tengah bercuti.... :D
  7. Pastikan kamera sentiasa di sisi supaya tak terlepas perkara-perkara menarik sepanjang pemanduan.
Tapi...semua tu terbantut bile mengenangkan harga minyak yang dah naik melambung. Huh!


P/S: Cuti yang panjang. Akhirnya!

Sebab selalu terkena maka kujadikan entri



Ini entri berisiko.

GB dah terkena banyak kali.
.
.
.

Ada seorang lelaki datang. Nampak gaya macam minat nak kenal. GB layan macam biasa. Kalau keterlaluan dikatanya kite menggelenyar.

Hari-hari dia sms. Call. YM. Macam-macam dia tanya pasal GB.

Tiba-tiba, tup tup….hilang.

Sehari. Seminggu. Sebulan.

.

Last-last nampak kat profile pic facebook. Gambar dia dah jadi raja sehari.
.

Nasib baik rasa sayang belum timbul.

.

P/S: Pertanyaan logic akal - Adakah hormon lelaki berubah secara mendadak sejurus sebelum kawin? 

...namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Empty


The Fabulous Cats - Slot Akasia



Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga 
Belum dijamah pahitnya jelas terasa


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terwujud segala yang indah
Hilang... hilang...


Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan-jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang


Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
.
Nak dengar? Kliklah Slot Akasia


:)
P/S: Layan lagu lagi. 

Friday, December 3, 2010

Kisah adik-adik: Garang tapi sayang

Lupa dah bila punya artikel

Kisah adik ke-4:

Dia perempuan. Belajar di Bangi. Dia baru sms GB kata PTPTN dia dah masuk. Jadi GB dedicate artikel kat atas ni dekat dia. Dia kena dengar cakap GB kalau tak nanti dia jadi macam GB dulu-dulu yang susah. Heheh.

.

Kisah adik ke-3:

Dia lelaki. Baru eksiden 2 hari lepas kat Jalan Ampang. Kene 5 jarum. Konon-konon taknak bagitau family sebab taknak menyusahkan plus taknak bagi orang risau. Tapi bila GB cakap nak gi amik dia kat rumah sewanya di Cheras dia nak pulak. Manja. Padahal dah nak kawen tahun depan.

P/S: Walau garang, tapi GB sayang adik-adik GB.

P/S: Berhati-hati ketika berbelanja dan memandu. Selamat berhujung minggu. :)

Ben Ashaari jadik follower: GB takleh makan nasik seminggu!

Kenyang ke? 



GB baru perasan lepas Ati Masrif tegur tadi...rupa-rupanya ikon dunia blogger iaitu Ben Ashaari dah jadi follower blog GB!!! 
.
.
.
GB seronok ni sebab Ben sudi masuk blog GB dan follow. Tak kisah la dia baca atau tak entri ni, sebab memang maklum sangat dia teramatlah busy!
.

Tak dapat la GB makan nasi seminggu. Nak tau kenapa? Tengok komen GB kat sini

P/S: Kawan-kawan, doakan GB bertahan. DrSinga, jangan ajak briyani dalam tujuh hari ni okeh! Huuu~

Cantiknye Klang!

Bunga butang (Gomphrena Globosa)
(Klang, Selangor, Malaysia)


Pagi tadi GB pergi ke MPK dekat Klang sana tapi tak bagitau uncle abang YB pun. Kalau bagitau dah tentu GB dapat makan breakfast free harini. Kopi secawan dan roti bakar pun ok je. Tapi itu pun kalau YB je Klang jugak la. Huu~

GB ni asal ke sana mesti kagum dengan landskapnya yang cantik dan berwarna-warni. Terutamanya sekitar kawasan bangunan OSC dan Jabatan Seni Taman. Pokok-pokok mungenya subur dan indah dan bermunge lebat. Memang gadisBunga ni teruja sangat-sangatlah kan! Hihi!

Cerita tak best pulak. Ada satu application landskap kitorang ni direjek dan kene submit balik. Aduh...bukan senang nak deal dengan MPK ni rupanya. Dah diskus-diskus...GB dah tau la kenapa kene rejek. Kena redo la nampaknya. Tapi projek yang satu lagi tu approved pulak. 

Nak dijadikan cerita, tadi GB berpeluang berborak dengan Landscape Architect MPK tu sendiri. Borak pun bukan la borak kosong tapi GB memang mintak dia review proposed landscape GB untuk lagi satu projek kat Klang juga sebelum buat submission drawing. Boleh tahan juga puan Akitek tu...tak lokek ilmu, rajin bertanya, malah tak segan nak mintak pendapat GB pasal landskap dan punya prinsip yang bagus dalam bidang ni. Rupa-rupanya dulu dia keje dengan konsultan juga... Jadinya sepanjang waktu berborak tu, GB dapatlah jawapan tentang kenapa landskap kat Klang ni indah-indah....

P/S: Masa amik gambo bunga butang tadi ada uncle ingat GB keje dengan News Straits Times. Ape-apelah uncle. Hihi...next tips mengambik gambo...tunggu.....

Botak

Main-main dengan kamera
(Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor, Malaysia) 



Pagi tadi GB dengar radio (macam biasa). Masa segmen eja mengeja ada sorang caller ni diminta mengeja botak tapi dalam bahasa Inggeris lah iaitu bald. Tapi dia tak dapat eja dengan betul. Dia pi eja ball pulak walaupun si penyampai tu dah sebut perkataannya siap dengan dengungnye qalqalah sekali (eh?).

Mungkin sebab dia kompius yang kepala botak ni memang rupanya sama bulat macam bola. Tapi kalau dah melibatkan hadiah dalam 2-3 ratus macam tu buat rugi la pulak kompius-kompius. Dah la nak tembus masuk tu bukan main susah lagi!

Tapi ini bukan kali pertama GB dengar caller salah-salah eja ni, atau lebih tepat lagi, tak reti eja dalam Bahasa Inggeris. Antara yang tak boleh diterima adalah psychology dieja jadi saikology. Mak aii...

Bagus juga bila ada segmen macam ni. Baru kita boleh nilai hasil sistem pendidikan kita selama ni. GB pun tak terkecuali. Tapi ini pendapat GB aje lah. 

P/S: Sebenarnya sedikit sebanyak GB pula yang rasa malu bila diorang tak boleh mengeja. Huuu~

Thursday, December 2, 2010

. (Dot)

Multitasking

~
MODE: BLOGWALKING
~

P/S:    :D

Wednesday, December 1, 2010

Jom snap-snap cara GB! - tips dari amatur part 2

Iced Cappuccino - mamak style. Boleh la dari tak ade...huhu~
(Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia)

Haritu GB ada sentuh pasal minat dan mata kan? Cemni ceritanya...

Untuk orang yang sentiasa dekat dengan kamera, biasanya tangan dia pantas je nak amik kamera untuk capture apa sahaja moment yang dirasakan menarik yang tiba-tiba dia jumpa. Walaupun masa tu dia tengah lepak kat mamak, atau tengah meeting, atau makan kat mekdi, atau even tengah memandu sekalipun (ops yg ni jangan ikut...).

Subjek, iaitu apa yang kita nak snap masuk dalam kamera ni pada dasarnya terbahagi kepada 2 kategori iaitu, pertama yang memang kite dah plan nak snap. Lebih kurang macam arranged session (term GB ni...jangan gugel ok). Dan kedua pulak, yang tak disangka-sangka. Lebih tepat GB panggil spontaneous moments. Ini term GB juga (sesuke hati je kan? Ngeee). Tak pasti dalam bidang photography ade ke tak term cenggini.

Sebab tu GB nak pesan ni...buka mata anda ye kawan-kawan. 


Eh, selama ni korang tak bukak mata ke? Bukan….bukan bukak mata yang macam tu….

Meh GB cerita lebih lanjut. Mata manusia adalah lensa terbaik yang Tuhan dah beri kepada kita. Kadang-kadang the best moment will come unexpectedly. Kalau kawan-kawan perasan GB ada amik gambo orang dalam pelbagai situasi. Orang tengah memancing la. Budak-budak main air la. Main belon. Gambo orang tua berjalan-jalan. And more to come. Sebab GB nampak emosi dalam situasi itu. Dan bagi GB mereka dan situasi tersebut merupakan gabungan sempurna yang sayang kalau tak diabadikan dalam memory card. (untung zaman sekarang ni kan..tak payah berfilem-filem bagai)…Ye la..takkan nak tunggu model cun-cun atau pakwe-pakwe hensem baru boleh amik gambo kan? Ngee…

Satu lagi tips kali ini, pelbagaikan. Variety. Kalau selama ni kite suka amik gambo dari human eye level, cuba pelbagaikan posisi dan sudut kamera kawan-kawan mulai sekarang. Kalau selama ni amik gambo sokmo nak kasi centre, kali ni cuba bagi senget-senget sikit. Sape kate senget tu tak cantik? Tak caya? Kalau tak caya cuba cek balik gambo GB yang lepas-lepas (contoh je..huhu).

Dan cuba pandang dari sudut berbeza. (Contohnya macam pic kat atas ni, takde la sebab cantik tapi sebab posisi dan angle kamera tu...yang tu la yang GB maksudkan..). Cuba snap dari level tanah atau dari pandangan atas. Bak kata Alicia Keys, worm’s eye view dengan bird’s eye view. Sesuatu gambar akan jadi menarik kalau kita cuba tampilkan dari sudut yang level mata manusia tak dapat lihat. Itu pendapat GB la. Tapi tak semestinya kalau kite snap-snap dari level mata kita gambar akan jadi tak menarik. Cuma kali ni keywordnya adalah pelbagaikan. Main-main dengan kamera dan rajin-rajin la amik gambo. Gambar yang cantik tak semestinya snap sekali terus jadi. Kene eksperimen la.

Ok lah kawan-kawan, GB nak kene gerak dulu. Nak kene bank in duit untuk adik GB kat Bangi sana. Till then, cuba-cuba lah tips yang GB taruk kat sini...

P/S: Make sure bateri ada dan memory card di dalam kamera bukan di dalam netbook ye. Hampir meroyan jap GB sebab pernah terlupa nak insert balik memory card sampai terlepas chance nak amik gambo yang cun. 

Yang Amatur,

Bila blog GB dihargai...cewah!

Penghuni Chiling
(Chiling Waterfall, KKB, Selangor, Malaysia)

Tajuk macam gempak je kan? Heheh...

Bila kali terakhir kawan-kawan rasa dihargai? Baru sekejap tadi? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Atau bila?

Personally, hari ini memang GB rasa sangat dihargai atau appreciated bak kata sedara kembar GB si Alicia Keys tu (birthday dia sama hari and sama tahun dengan GB tau...lalala). Sebab apa tau? Sebab hari ni kawan blog GB iaitu saudara ShueQry  yang budiman itu sudi buat satu entri khas untuk GB semata-mata kerana backlink yang seriously GB pun tak tau sangat ape bende tu. 

Maklum...masih buta IT. Hihihi...

ShueQry  ni baru je follow blog GB tapi yang pasti beliau dah menjelajah ke hampir semua entri-entri GB termasuk la yang jiwang-jiwang dan yang entah ape-ape entah yang GB baca balik pun rasa malu... Tapi redah sajalah kan? Bukannya apa, blog beliau pula adalah dari kategori berinformatif dan bermaklumat. Itu yang buat GB segan sikit tu....hihi...

Untuk ShueQry, terima kasih banyak-banyak. Nanti GB belanja teh tarik okeh. Heheh.

P/S: Tips fotografi untuk amatur cara GB akan menyusul nanti. Tunggu ek kawan-kawan. Sementara tu, kenali kamera anda dahulu seperti yang GB dah tulis di tips part 1 ni. Ngeee...

Tuesday, November 30, 2010

Lembaran Cinta Pudar

Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang, Malaysia


“Sayang...surat ini ku tulis dikejauhan malam...
Ketika hujan gerimis...
Biarpun bercinta dengan mu sungguh indah...
Namun memutuskannya aku terluka...
Tapi biarlah kekecewaan hari ini
Dari nanti kehilangan harga diri
Aku telah tiba di penghujung kesabaran
Sebelum lebih menderita
Biarlah aku yang memberikan keputusan…”

Noktah dibaris akhir...
Ku redha keputusan suratan takdir
Telah lama menunggu
Masa yang berharga sesia berlalu
Kau memberi harapan yang
Palsu...

Kerana tiada
Pendirian yang nyata
Kututupi lembaran
Cinta pudar...

Tiada ketelusan
Tiada keberanian
Lama menanti
Jawapan pasti
Terkulai kini
Mimpi-mimpi...

Dengan lembaran ini
Akan tiada lagi seorang penanti
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi

“Selesai surat ini kau tatapi...
Aku harap kau mengerti...
Setelah ini antara kita
Akan tiada pertemuan lagi…”

Jiwang tak? Jiwang tak? Lalala…

Dato’ Siti dah announce nak tarik diri dari bertanding ABPBH, Jadi, kite layan je la lirik lagu dia ek…

P/S lagi: Ops lupa nak bagitau, tajuk entri ni sebenarnya tajuk lagu Dato' Siti lah! Sindrom nak karaoke la ni... Lalala...


Jom snap-snap cara GB! - tips dari amatur part 1

Bulan siang
(Kuala Selangor, Selangor, Malaysia)


Kalau kawan-kawan perasan, setiap entri GB pasti akan ada satu gambo sekurang-kurangnya. Kepada yang suka gambo-gambo dalam blog GB ni yang tak seberapa ni, GB ucapkan terima kasih sangat. Kepada yang pernah bertanya atau mahu bertanya tapi segan nak tanya (eh ade ke?), meh GB nak bagitau sikit pasal hobi GB yang satu ni...

Bila bercakap pasal fotografi, minat adalah perkara paling utama yang perlu ada. Lepas tu mata. Bab mata ni alhamdulillah...kepada siapa yang boleh melihat blog sudah tentu la ada mata kan. Percuma, tak perlu beli kat mana-mana dah kan? Mungkin kawan-kawan rasa macam pelik tapi betul ni tak tipu. Dua-dua ni adalah perkara yang paling-paling utama untuk mengambil gambo yang cun. Nanti GB cerita kenapa kena ada minat dan ada mata, ok!

Eh, GB tak sebut kamera ek? Oklah...kamera mesti la kene ada. Benda wajib tu! Kepada kawan-kawan yang sedang membaca ni, GB memang maksudkan kamera. Takde yang spesifik. Apa-apa jenis pun takpe. Compact digital. DSLR. Mana-mana pun ok. Jadi kawan-kawan, stop risau-risau ok. Sesapa pun boleh amik gambo cantik-cantik. Cuma kene sabar sikit je. 

Nanti GB cerita lebih lanjut kat entri part 2. Sementara tu, yang mana ada kamera dan minat mengambik gambo tu, studi-studi la kamera anda. 

P/S: Untuk yang dah pro tak baca pun takpe sebab nanti buat malu GB je. Ngeee....

Yang Amatur,

Rajin adik rajin

Oreos inside an oreo
Pagi tadi GB nak cepat-cepat keluar sebab takmau sangkut kat jem. Biasanya sempat breakfast kat umah tapi pagi tadi tak pun. Main cubit-cubit makan je lempeng yang bunda buat sambil siap-siap nak keluar. Bekal pun tak sempat nak prepare. Tiba-tiba bunda bagi benda dalam gambar tu. 

Katanya. 'Nah, boboi buat untuk along.'

Hihi...so sweet. Boboi tu dinda bongsu GB. Panggil boboi je sedangkan namanya Firdaus. Cita-cita nak jadi chef. Baguslah. GB doakan dia berjaya. Tahun depan dia SPM. Tapi tadi masa GB keluar rumah dia tidur lagi (tidur balik lepas Subuh). Cuti sekolah la katakan...

P/S: Best jugak rupanya kalau budak-budak bercuti sekolah ni. Hihihi...

Monday, November 29, 2010

Semua benda sokmo tak kena!

Oriza sativa
(Sungai Buaya, Teluk Intan, Perak, Malaysia)



Tengok yang lurus nampak macam bengkok
.
Bila berdiri rasa nak tumbang
.
Ada call in tapi tak rasa nak angkat
.
Taip words verification sampai 5-6 kali pun sokmo silap
.
Taip nama pokok asyik tersilap
.
Taip nama orang pun asyik tersilap
.
.
.
I need a break.
.

P/S: Dah macam robot. 

Saturday, November 27, 2010

25 Random Things About GB...

Pandangan dari sisi berbeza. Mahu tahu sisi yang satu lagi? Cuba tengok kat blog uncle Gedek!
(Carwash, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia)


GB kene tag dengan -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- pasal bende alah ni. Disebabkan sekarang GB tengah bosan dengan keje dan memang cari bende merapu untuk dibuat, maka mari kita sama-sama baca entri merepek ni. Jom jom!

Peraturannya adalah:
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"


25 fakta tentang GB yang korang tak tau…

  1. Suka baca kamus tak kira kamus Oxford atau kamus Dewan – dulu gila penulisan kreatif jadi kamuslah teman setia.
  2. Senang burnt – sampai sekarang lengan separuh hitam separuh putih. Sebab burn dulu pun tak putih-putih lagi dah burnt balik
  3. Tak suka SMS
  4. Ayahanda GB pernah pinjamkan SLR dia (bukan digital) masa GB studi dulu tapi rasanya GB dah jahanamkan kamera tu. Sebab lepas GB pulangkan ayahanda dah tak pakai kamera tu. Sampai sekarang bende tu terus masuk kategori antic. Agaknya la…huu~
  5. Suka selesaikan masalah sendiri – contohnye printer GB yang sengal haritu tu GB dah korek-korek gali-gali sampai ok balik. Ok setel dah! Huu~
  6. Nampak lebih sombong dengan lelaki berbanding pompuan. Sebenarnya GB bukan sombong, tapi lebih kepada pemalu. Lalala…
  7. Masih simpan baju masa umur GB 8 bulan. Lalala...
  8. Ada berbakul-bakul gambo hasil dari snap pakai kamera berfilem dulu-dulu. Maklum la time tu gamble je. Snap. Pastu jadi tak jadi lepas cuci baru tau.
  9. Suka simpan bende-bende kecik atau miniature – contohnya travel pack facial set, ubat gigi saiz travel, berus gigi saiz travel sebab senang nak travel nanti. Hatta towel pun GB bawak yang kecik punye untuk travel.
  10. Suka ringkas-ringkas masa travel – baju, tudung, suar mesti bawak yang paling senang nak match sebab boleh mix and match. Biasanya warna pilihan adalah hitam, brown, putih. Kalau nak kaler-kaler sikit boleh serah kat kasut atau beg atau tudung, tapi pilih satu je yang paling masuk dengan semua kaler. Senang!
  11. Dulu GB sangat suke mekap! Boleh spend masa untuk pakai foundation, bedak, blusher eye shadow segala. Pastu suka eksperimen mekap kat muka sendiri sebab nak tengok lepas tu jadi cun ke tak.
  12. Tapi sekarang GB dah pilih satu je produk for all – merangkap moisturizer, foundation, concealer. So sekarang ni GB Cuma spend 2 minit je untuk prep muka setiap pagi.
  13. Penah potong bas. Masa tu GB naik basikal.
  14. Amik lesen masa umur 27. Caye tak? Caye tak?
  15. Kalau drive jarang bukak aircond.
  16. Selalu menggodek bende – dari bateri, liquid paper, ink printer, radio, tv, walkman dan segalanya. Tapi tu dulu. Sekarang dah tak sempat. Kalau sempat mau kete GB pun kene godek sampai lunyai
  17. Antara pastime favs GB - kumpul bijik saga, brooch, pouch, petik bunga dan daun cantik2 pastu awetkan dengan cara press dalam buku
  18. Selalu bayangkan diri secantik Catherine Zeta Jones tak pun Maya Karin. Kihkihkih
  19. Suka tengok The X-Files, McGyver, dan The Caves of the Golden Rose
  20. Blur – ni bukan blur main-main, blur tahap cipan tempang punya. Kalau jalan jenis menonong, pastu tak nampak orang. Pastu mungkin orang akan cop kata sombong. Padahal sebenarnya GB memang blur pun.
  21. Pernah eksiden terlanggar kereta orang. Kene denda RM300. Baru-baru ni pun terlanggar lampu merah dan hampir terlanggar kereta orang juga. Puncanya – jiwakacau. Ngeeee
  22. Rabun malam – tak boleh drive memalam tapi terpaksa
  23. Masakan pertama GB adalah asam pedas masa darjah 3. Bunda cakap sedap. Lalala
  24. Pernah diajak race oleh sebijik Perdana putih kat jalan dekat Skypark Subang. GB layan. Menang tak menang belakang kira. Ngeee.... – tapi sekarang dah tak buat benda-benda jahat tu
  25. Sekarang GB dah tau kenapa bende ni diwujudkan. Bila dah cerita pasal diri sendiri tu memang list akan jadi panjang berjela. Harap-harap korang tak bosan. Ngeee....
Sekian sahaja cerita merapu dari GB. Sekarang ni tugas seterusnya, nak petik nama kawan-kawan untuk buat task ni. Jadi korang, sila bersedia...

SahromNasrudin, PrincessZezebelLair, YunusBadawi, Lavendari, SuriCahayaCinta, 
CepolAfzan, SiTanganBasah, DaddyZiyad, NurulAin-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-

P/S: Kalau ada soalan nanti GB buat press conference. Lalala


Pijak katak kerana pizza

Dedap (Erythrina glauca) merah dan cantik. Tapi tak wangi. Takmolah jadi macam dedap.
(Taman Desa, Kuala Lumpur, Malaysia)

Semalam kan, masa GB berembun kat opis sampai ke tengah malam, baru teringat rupanya-rupanya GB tak makan lagi. Seharian. Kecuali sarapan nescafe dan roti kat rumah pagi sebelum keluar bekerja. 

Nak keluar pegi beli dah malas, jadi jalan paling mudah apa lagi, talipon aje Domino's Pizza. Kebetulan kat opis ni ada 4 kupon pizza free, jadi kitorang pun order 2 pizza. Yang 1 tu free lah.

GB amik classified ciken (sebab suke base sauce dia yg bawang futih tu). MsColleague pulak order yang seafood.

Dalam 30 minit (macam biasa...Domino's memang boleh harap!) pizza pun sampai. Tapi pagar luar opis tu penjaga opis dah kunci pulak. Terhon-hon mamat pizza tu kat luar pagar. Takut dia blah sebab ingat kitorang buat panggilan palsu, GB pun terlari-lari keluar sebab nak kejar pizza tu sebab kalau mamat tu blah, alamatnya berguling kelaparan dengan drawing lah jawabnya...

Luar tu gelap tak berlampu. Lampu taman ada tapi dah kene panah petir jadi dah tentu-tentu tak menyala. Biasanya kat laluan yang tempat GB lalu tu ada katak dan anak-anaknya melompat-lompat. Jadi malam tu GB yakin GB dah terpijak beberapa ekor katak malang mana entah yang sibuk jugak nak melintas masa GB tengah lalu. Tak menyabar-nyabar betul! Tapi depa tak mati rasanya. Cuma dengar bunyi macam bola getah kene penyet je. Abis-abis pun depa terpenyet pastu bangun balik sambil lompat-lompat. 

Jadi kesimpulannya malam tu dapat la GB dinner dengan pizza faveret GB. Hancor diet sehari. Huh!

P/S: Katak-katak tu kompem hidup lagi, cuma ada yang patah kaki kot sebab ada nampak katak tempang pagi tadi. GB punye pasal la kot. Harap-harap dia amik le pengajaran. Huhuhu~

Friday, November 26, 2010

Entri Rabak

Anak cicak kat atas recycled paper
(Taman Desa, Kuala Lumpur, Malaysia)
Semalam GB balik lambat. 12 tengah malam. Mata pun dah rabak.

Puncanya sebab nak kejar dateline projek kat Klang tu la. Miting pagi ni pukul 9.45 kat Klang tapi Mr Bos la yang pegi. Dia kata nak gerak ke Klang pukul 9 pagi esoknya.

Again, nak kata sebab buat last minit pun tak boleh jugak sebab in the mean time kene juggle between projek-projek lain, meeting, pi jaga site, jaga dua boss, angkat telefon, check email, design, buat drawing, termasuk nak uruskan benda-benda teknikal kat opis ni. 

Nak dijadikan cerita pukul 12 tengah malam tu keje GB dah nak siap pun. Cuma tinggal nak print aje. Print A3. 

So pagi tadi walaupun mata masih rabak lagi, GB datang awal. Kul 7 dah terpacak dalam opis. Nak print je tinggal. Oh dengan satu lagi nak buat consultancy quotation. Dan err...satu la gi nak tacap-tacap segala. So GB pun start printing. Satu...satu...satu...elok je keluarnya. Puas hati jugak tengok. 

Masuk yang nombor 4, dia print separuh je. GB dah gelabah. Lepas tu terus printer punya lampu lip lap lip lap anak mami macam otromen dah nak kiok. Buat la macam mana pun, restart la macam mana pun, dia tetap lip lap lip lap jugak.

Untuk makluman printer tu tak pernah buat hal sebelum ni.

Time tu dah pukul 8.30 pagi.

Boss sampai.

GB dah tertekan. Last resort GB terpaksa call kedai printing untuk mintak diorang printkan layout yang selebihnya. Ada lagi 6. Lepas email segala...kedai tu print...Ms Colleague pi kejar amik segala....pukul 9.40 baru bos gerak ke Klang.

Boss dah hangin sebab lambat. GB pun hangin sebab bengang. Semua orang hangin.

Dan printer tu? GB rasa macam nak bakar je. Boleh tak?

.
.
.
.
.

P/S: GB rasa opis tu berantu la...

P/S: Pengajaran sebenar...biar tak balik rumah asalkan keje siap. Tiada kepastian untuk hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Cewah! 

Thursday, November 25, 2010

Perkara yang patut dielakkan menjelang waktu lunch kalau tengah diet

Pisang free. Nampak tak yang berlambak-lambak dalam bakul biru tu? Semua tu free!
(Pasar Tani Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia)


Kalau nak kurus cepat, disarankan supaya kita sama-sama mengelakkan perkara-perkara berikut:
  1. Dengar radio - banyak iklan kentaki dan mekdi akan disiarkan time-time macam ni
  2. Surf facebook - kebanyakan status kawan-kawan menjelang waktu lunch adalah berkisarkan tentang apa yang hendak dimakan. Lalu muncullah pelbagai jenis menu yang mengecurkan liur macam bihun tomyam, char kuey teow, nasi kerabu daging salai, steak dan macam-macam lagi!
  3. YM - kemungkinan ada yang buzz kita semata-mata nak tanya 'ok tak kalau makan pizza lunch ni?'. Huh!
  4. Bukak blog KOG. Heheh!
P/S: Ada tips lain? Share kat sini plis! Tengkiu!

Wednesday, November 24, 2010

Work....

Best friend forever...


.....is for people who don’t know how to fish 

P/S: Char kuey teow, anyone?

Bila GB disangka di’sponsor’

Highway fiesta? Nope. Accident in front.
(North-South Expressway, near Rawang, Selangor, Malaysia)
Kawan-kawan, sedikit cerita lepas geram...

Kenapa bila kita hidup dengan hal sendiri dan tak kacau orang tapi ada jugak orang yang sibuk-sibuk pasal  hal kita? 
.
.
.
.
.

GB ni spesis keje keje keje dan malas nak menyibuk pasal hal orang kalau tak berkenaan, tapi tak sangka la pulak dalam kita hidup aman damai ni ada jugak yang sibuk nak tahu pasal hal kita. Kalau bende baik tu takpe la jugak, ini tidak. Benda yang bukan-bukan.

Tak sangka betul bila kita yang keluar pagi balik malam macam ni pun ada yang nak jadikan isu. Siap korek cerita dengan bunda sebab nak tahu pasal apa GB ni selalu balik lambat? 

Yang kelakar tu takde pulak ditanya GB ni keje apa. Balik-balik yang disebutnya 'selalu sangat balik lambat', 'boleh pakai kereta elok pulak tu' (kete Malaysia je pun...!), dan tambahan, GB ni tak kawin-kawin lagi.. Siap boleh persoalkan pasal GB yang selalu boleh beli barang-barang yang dia jual! (Dia ni meniaga kecil-kecilan juga...). Kalau jiran (ops!) yang baru pindah masuk takpe la jugak, mungkin bertanya sebab nak kenal-kenal. Ini tidak. Jiran lama. Dan untuk makluman dah banyak kali dia tanya benda-benda tu kat bunda GB sampai bunda pun dah naik malas nak melayan. Persoalannya sekarang, kenapa dia tak tanya sendiri kat GB?

Bunda cakap cara dia bertanya tu macam dia saspek GB ni ada buat keje lain kat luar. Atau dalam erti kata lain, di'sponsor'. What??? Yang pening? Bunda lah!
.
.
.

First of all, GB nak tanya sikit (tapi bunda tak bagi sebab takut bertekak) kat jiran yang baik hati tu, GB ni cantik sangat ke sampai ada yang nak sponsor?

Second, kereta GB tu mahal sangat ke sampai perlukan orang sponsor baru boleh pakai?

Third, GB balik malam-malam tu, dia pernah tanya ke GB keje apa? At least GB balik jugak, ada orang yang keje kat firm lain sampai tak balik-balik tu ape citer pulak?

Empat, GB tak kawin. Ada GB menyusahkan dia ke?

Lima, kenapa sibuk pasal hal orang sedangkan dia sendiri ada konflik family yang lebih besar untuk difikir dan diselesaikan daripada menyibuk pasal hal GB?

P/S: Phew...sorry kawan-kawan. Bab ni memang GB emo lebih sebab dah melibatkan perasaan bunda. 

Tuesday, November 23, 2010

Who painted the moon black

Full bright moon, the night before last night
(KUIS, Bangi, Selangor, Malaysia)
By Hayley Westenra

Did you see the shiny moon?
Turned into a black balloon
Just as you walked away from me

Did you see how hard I've tried?
Not to show the pain inside
Just as you walked away from me

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?

It must have been the darkest night
Not even a star in sight
Just as you walked away from me, now

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?
Who painted the moon?

Da da da...

Did you see the shiny moon?
Turned into a black balloon
Just as you walked away from me 

P/S: Siapa yang rajin layan LightFm mesti tau lagu ni. ;)

Bulan terang semalam

Bulan sangat terang dan cantik malam tadi. Pungguk mesti suka hati.
(Kg Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia)
Yuna-Dan Sebenarnya
Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila
Kau bersama yang lain


Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah
Jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku

Oh
Dan sebenarnya
Aku rindu
Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku tak mampu



P/S: Mood menyanyi-nyanyi

Monday, November 22, 2010

Gambar (aje) lagi - dan good luck for SPM!

Berjalan adalah aktiviti santai yang sangat menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga terutama untuk orang yang alergik exercise seperti GB. Disarankan untuk berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari bersamaan lebih kurang 3km. Boleh cuba kot... :)


Selamat menjawab peperiksaan SPM untuk adik-adik tingkatan 5.
 Sementara boleh ni korang jawab buat la betul-betul sebab kalau ditakdirkan kene repeat nanti korang akan rasa menyesal gile! 
Muehehe...!

P/S: Harini sebenarnya banyak benda nak ditulis tapi banyaknya berkisarkan peribadi. Jadi...GB simpan sahaja dalam hard disk.

Sedikit tentang Ahad - Nestle World Walking Day


T-shirt hijau tu GB tak sempat dapat. Dah abis. Sampai lambat, cari parking segala. Huuu~

P/S: Gambar lain GB akan share dari semasa ke semasa.

P/S: Kawan-kawan, nanti GB blogwalk ok.

Saturday, November 20, 2010

Berjalan sambil bermain dengan kamera: Jom esok!

Garden light at dusk
(Location: R&R Bukit Gantang, Plus Highway, Perak, Malaysia)
Esok GB nak gi jalan-jalan dengan adik-adik dan kawan-kawan kat Taman Tasik Titiwangsa. Sempena World Walking Day anjuran Nestle. Boleh dapat t-shirt free dan breakfast pun free. Hihihi.

GB kebetulan memang lebih suka berjalan dari berjoging. Even kalau aktiviti joging hari Ahad GB tu pun biasanya lebih banyak jalan dari berlari. Terasa juga la badan ni buat eksesais walau sekadar berjalan je. Berkilo-kilo meter pun takpe. Tapi jangan lari. Tak sampai 50 meter dah semput macam nak pengsan. Lepas tu komplen badan tak kurus-kurus. Huuu~

Jadi kawan-kawan, jom la besok. Yang mana dah kenal tu tegur-tegur le kalau terserempak. Yang tak kenal tu boleh le sapa nama gadisBunga kat sesapa yang korang saspek, kalau kene kat GB nanti GB menyahut lah. Heheh!

P/S: Cerita punye cerita sampai lupa nak taruk link. Klik sini untuk info. GB iklan free-free je ni. Almaklum, blogger comel-comelan je. Huhuhu~

P/S 2: Hepi wiken semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...