Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

Blog under renovation. Kelam kabut sikit sana sini.

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Tuesday, November 30, 2010

Lembaran Cinta Pudar

Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang, Malaysia


“Sayang...surat ini ku tulis dikejauhan malam...
Ketika hujan gerimis...
Biarpun bercinta dengan mu sungguh indah...
Namun memutuskannya aku terluka...
Tapi biarlah kekecewaan hari ini
Dari nanti kehilangan harga diri
Aku telah tiba di penghujung kesabaran
Sebelum lebih menderita
Biarlah aku yang memberikan keputusan…”

Noktah dibaris akhir...
Ku redha keputusan suratan takdir
Telah lama menunggu
Masa yang berharga sesia berlalu
Kau memberi harapan yang
Palsu...

Kerana tiada
Pendirian yang nyata
Kututupi lembaran
Cinta pudar...

Tiada ketelusan
Tiada keberanian
Lama menanti
Jawapan pasti
Terkulai kini
Mimpi-mimpi...

Dengan lembaran ini
Akan tiada lagi seorang penanti
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi

“Selesai surat ini kau tatapi...
Aku harap kau mengerti...
Setelah ini antara kita
Akan tiada pertemuan lagi…”

Jiwang tak? Jiwang tak? Lalala…

Dato’ Siti dah announce nak tarik diri dari bertanding ABPBH, Jadi, kite layan je la lirik lagu dia ek…

P/S lagi: Ops lupa nak bagitau, tajuk entri ni sebenarnya tajuk lagu Dato' Siti lah! Sindrom nak karaoke la ni... Lalala...


Jom snap-snap cara GB! - tips dari amatur part 1

Bulan siang
(Kuala Selangor, Selangor, Malaysia)


Kalau kawan-kawan perasan, setiap entri GB pasti akan ada satu gambo sekurang-kurangnya. Kepada yang suka gambo-gambo dalam blog GB ni yang tak seberapa ni, GB ucapkan terima kasih sangat. Kepada yang pernah bertanya atau mahu bertanya tapi segan nak tanya (eh ade ke?), meh GB nak bagitau sikit pasal hobi GB yang satu ni...

Bila bercakap pasal fotografi, minat adalah perkara paling utama yang perlu ada. Lepas tu mata. Bab mata ni alhamdulillah...kepada siapa yang boleh melihat blog sudah tentu la ada mata kan. Percuma, tak perlu beli kat mana-mana dah kan? Mungkin kawan-kawan rasa macam pelik tapi betul ni tak tipu. Dua-dua ni adalah perkara yang paling-paling utama untuk mengambil gambo yang cun. Nanti GB cerita kenapa kena ada minat dan ada mata, ok!

Eh, GB tak sebut kamera ek? Oklah...kamera mesti la kene ada. Benda wajib tu! Kepada kawan-kawan yang sedang membaca ni, GB memang maksudkan kamera. Takde yang spesifik. Apa-apa jenis pun takpe. Compact digital. DSLR. Mana-mana pun ok. Jadi kawan-kawan, stop risau-risau ok. Sesapa pun boleh amik gambo cantik-cantik. Cuma kene sabar sikit je. 

Nanti GB cerita lebih lanjut kat entri part 2. Sementara tu, yang mana ada kamera dan minat mengambik gambo tu, studi-studi la kamera anda. 

P/S: Untuk yang dah pro tak baca pun takpe sebab nanti buat malu GB je. Ngeee....

Yang Amatur,

Rajin adik rajin

Oreos inside an oreo
Pagi tadi GB nak cepat-cepat keluar sebab takmau sangkut kat jem. Biasanya sempat breakfast kat umah tapi pagi tadi tak pun. Main cubit-cubit makan je lempeng yang bunda buat sambil siap-siap nak keluar. Bekal pun tak sempat nak prepare. Tiba-tiba bunda bagi benda dalam gambar tu. 

Katanya. 'Nah, boboi buat untuk along.'

Hihi...so sweet. Boboi tu dinda bongsu GB. Panggil boboi je sedangkan namanya Firdaus. Cita-cita nak jadi chef. Baguslah. GB doakan dia berjaya. Tahun depan dia SPM. Tapi tadi masa GB keluar rumah dia tidur lagi (tidur balik lepas Subuh). Cuti sekolah la katakan...

P/S: Best jugak rupanya kalau budak-budak bercuti sekolah ni. Hihihi...

Monday, November 29, 2010

Semua benda sokmo tak kena!

Oriza sativa
(Sungai Buaya, Teluk Intan, Perak, Malaysia)



Tengok yang lurus nampak macam bengkok
.
Bila berdiri rasa nak tumbang
.
Ada call in tapi tak rasa nak angkat
.
Taip words verification sampai 5-6 kali pun sokmo silap
.
Taip nama pokok asyik tersilap
.
Taip nama orang pun asyik tersilap
.
.
.
I need a break.
.

P/S: Dah macam robot. 

Saturday, November 27, 2010

25 Random Things About GB...

Pandangan dari sisi berbeza. Mahu tahu sisi yang satu lagi? Cuba tengok kat blog uncle Gedek!
(Carwash, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia)


GB kene tag dengan -•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- pasal bende alah ni. Disebabkan sekarang GB tengah bosan dengan keje dan memang cari bende merapu untuk dibuat, maka mari kita sama-sama baca entri merepek ni. Jom jom!

Peraturannya adalah:
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"


25 fakta tentang GB yang korang tak tau…

  1. Suka baca kamus tak kira kamus Oxford atau kamus Dewan – dulu gila penulisan kreatif jadi kamuslah teman setia.
  2. Senang burnt – sampai sekarang lengan separuh hitam separuh putih. Sebab burn dulu pun tak putih-putih lagi dah burnt balik
  3. Tak suka SMS
  4. Ayahanda GB pernah pinjamkan SLR dia (bukan digital) masa GB studi dulu tapi rasanya GB dah jahanamkan kamera tu. Sebab lepas GB pulangkan ayahanda dah tak pakai kamera tu. Sampai sekarang bende tu terus masuk kategori antic. Agaknya la…huu~
  5. Suka selesaikan masalah sendiri – contohnye printer GB yang sengal haritu tu GB dah korek-korek gali-gali sampai ok balik. Ok setel dah! Huu~
  6. Nampak lebih sombong dengan lelaki berbanding pompuan. Sebenarnya GB bukan sombong, tapi lebih kepada pemalu. Lalala…
  7. Masih simpan baju masa umur GB 8 bulan. Lalala...
  8. Ada berbakul-bakul gambo hasil dari snap pakai kamera berfilem dulu-dulu. Maklum la time tu gamble je. Snap. Pastu jadi tak jadi lepas cuci baru tau.
  9. Suka simpan bende-bende kecik atau miniature – contohnya travel pack facial set, ubat gigi saiz travel, berus gigi saiz travel sebab senang nak travel nanti. Hatta towel pun GB bawak yang kecik punye untuk travel.
  10. Suka ringkas-ringkas masa travel – baju, tudung, suar mesti bawak yang paling senang nak match sebab boleh mix and match. Biasanya warna pilihan adalah hitam, brown, putih. Kalau nak kaler-kaler sikit boleh serah kat kasut atau beg atau tudung, tapi pilih satu je yang paling masuk dengan semua kaler. Senang!
  11. Dulu GB sangat suke mekap! Boleh spend masa untuk pakai foundation, bedak, blusher eye shadow segala. Pastu suka eksperimen mekap kat muka sendiri sebab nak tengok lepas tu jadi cun ke tak.
  12. Tapi sekarang GB dah pilih satu je produk for all – merangkap moisturizer, foundation, concealer. So sekarang ni GB Cuma spend 2 minit je untuk prep muka setiap pagi.
  13. Penah potong bas. Masa tu GB naik basikal.
  14. Amik lesen masa umur 27. Caye tak? Caye tak?
  15. Kalau drive jarang bukak aircond.
  16. Selalu menggodek bende – dari bateri, liquid paper, ink printer, radio, tv, walkman dan segalanya. Tapi tu dulu. Sekarang dah tak sempat. Kalau sempat mau kete GB pun kene godek sampai lunyai
  17. Antara pastime favs GB - kumpul bijik saga, brooch, pouch, petik bunga dan daun cantik2 pastu awetkan dengan cara press dalam buku
  18. Selalu bayangkan diri secantik Catherine Zeta Jones tak pun Maya Karin. Kihkihkih
  19. Suka tengok The X-Files, McGyver, dan The Caves of the Golden Rose
  20. Blur – ni bukan blur main-main, blur tahap cipan tempang punya. Kalau jalan jenis menonong, pastu tak nampak orang. Pastu mungkin orang akan cop kata sombong. Padahal sebenarnya GB memang blur pun.
  21. Pernah eksiden terlanggar kereta orang. Kene denda RM300. Baru-baru ni pun terlanggar lampu merah dan hampir terlanggar kereta orang juga. Puncanya – jiwakacau. Ngeeee
  22. Rabun malam – tak boleh drive memalam tapi terpaksa
  23. Masakan pertama GB adalah asam pedas masa darjah 3. Bunda cakap sedap. Lalala
  24. Pernah diajak race oleh sebijik Perdana putih kat jalan dekat Skypark Subang. GB layan. Menang tak menang belakang kira. Ngeee.... – tapi sekarang dah tak buat benda-benda jahat tu
  25. Sekarang GB dah tau kenapa bende ni diwujudkan. Bila dah cerita pasal diri sendiri tu memang list akan jadi panjang berjela. Harap-harap korang tak bosan. Ngeee....
Sekian sahaja cerita merapu dari GB. Sekarang ni tugas seterusnya, nak petik nama kawan-kawan untuk buat task ni. Jadi korang, sila bersedia...

SahromNasrudin, PrincessZezebelLair, YunusBadawi, Lavendari, SuriCahayaCinta, 
CepolAfzan, SiTanganBasah, DaddyZiyad, NurulAin-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•-

P/S: Kalau ada soalan nanti GB buat press conference. Lalala


Pijak katak kerana pizza

Dedap (Erythrina glauca) merah dan cantik. Tapi tak wangi. Takmolah jadi macam dedap.
(Taman Desa, Kuala Lumpur, Malaysia)

Semalam kan, masa GB berembun kat opis sampai ke tengah malam, baru teringat rupanya-rupanya GB tak makan lagi. Seharian. Kecuali sarapan nescafe dan roti kat rumah pagi sebelum keluar bekerja. 

Nak keluar pegi beli dah malas, jadi jalan paling mudah apa lagi, talipon aje Domino's Pizza. Kebetulan kat opis ni ada 4 kupon pizza free, jadi kitorang pun order 2 pizza. Yang 1 tu free lah.

GB amik classified ciken (sebab suke base sauce dia yg bawang futih tu). MsColleague pulak order yang seafood.

Dalam 30 minit (macam biasa...Domino's memang boleh harap!) pizza pun sampai. Tapi pagar luar opis tu penjaga opis dah kunci pulak. Terhon-hon mamat pizza tu kat luar pagar. Takut dia blah sebab ingat kitorang buat panggilan palsu, GB pun terlari-lari keluar sebab nak kejar pizza tu sebab kalau mamat tu blah, alamatnya berguling kelaparan dengan drawing lah jawabnya...

Luar tu gelap tak berlampu. Lampu taman ada tapi dah kene panah petir jadi dah tentu-tentu tak menyala. Biasanya kat laluan yang tempat GB lalu tu ada katak dan anak-anaknya melompat-lompat. Jadi malam tu GB yakin GB dah terpijak beberapa ekor katak malang mana entah yang sibuk jugak nak melintas masa GB tengah lalu. Tak menyabar-nyabar betul! Tapi depa tak mati rasanya. Cuma dengar bunyi macam bola getah kene penyet je. Abis-abis pun depa terpenyet pastu bangun balik sambil lompat-lompat. 

Jadi kesimpulannya malam tu dapat la GB dinner dengan pizza faveret GB. Hancor diet sehari. Huh!

P/S: Katak-katak tu kompem hidup lagi, cuma ada yang patah kaki kot sebab ada nampak katak tempang pagi tadi. GB punye pasal la kot. Harap-harap dia amik le pengajaran. Huhuhu~

Friday, November 26, 2010

Entri Rabak

Anak cicak kat atas recycled paper
(Taman Desa, Kuala Lumpur, Malaysia)
Semalam GB balik lambat. 12 tengah malam. Mata pun dah rabak.

Puncanya sebab nak kejar dateline projek kat Klang tu la. Miting pagi ni pukul 9.45 kat Klang tapi Mr Bos la yang pegi. Dia kata nak gerak ke Klang pukul 9 pagi esoknya.

Again, nak kata sebab buat last minit pun tak boleh jugak sebab in the mean time kene juggle between projek-projek lain, meeting, pi jaga site, jaga dua boss, angkat telefon, check email, design, buat drawing, termasuk nak uruskan benda-benda teknikal kat opis ni. 

Nak dijadikan cerita pukul 12 tengah malam tu keje GB dah nak siap pun. Cuma tinggal nak print aje. Print A3. 

So pagi tadi walaupun mata masih rabak lagi, GB datang awal. Kul 7 dah terpacak dalam opis. Nak print je tinggal. Oh dengan satu lagi nak buat consultancy quotation. Dan err...satu la gi nak tacap-tacap segala. So GB pun start printing. Satu...satu...satu...elok je keluarnya. Puas hati jugak tengok. 

Masuk yang nombor 4, dia print separuh je. GB dah gelabah. Lepas tu terus printer punya lampu lip lap lip lap anak mami macam otromen dah nak kiok. Buat la macam mana pun, restart la macam mana pun, dia tetap lip lap lip lap jugak.

Untuk makluman printer tu tak pernah buat hal sebelum ni.

Time tu dah pukul 8.30 pagi.

Boss sampai.

GB dah tertekan. Last resort GB terpaksa call kedai printing untuk mintak diorang printkan layout yang selebihnya. Ada lagi 6. Lepas email segala...kedai tu print...Ms Colleague pi kejar amik segala....pukul 9.40 baru bos gerak ke Klang.

Boss dah hangin sebab lambat. GB pun hangin sebab bengang. Semua orang hangin.

Dan printer tu? GB rasa macam nak bakar je. Boleh tak?

.
.
.
.
.

P/S: GB rasa opis tu berantu la...

P/S: Pengajaran sebenar...biar tak balik rumah asalkan keje siap. Tiada kepastian untuk hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Cewah! 

Thursday, November 25, 2010

Perkara yang patut dielakkan menjelang waktu lunch kalau tengah diet

Pisang free. Nampak tak yang berlambak-lambak dalam bakul biru tu? Semua tu free!
(Pasar Tani Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia)


Kalau nak kurus cepat, disarankan supaya kita sama-sama mengelakkan perkara-perkara berikut:
  1. Dengar radio - banyak iklan kentaki dan mekdi akan disiarkan time-time macam ni
  2. Surf facebook - kebanyakan status kawan-kawan menjelang waktu lunch adalah berkisarkan tentang apa yang hendak dimakan. Lalu muncullah pelbagai jenis menu yang mengecurkan liur macam bihun tomyam, char kuey teow, nasi kerabu daging salai, steak dan macam-macam lagi!
  3. YM - kemungkinan ada yang buzz kita semata-mata nak tanya 'ok tak kalau makan pizza lunch ni?'. Huh!
  4. Bukak blog KOG. Heheh!
P/S: Ada tips lain? Share kat sini plis! Tengkiu!

Wednesday, November 24, 2010

Work....

Best friend forever...


.....is for people who don’t know how to fish 

P/S: Char kuey teow, anyone?

Bila GB disangka di’sponsor’

Highway fiesta? Nope. Accident in front.
(North-South Expressway, near Rawang, Selangor, Malaysia)
Kawan-kawan, sedikit cerita lepas geram...

Kenapa bila kita hidup dengan hal sendiri dan tak kacau orang tapi ada jugak orang yang sibuk-sibuk pasal  hal kita? 
.
.
.
.
.

GB ni spesis keje keje keje dan malas nak menyibuk pasal hal orang kalau tak berkenaan, tapi tak sangka la pulak dalam kita hidup aman damai ni ada jugak yang sibuk nak tahu pasal hal kita. Kalau bende baik tu takpe la jugak, ini tidak. Benda yang bukan-bukan.

Tak sangka betul bila kita yang keluar pagi balik malam macam ni pun ada yang nak jadikan isu. Siap korek cerita dengan bunda sebab nak tahu pasal apa GB ni selalu balik lambat? 

Yang kelakar tu takde pulak ditanya GB ni keje apa. Balik-balik yang disebutnya 'selalu sangat balik lambat', 'boleh pakai kereta elok pulak tu' (kete Malaysia je pun...!), dan tambahan, GB ni tak kawin-kawin lagi.. Siap boleh persoalkan pasal GB yang selalu boleh beli barang-barang yang dia jual! (Dia ni meniaga kecil-kecilan juga...). Kalau jiran (ops!) yang baru pindah masuk takpe la jugak, mungkin bertanya sebab nak kenal-kenal. Ini tidak. Jiran lama. Dan untuk makluman dah banyak kali dia tanya benda-benda tu kat bunda GB sampai bunda pun dah naik malas nak melayan. Persoalannya sekarang, kenapa dia tak tanya sendiri kat GB?

Bunda cakap cara dia bertanya tu macam dia saspek GB ni ada buat keje lain kat luar. Atau dalam erti kata lain, di'sponsor'. What??? Yang pening? Bunda lah!
.
.
.

First of all, GB nak tanya sikit (tapi bunda tak bagi sebab takut bertekak) kat jiran yang baik hati tu, GB ni cantik sangat ke sampai ada yang nak sponsor?

Second, kereta GB tu mahal sangat ke sampai perlukan orang sponsor baru boleh pakai?

Third, GB balik malam-malam tu, dia pernah tanya ke GB keje apa? At least GB balik jugak, ada orang yang keje kat firm lain sampai tak balik-balik tu ape citer pulak?

Empat, GB tak kawin. Ada GB menyusahkan dia ke?

Lima, kenapa sibuk pasal hal orang sedangkan dia sendiri ada konflik family yang lebih besar untuk difikir dan diselesaikan daripada menyibuk pasal hal GB?

P/S: Phew...sorry kawan-kawan. Bab ni memang GB emo lebih sebab dah melibatkan perasaan bunda. 

Tuesday, November 23, 2010

Who painted the moon black

Full bright moon, the night before last night
(KUIS, Bangi, Selangor, Malaysia)
By Hayley Westenra

Did you see the shiny moon?
Turned into a black balloon
Just as you walked away from me

Did you see how hard I've tried?
Not to show the pain inside
Just as you walked away from me

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?

It must have been the darkest night
Not even a star in sight
Just as you walked away from me, now

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?

Who painted the moon black?
Just when you passed your love back
Who painted the moon black?
Oh won't you, won't you come back?
Who painted the moon?

Da da da...

Did you see the shiny moon?
Turned into a black balloon
Just as you walked away from me 

P/S: Siapa yang rajin layan LightFm mesti tau lagu ni. ;)

Bulan terang semalam

Bulan sangat terang dan cantik malam tadi. Pungguk mesti suka hati.
(Kg Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia)
Yuna-Dan Sebenarnya
Oh bulan
Enggan melayan diriku lagi
Pabila
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila
Kau bersama yang lain


Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah
Jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku

Oh
Dan sebenarnya
Aku rindu
Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku tak mampu



P/S: Mood menyanyi-nyanyi

Monday, November 22, 2010

Gambar (aje) lagi - dan good luck for SPM!

Berjalan adalah aktiviti santai yang sangat menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga terutama untuk orang yang alergik exercise seperti GB. Disarankan untuk berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari bersamaan lebih kurang 3km. Boleh cuba kot... :)


Selamat menjawab peperiksaan SPM untuk adik-adik tingkatan 5.
 Sementara boleh ni korang jawab buat la betul-betul sebab kalau ditakdirkan kene repeat nanti korang akan rasa menyesal gile! 
Muehehe...!

P/S: Harini sebenarnya banyak benda nak ditulis tapi banyaknya berkisarkan peribadi. Jadi...GB simpan sahaja dalam hard disk.

Sedikit tentang Ahad - Nestle World Walking Day


T-shirt hijau tu GB tak sempat dapat. Dah abis. Sampai lambat, cari parking segala. Huuu~

P/S: Gambar lain GB akan share dari semasa ke semasa.

P/S: Kawan-kawan, nanti GB blogwalk ok.

Saturday, November 20, 2010

Berjalan sambil bermain dengan kamera: Jom esok!

Garden light at dusk
(Location: R&R Bukit Gantang, Plus Highway, Perak, Malaysia)
Esok GB nak gi jalan-jalan dengan adik-adik dan kawan-kawan kat Taman Tasik Titiwangsa. Sempena World Walking Day anjuran Nestle. Boleh dapat t-shirt free dan breakfast pun free. Hihihi.

GB kebetulan memang lebih suka berjalan dari berjoging. Even kalau aktiviti joging hari Ahad GB tu pun biasanya lebih banyak jalan dari berlari. Terasa juga la badan ni buat eksesais walau sekadar berjalan je. Berkilo-kilo meter pun takpe. Tapi jangan lari. Tak sampai 50 meter dah semput macam nak pengsan. Lepas tu komplen badan tak kurus-kurus. Huuu~

Jadi kawan-kawan, jom la besok. Yang mana dah kenal tu tegur-tegur le kalau terserempak. Yang tak kenal tu boleh le sapa nama gadisBunga kat sesapa yang korang saspek, kalau kene kat GB nanti GB menyahut lah. Heheh!

P/S: Cerita punye cerita sampai lupa nak taruk link. Klik sini untuk info. GB iklan free-free je ni. Almaklum, blogger comel-comelan je. Huhuhu~

P/S 2: Hepi wiken semua!

Friday, November 19, 2010

Rapu petang (dah nak malam pun)

Almost sunset viewed from DUKE Highway heading North. Snapped while driving, as usual.
(Location: Selangor, Malaysia)
  • Masa tengah mengulor kat fesbuk, terbaca komen balas seseorang, 'terima kasih bakal kakak iparku'. Tetibe rasa terharu sebab rupa-rupanya GB adalah bakal kakak ipar kepada orang itu tapi jarang sedar diri.
  • Tengah syok bersimpuh atas kerusi sambil balas komen kat fesbuk dan blog, tetibe raba-raba dagu ada jerawat pulak dah. Ceh! Cemana boleh tumbuh pun tak tau la...!
  • Tiba-tiba terasa waktu berjalan dengan sungguh perlahan….
  • Terfikir: Katakan la adik-adik GB semua dah kawen tapi GB sorang yang tak kawen-kawen, tak pasal-pasal adik-adik GB berganda dari 4 menjadik 8 org. Ini kalau ajak sorang pi minum kopi,  yang lain kompem nak ikut jugak. Kopak la GB cemni! Huuuu~
  • 'Works best under stress' - ini ayat keramat uncle Gedek!
  • Tiba-tiba rindu penjejak maya. Mana dia pegi ek?
P/S: Jumaat, biasa la...huuu~


191110: Hari Tandas Sedunia & Hari Lelaki Sedunia

Koi swimming without a single sweat outside my office
(Location: Taman Desa, Kuala Lumpur)
Pagi tadi masa on the way nak ke opis GB dengar pasal bende ni kat radio. Hari Lelaki Sedunia. Dan Hari Tandas Sedunia. Boleh sama tarikh la pulak. Ingatkan boleh la dengar cerita-cerita best pasal lelaki tapi pagi tadi si DJ lebih suka berbincang pasal tandas pula. Mungkin sebab dia pun lelaki juga, jadi buat apa nak cerita pasal diri sendiri kan? Jadi takde sebab GB nak call. Kalau pasal lelaki sudah pasti GB call! Heheh!!

Lelaki dan tandas ni tak sama sebenarnya. Jangan pulak ada yang samakan walau semenyampah manapun kite dengan lelaki mahupun tandas. Sebab sedar atau tidak, kedua-duanya sama penting. Kite hidup kan ke memang saling memerlukan antara satu sama lain...ngeee...

Kalau pasal lelaki, GB tak banyak sangat cerite berbanding dengan orang lain. Cerite biase-biase saje. Ayah GB cool dan sporting, bak kata orang Melayu. Adik-adik GB yang lelaki tu macam biase le. Kadang-kadang ok, kadang-kadang annoying tak hengat! Classmates dan coursemates dulu ramai yang sangat helpful dan ade di antarenye rapat macam adik-beradik sampai ke hari ini. GB sayang kamu semua!

Bekas-bekas blind dates GB yang dah tentu-tentunye lelaki... Ade yang menjadi. Banyaknye yang tak menjadi. Ade yang jumpe sekali je. Ade yang terus jadi member sampai hari ini. Kepade kamu semua, GB nak ucapkan terima kasih. Yang nak kene mintak maaf pun ada ramai juge. Yang penting as long as kite penah kenal, memang GB akan ingat korang sampai bile-bile. Heheh....skandel sakan...! Banyak juge cerita pasal lelaki ni rupanya. Kene la buat part 2 dan seterusnye. Heheh...

Crush-crush lame (ehem!!!) yang selalu bikin GB neves dan berjalan macam ketam setiap kali terserempak kat Sg Pusu dulu, di mane jue kamu-kamu berade, ingatlah kenangan chinte kite. Err...silap. Kite takde kenangan pun sebab tak pernah berchinte pun. Kamu kan crush aje! Huh! Ok le...pape pun GB sentiase mendokan yang terbaik untuk kamu-kamu. 

Kawan-kawan blogger GB yang lelaki termasuk uncle-uncle tak kira dah lama kenal mahupun baru, GB nak bagitau sikit bende ni.... Banyakkk sangat faedahnye berkenalan dengan kamu-kamu semue. Banyak ilmu yang GB dapat. Banyak kate-kate semangat dan komen membine yang dapat GB himpun walaupun kite semua tak pernah bersue (tapi ada yg pernah GB jumpe juge... :D). Jangan pernah berhenti menegur GB ni sebab kadang-kadang kenakalan GB ni perlu dibendung selalu. Girang sungguh rasa hati dapat kawan-kawan blogger macam kamu-kamu semue. 

Ade lagi tak? Rasenye ade lagi lelaki-lelaki yang GB nak cerite ni. Oh ye, kepade kamu yang pernah hampir jadi bakal suami GB, tak tau le nak cakap ape. Nak GB minte maaf ke nak suruh kamu minte maaf? Atau kite patut lupekan saje semue dan teruskan hidup masing-masing menuju ke arah yang berasingan? Ape-apelah ek... 

Kamu-kamu yang pernah ajak GB kawin, sorry sangat. Memang tak dapat le. Dah try cube, tapi tak boleh. Kite kawan aje ek? Hihihi...

Dan lagi satu kepada kamu-kamu yang lain pule. Kasi clear boleh? Terime kasih.

Kepade semua lelaki, GB ucapkan Selamat Hari Lelaki. Searah atau tidak, GB tetap sayang dan hormat dan perlu kamu semue. Terima kasih kerana buat hidup GB lebih bermakne. :D

P/S: Alamak, tak muat pule nak taruk entri pasal tandas. Lelaki memang melalaikan. Hehehe!!!

Thursday, November 18, 2010

Last minute syndrome = pressure = nescafe berbakul-bakul!

String-less shoes
(Sungai Chiling, KKB, Selangor, Malaysia)
Masa belajar dulu, GB memang spesis last minit. Jangan salah sangka dulu..... GB bukan taknak buat keje awal-awal, tapi biasanya masa awal-awal ashaari tu memang idea beku. Taknak keluar walau dipaksa. Biasanya bila dah dekat sangat dengan dateline baru la idea datang mencurah-curah....itu yang buat sampai tak tidur seminggu...!

Sekarang ni dah keje, pun sama jugak. La ni GB ada satu projek besau yang dateline untuk proposal nya adalah besok. Tapi idea taknak datang sampai la dah petang-petang  macam ni baru nak datang. Tension tau tension! Sebab bende ni dah lama patut kene buat tapi idea takmau keluar. Geramnye GB!

P/S: Masa studi dulu GB pernah survive dengan 3 peket nescafe hijau untuk bertahan tak tidur semalaman selama seminggu berturut-turut. Dan akibatnya lepas tu hampir black out dan disahkan dokter kampus sebagai 'penghidap darah tinggi'. Tapi sekarang dah ok...yeay! 

HOT and AG and GB

She is feeling the man-made nature. How sweet....
(Location: Shah Alam Lake Garden, Shah Alam, Selangor, Malaysia)
Pagi tadi AG penyampai Hot FM tu bukak topik hot chat pasal tempat dan kenangan.
.
.
.
.
.
GB sangat teringin nak share tentang cerita GB.
.
.
.
.
.
Jadi GB pun call. :)

P/S: Siapa yang dapat teka which caller was GB, GB bagi hadiah. :)

Tuesday, November 16, 2010

Syahdu sekuntum bunge...

Old is gold
(Location: Bukit Ubi, Kuantan, Pahang, Malaysia)
Petang menjelang Hari Raya Aidiladha...

Sambil bersimpuh atas kerusi di opis yang sejuk dan sunyi dengan bunyi radio kedengaran sayup-sayup, GB terfikir...
  • Ada rendang yang perlu dimasak
  • Ada ketupat yang perlu dianyam
  • Ada ayam yang perlu disiang
  • Ada kek yang perlu dikukus/dibakar
  • Ada baju yang perlu diseterike
  • Ada mask yang perlu dipakai
  • Ada scrub yang perlu disapu
  • Ada kuku yang perlu dimanicure
Untuk itu, GB tinggalkan opis untuk satu hari. Satu hari aje...terasa syahdunya...huuuu~

P/S: Untuk kawan-kawan semue, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Jangan le cuti lame-lame sangat, nanti GB rindu. Huuuu~

Monday, November 15, 2010

Kalau dulu... tapi sekarang...(perkembangan IT dari seorang yang buta IT)

100 years old (or more) staircase  in front of my friend's house
(Location: Bukit Ubi, Kuantan, Pahang, Malaysia)

Kalau dulu...
  1. Disket Floppy disk- Senang dibawak ke sana sini. Harga sekeping disket RM1.40 kalau tak silap. Satu disket boleh simpan lebih kurang 1MB data je (kalau tak silap la....). Tapi ok je sebab zaman dulu ape format sangat pun yang nak di save kalau bukan balik-balik doc format...
  2. Zip disk - Boleh simpan lebih sikit (banyak rasanya) berbanding disket. GB tak pernah ada zip disk sendiri sebab memang dah spesis buta IT. Untuk itu GB tak pasti berapa banyak data yang boleh disimpan dalam ni. Harganya pun tak tau jugak... (mintak tolong sesiapa bagitau ek...tengkiu..)
  3. CD- Agak bergaya berbanding disket dan zip disk sebab nipis. Dulu kalau beli siap ada casing sebab nak bagi nampak cool. Submit assignment pun rasa confiden boleh dapat A (kot... :p).  Boleh simpan around 600MB data. Tapi satu je la, CD ni lepas save dah tak boleh edit-edit dah melainkan CDRW yang harganya mahal sikit (aje) berbanding CDR.
  4. Thumb drive - hot stuff,  sangat portable, boleh disimpan dalam poket jeans dan nampak lebih cool digantung di leher berbanding dengan CD (yang pasti akan kelihatan hodoh kalau digantung serupa itu).  Saiznya lebih gemuk daripada ibu jari GB. Mula-mula dulu harganya dalam RM100 lebih untuk 64MB. Mahal tak ingat! Tapi tetap rasa berbaloi sebab banyak juga yang boleh disimpan (15 lagu mp3 tu dah kire puas hati dah time tu.... :p) berbanding disket dan lebih user friendly berbanding CD.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi sekarang....
  1. Pen drive - Bagi pemilik-pemilik asal thumb drive mesti dah rasa segan dengan saiznya yang gedabak. Terutama kalau terpaksa dicucuk bersebelahan dengan pen drive yang jauh lebih kurus dan langsing. Terpaksa berebut USB port dengan orang lain sebab kalau thumb drive tu yang dicucuk alamatnya pen drive pen-drive lain terpaksa le ke tepi sebab tak muat. Saiz penyimpanan datanya jauh lebih besar dengan harga yang jauh lebih murah dan saiz bodi yang jauh lebih slim. Pen drive pertama GB berharga RM40 untuk saiz 1GB. Tapi sekarang GB dah ada pen drive 8GB. Free pulak tu.  
  2. Blue tooth - ini lagi canggih. Transfer file secara wireless. Senang dan pantas untuk fail-fail berunsurkan hiburan. Tapi jangan jadi macam bos GB ye. Dia transfer fail pakai bluetooth lepas tu gi toilet dengan harapan fail tu akan habis ditransferkan ke komputer GB lepas dia dah habis urusan nanti. Huh! 
P/S: Sekarang ni GB nak beli pen drive baru sebab yang 8GB tu dah korup. Mongok betul!

Saturday, November 13, 2010

Tak payah baca

Embun memberat di hujung daun pakis tanduk rusa (Platycerium coronarium)
Taman Desa, Kuala Lumpur

Tengok je ye.

Salam Sabtu

=)

P/S: Gambar ni sedang bercakap. Boleh dengar tak?

Friday, November 12, 2010

Korang nak tau tak?

Souvenir from Vietnam. She supposed to have some hair, but  I accidentally pulled them out. Sorry dear.


Dulu kalau wiken GB selalu gi jalan-jalan dengan member. Shoping bagai. Jangan kata wiken la...lepas abis opis pun selalu gak jalan-jalan window soping. Almaklum...dulu opis belakang Jusco je. Hari-hari pegi. Tak penah ketinggalan baju-baju terbaru kat Jusco. Kasut-kasut yang latest kat Vinci. Beg-beg tangan yang hot-hot.

Movie pun tengok jugak la walau jarang-jarang.

Pastu kan, kalau emo-emo ke selalu la kitorang bercerita meluah perasaan bagai. Kadang sampai 2-3 pagi. Selalunya pasal lelaki lah (heheh), family, tempat keje, bos, sale sana sini, mekap ke, movie...pendek kata semua bende boleh jadi modal lah! Memang syok bercerita sampai tak rasa mengantuk pun. Kalau tengah tak emo pun selalu bercerita gak...sebab tu dalam hati ni takde la banyak sangat menyimpan perasaan kecuali hal-hal yang terpaksa dirahsiakan je (tu pun terlepas jugak kadang-kadang....!)
.
.
.
.
.

Tapi sekarang….dah takde dah aktiviti cenggitu. Keje...sampai malam. Sabtu pun keje, kadang-kadang sampai malam jugak. Kalau tak keje, duk umah.

Tengok kasut, alahai…dah longgar. Nak kene beli baru dah. Tengok beg, ish..dah lama tak bertukar. Asyik belasah beg tu je. Kasut kerok tipu yang cadang nak beli tu pun tak beli-beli lagi. Kadang-kadang moisturizer habis nak dekat seminggu pun tak sempat nak beli. Bedal mak punye…

Nak jugak pegi Jusco nak tengok baju baru. Kasut baru. Beg baru. Tak pun uptown, kot-kot dapat kerok tipu. Tapi takde member la pulak...

Sekarang ni kalau ada rasa-rasa sebak menyebak dalam hati, dah tak tau nak cerita kat sapa. Memang la ada kawan juga tempat bercerita tapi tak sama. Sebab kat YM je. Tak pun sms. Kalau tak tahan sangat telepon. Tapi tak sama dengan sesi meluah perasaan secara face to face ni.

Sebabnya kan......
.
.
.
.
.

Sebab member-member GB ramai sangat yang dah kawen. Yang belum kawen ni pun dah nak kawen bulan depan. Abis tinggal GB sorang-sorang. GB bosan tau...

Bosan..... :(

P/S: Asal ceritanya terfikir nak shopping kasut baru je, alih-alih jadi entri panjang lebar pulak. Eheheh fomfuan….

Fitrah Kita

Be good because He is Watching us
(Jalan Sungai Buluh, near Subang Perdana, Shah Alam, Selangor, Malaysia)

Salam Jumaat.
=)

P/S: Kawan-kawan, best-best la entri hari ni! :)

Thursday, November 11, 2010

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Life
(Office front deck, Taman Desa, Kuala Lumpur)


Duit kalau disimpan sikit-sikit, sampai time nanti kite yang senang. :D
.
.
.
.
.

Keje kalau disimpan sikit-sikit, sampai time nanti kite yang susah. >B

Jadi, jangan bertangguh!

P/S: Takkan lari blog dikejar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...