Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Entry tertunggak 1: Gambar-gambar Pangkor & Taiping. :D

*

gadisbungablog@gmail.com

NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, August 30, 2010

Kenapa saya suka blog: Episod Pengenalan

Silhouette. Bukan shadow. (Takde kene mengene dengan entri)
Dalam siri ‘Kenapa saya suka blog’ ni GB akan bercerita serba sedikit tentang blog-blog yang selalu GB follow. Tetapi ada juga blog-blog yang GB baru kenal akan termasuk juga dalam siri cerekarama ni. Blog-blog tersebut dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu.

1.      Pencetus - Disebabkan GB ni baru lagi dalam arena memblog, sudah tentulah GB akan pilih blog yang berjaya  menaikkan minat GB untuk turut sama memblog. Bukan senang nak minat sesuatu yang baru kalau takde yang sprinkler spark the fire.

2.      Sumber Ilham - Bila GB dah mula memblog ni, benda paling susah nak buat adalah nak kekalkan momentum tu. Kadang-kadang semangat nak memblog dah membongkok, jadi GB akan jalan-jalan terbongkok-bongkok kat blog member-member yang biasanya akan memberikan inspirasi untuk GB terus memblog.

3.      Informatif - Kebaikan berkawan di arena maya karin ni adalah dengan mudah kita akan mendapat kawan baru dari pelbagai latar belakang tanpa perlu membelanja mereka teh tarik atau kopi kat kopitiam. Eheheh. Siapa sangka tiba-tiba GB boleh claim ‘eh, I ada member engineer minyak ok, I sumbat minyak dalam mulut u baru u tau’ ataupun ‘eh, u ni memang nak kena sunat lagi sekali la….I panggil member I yang dokter itu baru padan muka u’ ataupun ‘Boss, u ni kan tak appreciate I, I berenti gi keje dengan member I yang boss itu jugak baru u terkebil-kebil’ (masalahnya macam la berani sangat nak cakap macam tu dengan boss kan? :p). Eh termembebel pulekk kat sini. Ok. Kebaikan member-member ni adalah mereka memberikan banyak informasi berguna yang dapat menambah pengetahuan GB yang memang tak tahu menahu ape satu pun bende-bende dalam bidang tersebut…

4.     Sama Minat - GB suka nature, dia suka nature. GB suka fotografi, dia suka fotografi. GB suka penulisan kreatif, dia suka penulisan kreatif. GB suka membebel, dia pun suka membebel. Ape yang aku melalut ni???)

5.     ‘Supportive’ - Tak sangka, walau tak pernah bersua muka, tapi sokongan dari member-member blog pun boleh beri impak besar terhadap aktiviti blogging GB ni.

Untuk pengetahuan semua, GB bukan letak episode berdasarkan ranking ye. Ini cuma episod macam drama Nur Kasih, bukan ranking FIFA okeyyy…..Nak tau blog siapa yang GB akan taruk untuk episode 1? Tunggu…..

P/S: Mamee monster 

Hati Malaya

Ramadhan Buffet at SACC. Ada kambeng guling. Ada kopi cap Adabi. Dua hari kemudian, demam. :)
Semalam, GB tengok muvi 1957 Hati Malaya kat tv2. Cerita ni GB penah tengok tapi sebab Maya Karin yang GB suka tu ada, GB layan je lagi sekali. Tapi dalam dok tengok-tengok tu tetibe boleh pulak GB menangis, especially masa part Tunku nak pi London tapi takdak duit. Ada scene orang ramai dok pakat-pakat bagi gelang rantai duit segala sebab nak tanggung Tunku nak pi menuntut kemerdekaan kat sana. Kalau GB kat tempat depa masa tu pun GB akan bagi juga walau setakat seringgit. Patriotik jugak GB ni rupenye…

Merdeka itu mahal harganya. Kekalkannya.

P/S: Apakah nama GB ni sebenarnya bunga raya? 



Friday, August 27, 2010

Oh Bulan

Bulan dari Lorong Tembusu

Nampak bulan yang terang dan gebu ni time balik lepas berbuka dengan member-member kat luar. Member belanja makan nasi lauk ayam kampung. Uii...kenyang perut walaupun kite makan macam pengantin. Siap orang kedai tu tapaukan makanan free lagi bagi kitorang.

Time ni, kat masjid-masjid orang tengah sibuk berterawih, kite pulak sibuk amik gambar bulan.

P/S: Agak-agak kalau burung pungguk boleh pakai kamera, mesti gambar bulan je yang dia snap kan?

Thursday, August 26, 2010

Safety First

Demi menjaga isi kandungan terlalu berharga

.
.
.
.
.
.
.
.

Nice to see
Nice to hold
Once broken
Considered sold

Nak tau apa ada kat dalam?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



P/S: Nak hidup, akal kene panjang... 

Wednesday, August 25, 2010

Signal Plis!

Menggeram dengan BMW itu. :)

BMW. Bakar Manyak Wang.

Tapi kite suke je! Suka la kalau ada yang bagi free....mau tak keluar kete gamaknye.....(sudah! berhenti berangan sekarang!)

Tapi kalau ada yang nak bagi tu kalau boleh biarlah jangan yang dah rosak lampu signalnye. Macam kete kat atas tu..kesian tau! Cilok sana cilok sini...nasib baik tak terlanggar bontot kete kite. Maklum...dia tukar lane macam lipas kudung pun kite tak perasan sebab lampu signalnya tak menyala. Rosak! Kesian...

Dia mungkin tak sedar lampu signalnya rosak. Kene la bagitau sebab mungkin nanti akan terbuat naya kat orang macam kes eksiden kat blog member kite ni . Macam tak best la kan beli kete mahal-mahal tapi lampu tak nyala...pegi la anta balik kat kedai kot-kot warranty cover lagi. Kete-kete lain pun banyak jugak yang dah rosak teruk lampunya....wajib pegi check! Kalau tak takde maknanya bawak kete besar-besar. Baik bawak kete lembu je... :)

Selamat mengecek lampu signal kereta/van/lori/bas kawan-kawan!

P/S: Lampu signal kite kompem elok! Baru semalam check. :D

Tuesday, August 24, 2010

Cerita Hidup

Awan yang tenang jangan disangka tiada ribut - Jalan Sungai Buluh

Hidup kite bukan setakat bangun pagi, makan, bawak kete, gi keje, makan lagi, pastu bawak kete lagi sebab nak balik umah, dan tido. (Ulang 7 kali...terima kasih!)
***
Tapi....kite mungkin juga akan terbangun tengah hari, petang, atau malam. Atau tido seharian macam ular sawa...isk!

Mungkin juga kite terpaksa naik LRT atau teksi atau jalan kaki je sebab asyik jemmm je kan...(tapi kalau jem janganla gi naik teksi pulak, itu keje tak cerdik namanya).

Mungkin minum je sebab bajet, gaji tak masuk lagi (almaklum kete lebih penting nak dibagi minum berbanding perut sendiri...) atau puasa terus (nasib baik sekarang memang bulan puasa...masalahnya korang bajet ker?).

Mungkin juga tak tido langsung sebab layan movie midnight pastu sambung karoke sampai ke pagi (orang lain la bukan aku eheheh).
***
Atau mungkin juga kita takkan bangun lagi. Mungkin.

P/S: bertaubat hari-hari...insyaAllah Dia sayang. :)

Power of Diverting

MRR2
Sakit ke...demam ke...marah ke...suka ke...ribut ke....taufan ke...tengah wabak ke...hidup mesti terus!

P/S: Demam dah ok la ni... :)

Monday, August 23, 2010

Demam Balik

Seram sejuk...terpaksa pakai stokin & sarung tangan
  • Seram sejuk
  • Menggigil
  • Asyik menguap
  • Mata berair
  • Sakit badan
  • Bila sentuh dahi, panas
Nak amik MC..keje banyak pulak. Nak-nak sebelum puasa haritu dah MC 2 hari sebab saspek denggi (tak apdet dalam blog). Tapi tak buat folo up cekap pun...just minum 100plus bebanyak. Akak doktor.....help me!!!

P/S: demam ni half day dah rasa cam nak kebah...isk demam ape ni??? 


Saturday, August 21, 2010

Engger Menejmen

Wic wan is yu?


  • Dulu cikgu kite panggil kite ni 'de smailing prifek'. 
  • Dulu ada orang penah cakap, 'Yor fes luks swit alwez....wat's yor sikret?'
  • Dulu. orang penah tanya kite....kite ni tak reti nak marah ke?
  • Dulu ada orang nak kenal sebab tengok kite senyom je.
Tapi sekarang.....ai get engri sooooo dem izili! wai ah wai? See mai fes...masam oredi. Ai don laik!!!

P/S: Macam mana cara nak nampak cun walaupun tengah marah masyam? hehehe....

Thursday, August 19, 2010

The Unsangkarable

Glass Ball Light - gugel
(Tajuk manglish - tolong abaikan)

Kepala serabut. Keje banyak. 
Tender, esok closing date. 
Mr. Lighting Supplier....tak bagi-bagi quotation. 
Boss asyik dok push nak quotation. 
Padahal tinggal yang lighting ituuuu je. 
Tolonglah supplier...bagilah quotation tu...nak aku merayu ke? Plis plis pliss!!

Dan tiba-tiba....'Tap....tap...tap....' (bunyi tapak kasut)

Sorang perempuan cina yang comel masuk dalam ofis dan berkata,


Hi, is Harry (my boss) in? 
Just drop by to pay a visit. 
Haven't been here for a long time....
Oh, are you new staff? 
I am a lighting supplier.'

Dan aku, senyum. Senyum lebar!

p/s: Pernah dengar tak pasal rezeki datang bergolek?

La La La

Langit Taiping


Salam hari Khamis.

Bangun lambat tapi sampai awal. Nyanyi-nyanyi masa tengah drive. Tetibe dengar lagu merdeka kat radio.

Err...bendera belum beli lagi la....

P/S: Kalau Bunga ckp ada bendera dalam hati, valid tak? ngeee...

Wednesday, August 18, 2010

Di Luar Ramalan

Railway track, Taiping


Kite rasa puasa ni membuat hormon jadi kucar kacir lah!

Lepas beberapa hari bergoyah akal dan menyusahkan akal orang lain juga, GB (eh, tetibe???) buat keputusan....BLOG INI PERLU DITERUSKAN.

Terima kasih en_me sebab prihatin.

Kite ni dah tua-tua pun dok menyusahkan orang lagi. Maafkan kite ye.... :)

p/s: rumah baru tu tetap ada...nak taruk barang-barang besar aje. Boleh? Selamat berpuasa semua!

Monday, August 16, 2010

Mahu Berhijrah

Nak berhijrah.
Ke negeri seberang. Walau jauh tapi tetap dekat. Aku kan hadir tanpa kalian sedari...cewah!
p/s: tgh bengong

Saturday, August 7, 2010

Three is Better Than One?

Aku ada akaun Myspace, Friendster, Twitter, Blog dan Facebook.
  1. Myspace.........sign up, taruk pic seketul, tapi tak pernah aktif pun
  2. Friendster......dah 2 tahun tak aktif
  3. Twitter...........(lihat di bawah ni)
  4. Blog.................kdg2 kerap update, kdg2 jarang update. kucar kacir macam aku jugak
  5. Facebook........almost hari2 update status. kdg tu sehari sampai 2-3 status :D
Jadi aku pun kansel akaun Myspace dan Friendster. Bagus juga sebab takdela nama aku menyemak lagi kat gugel search.
Tinggallah 3. Tapi asyik melebihkan yg satu....yang 2 tu tak terjaga. Nak kansel sayang....sebab:
  1. Blog...aku suka baca entri member yang sempoi kat sini macam blog Dr A, En B, Mama C, Kak D, dan ramai lagi lah!
  2. Twitter....aku boleh tau Shah Rukh Khan ada kat mana atau dia buat apa atau dia makan apa (tapi mcm la dia kenal aku pun..huh!)
Kesimpulannya yang tinggal 3 tu, semuanya best (bagi aku lah). Patut la lelaki suka nak simpan lebih dari satu. huhuhu.... :p
p/s: jgn marah...nanti kene jual :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...