![]() |
Iced Cappuccino - mamak style. Boleh la dari tak ade...huhu~ (Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia) |
Untuk orang yang sentiasa dekat dengan kamera, biasanya tangan dia pantas je nak amik kamera untuk capture apa sahaja moment yang dirasakan menarik yang tiba-tiba dia jumpa. Walaupun masa tu dia tengah lepak kat mamak, atau tengah meeting, atau makan kat mekdi, atau even tengah memandu sekalipun (ops yg ni jangan ikut...).
Subjek, iaitu apa yang kita nak snap masuk dalam kamera ni pada dasarnya terbahagi kepada 2 kategori iaitu, pertama yang memang kite dah plan nak snap. Lebih kurang macam arranged session (term GB ni...jangan gugel ok). Dan kedua pulak, yang tak disangka-sangka. Lebih tepat GB panggil spontaneous moments. Ini term GB juga (sesuke hati je kan? Ngeee). Tak pasti dalam bidang photography ade ke tak term cenggini.
Sebab tu GB nak pesan ni...buka mata anda ye kawan-kawan.
Eh, selama ni korang tak bukak mata ke? Bukan….bukan bukak mata yang macam tu….
Meh GB cerita lebih lanjut. Mata manusia adalah lensa terbaik yang Tuhan dah beri kepada kita. Kadang-kadang the best moment will come unexpectedly. Kalau kawan-kawan perasan GB ada amik gambo orang dalam pelbagai situasi. Orang tengah memancing la. Budak-budak main air la. Main belon. Gambo orang tua berjalan-jalan. And more to come. Sebab GB nampak emosi dalam situasi itu. Dan bagi GB mereka dan situasi tersebut merupakan gabungan sempurna yang sayang kalau tak diabadikan dalam memory card. (untung zaman sekarang ni kan..tak payah berfilem-filem bagai)…Ye la..takkan nak tunggu model cun-cun atau pakwe-pakwe hensem baru boleh amik gambo kan? Ngee…
Satu lagi tips kali ini, pelbagaikan. Variety. Kalau selama ni kite suka amik gambo dari human eye level, cuba pelbagaikan posisi dan sudut kamera kawan-kawan mulai sekarang. Kalau selama ni amik gambo sokmo nak kasi centre, kali ni cuba bagi senget-senget sikit. Sape kate senget tu tak cantik? Tak caya? Kalau tak caya cuba cek balik gambo GB yang lepas-lepas (contoh je..huhu).
Dan cuba pandang dari sudut berbeza. (Contohnya macam pic kat atas ni, takde la sebab cantik tapi sebab posisi dan angle kamera tu...yang tu la yang GB maksudkan..). Cuba snap dari level tanah atau dari pandangan atas. Bak kata Alicia Keys, worm’s eye view dengan bird’s eye view. Sesuatu gambar akan jadi menarik kalau kita cuba tampilkan dari sudut yang level mata manusia tak dapat lihat. Itu pendapat GB la. Tapi tak semestinya kalau kite snap-snap dari level mata kita gambar akan jadi tak menarik. Cuma kali ni keywordnya adalah pelbagaikan. Main-main dengan kamera dan rajin-rajin la amik gambo. Gambar yang cantik tak semestinya snap sekali terus jadi. Kene eksperimen la.
Ok lah kawan-kawan, GB nak kene gerak dulu. Nak kene bank in duit untuk adik GB kat Bangi sana. Till then, cuba-cuba lah tips yang GB taruk kat sini...
P/S: Make sure bateri ada dan memory card di dalam kamera bukan di dalam netbook ye. Hampir meroyan jap GB sebab pernah terlupa nak insert balik memory card sampai terlepas chance nak amik gambo yang cun.
Yang Amatur,

salam ziarah
ReplyDeleteini dia part 2 yg dinanti
ReplyDeleteTerkini : Sebab-Sebab Doa Ditolak
mohammad:
ReplyDeleteterima kasih berziarah ke mari
suffer8zine:
ReplyDeletehuhu. tips amatur. kalau berguna bagitau kawan. kalau takleh pakai bagitau GB. ngeee
Kakcik juga jarang lekang dengan kamera kalau ke mana2... tetapi sekarang minat untuk merakam dah agak kurang! :)
ReplyDeletekakcik:
ReplyDeletemungkin sebab kakcik dah banyak pengalaman mengambik gambo kot.. hihi
GB..akak sejak zaman digital ni..main hentam je..tak pernah nak perati..asal nampak objek yang nak.terus tekan punat..bagsu juga apa yang GB tuliskan ni..
ReplyDeleteselalu jugak tertinggal kamera, terpaksa guna handfon jer...
ReplyDeleteHmm... nak kena try worm's view pulak ni.
GB
ReplyDeleteSalam.. tertarik dgn snapshot gbr kat blog u.. mmg ada seni.. kagum.. I nak add blog u dlm list blog I.. boleh ye ;)
I setuju sgt dengan 2 keadaan tuh.. selalu ye yg suprise atau suddenly tuh lebih unik.. sebab I byk gak ambik shot yg tetiba jek.. atau yg kdg2 plan.. tapi based dari angle atau visual mata I.. ;)
Menarik gambar tu....ingat nak sambar satu gak dslr, kalau gantung yg tu,tak 'segan' dah nak ambik shot2 kat mana2 pun....
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteTips yg boleh dicuba ... terutama untuk mereka yg masih teruja bergambar, ambil gambar & seangkatan.
Auntie now ambil sesuker ati jer! :)
adoi..lupe nk add..aie ske masuk blog gb cz pic cantik.. biler salu gb on9?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteterasa macm nak ambik minum je iced cppuccino tu..
nice..kalau ada skil, apa saja yg di snap akan nampak menarik :)
ReplyDeletesalam ziarah..tips yang baik nie..saya amik pic suka2 je hehehehe
ReplyDeletekat rsetoran mane ni?
ReplyDeleteduk s alam ek?
huhuhu camera me dah rosak .. yang ada pun xclear n xle zooming!! ...
ReplyDeletetak kira lah pakai camera jenis apa..kl dh dpt angle cantik..superb! hehehe
ReplyDeleteTembak gambar tu kat Restoren Khulafa Seksyen 7 kah ? :)
ReplyDeleteangel di bab dua~
ReplyDeleteyeh~
tapi kan kalau kat cawan tu ada setitik dua air iaitu kesan sejatan ais.. misti terliur beb!!
walla
kudos !!
ReplyDeletesaya nak ambik gambar awak sedang ambik gambar!!
ReplyDeletesalam GB
ReplyDeleteni mesti guna camera mahalkan
time kasih GB untuk tips tips tersebut.. gua akan mula mengambil gambar mengikut kepelbagaian tersebut.. tapi buat masa nie guna kamera hp je la.. kamera tersebut je yang ada..
ReplyDeleteeh kenapa asyik tersebut tersebut je nie..
tersampuk hantu tersebut kot..
tips yang sangat berguna...suka betul la...
ReplyDeletecantik! serius gambar tu cantik! camera mesti cantik jugak kan? heee....
ReplyDeletesalam GB..selamat berkenalan..sy suka baca penulisan GB...hehehehhe..:)
ReplyDeletesalam bertandang!!! suke gambo...entry n gaya penulisan awk...yeah i folo u n letak trus dlm bloglist!!! its really fantastik blog!!selamat berkenalam yea...:)
ReplyDeletecantik gambar nih
ReplyDeleteloike~~~
saya pula suka bergambar. tak suka menangkap gambar
ReplyDeletenak try pelbagaikan..thanx GB.
ReplyDeleteSaya pun suka photography walaupun takde kamera DSLR :)
ReplyDeleteTeringin nak beli tapi budget belum ada...hehe
Selalunya saya ambil gambar guna feature macro (itupun adik yang ajar >.<) fokus and snap...semudah itu :)
ANGLE mempengaruhi..orang gemuk boleh nampak kurus hanya dengan angle...
ReplyDeleteorangtak santek boleh nampak ayu jelita..hanya dengan angle dan komposisi..hihihihi
kena praktikkan ni..
ReplyDeleteberibu-ribu gambar kebanyakan owang aje...(anak2 ler)
tu lah sebabnya pendrive tak cukup2..hehe..
hahaha... memory card ! pernah kena. snap jugak sebab tak perasan..
kak Erna:
ReplyDeletesebenarnya kan kak..itu antara drawbacks of technologies. dalam kes ni bermaksud transition dari zaman filem ke teknologi digital. tu pendapat GB la
abu aiman:
ReplyDeletetry dulu. gambar tu nanti boleh share kat entri. :)
iina:
ReplyDeleteterima kasih...i reallt appreciate it.
GB just share bende yg GB suka buat je. bukan pro pun.. :D
abah_izz :
ReplyDeletehihi.
agak2 GB snap ni pakai kamera apa? :D
DDrfauziah:
ReplyDeletehihi..auntie dah banyak pengalaman. jadi mungkin keterujaan tu dah sedikit menurun.
bagi GB dan kawan2 yg seangkatan bende2 mcm ni baru lagi. byk nak di explore. :)
darkbatman:
ReplyDeletehaha takpe. kalau dah teringat nanti PM me ur ym. GB online time opis hour je. itu pun kalau dok opis la. kalau dok kat site mungkin susah sikit. :)
sekamar rindu:
ReplyDeleteminum masa hari tengah panas mmg layan habis...!
mata hati:
ReplyDeletetengs. sebenarnya skil GB tak seberapa, tapi lebih kepada minat. :)
sahrom:
ReplyDeletesalam...
hihi. sama la. bukan pro fotografer pun. :)
al:
ReplyDeleteni dkt sebelah pasaraya bintang yang dah jadi giant tu. :)
TS:
ReplyDeleteeip...try dulu ok. it's not about the camera.
hanie:
ReplyDeletewe talk the same language. :D
Daddy Ziyyad:
ReplyDeleteops...salah restoren. huhu~
alien:
ReplyDeleteyup. tak lama pun kan?
air menitik di tepi gelas belum sempat terhasil sebab GB mintak ais kurang. jadi rasanya suam2 berais. huhu~
tapi kalau ada efek tu mmg bikin menitik air liurlah!
alien 2:
ReplyDeletetengs
drSinga:
ReplyDeletejgn bagi nampak muka dan badan ye. ngeeee
ati:
ReplyDeletesesungguhnya mmg sekali2 tidak mahal kak...huhu~
Ć®ĆZMĆ®Ć:
ReplyDeletedah. gi makan karipap.
lynn:
ReplyDeletetakde la tips teknikal pun. heheh
amni:
ReplyDeletekamu takkan percaya kalau GB tunjukkan gambar kamera tu.
tapi kamera tu mmg cantik la walaupun bukan dari spesis mahal. huhu
CCC:
ReplyDeletesalam ceria.
terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak setelah beberapa ketika menjadi silent readre. lalala
yantz-yeem:
ReplyDeleteoh my...tengs.
just share what i love to do. terima kasih ya :D
Myaby :
ReplyDeleteterima kasih. :D
DSTB:
ReplyDeletejadi kamu adalah subjek. heheh
liza:
ReplyDeletecubalah, nanti boleh taruk hasilnya di entri ya. :)
sumandak:
ReplyDeletekamu dah tau konsep. kalau macam tu senang la cerita. :D
queen:
ReplyDeletehaa..yg macam tu la. konsep nak cantikkan sesuatu view tu kene tgk angle kan?
a.z.r.i.n.a.03.07:
ReplyDeletehaaa..betul tu kak! snap punye snap sampai beribu2 tak sedar.
air itu macam sedap..hehe
ReplyDelete