Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Pangkor & Taiping. :D
Entry tertunggak 2: Langkawi
Entry tertunggak 3: Kelantan

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Wednesday, September 29, 2010

Teman-teman tidur gadisBunga

One of my favourite novel
Bila malam dah lewat agak-agak dalam pukul 11 lebih macam tu GB akan siap-siap nak berkuak meniarap atas katil. Tapi bukan sorang-sorang tau. Ada teman okeh.... bertukar-tukar pasangan ooooo. Tengok la mood malam tu macam mana. Hihihi....

Kalau mood tengah agak-agak jiwang nak meluahkan perasaan, netbook akan jadi teman. Taip-taip la apa yang patut...draft blog ke...buat list jejaka idaman ke...buat list jawapan pedas untuk soalan 'bila ko nak kawen' ke...atau kadang-kadang taip apa yang nak dibuat kat ofis besoknye.... Isk!

Tapi kalau mood tengah nak berangan...bukak novel seketul. Tapi no Ahadiat-ahadiat Akasyah ye (takde maksud apa-apa ok...)... Novel yang best (bagi GB lah) GB boleh ulang baca berkali-kali...so takde masalah kene beli novel baru ke apa kan? Tapi kadang-kadang page yang sama GB ulang baca sampai 4-5 kali sebab dah mamai...

Tapi biasanya end up GB pun tak sedar apa ayat last yg GB taip atau baca sebab sedar-sedar je dah Subuh....Isk!

P/S: Sementara belum kawen ni....sebab kalau dah kawen nanti agak-agak boleh lagi ke GB buat lagi aktiviti-aktiviti faveret ni? Hm...wink wink!

GB Dapat Bunga!

Plumeria rubra - beautiful, fragrant, normally planted to create sense of Balinese feeling to any gardens
Semalam, GB dapat bunga!!! Yeay!

Dari en_me. Beliau sangat baik! Walaupun jauh kat sana, beliau bagi bunga kat GB. Ros pink yang saaangat cantik! 

Tapi bukan la betul-betul. Bunga maya karin je. 

Nak tengok? Klik sini ye. Tengok aje dah boleh terbau wanginye. Hihihi....!

P/S: Maafkan GB. Ni la perangai orang yang dah lama tak dapat bunga...Wuwuwu...!

Tuesday, September 28, 2010

Mari Lihat Benda Hijau

Salvinia auriculata - attractive water plant, breathing happily outside my office
Dah dah la tu...

Lepas seharian bekerja mengadap komputer bertungkus lumus macam lipas kudung sampai bersenteng lengan berblog bekerja...apa kata ambil sedikit je masa untuk melihat keindahan alam. GB senang, keluar je opis segala macam makhluk hijau dan tak hijau boleh GB belek. Kalau ye pun tak hilang stress keje, kurang-kurang boleh penyet-penyet daun kat luar opis tu.

Kawan-kawan pulak tak payah la sampai ke opis GB kalau nak penyet-penyetkan daun. Tepi jalan pun banyak. Tak pun tanam sepasu kecik money plant (Scindapsus aureus)  supaya korang boleh bertukar-tukar udara. Ahhhh nyaman....! Tak susah pun nak dapat. Merata-rata tempat ada. Pandai-pandai la korang kalau nak dapat free. Hihihi...

P/S: Penyet je ok, jangan makan. Cemana-cemana pun takkan jadi ayam penyet punye. Okeh!

Bandar Utama, Jusco & Vincci

Bandar Utama, Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Ini kisah rekaan tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah tidak hidup

Kes 1:
A: Saya tunggu awak kat mekdi Bandar Utama ye
B: Ok, sampai dalam 20 minit. LDP jem macam biasa. Tunggu kejap okeh!

Kes 2:
A: Hang kat mana? Aku dah lama tunggu hang kat Bandaq Utama ni!
B: Sat lagi aku sampai la. Dah dekat Hospital Sungai Petani dah pun...hang tuuu....kalut ngat aih!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini kisah benar

Member: Beb, aku dah sampai depan Vincci
GB: Aku pun. Dah duduk tercongok depan Vincci ni. Mana nya engkau?
Member: Hah? Aku tak nampak ko pun. Ko pakai baju apa? Takkan ko dah slim sangat sampai tengok pun tak kenal? 
(Ciskek!)
GB: Ko kat entrance mana? Dalam ke luar?
Member: Dalam. Ko?
GB: Aku pun dalam...

************** (ini proses pemikiran GB sedang berjalan)

GB: Oke la...ko kat Jusco mana?
Member: Alpha Angle. 
GB: Laaaa!!!! Aku dah cakap tadi Jusco Maluri kan....???

P/S: Sudahnya kitorang tak berjumpa. Padan muka. Lunch hour sejam saja maaa....

Monday, September 27, 2010

Cerita Syawal 5 - Bila GB Pakai Baju Kurung di Syawal 1431H

Picture snapped at Pakcik S's house. In fact this is not the one that i wanted to snap. :D
Ahad lepas, GB kena bawak bunda dan ayahanda ke rumah kawan mereka yang ditimpa kemalangan sampai patah riuk kena masuk besi segala kat Cheras. Puncanya ayahanda GB tak tau jalan nak ke sana. Dan sebagai kaki rayap, GB jugak la yang kena jadi GPS mereka…

So GB pun bersiap. Biasalah anak dara, kalau bersiap memang lama. Tapi zaman makeup tak ingat dunia dah lama berlalu bagi GB. Sekarang lebih au naturel dan ala kadar sahaja sebab nanti bila ayahanda dah jeling-jeling jam kat tangan, mascara waterproof pun boleh jadi air mata. Hihi…

Cuma yang tak tahan tu bila ada suara-suara sumbang di belakang GB. Adinda-adinda GB yang macam bawang merah dan bawang putih tu sungguh-sungguh pelik sebab tengok GB pakai baju kurung hari tu… Puncanya…GB memang susah nak pakai baju kurung kalau nak berjalan-jalan ni.

Bunda GB pun sambil lalu-lalu di belakang sengaja menghangatkan isu baju kurung GB ni…katanya, ‘Hu, kalau bukan sebab nak pegi rumah pakcik S ini jangan harap la dia nak pakai baju kurung.’ Isk!

Meh GB terangkan kenapa GB pakai baju kurung bila berkunjung ke rumah pakcik S ni. Pakcik S ni sebenarnya orangnya alim tapi selamber. Dia jadi imam kat kawasan perumahan tempat dia tinggal. Isterinya pun alim juga. Soft spoken dan sangat la malu kalau GB tak bertatasusila depan mereka. Ehem…dan satu lagi, ehem... anak teruna mereka yang seorang itu is sooooo ensem I tell you….hihihiks!

P/S: Alahai langkah kanan…anak pakcik S yang ensem tu kebetulan ada di rumah sewaktu kitorang bertandang. Eeee suker, tapi kene cover weh!!!

Saturday, September 25, 2010

Apologize Letter to IntenseDebate Users

(On the way to Teluk Intan)
If only life is all about traveling and seeing new places and meeting new people
but money still coming in every month, i'll be the happiest person in the world!

Ke hadapan tuan hamba DrHanie , tuan hamba cikLyndaWawa, and tuan hamba LynnHamzah,

Maaf banyak-banyak kerana hamba jarang benar dapat komen dekat blog-blog tuan hamba sekalian. Bukan hamba tidak baca, hamba baca. Bukan hamba tidak mahu komen, hamba mahu sangat-sangat mengomen entri-entri tuan hamba berduatiga. Masalahnya, ada masalahnya.....

Masalahnya, dengan adanya IntenseDebate makanya komen-komen hamba seperti tersangkut di tengah-tengah.Dan tiba-tiba 'hang' begitu saja. Biasanya lama juga hamba tunggu, refresh, tutup balik, pastu bukak balik, tapi sama juga. Kadang-kadang kotak komen langsung tidak keluar, seakan-akan tidak membenarkan hamba meluahkan isi hati hamba di blog tuan hamba berduatiga.

Sebagai bekas pengguna IntenseDebate yang telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya, IntenseDebate nampaknya seperti berdendam lantas membenci hamba. Apakah itu sebabnya? Katakan! Katakan!

Hamba mahu salahkan Streamyx di tempat hamba, kerana telah mengurangkan hubungan komunikasi di antara kita. Hamba sedih okeh! Sekrang, hamba mahu marah Streamyx dan IntenseDebate, boleh?

P/S: Surat ini juga sesuai ditujukan kepada pengguna IntenseDebate yang lain. Sila tukar nama bila membacanya ya.

Yang Sedih, Ikhlas, Tulus,

100th Entry - Thanks to all for the support

Conservation is one way to let our future children love their heritage
(picture snapped at Bidor, Perak, Malaysia) 


Tapi sekarang? No jiwang-jiwang lagi. Yeay!

Semuanya kerana kawan-kawan blog sekalian! Sayang kamu-kamu semua!

Mwah mwah mwah!!!

P/S: Tak pernah sangka boleh berkawan baik dengan member-member blog. Terima kaseh sayang-sayangku!

PS2: Nanti GB start blogwalking balik okeh. Baru lepas handle client gatai. Aduh!


Friday, September 24, 2010

Entryless

Captionless

P/S: PS-less (I'll be away for a long moment. See you guys then. Daa....)

Thursday, September 23, 2010

Part time job zaman dulu - Part 1

Hot cappuccino and a slice of cake on a non-diet afternoon. :D

Harini GB terbaca entry Amni pasal cerita part time jobnya.

Terus teringat cerita pasal GB pulak.....

Dulu masa sem 3 year berapa ntah GB penah buat part time kat Jusco Alpha Angle. Alang-alang amik sem 3 tapi kelas tak banyak, so buat la part time. Ok juga. Dapat income sikit. Tak payah nak nyusahkan mak ayah untuk sem tu. Balance-balance tu boleh pakai untuk tanggung kos projek untuk sem berikutnya sebab biasanya PTPTPU GB masuk paling lambat…

Kat situ GB keje dok kat service counter je. Keje senang. Kalau shift pagi GB akan on semua suis yang berkaitan. Kalau ada call in GB angkat. Kalau orang tanya direction GB bagitau. Kalau org nak bayar tiket parking, GB buatkan. Kalau ada anak hilang, GB buat announcement. Kalau ada kete blocking, GB announce juga. Dan kalau Jusco tu ada buat event apa-apa, GB akan pusing satu complex untuk bagi flyers kat shop tenants.

Tapi kalau weekend penat jugak la…sebab orang ramai. Ada yang mengadu gate exit takleh bukak la..yang mengadu anak hilang, mengadu hilang henpon, wallet…segala lah! Ada jugak yang mengadu spek hitam mahal dia jatuh dalam lobang toilet lepas tu boleh pulak paksa-paksa makcik cleaner ‘korek’ sampai dapat. Banyak cantik muke kau! 

Untuk kes-kes yang macam tu GB terpaksa cakap, ‘Maaf, kalau macam tu kite boleh tolong kalau glasses tu still belum di’flushed’ habis. Tapi kalau dah takde dalam lobang tu, kami tak dapat buat apa-apa, maaf ye.’ 

Sambil senyum. 

Tapi biasanya tak dibalas dengan senyuman pun. Sebaliknya caci makian yang GB dan makcik-makcik cleaner dapat. 

Biasanya ayat yang dia cakap camni, ‘Eh spek I tu harga 4 ratus tau!’. 

Tapi GB pedulik apa? Dia yang silap kan? Ingat makcik-makcik cleaner kat Jusco ni keje nak mengadap lobang toilet je ke?

to be continued...

P/S: Masalahnye kalau dah dikorek balik pun 'lalu' lagi ke nak pakai? Yeckkk!

Wednesday, September 22, 2010

Sambil termenung

KLCC, snapped on 2005 using my already dead old camera.
I'd love to see these towers from afar but to get into them....I'd prefer not.
(Don't ask why :D)

Sambil termenung....GB nak ucapkan.....


Selamat hari Rabu!

Selamat bekerja! 

Selamat bermeeting! 

Selamat kena hentam dalam meeting! 

Selamat segalanya!

P/S: Ini efek meeting GB semalam. Puan Besfren tau ceriter....huhuhu~

Tuesday, September 21, 2010

Stereng

I love the wheel.  This is one of the reason why I kinda fall in love with this car.
Dulu, GB penah bergaduh bertekak dengan sorang member ni sebab darling Purple GB yang sorang tu lah. GB nak kat si Purple, tapi member suruh amik Cik CT. Dia bagi macam-macam sebab. GB dengar je tapi lepas tu keluar ikut dua-dua belah telinga. Hihi.

Tapi sebab taknak kalah...GB argue lagi dengan member. Sampai satu point member tanya,'Apasal ko suke sangat si purple tu?'

GB jawab, 'Aku suka stereng dia!'. Member? Sigh...mesti dalam hati dia fikir...'Dah memang spesis degil!'

P/S: Audio button kat stereng tu dah gila sikit tapi tak sempat nak anta kat woksyop mintak betulkan. Sayang dia!

 

Monday, September 20, 2010

Apa nama virus ni? Malware bin apa?

Aquarium at Summit Hotel

GB kaki bangku sikit bab-bab IT ni. Tapi GB tau blog ni dah kene infected dengan virus ke malware apa ntah. Kononnya dari blog Yunus Badawi. Tapi tak tau cemana nak buat. Nanti lah GB godek-godek. Kalau ada yang rasa boleh bagi solution baekkk punya, GB alu-alukan sangat. Nanti GB belanja aiskrim ye. :D

P/S: Benda ni lebih kurang macam tag 'Do Not Disturb' yang sangkut kat depan pintu tu kan? Nanti orang pun tak ketuk...terus balik cenggitu je. Sob sob!

Sunday, September 19, 2010

Cerita weekend 1 - Planning bab kawen???

Proposed wedding site for GB adik GB, Kedah.
Visible roof is older part of Makngah's house.
At the back is greening paddy field with Gunung Jerai background.
Pagi Sabtu masa tengah breakfast french toast with baked beans dengan bunda GB, kitorang berborak la pasal planning majlis kawen adik GB yang nombor 3 itu. Tempatnya dah ada, Makngah GB offer rumah dia untuk dibuat kenduri. Ada scenery sawah padi berlatarkan Gunung Jerai (lihat gambar ye kengkawan...). Keless...GB memang suka! Tapi tak sure pulak time tu padinya hijau atau kuning. Kalau hijau GB lebih suka!

Lepas tu cerita-cerita lagi. GB cakap kat bunda, nanti kawen GB taknak buat wedding macam biasa-biasa ni. No hantaran-hantaran. Menyemak. Bekas-bekas hantaran masa adik GB bertunang dulu penuh kat dalam rumah tapi nak recycle tak reti macam mana. Dah la haritu pihak perempuan balas 22 dulang, pihak kitorang cuma bagi 7 dulang je. Ha, tak ke penuh rumah dibuatnya?

GB nanti taknak hantaran yang berdulang-dulang tuh. Cukup sekadar maskahwin dan hadiah senaskah al-Quran dan set telekung. Lepas tu kenduri. No bersanding-bersanding. No pelamin-pelamin. GB lebih suka buat santai-santai so kitorang (ehem!) boleh strolling around dan beramah mesra secara lebih rapat dengan tetamu yang hadir. Lagipun lagi jimat ape kan???

Baju kawen dah ada design nye. GB design sendiri. Cantik? Mesti la...baju kawen maaa....tapi takde le songket-songket segala ni ye. Huhuhu....

Tengah-tengah syok bercerita, tetibe bunda GB menyampuk. 'Eiiii...sape yang nak kawen sebenaqnya ni ha???'

P/S: Oopss...terlebih sudehhh! Hihii!

Saturday, September 18, 2010

Cerita Syawal 4 - Apa plan minggu kedua Syawal 1431H?

6am, Petronas  MRR2. Looks comfy, but he should be extra careful.
(I don't know who's the guy anyway. I just snapped. :D)
Harini ingat nak bertandang ke rumah member lama kat Rawang. Esok pulak ke Teluk Intan, bertandang ke rumah family bakal mertua adik GB yang nombor 3. Dia lelaki ok. Orang kata dia langkah bendul, tapi GB kisah ke langkah bendul ke bumbung ke? Lepas tu kalau larat ingat nak lajak ke Taiping pulak. Ke rumah family bestfriend GB yang dah lama tak berjumpa semenjak Puan Bestfriend itu kawen dan baru-baru ni bersalin baby girl pulak.

Kawan-kawan pulak pe cer? Ada ke yang buat open house? Atau ada yang nak bertunang? Atau ada yang nak bernikah? 

P/S: Pape pun, drive safely okeh!

Friday, September 17, 2010

Entry nak bagi dia jeles: Fairlady dah dapat, kuncinye je belum. Ngeee....

Wanita yang adil/berkulit cerah? Anda pilih
Sejak kes panas pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya sekarang, nampaknya peguam semakin ditakuti. Ramai mak ayah tak bagi anak-anak jadi peguam nampaknya lepas ni. Nasib baik GB pun tak jadi peguam. Dan nasib baik juga GB tak berchenta dengan peguam. Kalau tak kompem diarahkan putus!

P/S: Habis nak jadi apa? Jadi dokter macam DrSinga yang gemorkan ferledi tu ke? :D


Backdated Entry: Patience Pays (Entry mengarut, but thanks a lot for reading! :D)

No Caption. Motif? 
I wrote this at JPJ Petaling Jaya on 8th of September 2010.

I was in JPJ Petaling Jaya last Wednesday to renew my license after it expired a few months ago (evil kan?). The branch is not really far from my office but I was so packed that I can’t escape even for a while to renew it. Unexpectedly, I had a problem finding the place even after google map it and luckily after a few surf through the same route, I managed to find it by accidentally entered a ticketed parking area at Hotel Singgahsana, got in and made a u-turn back, and a nice  gentleman (who asked my ticket fast so that I don’t have pay the RM3.50 per entry fee) at the ticket fee collector house finally gave me the direction to get to JPJ office.

Once I got there, a man who called himself a ‘runner’ offered to renew my license but with some additional charges of course. He said that the queue inside was too long so if it was ok for me, he could help me to make it faster. But I refused since hey, I can’t simply trust anyone just like that nowadays right?

Ok, I got my number. My number was 1631. And at that moment holder number 1509 was being entertained. Gosh that was a long queue!

But I just entered and had a seat. The wait was not really agonizing with my netbook  together with me. But no wireless signals detected around here. Hence, I wrote this. A long something for me to write. Finally. In the midst of so many people around. Air-conditioned. Seated. But the guy beside me was coughing and producing oh-so-yucky sounds all the time, he made me sick!

Gosh…how I missed my camera right now once number 1556 was being displayed.

Sitting with so many different people around made me feel weird. I can hardly find any girls here. There was a man somewhere in front of me kept on looking back to where I sat and that made me felt funny. Another guy in dark blue shirt, black pants and black shoes were sitting somewhere next to me on my right side with his black netbook on too. And he is kinda cute I guess, hahah!

No no...his gadget is not a netbook. It’s a laptop. A black one.

Ok, enough about him.

The waiting scene seems not really long as the numbers quickly passed, perhaps because many of the number holder might had left the office. And after almost 25 minutes of waiting, the number now was 1580. Nice!

Oh man..the guy with the black lappy was looking at something with Keadilan flag on. Err, is he an opposition party’s member? Oh, his phone is ringing now. Haha. I guess this is how a spy feels when they are on a secret mission.

The netbook detected a wireless signal from Hilton Hotel but it was not connecting. It’s ok. Not many will be on facebook at that moment. And on blogs too. Owh, talking about blog, I guess the flow of active bloggers will be slowed down a bit due to this coming longggg holiday. Since I’m gonna be on limited internet access too, I can foresee that my own blogging activity will become even slower. Errr…do I need a Blackberry now? Hahaha no I don’t think so. I was already on Blackberry shopping before ended up with….ergh!!! Will this guy who sit next to my left side stop shaking his body? I am absolutely disturbed!

1590

40 to go. Wow, that can be considered fast. I guess a runner might charge me quite …owh, his turn! Yeay he’s gone!!!! No more shaky legs next to my seat and I can write as much as I want now. Hahah!!!

Ok, let me tell something about JPJ Petaling Jaya. I knew I saw it from outside the fence after I passed the LRT station but I couldn’t find any entrance. That made me went insane! Until the moment where I accidentally entered Hotel Singgahsana parking and nearly paid RM3.50 (or RM2.50? Sorry I couldn't remember) for a stupidly indicated signage, then only I got the right direction to this office.

Ok, frankly, from the outside this building looked awfully old, not really well maintained, and I almost thought that  this building was unoccupied. And the entrance? More than 1 kilometre from the back of the building.

1600

Can you believe it? But never mind. I am already here (gosh I hate it when I have to switch my grammar usage in between writings. It’s ok, I’ll give it a review then but hey, I know what I am doing ok. It happened when I thought that I want to make it a past story to be published  later but now I think this story might look more interesting if it is being told as a present tense.)

25 to go. Within 40 minutes. Isn’t it great? I guess, patience really pays. I’m thinking that perhaps the fastest that runner can get back to me is within half an hour with perhaps 30% of extra charge. But now, I just sit, wait, open my laptop in an air-conditioned room, have the opportunity to write very long and will have my renewed license done within a few more minutes. Then I can travel around in peace!

Owh, I still have biskut raya to deliver. I delivered to Arin and Fazzi last night. Alhamdulillah the mission is almost completed.

Gosh it’s freezing now. Perhaps rain is falling down heavily outside, who knows. Ok, gtg. The number now is 1623 and it’s moving fast. Daa!!

Wednesday, September 15, 2010

Cerita Syawal 3 - Apa yang tak best tentang Syawal 1431H?

Original items planned to be bought were just those two big bottles of  mineral water...
but ended up buying that boxed-up stuff too
(and please note that this pic is snapped using the freshly impulse-bought camera)...
that's what I call groceries shopping. :D  
  1. Jammed kat highway - bayangkan GB sangkut dalam jam nak dekat-dekat 9 jam! Kematu okeh! (biasanya SP-KL dalam 4 jam lebih je...huuu~)
  2. Makan banyak...kat semua rumah (boleh bikin gemuk ok!) - singgah la rumah sape pun, semua angkat air, ketupat rendang, dodol, biskut raya, kek. Itu belum termasuk yang ajak makan nasi tuh!
  3. Jerawat!!! - banyak faktor. Antaranya stress sebab jem, pastu sebab makanan yang berminyak-minyak dan berlemak-lemak, pastu sebab cuaca kat SP yang panas lain macam maka membuatkan kulit muka GB jadi berminyak dan tersumbat, dan lastly, sebab kurang minum air kosong (sebab tu la terus borong 2 botol besar kat Tesco!)
  4. Ape lagi ek? - (lepas ni mesti ada point lagi. setakat yang ada ni bacalah dulu ye. terima ksih. :D)
  5. Ha dah ingat! Tak boleh wish happy birthday (15/9) kat another crush (wey berapa banyak crush daaa....!) - Dulu tiap-tiap tahun wish birthday kat dia. Tapi lepas grad terus tak de dah aktiviti tu. Wuwuwu~~~
P/S: Nak wish kat sini boleh? Happy birthday FF yang terbang di awan biru itu! Wink!

Tuesday, September 14, 2010

Cerita Syawal 2 - Apa yang best tentang Syawal 1431H?

Jacob's Walk of Life at FRIM Kepong - Months ago (should be organized after raya i guess...) 
  1. Balik kampung - walau sangkut kat jem, tapi boleh usha-usha mamat-mamat kat kereta sebelah-menyebelah sebab nak race kompem la tak boleh....jem ok!
  2. Tidur di rumah kat Taman Desa Aman tu semula - sejak disewakan, jarang benar dapat jejak kaki ke rumah yang banyak betul nostalgia especially masa belajar kat UIA dulu...nasib baik raya kali penyewa sebelum tu dah pindah ke Negeri Sembilan...jadi dapatlah GB tidur balik kat bilik GB yang bersiling tinggi itu...wuwuwu~ kalaulah dapat kerja dengan gaji yang macam kat KL ni tapi kat Sungai Petani...memang GB akan tinggal kat rumah tu walau terpaksa duduk sorang-sorang...hihi~
  3. Jumpa saudara-mara dan kawan-kawan lama - semua cakap GB dah kurus dan lawa! Yeay!!!!
  4. Boleh makan banyak-banyak di siang hari - ketupat palas, nasi impit, rendang ayam kampung, you name it!
  5. Melaram dengan baju baru dan tudung warna ceria gila dan mekap dan kasut baru dan henbeg baru tanpa perlu risau orang mengata kita over lalala...
  6. Boleh pegi shopping pakai baju raya tanpa dipandang seperti alien sesat!
P/S: Satu lagi, GB berjaya beli kamera baru. Impulse buy macam biasa. Yeay!!!

Monday, September 13, 2010

Cerita Syawal 1 - Crush lama dah kawen! Sob sob! (Sila baca dalam loghat utagha no...)

Village Mall opposite (old) Tesco at Sg Petani
Salam Aidilfitri kawan-kawan!

Ghaya kali GB balik Sungai Petani. In fact ghaya tahun lepaih pun sama. Walau mak ayah and sefamily GB dok kat KL tapi bila time ghaya, balik Kedah la lagi syok walau kena drive lama gila sebab jem kat highway sebab banyaknya mak-mak menakan dan pak-pak menakan GB yang happening dok kat sana. Sempat pi jalan-jalan ghumah adik beghadik dengan ghumah kawan-kawan lama yang memang ghapat dengan family GB. 

Yang nostalgianya tu bila lalu kat depan ghumah crush lama GB. Lama dah...masa zaman tuisyen nak dekat SPM dulu lagi. Dia skolah lain, GB skolah lain...jumpak time tuisyen ja...pandang-pandang senyum-senyum...padahai time tu  ghumah dekat-dekat ja pun...tapi sebab segan tu yang kontrol tak bagi nampak sangat tu...heheh...

Terpikiaq jugak nak jumpak dia balik tanya habaq segala, tapi segan. Isk! Sebab last dengaq pasai dia pun 11 taun dulu. Time tu ayah GB ada habaq kata dia ada bagi nombor tepon suh pas kat GB tapi ayah pi bagi hilang pulak dahhh atau ayah GB yang sengaja hilangkan?....huuuu~ GB pulak tak beghani nak call-call ghumah dia sebab mak dia gaghang macam mak GB jugak

Tapi semalam...GB dapat tau dia dah kawen... Isk! Kecewa? Tak sangat ego gila GB nih! sebab dia crush saja tapi mengenangkan nombor tepon dia yang ayah GB hilangkan tu...kecewa la jugak. Heheheh...(evil laugh)

P/S: Kesimpulan untuk dighi sendighi.... hang toksah nak mengada-ngada la GB. Lepaih 11 taun baghu nak tanya??? Hihihi...blushed...!

Tuesday, September 7, 2010

Selingan 3 - Sempena raya, cuti memblog sampai rabu depan

Bungalow at Sultan Abdul Aziz Shah Golf Club, under construction
Mood: Serius nak balik rumah, raya dah dekat weh!!!

Dah. Malas nak membebel panjang-panjang lagi. Hati GB dah takde kat ofis. Sambung keje lepas raya boleh tak?

Bosan....blogwalking jap...owh, baru jumpe tips best pasal cara-cara pemakanan yang betul masa raya nanti supaya tak terbabas kat sinun.

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua. Berhati-hati di jalan raya :)



Selingan 2 - Main Kejar-kejar Dalam Ofis, Tebiat!

Tunggu masa untuk di'manicured'

Orang lain dah cuti. Dah balik kampung. Dah beli baju raya. Kasut raya. Tinted raya. Tayar raya. 

Tapi GB?

GB masih dikejar boss sebab dia nak harga irrigation pipes. GB masih kene kejar supplier yang sebenarnya untuk bagi quotation irrigation pipes. Kene call Mr Chia untuk minta quotation. Kene kejar siti-situ-sana-sini sebab fax mesin kat section luar opis GB. 

Berikut adalah perbualan telefon sebentar tadi.
GB: Can I talk to Mr Chia please?
X : Which Chia? Gumuk ka kurus puniya?
GB: (hu?)

p/s: Dear Boss, sebab you dah bagi GB bonus raya maka GB sanggup cakap dengan Chia gemuk dan Chia kurus. Sekian

Monday, September 6, 2010

Kenapa saya suka blog: Episode 4: Yunus Badawi

Sunset at almost buka puasa time, viewed from Kg Melayu Subang 

Tuan Rumah: Yunus Badawi
Tajuk Blog: Yunus Badawi

Kenapa gadisBunga suka?

Pertama-tama GB nak bagitau, GB baruuuu je kenal dengan tuan YB ni. Tapi dulu selalu jugak pandang-pandang jeling-jeling bila beliau mengomen-ngomen kat blog DrSinga . Masa tu GB nak tegur tapi segan, almaklum beliau tu YB, GB kan blogger bunga yang muda belia…segan la nak tegur-tegur blogger otai macam tuan YB ni. Takut nanti komen-komen GB tak tertimbul pulekk dalam banyak-banyak komen kipas susah mati beliau yang sedia ade.

Tapi last-last ada jugak chance nak kenal dengan blogger otai ni. Kenapa GB kata dia otai? Tengok je lah entry ni, tengah bukak puasa pun boleh update blog. Pergh! Sempoi kan?

Ok, nak tau kenapa beliau ada dalam list GB ni? Sebab YB ni adalah blogger yang prihatin, pemurah, friendly dan rajin menjawab komen-komen dalam entry beliau, kadang-kadang secara panjang lebar. Nampak tak betapa seriusnye tuan YB ni menangani komen-komen di kaunter aduan beliau?

Mungkin sebab tu maka ramai yang suka main chop-chop menjadi pengomen burung awal di setiap entri beliau. Bagi GB itu menarik sebab YB berjaya memainkan peranan untuk menarik perhatian blogger lain dengan cara tersendiri. Dan yang bestnye GB penah menang pertandingan chopp tu...yey! Cuma GB tak pasti pulak kot-kot YB ada buat pertandingan pengomen burung awal terbanyak. Kalau ada pun GB tak pasti apa hadiahnya. Tapi kalau hadiahnya biskut coklet cips yang itu….GB pun nak masuk bertanding!

So tuan YB, macam mana? Nak ke jemput GB dan member-member lain bertandang untuk makan biskut yang banyak coklet cips tu lepas raya nanti? Wink wink!

P/S: Biskut dahlia la! Salah! Semperit la! Bukan....dahlia..... isk!


Friday, September 3, 2010

Kenapa saya suka blog: Episode 3: Drama Mama

Pelangi di langit mendung, edited to per'fake'tion
Tuan Rumah: Baizurah
Tajuk Blog: Drama Mama

Kenapa gadisBunga suka?

Drama Mama yang jelita persis Fazura ni blognye berwarna-warni. Serius! Kalau tak caye tolong lah tengok dan baca entri lepas-lepas. Ehehe…kalerful ai tel yuu….

Pasal big guy nye yang macho, little guy beliau yang kuat makan sampai termuntah dan bermacam-macam ragam lagi tapi sampai sekarang tak boleh lepas dari isap puting. Isk isk isk! Dan jugek pasal hobi beliau mencipta kek yang tak boleh dimakan. Ade jugekkk entri pasal resepi yang selalu buat GB kecur liur menahan tekak yang meminta-minta menu yang sama sebijik macam dalam entri mama yang suka berdrama tu. huhuhu~

Haritu Drama Mama sudeh bikin gabra dekat GB dan member-member blog yang dok folo blog beliau sebab khabarnya di fesbuk beliau sudeh givap memblog. Lepas dipujuk-pujuk beliau tak jadi berenti….phew! Disebabkan mood givap tu beliau ada la buat entri citer seram, tapi lepas dah abis baca ingatkan dapat la tengok rupa antu, rupa-rupanya vinatang berkaki enam (tapi boleh caye ke? Huhuhu) yang punya pasal!! Rasa macam nak hempuk je netbook GB ni. Heheh(amfun..anger management course takde orang nak sponsor huuu~). Tapi sekarang nampak gaya momentum memblog beliau sudah kembali seperti sediakala. GB faham sangat tuh..maklumlah sesama fomfuan….

Apa yang buat GB kagum dengan Drama Mama ni kansebab beliau ni hebat memblog (sampai hasilnye boleh beli kete weyy) sambil jaga anak, masak, buat kek yg tak boleh dimakan tuh, dan buat bende-bende yang sewaktu dengannya sedangkan beliau ni ada kelulusan yang bukan calang-calang ok. Jangan ditanya mana GB tau. GB ada spy seantero Malaya..so tak payahlah plan nak buat buat tembok macam tembok besar China tu sebab last-last GB akan tau juga. Saspen je bunyiknye kannn eheheh.

GB terfikirkalaulah tetibe beliau ada the little girl pulek..mesti bertambah kaler dalam blog beliau. Muehehehe….ops Drama Mama…jangan marah GB..nanti cepat tua. Kawan-kawan sekalian, jom kite berdoa beramai-ramai……amin……! Hahaha!! Dan sembilan bulan kendianada la watak baru dalam blog beliau. Sekian. (miahahaha!!!)

P/S: YB, baja subsidi bila mau sampai? 


Thursday, September 2, 2010

Selingan 1

Papan tanda elektronik di Lebuhraya Persekutuan

Selamat menempuh traffik jam sekejap lagi. :D

Dan selamat berbuka puasa.

P/S: GB macam biasa, beli roti dan kopi saja, just in case. :) 

Kenapa saya suka blog: Episod 2: DrSinga’s Blog

Pokok bunga ros (Rosa spp.) di rumah. Lebat berbunga tapi bunganya kecik.
Ada cara nak gemukkan bunga ros tak? (takde kaitan dengan entri)
Tuan Rumah: DrSinga
Tajuk Blog: DrSinga’s Blog

Kenapa gadisBunga suka?

DrSinga adalah seorang doktor dan ibu yang garang. Macam singa. Bulunya kembang bila naik hantu, yang juga bermaksud bila beliau dapat pegang stereng, tapi bukan ambulans punya ok. Tapi GB tak takut. Malah nampak kelakar dan comel (bab comel, ini seriussss). Tambahan pulak baru-baru ni baru GB tau dia baru (eh berapa banyak baru daaaa) first time tengok ladybird live depan mata. Ahahahaha!!!! (amfun doc…..!!!)

DrSinga ni suke bercerita. Lain dari dokter lain yang GB kenal. Dokter lain diam-diam ubi berisi dan ala-ala kontrol ayu mahupun hensem gitu. Macam kazen GB yang dokter itu jugekk. Memang la hensem tapi mak aii…mulut tuh macam simpan sekilo emas. Nak dengar dia sebut ‘eh’ pun susah. Padahal kalau dia bukak mulut pun takkan berkurang tahap kehenseman eh ape da aku melalut…! Tapi dokter Singa ni brutal tapi comellll. Sesuai la dengan namanya kan..takkan nak buat perangai macam dokter kuda laut pulekkk….. Tapi dalam dok garang-garang pun, dokter ni tetap menten friendly dan humble. Mungkin sebab itulah GB suka dok folo blog beliau.

Kalau dah namanya dokter, pepaham je lah. Dapat pulak dokter yang suke memblog. Ade aje lah bahan dia nak isi. Yang seram, yang ngeri, yang kelakau, yang ngade-ngade (pesakit ye…bukan dokternye), yang yummy, yang censored pun ada jugekkk! Tapi dalam bahasa rate PG13 yang tak keterlaluan lah. GB pun bukannya 13 lagi dah nak dekat 30 dah punnn…

Tapi paling GB suke bila DrSinga ni cerita tentang hal-hal berkait dengan keje dia. Ilmu tuh! Nak kene amik injection ape…nak sunat macam mana…nak jaga kesihatan di ‘situ‘…nak itu nak ini. Maklum…dulu cita-cita GB nak jadi dokter tapi UIA grab pulekk suruh buat architecture huhuhu….. Takpe itu hal lama. Tapi kalau kawen dengan dokter pun ok ape. Dapat jadi bini dokter kan? Eheheh maaf melalut lagi….

Kesimpulannya, blog DrSinga memberikan ilmu berharga dan menjadi sumber inspirasi untuk GB terus melompat tinggi sambil melihat bumi. Cewah ayat jiwang! Tak sabar nak lepak dengan DrSinga  sambil membedal sup gearbox lepas raya ni miahaha!!

Nantikan episode seterusnya okeh!

P/S: Drama sebabak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...