![]() |
Warna alam adalah terapi terbaik (Gambar matahari terbenam, diambil di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah Selatan) |
Ini cuma cerita lanjutan tentang kenapa GB tidak belum mahu berkahwin sampai sekarang walau hakikatnya GB sudah punya sedikit cita-cita untuk berkahwin.
Sebenarnya, apabila ditanya soal kahwin, GB akan diresapi suatu perasaan yang pelik. Contohnya:
- Pening hampir pitam
- Susah bernafas
- Panik
- Takut
- Tiba-tiba naik marah
- Akhirnya mengelak terus daripada berbicara soal itu.
GB tidak pasti jintan manis apakah yang sudah merasuk diri GB sampai GB takut betul untuk berkahwin. Sedangkan keluarga GB biasa-biasa sahaja. Setakat sedikit salah faham antara bunda dan ayahanda itu bagi GB adalah rencah biasa dalam rumahtangga. Tapi untuk menempuhi sendiri alam itu, GB benar takut.
Akhirnya GB buat sedikit analisa tentang punca perasaan takut yang mendalam dalam diri GB. Ini adalah dari GB sendiri. Ketepikan dahulu punca dari pihak bakal suami yang belum ada itu. Antara yang dapat GB senaraikan adalah:
- GB banyak ketakutan - takut tidak dapat menyesuaikan hidup bersama seorang lelaki di dalam rumah yang sama, apatah lagi jika lelaki itu adalah seseorang yang tidak pernah GB bayangkan
- GB takut tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik - memasak, mengemas, menguruskan rumahtangga - sedangkan sekarang ini bekal sarapan pagi pun bunda GB yang sediakan
- Takut tidak dapat menunjukkan hormat yang sewajarnya kepada suami walaupun hakikatnya GB hormat kepadanya- kerana GB adalah seorang yang banyak cakap, takut nanti tersalah tutur bicara lantas derhaka pula jadinya
- GB kurang manja - mungkin kerana GB memang tidak pernah bermanja-manja dengan sesiapa - takut nanti suami bosan pula
- Takut GB tidak dapat membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga - GB tidak mengatakan yang GB lebihkan kerjaya tetapi jika ada perkara ad-hoc seperti mana yang selalu terjadi sekarang, bagaimana pula?
- Takut GB tidak punya masa berblog lagi..(abaikan...ini cuma alasan palsu)
Adakah kerisauan GB sebenarnya tidak berasas sama sekali?
P/S: Untuk makluman, walaupun takut, tetapi GB masih tetap bercita-cita untuk kahwin ya... (ketawa gatal)

Semua alasan GB tu betul dan saya pun takut sebenarnya..hehe tapi saya akan cuba sehabis daya nak ubah mana-mana yang patut demi orang yang tercinta..adeh!
ReplyDeleteTunggulah GB dah jatuh cinta nanti, semua alasan-alasan tu boleh di ubah. ;)
belum cube belum tahu, dah rasa baru tahu huhuhuhu
ReplyDeleteterukan perjuangan mencari kebahagiaan
ReplyDeletemcm mn dgn bakal family in law plak GB? kalo sy yg tu yg plg menakutkan..
ReplyDeleteBetul la Noreed, kenkadang tang in law tu yang menggerunkan..
ReplyDeletesebab tak kawen lagi: adakah kena curse sebab pernah menolak lamaran sebelum ini..?
waw.
ReplyDeletetitik.
patutnya GB lebih berani kerana utk mengeluarkan entri sebegini juga memerlukan keberanian luar biasa.
semua itu hanya tembok maya.
percayalah.
InsyaAllah...
ReplyDeletejodoh gB akan datang juga dan semoga 'dia' dan gB akan menjadi pasangan yang saling melengkapi.. :)
segala macam takut itu akan lenyap dan dicairkan oleh calon yang layak.
ReplyDeleteada benda yg menakutkan tapi maseh nak buat jugak, contoh paling ketara..paling takut nak masuk hospital, nak melahirkan..tapi buat jugak berulang kali :)
gatal akan melawani takut :D
p/s saya maseh gagal dalam semua perkara yg GB senaraikan itu..
sangat2 indah gambar alam yg dirakam! menghala selatan, menuju ke sini?
ReplyDeletesemua tu ada pada diri kRina sebelum kahwin dulu..
ReplyDeletelasak, kasar, dan sebagainya..
sekarang...sudah BERTUKAR tapi yg penting dengan kehendak sendiri tanpa perlu ada paksaan.
u can do it gurl !
sebenanrnya dah ada calon ker belum nie? insyaallah keluarga mertua akan terima menantu dengan sebaiknya...percayalah...
ReplyDeletemula2 memang la takut.. ketaq nak pi jumpa in laws... tapi sampai masa, redah jer.. buat yg terbaik semampu mungkin. mana boleh semua benda terus perfect. orang kata, nak betul2 serasi berumahtangga, nak paham betul2 perangai pasangan, adalah dalam masa 5 tahun pertama. tak kisah la sebelum tu dah bercinta 10 tahun ker... lain tau alam percintaan dgn alam perkahwinan
ReplyDeletejintan manis tak apa....
ReplyDeletejangan jantan manis.....
cinta akan melenyapkan alasan
ReplyDeletegatal akan melenyapkan alasan
restu akan melenyapkan alasan
maksud akan melenyapkan alasan
anak akan melenyapkan alasan
ibu ayah akan melenyapkan alasan
.
.
.
.
.
sunnah akan melenyapkan alasan
jgnla takut2..
ReplyDeletemcm MDT, berkahwin usia 22..sepuluh tahun kemudian berpisah..sedih, kecewa tu memang resam..kerana itu semua 1 pengalaman yg mematangkan hidup kita..tapi MDT positif utk teruskan hidup demi anak2 rebina..
dan insyaAllah ade rezki bakal berkahwin semula..
eh! apsal tiba2 tercerita plak ni..haihhh!
so, GB jgn takut2..tekadkan hati, bulatkan semangat..listen 2 ur heart..& biar Allah yg uruskan selebihnya..insyaAllah pasti akan dipermudahkan
cerita kawin2
ReplyDeletecam ada hint na kawin je ni
tapi risau~
erk
entri ni akan jadi entri tak bermakna bila tiba masanya nanti.
ReplyDeletepercayalah.
serangan panik telah melanda cik GB.. sila selamatkan diri wahai cik GB ku syg... ada kala kita akan terpaksa mengelakkan diri drpd menerima soalan2 sperti itu...
ReplyDeleteserangan panik telah melanda cik GB.. sila selamatkan diri wahai cik GB ku syg... ada kala kita akan terpaksa mengelakkan diri drpd menerima soalan2 sperti itu...
ReplyDeleteko nak kawen dgn saper sebenornyerr.. kawen dgn LELAKI kanns.. ahaha
ReplyDeletenasik tambah: kawen sodapp tawww.. *ketawa lagikks
ReplyDeleteGB,
ReplyDeleteada point yg sama GC rasa awal2 dlu. tapi GB jgn risau lah, mungkin blom jodoh lg.
kita bukan takut nak kawin, sebenarnya jodoh tu beyond our control kan.
take ur time !! sure there is someone for u!! heheee..
ReplyDeletememang gatal lame dah...
ReplyDeletejum kawen..
hehehe
Ooooo nk tawen2 ya...moh jd mnantu mak...ahahaha
ReplyDeleteDidzy:
ReplyDeleteSedang cuba berubah ni. sebenarnya masalah terbesar datang dari diri sendiri kan. huhu
sahromnasrudin:
ReplyDeletewah...menggalakkan GB kawen ni. bagus2. :D
GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:
ReplyDeleteyeah! kebahagiaan itu ada di sana!
noreed:
ReplyDeletehahaha...kalau buat entri pasal ni mau GB kene ban..... :p
MasZuber:
ReplyDeleteaku tak terfikir macam tu....cuma kalau lamaran itu wajar ditolak takkan nak salahkan kita. :D
BonekadalamChermin:
ReplyDeletetembok dalam diri adalah yg paling susah nak tembus
kakcik:
ReplyDeletetq kak. sama2 kite doakan...
ummi5:
ReplyDeletehihihi...tak sabar2 nak jumpe org yg akan melenyapkan ketakutan GB ni. hihi
ummi5 lagi:
ReplyDeleteitu gambar di kuala taiping, menuju ke KL sewaktu pulang emergency tempoh hari.
a.z.r.i.n.a.03.07:
ReplyDeleteuish...tiba2 rasa bersemangat ni!
LyNn HaMzAh:
ReplyDeletebelum ada calon yang mengikat. hihihi
h4ni3:
ReplyDeletesome thing to ponder...hmm....
DrSinga:
ReplyDeletekalau jantan manis i rela tak kawen. ahahaha
aspenladylovely :
ReplyDeletebaiklah......ngeeee
makdara TERdiva:
ReplyDeleteu are very positive about life and i can feel it in your blog. keep it up! eh...salah topik kah?
alien:
ReplyDeletehaku mmg nak kawen pon!! hahaha
tina:
ReplyDeletei'll wait for the moment when i read this again and feel ashamed about myself. hahaha
cik fiza:
ReplyDeletehahaha. panik tu kalau org2 penting yg bertanya,,,huuu~
en_me:
ReplyDeleteaiii...nak kawen dgn sape lagik....hihihi
en_me:
ReplyDeletesila la tambah lagi...hihihi
GaDis CoMeL:
ReplyDeletekita macam sama la. nak jumpa nak mintak tips sikit boleh? huuu~
izee :
ReplyDeleteya i know i know...waiting patiently now...huuu~
ciK LyndaWawa igUana :
ReplyDeletejom! tapi gatal ni sekejap2 je...cemana? :p
kak CT:
ReplyDeleteeheheh...lepas requirement ke kak..? ngeeee
GB,
ReplyDeletehahaha. nak mintak tips apa plak.
GC: tips mcm mana nak overcome semua perasan yang tak best tu. huhuhu~
ReplyDeletesy ingat sy sorg je rs mcm tu..hihihihi..
ReplyDelete