Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, October 12, 2010

Yang hangit-hangit sahaja

Costus woodsonii
(gambar diambil di Taman Tasik Shah Alam)
Selepas semalam yang hangat, kelmarin sebenarnya....GB dihangitkan oleh beberapa insiden pula.

Ujian. 

Redha sahaja dan terima dengan tabah. Tetapi tetap ada pengajaran yang mesti diambil.

  • Pagi semalam cakera keras (hard disk) utama GB ada masalah (crash). Semua lukisan, rekabentuk, maklumat-maklumat projek, kuotasi (quotation) dan invois ada di dalamnya. Sempat selamatkan fail-fail berbentuk dokumen sahaja. Kebanyakan projek lain terutamanya dalam bentuk AutoCad dan Photoshop tidak dapat diselamatkan. Terduduk juga rasanya. 
  • Malamnya pula, pukul 10, sewaktu mahu pulang dari pejabat, kereta GB tidak dapat dihidupkan pula. Masalah bateri. Gelabah juga GB, sempat telefon ayah, adik, sepupu dan pekerja kontrak GB sebelum akhirnya GB hubungi sahaja pihak insurans kenderaan. Kasihan lihat pekerja-pekerja kontrak GB datang cuba membantu sampai sanggup keluarkan bateri dari kereta mereka tapi akhirnya mereka simpan sahaja semula semuanya sewaktu GB memberi isyarat 'tidak apa' kepada mereka. (Sewaktu itu GB dalam talian dengan orang dari pihak insurans). Dan 30 minit kemudian, kereta GB berjaya dihidupkan semula.
GB terima ini semua sebagai ujian Allah dan cabaran hidup. Pengajarannya terlalu banyak untuk GB.

P/S: Buat Cik Fiza dan Scha, dalam entri berikutnya GB akan lakukan tugasan yang telah anda berdua beri ya.  

34 comments:

  1. sama lah aritu kite GB
    seminggu 2 kali eksiden
    pastu tayar pancit

    dugaan tuhan bagi :D

    ReplyDelete
  2. ohh, bertabah lah GB ye. hard disk tu mmg kena ada back up selalu.

    ReplyDelete
  3. Ujian begitu mengingatkan kita untuk lebih berhati2 agar tidak berlaku lagi.. :)

    ReplyDelete
  4. salam GB..bateri kereta jangka hayatnya ialah dua tahun..itupun jika anda memakai sel kering..pastikan anda menulis tarikh menukarnya supaya anda ingat bile perlu ia ditukar lagi..semoga ia jadikan pengajaran ya

    ReplyDelete
  5. dugaan pada org yang kuat.. =)

    ReplyDelete
  6. uihh.. ujian.. dugaan.. tapi wanita hebat macam GB, mesti boleh harungi dengan tenang..

    girl power! hehe.

    ReplyDelete
  7. ohh

    kalo file autocad+photoshop+GISku lesap, memang aku pun terduduk lalu terus tido bawah meja keje..

    penah rase masa zaman pakai ZIP disket.

    ReplyDelete
  8. GB syarat suh beli kete baruu tu..hehee

    ReplyDelete
  9. tidak mengapa
    dugaan untuk memberi peringatan di lain hari

    ReplyDelete
  10. dlm dok byk masalah msh smpat nak buat tugasan yg lain lagi heeee..

    ReplyDelete
  11. semoga GB tabah.. kalo sy, mesti dah berjujuran airmata huhuhu sy penyedih :(

    ReplyDelete
  12. cari external hd la...murah je skrg ni..
    heh!

    ReplyDelete
  13. salam,

    Pastikan back up semua file penting sekurang kurangnya di 3 tempat. Simpan ketiga tiga file di tempat berasingan (e.g. rumah, ofis dan rumah boifren). Bukannya apa, pernah terjadi, ada orang puteh kat New Zealand ni buat back up thesis dia banyak banyak tapi simpan kat dalam satu rumah. Sekali rumah dia terbakar, habis semuanya hilang. Penat je buat back up macam tu.

    ReplyDelete
  14. cobaan..
    selain dr simpan kat external & lain2 bentuk fizikal, boleh terai jugak simpan di internet sebagai tambahan kepada back up :D

    ReplyDelete
  15. Dugaan di bulan oktober ni.., Kesian kat GB. Apa masalah keta? bateri dah lama ke?

    ReplyDelete
  16. FATIN MRAZ: a'ah kot. cukup2 dua tahun. tak lebih tak kurang. tapi lepas2 tu start enjin hidup pula...pelik...

    ReplyDelete
  17. elyse: kan? bila diuji tu mmg bertimpa2. maksudnya Dia sayang la tu. :)

    ReplyDelete
  18. Poyaty: haha tq. pengajaran besar tu!

    ReplyDelete
  19. kakcik: kerana tak beringat...kene la tahan diuji... :)

    ReplyDelete
  20. sahrom: bateri tu mmg dah sampai waktu kene tukar pon. cuma lepas kejadian tu, bateri GB ok je....padahal GB belum tukar bateri baru pun.

    ReplyDelete
  21. Queen: GB tak kuat sgt..tapi redha. percaya pada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  22. GC: heheh..tetibe rasa motivated giler. hahaha!!!

    ReplyDelete
  23. MasZuber: appr RM5k to get back all files. i say yes, but my boss says no. kedekut. :(

    ReplyDelete
  24. izee: beli bateri baru lebih murah kot...heheh

    ReplyDelete
  25. suri: hidup kan perlu terus...hihi

    ReplyDelete
  26. afendi ariff : dah ada backup scheduler skrg. wuwuwu~

    ReplyDelete
  27. Ismail Fitry: takde boyfriend...simpan kat mesjid boleh tak? ngeee~

    ReplyDelete
  28. Mr Noble: betul tu...ada a few yg simpan kt internet, tapi malang sekali bukan semua. huuu~

    ReplyDelete
  29. Zezebel : bateri dah sampai time tu....tapi belum tukar lagi. huuu~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D