![]() |
Ketam. Jalan senget. Jangan tiru. |
Musim-musim gaji ni ramai la yang bergumbira nak dapat duit gaji. Walaupun dapatnye sekejap aje sebab lepas tu nak kene langsaikan hutang piutang, tapi setakat nak belanja anak bini (atau dalam kes GB mak ayah dan adik-adik lah) takde la apa hal sangat kan? Sama-sama boleh bergembira, Tuhan pun sayang kan?
Tapi lain pulak kisahnya kat opis GB ni. Tempat GB keje ni ada pekerja-pekerja kontrak yang gaji mereka gaji hari. Rumah bos bagi. Segala jenis bil bos tanggung. Rumah tu ala kadar sajalah kan, takkan lah bos nak bagi banglo pula. Tapi yang tak seronoknya sebab diorang ni tinggal dengan anak bini sekali kat situ. Bukannya apa, tak selesa dan bab privacy toksah ceritalah... Dan dengan gaji yang sangat....alahai....
Asal dapat gaji ada yang kene potong, sebab keje tak memuaskan. Bos nak cut overhead. GB pulak takde lah sebelahkan mana-mana pihak cuma sebagai staf bahagian management GB pun bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan opis tak melampau. Kalau projek besar memang kita akan spend time dan bagi commitment melampau (errr..ye ke? heheh) sebab bila hujung bulan masyuknya tu cerah jugalah biji mata ni tengok. Tapi kalau setakat projek ciput tapi makan masa nak dekat sebulan baru nak siap (dan kadang-kadang berbulan-bulan), memang teruk bos kene tanggung. Tapi pekerja kontrak tak faham....
Bila time bagi gaji, GB cuba bayangkan macam mana diorang boleh survive ek? Ada anak bini nak ditanggung. Anak kecik ada. Yang dah sekolah ada. Pulak tu kalau sebelum gaji dah amik advance, berapa sangat la yang tinggal? Duit minyak GB sebulan pun lagi banyak dari tu.
Kat anak-anak diorang GB nampak efeknya. Kadang-kadang diorang ni suka masuk opis tengok GB buat keje. Kadang-kadang diorang suka tanya benda-benda yang pelik-pelik. Rumah GB macam mana? Kereta GB bayar berapa sebulan? Weekend GB pegi mana? Soalan-soalan yang jarang lah budak-budak sekolah nak tanya.
Dari cara diorang bertanya, nada suara diorang, GB boleh nampak betapa diorang nakkan kehidupan yang lebih baik dari apa yang diorang ada sekarang. Ada pressure yang diorang dah mula rasa. Masa kecik-kecik cinonet mungkin diorang tak kisah, tapi diorang dah makin besar....GB kesian kat diorang. Tapi yang mampu GB pesan, belajar la rajin-rajin so nanti besar boleh jadi senang....
Kesian...
Tapi ayah diorang macam mana pulak? Ada tak terfikir tentang apa yang anak diorang sedang rasa sekarang?
P/S: Pesanan untuk diri sendiri - sebelum kahwin mantapkan apa yang patut untuk memberikan yang terbaik kepada zuriat GB nanti. InsyaAllah.
Kisah2 mcm ni buat kita insaf jugakan GB? Memang lumrah hidup. Saya pun kesian kalau tertengok/terjumpa dgn keluarga yg mcm tu...ok taknak sambung panjang lebar, agak sensitif..nanti saya nangis plak dkt blog GB ni...^^
ReplyDeleteGB,
ReplyDeletepesanan yg sama pada anak2 bila tengok ada yg tidur bawah jambatan sebab susah.
*bersyukur apa yg kita ada.
GB
ReplyDeleteKite pun pk bnde yg sama.musim kite beranak nnti,laptop tu mcm kalkulator je.main mintak je kan.risau jugak kalau kite xdpt nk bg macam apa yg ibu kite bg kan?
salam....hidup umpama hukum karma..what u give, u get back...
ReplyDeleteThankz for the right Engglish~~
ReplyDeletehahaha... bdk2 baru belajar, biasa la kan~~
n3 nie mmg sedih la,, hope bdk2 2 sedar tk bt perubahan tk diri sendiri~~
mungkin makayah diaorang terfikir & sedar..tapi sesal kemudian memang dh tak brguna,
ReplyDeletebetul,setiap anak tu ada rezki masing2,tapi nak dapat tu kenalah usaha jugak...nak lebih kena usaha lebihlah..
T_T'
ReplyDeletebanyaknye nak kene pikir.
otak ada satu je how?
huhu
nak balek!!
nak mak!!!!
huwaaaaaaaaaaaaaaaa
*emosi*
salam GB..
ReplyDeletehuhu... banyak nak fikir.
sebab tuh laa antara faktor kecik kiter takot nak kawen.
sian kat bakal anak andai apa yg diorg nak, kiter tak dapat nak adakan
T_T
Sebelom kawen pergi kursus!
ReplyDeleteeh awak orang pahang ke..
ReplyDeletelalalala
dulu kn masa sy kecik2, kalo sy jln2 nampak family yg naik motor ngan anak kecik, sy slalu sedih.. n ckp pada diri sendiri yg sy akan pastikan sy ada kereta utk bawa anak sy ke mana sje nnt...
ReplyDeletedisebabkan azam tu la alhamdulillah bjaya ke menara gading dan ada ape yg ada skrg... kita kena ada motivasi utk bjaya huhuhu~~ touching plak rasa...
Sentiasa bersyukur apa yg kita ada...insyallah.. sedih plak bila baca cerita mcm ni..
ReplyDeletebetul..susah nk kwn..kalo keja x menentu...yg keja tetap pun kdg2 cukup2 makan aje!!
ReplyDeletelumrah kehidupan..muhasabah dri sendirii sebenarnya klu kita rs kita ssh de org lg ssh dr kita..
ReplyDeleterezeki Allah di mn2 cuma ia dtg lmbt atau cepat..ada atau tiada..pelbagai persoalan yg timbul..
if we are talkin' about the same person...he was once left his family in his country. But he said he feel severely yearn to his kids and wife...But guess wut GB, his life here is much better than in his own land....so Malaysian....say thanks to Allah
ReplyDeletebukan senag nak idup senang..kena simpan duit dri skrg..
ReplyDeletetak per susah dari skrg kelak senang kemudian hari sb kita bljar dan merasa hdup susuh..sdkit sbyk kita dpt ajar anak cara berjimat cermat dalm sgala kehidupan..
suri berkeluarga juga tak mewah cam org lain tapi sederhana jer..hari2 suri dan dia bwa bekal.ikutkan mau jer makan luar huhu..tapi pikir anak suri juga ada masukkan wang simpanan mrka dlm asb dan simpan cam takaful tu..
sikit2 lama jadi bukit..
ibu bapa kena byk berkorban utk anak.tahankan diri nak beli tu ini jika ia tdk penting..kata irg idup bujang dgn berkahwin lain caranya hee..
cic gadis bunga bila pulak nak naik pelamin??
lumrah kehidupan...ada orang susah..ada yang senang..kahwin tu kan membuka rezeki...huhu
ReplyDeleteBelajar dari pengalaman orang lain. Apa yang kita lihat hari-hari, yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan. Kalau kita sekadar lihat dan tidak dapat apa-apa, nanti satu hari kita jadi macam mereka juga tu.
ReplyDeleteini membuatkan kita bersyukur dengan apa yang ada sekarang..
ReplyDeletefestime saya jumpa bunga yang pandai menulis,,anyway salam dari kota marudu :)
ReplyDeleteinsyaAllah rezeki yg berkat ialah walau sikit tapi mencukupi dan bahgia :)
ReplyDeletekadangkala anak2 orang susah lebeh berjaya dari anak2 yg semuanya ada, dalam kemewahan.
susah senang yg penting mensyukuri atas nikmat dariNYA :)
semoga apa yang kita lihat dan rasa itu jadi pengajaran
ReplyDeleterumah depa tu dekat dengan ofis ka GB sampai budak2 tu boleh masuk dalam ofis masa keja.
ReplyDeletekat kampung pn lebih kurang gak. dh la keja motong, anak kecik2.
moral of the story... kalau pompuan yg tak bekerja, atau bekerja tapi gaji ciput jer... sila la cari sang pria yg baik, ganteng dan banyak uang yg halal supaya cerah masa depan! hehehe.. boleh??
ReplyDeletekesian kan...yang penting didik anak merasa cukup dengan apa yang ada. insyaAllah..they'll survive.
ReplyDeleteyang tu lah yang my big guy dok ajar the little guy..maklumlah dia sorang ja the bread winner kan.
http://twinkywinkystars.blogspot.com
hurmm, kanak2 yg membesar x sempurna akan jadik mcm2 yg negatif kalau x di didik betul2. saya selalu nmpk efek dia bila ayah driver lori, mak kerja kilang. anak mmg x terurus dan degil sket
ReplyDeleteso, kena motivatekan mereka
Aslmkm.
ReplyDeleteAsal cuba yang terbaik, insya Allah akan diberkati!
adik bradik I ramai 8 org n im the 2nd child. I love my parents so much. and I love my siblings.. kalau tak kerana mereka yang ramai. I tak jadi survive macam sekarang. I tau nilai duit dan nilai mengutamakan hubungan kekeluargaan.
ReplyDeletedulu adik I yang blaja nursing kat PPUM tu kedekut sangat2. then bila dia datang KL n I banyak sangat bantu dia dari segi kewangan semua. now dia dah jadi seorang adik yang tak berkira. I think Ive shown her something good. perhaps.
betul tu GB. mybe bg sstg msyrkt skrg, lpas kawen bole cri rzki. tp cm mana kita nak tmpung anak klau kita sndiri tunggang langgang. besar tanggungjwb bila dah bkeluarga ni
ReplyDeletebetul. sebelum kawin langsai hutang semua dulu.heee
ReplyDeletexsabar nk keje
ReplyDeletenk ade diut sndiri
umh sndiri
keta sndiri,..
ada duit
nak buat mcm2
nk beli mcm2
yng xdpt beli slama ni
yg xboleh beli sblum ni
yg xde nk belikn sblm ni
Didzy:
ReplyDeletekalau nak nangis nangis je. GB rela. huhuhu
a.z.r.i.n.a.03.07 :
ReplyDeletebetul tu kak. kdg2 bebudak zaman sekarang ni tak tau cara untuk mensyukuri kehidupan diorang melainkan kalau ditunjukkan contoh..
elyse:
ReplyDeletesebab tu kene beringat dan sentiasa fikir pasal masa depan. seronok2 mmg boleh tapi efeknye tak kekal lama la..huu~
sahromnasrudin:
ReplyDeleteboleh digunakan perumpamaan kamu tu. terima kasih
~Nur Zulaiha~:
ReplyDeletehopefully kan?
abah_izz :
ReplyDeleteitu la konsep yg buat byk melayu islam mundur. terlalu berharap pada rezeki lepas kawen, rezeki anak dsb.
tapi kalau tak usaha tak ke mana juga perginya...
BonekadalamChermin :
ReplyDeleteare you ok now?
alis:
ReplyDeleteaish...dah terjangkit sindrom GB ke? jgn la sampai takut kawen....tgk GB, dah tak takut dah ni. huuu~
gedek!:
ReplyDeletenak bayar kursus tu pun pakai uang...huuu~
sebelas:
ReplyDeleteeh. awak. sibuklah! :p
cik fiza:
ReplyDeletebagus bila dah ada kesedaran mcm tu...kamu akan jadi ibu yang baik. :)
gismo82:
ReplyDeleteala...asyik cerita gumbira ria je, cerita la pulak yg sedeh2...huuu~
littlehumblelynn:
ReplyDeletetersipu2...tau takpe...ngeeee
izee:
ReplyDeleteapa2 pun kene usaha. sebab yang baik tu dari Allah, yg buruk tu segalanya berpunca dari tgn manusia sendiri...
aspenladylovely:
ReplyDeleteno aspen, i'm talking about another family but closely related to those you are talking about. :)
surihati_ku:
ReplyDeleteGB ni belum naik pelamin pun hari2 bawak bekal. hahaha...
bagus cara kamu suri. :)
Azuan :
ReplyDeletewalaupun ramai ckp kawen tu membuka rezeki..tapi kalau tak usaha rezeki takkan datang...
Zezebel:
ReplyDeletetepat sekali kata2mu itu
MasZuber:
ReplyDeleteyup. mmg selayaknya kita bersyukur
donny :
ReplyDeletehaha. tq. zaman serba canggih skrg ni apa2 pun akan jadi pandai menulis.
terima kasih dari taman desa KL. :)
ummi5:
ReplyDeletesetuju sgt. yg penting keberkatan. sebab bila berkat Allah akan cukupkan. :)
miss nina :
ReplyDeleteitu yg sebetul2nya. :)
MELAH :
ReplyDeletesebenarnya rumah diorang dalam kawasan opis GB. sebab tu diorg boleh suka2 hati dtg melawat. huu~
h4ni3:
ReplyDeletekalau GB yg ckp gitu mmg dah lama GB kene ban dgn lelaki2 seantero malaya.
(tapi GB mmg setuju dgn akak...ehehehehe)
Drama Mama:
ReplyDeletetgk cara akak mendidik budak kecik tu, nampaknya mmg boleh tahan. hahaha
Poyaty :
ReplyDeleteaha...ini satu isu yg best nak dibincangkan. mungkin satu entri lain tentang ini.
thx for giving me the idea yaty. :)
DDrfauziah :
ReplyDeletebetul tu auntie. insyaAllah. :)
nursarah puteri biru:
ReplyDeletekamu kakak yg bagus. GB suka. teruskan ya. :)
Meera:
ReplyDeletebagus pendapat kamu. persediaan awal pun tak kurang pentingnya kan..
vidadarisakura:
ReplyDeletehaha. amboi..hutang ape tu?
puteri:
ReplyDeletenanti bila kamu sudah menempuh alam itu, kamu akan rasa apa yg sebenarnya berlaku di dunia sebenar. :)
rezeki orang lain2 GB...tak boleh nak salahkan sape2..
ReplyDeleteMungkin rezeki dia takat tu je..Untuk menguji keimanan kita dlm menangani saudara kita yang sama2 susah..
Queen:
ReplyDeletebetul...
mungkin GB terlalu emosional tgk anak2 dia kot..
That's why sampai sekarang saya belum kahwin. I have seen how hard my parents raised us. Hutang keliling pinggang tak payah cakap lah, nasib baik dan syukur kepada Tuhan semua anak-anaknya membesar jadi manusia...
ReplyDeleteSaya janji kepada diri sendiri supaya my next generation won't grow up like me. Seperti yang GB kata, buat persediaan. Kahwin tak boleh nak tangkap muat, ya tak??