![]() |
Tempat kejadian |
Bila plotter (dibaca: printer saiz besar) ofis rosak, tempat yang menjadi penyelamat keadaan dah tentu-tentu la kedai printing. Bila ke sini biasanya kene ikut giliran sebab ramai juga orang lain yang plotter diorang pun rosak...
Nak print saiz A1 outline berwarna biasanya makan masa dalam 5 minit ke atas untuk satu keping. Kalau 10 keping? Kira la sendiri...
Dalam waktu tu apa aktiviti yang boleh dibuat? Kalau GB, biasanya main snap-snap la. Tapi kalau ramai orang nampak janggal pulak, nanti dituduhnya kite ni wartawan akhbar tabloid yang menyamar jadik pelanggan untuk intip aktiviti rahsia di sebalik kedai perniagaan alat tulis dia tu....(macam la ade pun....hahah)
Oleh itu aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah berborak dengan customer lain yang menunggu giliran nak print jugak. Biasanya GB bernasib baik sebab sentiasa jadi orang pertama. Yang datang kemudian, tak dapatlah GB nak bagi can potong Q walau sehensem mana pun dia. Kikiki...!
Tapi untuk mengelakkan orang kemudian yang hensem itu dari mereput kebosanan, GB pun bersembang dengan dia. Biasanya datang dari firm consultants juga. Tapi tak semestinya lanskap. Dan tak semestinye hensem. Hahaha!
Ada baiknya mengisi masa lapang dengan cara begitu. Sembang-sembang aje. Bak kata Alicia Keys, small talk. Ilmu pun dapat. Tiada terikat dengan komitmen. Tiada perasaan yang mencelah. Habis sahaja urusan, GB bayar dan mintak resit. Kemudian say bye dan balik.
Kemudian hidup terus sahaja seperti biasa. Cerita satu pagi seorang stranger kepada stranger yang lain. Kihkihkih!!!
P/S: GB rindu plotter tu. Cepatlah baik...! Banyak drawing nak print ni!!!
betul, sembang2 macam tu tak la rasa lama menunggu. sambil2 tu, boleh kenal kwn baru. mana tau, ngam. boleh buat kawan. kan GB???
ReplyDeleteGC: hihihi. biasanya dapat kad simpan terus buat pekasam. tak terfikir nak kontek balik.. sengal kan GB? hahah
ReplyDeleteso pagi tadi i borak dengan u lah ye?
ReplyDeleteehem~
bujalX: laaa...mati2 selama ni i igt u pakai spek...huhuhu~
ReplyDeletebile la masanya dpt sembang dgn GB kan...
ReplyDeletehihi
ReplyDeletei pernah kene tunggu plot sampai sejam. urghhh. panas bontot!
sahrom: kite tak jauh kan? boleh je anytime...kopi2 n roti bakar. huu~
ReplyDeletemyaby: ahaha...adat la tu. sebab tu sebaiknye plotter opis jgn buat hal...kan?
ReplyDeletenasib la kedai tu dekat ngn banyak firm consultan yg plotternya rosak..
ReplyDeletehehehe
untung besau la kedai tu
Soalan: kenapa printer dipanggil plotter?
ReplyDeleteKalau setakat sembang secara ringkas tapi padat, boleh terima...
ReplyDeleteTapi kalau dah sampai tahap kawan sembang kelihatan tak nak berhenti bercakap, lebih baik blah sebelum tangan naik hadiahkan pelempang...hihihi
rajinnya bersembang pagi2
ReplyDeletekak ati kalau pagi2 ni berat mulut skit..hihi
MDT pun penin! hari2 mengadap drawing..tp itulah yg dah jadi darah daging.. :)
ReplyDeleteplotter rosak adalah satu masalah...biasnaya nik tinggalkan je..tak koser nak tunggu..dah habis suruh orang kedai call baru datang pickup..hahha
ReplyDeletelame gak 2 nk print kan..kdg2 ade yg saje nk lambatkan.. klau menunggu 2 aie pi borak ngn awek la kot..hahahaa
ReplyDeleteGB..borak2 sambil menungu tu..keja suami akak..dia boleh borak dengan siapa aje..macam dah kenal lama..he he..
ReplyDeleteKalau Ramah cepat jew dapat kawan n ramai kawan :)
ReplyDeletehehhe..xpe GB memang peramah..:)
ReplyDeletebeb
ReplyDeletekalau aku kan,
kalau aku laaa
aku tido!
hahahaha
kalau aku, baik borak dgn tokey kedai. kot2 next time bole dpt diskaun. hahahha
ReplyDeleteeh, nak sambung
ReplyDeleteteringat hari tu sementara tunggu en apek solat kat curve, duduk la kat bench sambil perati budak2 berlari. tetiba ada satu minah iran ni tompang dok sebelah. dalam hati kata 'iskk, jgn tegur, kang dia pukau, abes aku kena rompak'.... hahahaha.. punyela paranoid kan.
rupa2nya dia pun tunggu husband dia solat. and husband dia adalah ambassador dari iran! caittt
antiknye tangga tu
ReplyDeletesempat buang air 3x :P
ReplyDeleteTerkini : Antara 10 Jam Tangan Termahal Di Dunia | Telefon Bimbit Paling Lasak Di Dunia | 10 Gunung Tertinggi Di Dunia.
uuu sembang atas tangga pusing ker...
ReplyDeletegua tak prin gua antar mail saja pada yang mau
ReplyDeleteteringat ek-kelig yg guna plotter ni.
ReplyDeleteposition draught-lady tapi admin bagai pun dia buat... at last dia quit..
sekarang kat co baru...masyuk!
aik..printer yg ari tu gb cter tu ke?x baek2 lg ek?kalo cm opis sy printer rosak kol je vendor yg supply toner.die support ngn printer skali.kalo x smpt baiki, die bwk yg loan dlu.kasi pnjm..
ReplyDeletealien: mmg untung. padahal kos diorg berapa je. huu~
ReplyDeletedaddyZiyad: senang nak bezakan terutamanya bila berkait dengan drwg saiz A2 ke atas. er..menjawab soalan ke? huhu~
ReplyDeletesumandak: yg mana tak reti berhenti tu GB buat malas nak layan je. jahat kan? hahaa
ReplyDeleteati: sebab kalau tak bersembang tak tau la nak buat apa lagi. bosan. huu~
ReplyDeleteMDT: sama2 berenang dalam drwings kan? hihihi
ReplyDeleteQueen: kalau untuk guna esok mmg GB email dan order print je dan mintak deliver ke opis. tapi bila meeting kul 10am dan pukul 9am masih di kedai printing, gimana sihhh...?
ReplyDeletehari sebelumnya jgn tanya la. selagi belum pukul 10pm jgn harap nak balik. time tu mana ada kedai printing bukak..ye dak?
darkbatman: dia ada awek boleh la. kalau yg takde ni kene la borak dgn awekk eh, boyfren orang lain. hahaha
ReplyDeletek erna: bab tu saya mmg ikut perangai ayah. hahahaa
ReplyDeletedia: hihi. terbiasa. tp bukan selalu sebab kdg tu ada org tak suke. tgk keadaan..
ReplyDeleteCCC: aku rasa ko lagi peramah dari aku. kikiki
ReplyDeleteBDC: kalau di kedai tu, ko takkan boleh tido. percayalah. hahaha
ReplyDeleteh4ni3: time tu tokey tak masuk lagi. semua pekerje diaaa je. tapi dpt diskaun jugak walau sikit sebab regular cust. boleh la dari takde. huhuhu
ReplyDeleteh4ni3 lagi: ha..kan dah rugi. kalau tak ntah2 dia bagi tiket free gi iran. hahaha
ReplyDeletecikLynda: snap masa tunggu plot. huuuu takde keje. :D
ReplyDeletes8z: hahaha. GB tak pulak. hihihi
ReplyDeleteabu aiman: huu tak..kalau tak mau jadi gaya org berchenta dah. hahaha
ReplyDeletebrutal: local authority tak terima email laaa
ReplyDeletekReen: huu..mesti dia pun rindu plotter tu. hahaha
ReplyDeleteSA: yg printer tu saiz A3. dah ok. stil nyawa2 ikan tapi masih boleh guna. yg rosak ni plotter..utk dwg A2 ke atas. yg pakai toner tu kitorng punye fax mesin la. so far yg tu ok lagi. kalau yg tu pun buat hal GB jual je company ni. hahahaa
ReplyDelete