Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, November 26, 2010

Entri Rabak

Anak cicak kat atas recycled paper
(Taman Desa, Kuala Lumpur, Malaysia)
Semalam GB balik lambat. 12 tengah malam. Mata pun dah rabak.

Puncanya sebab nak kejar dateline projek kat Klang tu la. Miting pagi ni pukul 9.45 kat Klang tapi Mr Bos la yang pegi. Dia kata nak gerak ke Klang pukul 9 pagi esoknya.

Again, nak kata sebab buat last minit pun tak boleh jugak sebab in the mean time kene juggle between projek-projek lain, meeting, pi jaga site, jaga dua boss, angkat telefon, check email, design, buat drawing, termasuk nak uruskan benda-benda teknikal kat opis ni. 

Nak dijadikan cerita pukul 12 tengah malam tu keje GB dah nak siap pun. Cuma tinggal nak print aje. Print A3. 

So pagi tadi walaupun mata masih rabak lagi, GB datang awal. Kul 7 dah terpacak dalam opis. Nak print je tinggal. Oh dengan satu lagi nak buat consultancy quotation. Dan err...satu la gi nak tacap-tacap segala. So GB pun start printing. Satu...satu...satu...elok je keluarnya. Puas hati jugak tengok. 

Masuk yang nombor 4, dia print separuh je. GB dah gelabah. Lepas tu terus printer punya lampu lip lap lip lap anak mami macam otromen dah nak kiok. Buat la macam mana pun, restart la macam mana pun, dia tetap lip lap lip lap jugak.

Untuk makluman printer tu tak pernah buat hal sebelum ni.

Time tu dah pukul 8.30 pagi.

Boss sampai.

GB dah tertekan. Last resort GB terpaksa call kedai printing untuk mintak diorang printkan layout yang selebihnya. Ada lagi 6. Lepas email segala...kedai tu print...Ms Colleague pi kejar amik segala....pukul 9.40 baru bos gerak ke Klang.

Boss dah hangin sebab lambat. GB pun hangin sebab bengang. Semua orang hangin.

Dan printer tu? GB rasa macam nak bakar je. Boleh tak?

.
.
.
.
.

P/S: GB rasa opis tu berantu la...

P/S: Pengajaran sebenar...biar tak balik rumah asalkan keje siap. Tiada kepastian untuk hari esok yang tak menjanjikan apa-apa. Cewah! 

32 comments:

  1. takutnyer ada hantu... huhuhuhu~~

    ReplyDelete
  2. DSTB:
    tapi printer tu menyakitkan hati. boleh tak?

    ReplyDelete
  3. eh kompem ada GB...kompem....mmg kompem...klu x takkan la tetibeeewww jeww leh rosak pwinter tu kan??? ;-P

    ReplyDelete
  4. cikfiza:
    heheh. nak kene cari pemanggil hantu dah nampaknya ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. aspen:
    bab tetibe tu mmg betul..tapi kenapa printer yg ditujunya? kenapa dia tak pi kacau client suh bagi sakit pastu boleh la pospon miting. lalala

    ReplyDelete
  6. kagum dgn kecekalan GB..
    nway , sebab kes2 gini la.. maka jadinya opis sy ader 4 nos. A3 printer.. 3 nos. A4 printer. huk3..bos provide sume tuh so dat no excuse utk lambat ke haper...

    ReplyDelete
  7. lain kali cuba ambik gambo cicak tokek yang harga berpuluh ribu sekor tu..dapat jual 20 ekor, boleh berhenti keja :)

    ReplyDelete
  8. fatin:
    betul betul. mmg bagus opis awak. senang sebab byk bekap. mmg takde alasan dah yg boleh dibagi. huhuhu

    ReplyDelete
  9. daddy ziyad:
    tuh laa...anak cicak ni jual 20sen pun tak laku.

    tapi kot2 ade yg nak beli gambo cicak ni boleh la jual setakat cukup nak makan seminggu. keh keh keh

    ReplyDelete
  10. raise PR beli baru..

    hehe...


    kReen pun hangin tengok cicak tu ! Musuh ketat tu ..

    ReplyDelete
  11. kReen:
    heheh. kat opis ni cicak belum jadi musuh ketat lagi. boleh bertolak ansur lagi tu. kihkihkih

    ReplyDelete
  12. bawak balik jer printer tu ke rumah.. print kat rumah.. lepas print, boleh terus gedebummmm atas katil.. hehe

    ReplyDelete
  13. h4ni3:
    heheh...terbaik!!!!

    lepas ni kompem buat. lalala

    tapi lepas printer tu ok balik la...wuwuwu

    ReplyDelete
  14. salam..kalau GB dah kawen..camno la gamaknya kan huhuhuhuh

    ReplyDelete
  15. sahrom:
    kalau dah kawen ajak asben teman kat opis la...lalala

    ReplyDelete
  16. aku rasa cam time nk hantar thesis je...bila time nak hantar, mulalah semua benda buat hal...hehehe

    ReplyDelete
  17. kish:
    lebih kurang la tu. last minit semua buat hal. tak bagi can langsung. huhuhu~~

    ReplyDelete
  18. GB..jangan berani2 kata opis sendiri berantu..nanti..dia datang..bila keje sensorang...he he..gurau je..

    ReplyDelete
  19. k erna:
    erk! GB kat opis lagi ni kak. jgn la..huwaaaa!!!!

    ReplyDelete
  20. hantu mendenye tu...perasaan je tuh. muehehehehe

    ReplyDelete
  21. tengah tunggu gambar ayam dan balungnya...

    ReplyDelete
  22. mirachantek:
    kalau perasaan mesti la kite nak printer segala tu ok je. ni rosak. takde lainla tu. hantu le tu. muehehe

    ReplyDelete
  23. drSinga:
    gambor2 semua tengah tunggu giliran nak dipublish. siap kene godek2 ni. heheh

    ReplyDelete
  24. Malam esok ada ler orang yang bawa tilam bantal masuk ofis..

    Jangan lupa bawa berus gigi sekali.. hehehe

    ReplyDelete
  25. ee i terperanjat tau, cepat2 scroll! tak boleh tengok lizzie..geliee :)

    ReplyDelete
  26. azieazah:
    siap sleeping beg dgn khemah sekali. eheheh

    ReplyDelete
  27. ummi5:
    alamak. sorry....!

    terlupa nak letak warning. hihi

    ReplyDelete
  28. cikLynda:
    tq. :D

    nasib baik masa snap dia stay still. kalau merayap mau terhempas dah kamera tuh. huuh~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D