Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, October 18, 2010

OBBK: 'Kamu pengasuhnya ya?'

Irizz, comfortably cuddled by her mom
(Location: Bangsar, KL, Malaysia) 
Sabtu lepas selepas separuh hari di pejabat, GB temankan sahabat baik GB sejak 11 tahun lalu berurusan di klinik gigi di Bangsar. Kebetulan bayinya, Irizz, yang baru mahu menjangkau usia 4 bulan turut dibawa bersama, jadi dapatlah GB mengasuhnya sebentar sementara bundanya berada dalam bilik rawatan. Untuk makluman, sahabat GB ini berazam untuk memberikan susu badan penuh kepada Irizz secara ekslusif untuk tempoh dua tahun. Cerita beliau ada tercatat di sini.

Ramai juga orang yang sedang menunggu giliran pada hari itu. Maklumlah...Sabtu. 

Di ruang menunggu ada seorang makcik yang datang untuk rawatan juga bersama anaknya. Peramah. Atau lebih tepat lagi, banyak mulut. Sehingga jadi tidak relevan dengan suasana.

Mungkin kerana geram tidak dapat mendukung bayi selepas GB beri alasan 'saya tak pasti ibunya benarkan atau tidak', terus sahaja makcik tersebut berkata,'Oh...masa mak budak ni pergi kerja, kamulah pengasuhnya ya?'

GB cuma senyum.

P/S: Tahap kecerdasan minda boleh dilihat melalui cara percakapan kita.

24 comments:

  1. Jawablah : 'ya, buk... apa ibu mahu saya asuh anak ibu juga?' hahaha....

    ReplyDelete
  2. suffer8zine:
    makcik itu lor. hahaha
    (GB sudah follow blog kamu. terima kasih yg pemfollow ke 100 ;D)

    ReplyDelete
  3. kakcik:
    terkedu GB taktau nak ckp apa. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Pada suatu hari, saya telah membawa anak-anak saya bermain di tempat permainan di Mc Donald. Seorang mak cik berbangsa cina menegur saya..

    "lu punya anak ka?"
    "ya", saya kata.
    "muka dia macam cina hoh", dia berkata lagi.

    Haisehhh.. mesti dia ingat aku ni maid indon! Cesss!!

    ReplyDelete
  5. tina:
    ko kompius ke? BM aku mmg buruk sikit time tulis pasal perbualan. ngeee

    ReplyDelete
  6. h4ni3:
    lenkali boleh tak tanya direct 'apakah yang dimaksudkan dgn ayat itu?'
    heheh

    ReplyDelete
  7. hehehhe ... dah dekat lah tu ...

    ReplyDelete
  8. T@sh Sch@:
    tapi dari nada mokcik tu tak nampak cemtu pon. hahaha

    ReplyDelete
  9. cik fiza:
    heheh. nasib baik ade irizz. ;D

    ReplyDelete
  10. Kita tahu kecerdikan seseorang melalui bahasanya, cara percakapannya....fuh, tepat sekali..!

    ReplyDelete
  11. Kuasai minda:
    fuh, nasib baik betul. kalau tidak malu juga GB. :)

    ReplyDelete
  12. haaa....irizz sungguh comel, rindu diaaa

    ReplyDelete
  13. Srikandee:
    dan tak susah nak jaga. tak nangis pun. :)

    ReplyDelete
  14. makcik itu memang agak 'annoying'. dari percakapannya lagak spt org yg peramah ttp x kena.. nak tau naper?

    NO. 1:
    GB yg skit punye glemer dikatanya pengasuh??huhuu..(klaka bace komen kakcik)

    NO. 2:
    adakah bby irizz ku yg cute dgn outfit PINK segala -die tya 'ni lelaki ke pompuan?' (buduh kan)

    ReplyDelete
  15. bestnye ade baby @ bdk kicikk
    rindu kt ank sdara..
    hu.

    ReplyDelete
  16. yup saya pon penah alami keadaan gitu..kt shopping complex tgh dukung anak adik.kebetulan anak buah tu putih melepak mcm ibunya..sy ni gelap maklumlah keja kt site..salesgirl tu bole ckp "oooo patut lah...patutlah lain mcm je rupa baby nih dgn awak" lepas sy explain itu anak buah sy..(maknyer tgh membelek kasut)..AISEYMAN.....

    ReplyDelete
  17. Fatin:
    aha..ye tak ye. lupa pulak nak cerita pasal baby boy or girl tu. hahhaa

    ReplyDelete
  18. eliz:
    takleh. GB pakai palazzo, nanti terangkat pulak nampak aurat. heheh

    ReplyDelete
  19. BitsBest:
    terlalu cepat buat assumption. alahai...

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D