Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 12, 2010

Korang nak tau tak?

Souvenir from Vietnam. She supposed to have some hair, but  I accidentally pulled them out. Sorry dear.


Dulu kalau wiken GB selalu gi jalan-jalan dengan member. Shoping bagai. Jangan kata wiken la...lepas abis opis pun selalu gak jalan-jalan window soping. Almaklum...dulu opis belakang Jusco je. Hari-hari pegi. Tak penah ketinggalan baju-baju terbaru kat Jusco. Kasut-kasut yang latest kat Vinci. Beg-beg tangan yang hot-hot.

Movie pun tengok jugak la walau jarang-jarang.

Pastu kan, kalau emo-emo ke selalu la kitorang bercerita meluah perasaan bagai. Kadang sampai 2-3 pagi. Selalunya pasal lelaki lah (heheh), family, tempat keje, bos, sale sana sini, mekap ke, movie...pendek kata semua bende boleh jadi modal lah! Memang syok bercerita sampai tak rasa mengantuk pun. Kalau tengah tak emo pun selalu bercerita gak...sebab tu dalam hati ni takde la banyak sangat menyimpan perasaan kecuali hal-hal yang terpaksa dirahsiakan je (tu pun terlepas jugak kadang-kadang....!)
.
.
.
.
.

Tapi sekarang….dah takde dah aktiviti cenggitu. Keje...sampai malam. Sabtu pun keje, kadang-kadang sampai malam jugak. Kalau tak keje, duk umah.

Tengok kasut, alahai…dah longgar. Nak kene beli baru dah. Tengok beg, ish..dah lama tak bertukar. Asyik belasah beg tu je. Kasut kerok tipu yang cadang nak beli tu pun tak beli-beli lagi. Kadang-kadang moisturizer habis nak dekat seminggu pun tak sempat nak beli. Bedal mak punye…

Nak jugak pegi Jusco nak tengok baju baru. Kasut baru. Beg baru. Tak pun uptown, kot-kot dapat kerok tipu. Tapi takde member la pulak...

Sekarang ni kalau ada rasa-rasa sebak menyebak dalam hati, dah tak tau nak cerita kat sapa. Memang la ada kawan juga tempat bercerita tapi tak sama. Sebab kat YM je. Tak pun sms. Kalau tak tahan sangat telepon. Tapi tak sama dengan sesi meluah perasaan secara face to face ni.

Sebabnya kan......
.
.
.
.
.

Sebab member-member GB ramai sangat yang dah kawen. Yang belum kawen ni pun dah nak kawen bulan depan. Abis tinggal GB sorang-sorang. GB bosan tau...

Bosan..... :(

P/S: Asal ceritanya terfikir nak shopping kasut baru je, alih-alih jadi entri panjang lebar pulak. Eheheh fomfuan….

32 comments:

  1. kalo dah kawen mmg komitment dgn member tu kena limit kan GB..sian GB..
    GB kawen lah cepat2 jugak..ada org temankan GB slalu...heee ^^

    ReplyDelete
  2. Didzy:
    hahaha. layan je la ye. kite nak gi brunei lah. soping kat sana pulak. teman ek? :p

    ReplyDelete
  3. akak lebih suka sopping sorang2 GB
    tkde kawan pun xpe

    ReplyDelete
  4. boleh GB, saya alu-alukan sangat2 kalo nak gi sini, temankan shopping no hal punya, saya mmg pakar. hahaha

    ReplyDelete
  5. apapun GB, status yg bertukar, tp friendship forever! ;)

    ReplyDelete
  6. Rozita:
    saya penah try shop sorang-sorang. tapi rasa kosong sikit. takde org nak diminta pendapat...

    ReplyDelete
  7. same lahhh

    I sedih. nak ajak kwn2 klua pk seploh kali

    nnt laki dia ckp x tahu ke org da kawen.

    alahai, nasib kan. haha

    kelua sorg la GB jwbnya :D

    ReplyDelete
  8. Fatin:
    ada lagi point entri tu. tapi tak tertulis sebab panjang sgt.

    papepun i know, friendship remains. thx

    ReplyDelete
  9. betol3x!

    masa last member gitau dia dapat keje gomen; alis terus cakap:

    "pasnih confirm kiter dah tak dapat nak huha macam dulu"

    dia jawab:
    "eh, tak laa.. jangan macam tuh, kiter akan jumpa selalu"

    minggu lepas; ajak lunch.

    "weh tak dapat laa, aku temankan member opis tgh sarat nih, kesian kat dia"

    itu kira2 ajakan yg ke3 dlm minggu tuh.

    (T__________T)

    ReplyDelete
  10. yaty:
    heheh. itu la poin sebenar. kite faham diorg punye komitmen dah bertambah. takmau ganggu. tapi kdg2 perasaan fomfuan ni yg mengada...eheheh

    ReplyDelete
  11. alis:
    dat's why...
    kdg2 kite mmg nak cuba kekalkan tapi bila keadaan dah membentuk kita jadi seperti mana yg sepatutnya, benda akan berubah jugak...

    ReplyDelete
  12. tell me about it! kekadang yang dah kahwin ni pun rasa nak huha huha, tapi keadaan menghalang! dah tu kawan2 semua pun dah kahwin so takleh gak nak just go out have fun sebab diorang pun ada commitments. paling tidak, nak kluar kena usung anak! huhu

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. GB...
    Kalau ada jodoh tak ke mana tu....
    Sabar jer lar. Nanti saya buat post ler macamna nak cari boyfriend. Hehehehehe....

    ReplyDelete
  14. drama mama:
    but at least kan families can have fun other families. kan kan? :)

    ReplyDelete
  15. belle:
    hahaha..comel la belle ni...

    GB ni spesel case. spesis complicated tak hengat.

    tapi ok jugak kalau belle taruk post tu. nak baca. hihi

    ReplyDelete
  16. Salam Gadis Bunga, ShueQry di sini..

    Bagi saya itu adalah petanda untuk satu transisi hidup, perubahan dari seorang yang bujang kepada seorang wanita yang akan berkahwin.

    Memang sunyi, tapi di situlah petanda, GB kena cari seseorang.

    ReplyDelete
  17. salam..kasut vincci semua cantik2 kan...

    ReplyDelete
  18. bila laa nak ada Jusco kat kuantan neh...

    GB, jangan bosan2 k..

    ReplyDelete
  19. jomla join MDT jln2 kan jln TAR..cari kain nak buat acara ujg tahun ni.lalalalala..

    ReplyDelete
  20. tak lama lagi giliran GB la tu.. =)

    ReplyDelete
  21. GB..shopping dengan mak la..he he..boleh juga sekali sekala jalan dengan mak kan..

    ReplyDelete
  22. hisssh..
    kRina yg dah kawen ni pun kengkadang shopping sorang2 jer..

    Pernah pergi JJ Mmber Card Sale di MValley dari 730pagi sampai hingga ke 4 petang kat sana ! (termasuk makan lah...)


    lenkali ajak kRina lah... hehe..

    ReplyDelete
  23. kesiannnnn GB...

    cepat2 lah berdua ya...

    ReplyDelete
  24. i x kawin lgik. jom hang out ngan i. kekekekke

    ReplyDelete
  25. biler umur makin meningkat, kawen 2 mmg pasti..so kwn2 pun akn kurg n kita akn lalui dunia bru.heee

    ReplyDelete
  26. takpelah... ada hikmahnya kan??
    at least takde la kuar duit banyak sangat
    fomfuann kaanns... plan nak beli moisturizer.. tetiba eh terbeli handbag, jalan depan sikit lagi tetiba eh terbeli kasut... sebelum keluar dari shopping complex pun tetiba ehhh tersambar tiga pat lai baju pulak ;))

    ReplyDelete
  27. nak ajak berjalan no hal la kalau dh kawin pon. nak sedey pulak, aku gigit jugak pid nih

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D