Pagi tadi mak bekalkan roti nan. Ada lauk sardin baki semalam dicampak je kat atas roti tu. Simple mimple je tapi licin aku makan. In fact sekarang ni selalu jugak mak bekalkan sarapan. Kadang2 belum sempat sampai ofis abis abis aku sental. huuu~
Aku ni bukannye apa. Boleh je nak buat sendiri. Tapi mak buat jugak yang best. Yang seronok tu kadang2 mak ni unpredictable (macam aku jugak). Asal pagi nak kuar gi keje je ade la sebekas makanan. Yang tak tersangka2 pun ada. Kadang2 bihun goreng dgn sambal dan telur mata...tak pun megi goreng... roti goreng celup telur tu ke...makaroni goreng...karipap, cekodok. Penah sekali tu mak buat pizza pepagi utk bekal. Wuyooo!
Kadang2 mak membebel bila bangun pagi aku tanya, 'Mak, hari ni bekal apa?'
Pastu mak ckp, patut la aku taknak kawen sebab nanti semua bende aku kene buat sendiri. Ke situ pulak.... (selingan heheh)
Pastu aku akan potpet2 sambil pakai eyeliner, mascara dan lipgloss. Hahah!
Time makan malam pulak, kalau sempat mkn dgn mak ayah tu, bebelan biasa mak,'Bila la hang nak kawen along...?'
Aku pulak menjawab dgn jawapan yang tak best sambil mencedok lauk. Panas gak telinga, tapi pinggan licin. Mak yang masak kan....hihi.
p/s: Aku sayang kat mak walau dia suke membebel. Sunyi woo kalau mak merajuk.... Semalam ade beli present sempena Hari Ibu dan aku tau dia sangat suke!