Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, November 2, 2010

Walaupun GB belum ada anak, tapi GB tahu...

Ketam. Jalan senget. Jangan tiru.
Pause kejap cerita pasal Kuantan ye....

Musim-musim gaji ni ramai la yang bergumbira nak dapat duit gaji. Walaupun dapatnye sekejap aje sebab lepas tu nak kene langsaikan hutang piutang, tapi setakat nak belanja anak bini (atau dalam kes GB mak ayah dan adik-adik lah) takde la apa hal sangat kan? Sama-sama boleh bergembira, Tuhan pun sayang kan?

Tapi lain pulak kisahnya kat opis GB ni. Tempat GB keje ni ada pekerja-pekerja kontrak yang gaji mereka gaji hari. Rumah bos bagi. Segala jenis bil bos tanggung. Rumah tu ala kadar sajalah kan, takkan lah bos nak bagi banglo pula. Tapi yang tak seronoknya sebab diorang ni tinggal dengan anak bini sekali kat situ. Bukannya apa, tak selesa dan bab privacy toksah ceritalah... Dan dengan gaji yang sangat....alahai.... 

Asal dapat gaji ada yang kene potong, sebab keje tak memuaskan. Bos nak cut overhead. GB pulak takde lah sebelahkan mana-mana pihak cuma sebagai staf bahagian management GB pun bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan opis tak melampau. Kalau projek besar memang kita akan spend time dan bagi commitment melampau (errr..ye ke? heheh) sebab bila hujung bulan masyuknya tu cerah jugalah biji mata ni tengok. Tapi kalau setakat projek ciput tapi makan masa nak dekat sebulan baru nak siap (dan kadang-kadang berbulan-bulan), memang teruk bos kene tanggung. Tapi pekerja kontrak tak faham....

Bila time bagi gaji, GB cuba bayangkan macam mana diorang boleh survive ek? Ada anak bini nak ditanggung. Anak kecik ada. Yang dah sekolah ada. Pulak tu kalau sebelum gaji dah amik advance, berapa sangat la yang tinggal? Duit minyak GB sebulan pun lagi banyak dari tu. 

Kat anak-anak diorang GB nampak efeknya. Kadang-kadang diorang ni suka masuk opis tengok GB buat keje. Kadang-kadang diorang suka tanya benda-benda yang pelik-pelik. Rumah GB macam mana? Kereta GB bayar berapa sebulan? Weekend GB pegi mana? Soalan-soalan yang jarang lah budak-budak sekolah nak tanya. 

Dari cara diorang bertanya, nada suara diorang, GB boleh nampak betapa diorang nakkan kehidupan yang lebih baik dari apa yang diorang ada sekarang. Ada pressure yang diorang dah mula rasa. Masa kecik-kecik cinonet mungkin diorang tak kisah, tapi diorang dah makin besar....GB kesian kat diorang. Tapi yang mampu GB pesan, belajar la rajin-rajin so nanti besar boleh jadi senang....

Kesian...

Tapi ayah diorang macam mana pulak? Ada tak terfikir tentang apa yang anak diorang sedang rasa sekarang?

P/S: Pesanan untuk diri sendiri - sebelum kahwin mantapkan apa yang patut untuk memberikan yang terbaik kepada zuriat GB nanti. InsyaAllah. 

65 comments:

  1. Kisah2 mcm ni buat kita insaf jugakan GB? Memang lumrah hidup. Saya pun kesian kalau tertengok/terjumpa dgn keluarga yg mcm tu...ok taknak sambung panjang lebar, agak sensitif..nanti saya nangis plak dkt blog GB ni...^^

    ReplyDelete
  2. GB,

    pesanan yg sama pada anak2 bila tengok ada yg tidur bawah jambatan sebab susah.


    *bersyukur apa yg kita ada.

    ReplyDelete
  3. GB
    Kite pun pk bnde yg sama.musim kite beranak nnti,laptop tu mcm kalkulator je.main mintak je kan.risau jugak kalau kite xdpt nk bg macam apa yg ibu kite bg kan?

    ReplyDelete
  4. salam....hidup umpama hukum karma..what u give, u get back...

    ReplyDelete
  5. Thankz for the right Engglish~~

    hahaha... bdk2 baru belajar, biasa la kan~~

    n3 nie mmg sedih la,, hope bdk2 2 sedar tk bt perubahan tk diri sendiri~~

    ReplyDelete
  6. mungkin makayah diaorang terfikir & sedar..tapi sesal kemudian memang dh tak brguna,

    betul,setiap anak tu ada rezki masing2,tapi nak dapat tu kenalah usaha jugak...nak lebih kena usaha lebihlah..

    ReplyDelete
  7. T_T'

    banyaknye nak kene pikir.
    otak ada satu je how?

    huhu

    nak balek!!
    nak mak!!!!

    huwaaaaaaaaaaaaaaaa

    *emosi*

    ReplyDelete
  8. salam GB..

    huhu... banyak nak fikir.

    sebab tuh laa antara faktor kecik kiter takot nak kawen.

    sian kat bakal anak andai apa yg diorg nak, kiter tak dapat nak adakan


    T_T

    ReplyDelete
  9. eh awak orang pahang ke..

    lalalala

    ReplyDelete
  10. dulu kn masa sy kecik2, kalo sy jln2 nampak family yg naik motor ngan anak kecik, sy slalu sedih.. n ckp pada diri sendiri yg sy akan pastikan sy ada kereta utk bawa anak sy ke mana sje nnt...

    disebabkan azam tu la alhamdulillah bjaya ke menara gading dan ada ape yg ada skrg... kita kena ada motivasi utk bjaya huhuhu~~ touching plak rasa...

    ReplyDelete
  11. Sentiasa bersyukur apa yg kita ada...insyallah.. sedih plak bila baca cerita mcm ni..

    ReplyDelete
  12. betul..susah nk kwn..kalo keja x menentu...yg keja tetap pun kdg2 cukup2 makan aje!!

    ReplyDelete
  13. lumrah kehidupan..muhasabah dri sendirii sebenarnya klu kita rs kita ssh de org lg ssh dr kita..

    rezeki Allah di mn2 cuma ia dtg lmbt atau cepat..ada atau tiada..pelbagai persoalan yg timbul..

    ReplyDelete
  14. if we are talkin' about the same person...he was once left his family in his country. But he said he feel severely yearn to his kids and wife...But guess wut GB, his life here is much better than in his own land....so Malaysian....say thanks to Allah

    ReplyDelete
  15. bukan senag nak idup senang..kena simpan duit dri skrg..

    tak per susah dari skrg kelak senang kemudian hari sb kita bljar dan merasa hdup susuh..sdkit sbyk kita dpt ajar anak cara berjimat cermat dalm sgala kehidupan..

    suri berkeluarga juga tak mewah cam org lain tapi sederhana jer..hari2 suri dan dia bwa bekal.ikutkan mau jer makan luar huhu..tapi pikir anak suri juga ada masukkan wang simpanan mrka dlm asb dan simpan cam takaful tu..
    sikit2 lama jadi bukit..

    ibu bapa kena byk berkorban utk anak.tahankan diri nak beli tu ini jika ia tdk penting..kata irg idup bujang dgn berkahwin lain caranya hee..

    cic gadis bunga bila pulak nak naik pelamin??

    ReplyDelete
  16. lumrah kehidupan...ada orang susah..ada yang senang..kahwin tu kan membuka rezeki...huhu

    ReplyDelete
  17. Belajar dari pengalaman orang lain. Apa yang kita lihat hari-hari, yang baik kita jadikan panduan, yang buruk kita jadikan sempadan. Kalau kita sekadar lihat dan tidak dapat apa-apa, nanti satu hari kita jadi macam mereka juga tu.

    ReplyDelete
  18. ini membuatkan kita bersyukur dengan apa yang ada sekarang..

    ReplyDelete
  19. festime saya jumpa bunga yang pandai menulis,,anyway salam dari kota marudu :)

    ReplyDelete
  20. insyaAllah rezeki yg berkat ialah walau sikit tapi mencukupi dan bahgia :)
    kadangkala anak2 orang susah lebeh berjaya dari anak2 yg semuanya ada, dalam kemewahan.
    susah senang yg penting mensyukuri atas nikmat dariNYA :)

    ReplyDelete
  21. semoga apa yang kita lihat dan rasa itu jadi pengajaran

    ReplyDelete
  22. rumah depa tu dekat dengan ofis ka GB sampai budak2 tu boleh masuk dalam ofis masa keja.

    kat kampung pn lebih kurang gak. dh la keja motong, anak kecik2.

    ReplyDelete
  23. moral of the story... kalau pompuan yg tak bekerja, atau bekerja tapi gaji ciput jer... sila la cari sang pria yg baik, ganteng dan banyak uang yg halal supaya cerah masa depan! hehehe.. boleh??

    ReplyDelete
  24. kesian kan...yang penting didik anak merasa cukup dengan apa yang ada. insyaAllah..they'll survive.

    yang tu lah yang my big guy dok ajar the little guy..maklumlah dia sorang ja the bread winner kan.

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. hurmm, kanak2 yg membesar x sempurna akan jadik mcm2 yg negatif kalau x di didik betul2. saya selalu nmpk efek dia bila ayah driver lori, mak kerja kilang. anak mmg x terurus dan degil sket

    so, kena motivatekan mereka

    ReplyDelete
  26. Aslmkm.
    Asal cuba yang terbaik, insya Allah akan diberkati!

    ReplyDelete
  27. adik bradik I ramai 8 org n im the 2nd child. I love my parents so much. and I love my siblings.. kalau tak kerana mereka yang ramai. I tak jadi survive macam sekarang. I tau nilai duit dan nilai mengutamakan hubungan kekeluargaan.

    dulu adik I yang blaja nursing kat PPUM tu kedekut sangat2. then bila dia datang KL n I banyak sangat bantu dia dari segi kewangan semua. now dia dah jadi seorang adik yang tak berkira. I think Ive shown her something good. perhaps.

    ReplyDelete
  28. betul tu GB. mybe bg sstg msyrkt skrg, lpas kawen bole cri rzki. tp cm mana kita nak tmpung anak klau kita sndiri tunggang langgang. besar tanggungjwb bila dah bkeluarga ni

    ReplyDelete
  29. betul. sebelum kawin langsai hutang semua dulu.heee

    ReplyDelete
  30. xsabar nk keje
    nk ade diut sndiri
    umh sndiri
    keta sndiri,..

    ada duit
    nak buat mcm2
    nk beli mcm2
    yng xdpt beli slama ni
    yg xboleh beli sblum ni
    yg xde nk belikn sblm ni

    ReplyDelete
  31. Didzy:
    kalau nak nangis nangis je. GB rela. huhuhu

    ReplyDelete
  32. a.z.r.i.n.a.03.07 :
    betul tu kak. kdg2 bebudak zaman sekarang ni tak tau cara untuk mensyukuri kehidupan diorang melainkan kalau ditunjukkan contoh..

    ReplyDelete
  33. elyse:
    sebab tu kene beringat dan sentiasa fikir pasal masa depan. seronok2 mmg boleh tapi efeknye tak kekal lama la..huu~

    ReplyDelete
  34. sahromnasrudin:
    boleh digunakan perumpamaan kamu tu. terima kasih

    ReplyDelete
  35. abah_izz :
    itu la konsep yg buat byk melayu islam mundur. terlalu berharap pada rezeki lepas kawen, rezeki anak dsb.

    tapi kalau tak usaha tak ke mana juga perginya...

    ReplyDelete
  36. BonekadalamChermin :
    are you ok now?

    ReplyDelete
  37. alis:
    aish...dah terjangkit sindrom GB ke? jgn la sampai takut kawen....tgk GB, dah tak takut dah ni. huuu~

    ReplyDelete
  38. gedek!:
    nak bayar kursus tu pun pakai uang...huuu~

    ReplyDelete
  39. cik fiza:
    bagus bila dah ada kesedaran mcm tu...kamu akan jadi ibu yang baik. :)

    ReplyDelete
  40. gismo82:
    ala...asyik cerita gumbira ria je, cerita la pulak yg sedeh2...huuu~

    ReplyDelete
  41. littlehumblelynn:
    tersipu2...tau takpe...ngeeee

    ReplyDelete
  42. izee:
    apa2 pun kene usaha. sebab yang baik tu dari Allah, yg buruk tu segalanya berpunca dari tgn manusia sendiri...

    ReplyDelete
  43. aspenladylovely:
    no aspen, i'm talking about another family but closely related to those you are talking about. :)

    ReplyDelete
  44. surihati_ku:
    GB ni belum naik pelamin pun hari2 bawak bekal. hahaha...

    bagus cara kamu suri. :)

    ReplyDelete
  45. Azuan :
    walaupun ramai ckp kawen tu membuka rezeki..tapi kalau tak usaha rezeki takkan datang...

    ReplyDelete
  46. Zezebel:
    tepat sekali kata2mu itu

    ReplyDelete
  47. MasZuber:
    yup. mmg selayaknya kita bersyukur

    ReplyDelete
  48. donny :
    haha. tq. zaman serba canggih skrg ni apa2 pun akan jadi pandai menulis.

    terima kasih dari taman desa KL. :)

    ReplyDelete
  49. ummi5:
    setuju sgt. yg penting keberkatan. sebab bila berkat Allah akan cukupkan. :)

    ReplyDelete
  50. miss nina :
    itu yg sebetul2nya. :)

    ReplyDelete
  51. MELAH :
    sebenarnya rumah diorang dalam kawasan opis GB. sebab tu diorg boleh suka2 hati dtg melawat. huu~

    ReplyDelete
  52. h4ni3:
    kalau GB yg ckp gitu mmg dah lama GB kene ban dgn lelaki2 seantero malaya.
    (tapi GB mmg setuju dgn akak...ehehehehe)

    ReplyDelete
  53. Drama Mama:
    tgk cara akak mendidik budak kecik tu, nampaknya mmg boleh tahan. hahaha

    ReplyDelete
  54. Poyaty :
    aha...ini satu isu yg best nak dibincangkan. mungkin satu entri lain tentang ini.

    thx for giving me the idea yaty. :)

    ReplyDelete
  55. DDrfauziah :
    betul tu auntie. insyaAllah. :)

    ReplyDelete
  56. nursarah puteri biru:
    kamu kakak yg bagus. GB suka. teruskan ya. :)

    ReplyDelete
  57. Meera:
    bagus pendapat kamu. persediaan awal pun tak kurang pentingnya kan..

    ReplyDelete
  58. vidadarisakura:
    haha. amboi..hutang ape tu?

    ReplyDelete
  59. puteri:
    nanti bila kamu sudah menempuh alam itu, kamu akan rasa apa yg sebenarnya berlaku di dunia sebenar. :)

    ReplyDelete
  60. rezeki orang lain2 GB...tak boleh nak salahkan sape2..

    Mungkin rezeki dia takat tu je..Untuk menguji keimanan kita dlm menangani saudara kita yang sama2 susah..

    ReplyDelete
  61. Queen:
    betul...

    mungkin GB terlalu emosional tgk anak2 dia kot..

    ReplyDelete
  62. That's why sampai sekarang saya belum kahwin. I have seen how hard my parents raised us. Hutang keliling pinggang tak payah cakap lah, nasib baik dan syukur kepada Tuhan semua anak-anaknya membesar jadi manusia...

    Saya janji kepada diri sendiri supaya my next generation won't grow up like me. Seperti yang GB kata, buat persediaan. Kahwin tak boleh nak tangkap muat, ya tak??

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D