![]() |
Dia tahu apa yang dia suka (Gambar diambil di Taman Tasik Shah Alam pada 101010) |
Mulai entri ini hinggalah habis bulan Oktober, tajuk bagi entri-entri GB akan dimulakan dengan OBBK yang membawa maksud ‘Oktober Bulan Bahasa Kebangsaan’. Tengoklah kalau-kalau GB akan terus suka berbahasa kebangsaan untuk entri selepas Oktober nanti. (senyum)
Pada suatu malam…
GB sedang menunggu lampu hijau di satu simpang di Taman Desa. Kelihatan sebuah kereta Gen2 hitam berplat Perak yang pemandunya sedang aktif membaling objek keluar dari kenderaannya. Kertas dan plastik. Bukan sekali, tapi dua kali. Panas hati tidak terkata sampai mahu saja GB langgar kereta itu, tapi malangnya akhirnya ia bergerak menuju ke susur ke Cheras manakala GB pula ke arah Petaling Jaya (alasan…)
Sudah banyak kali GB jumpa insiden sebegitu. Macam-macam jenis sampah sarap pernah GB lihat dibaling keluar dari kenderaan. Dari sekecil-kecil tisu dan kulit rambutan sehinggalah ke sebesar-besar tin minuman dan botol mineral 1.5 liter! Gila!
Maaf. GB memang sangat-sangat marah dengan sikap sebegitu. Jalan raya dan alam sekitar bukan tong sampah. GB pernah menegur seseorang kerana sikap sesuka hati membuang apa sahaja di mana sahaja. Tong sampah ada bukan? Kalau belum jumpa, sediakanlah plastik untuk diisi dengan sampah-sampah anda sementara belum berjumpa dengan tong sampah. Bukannya susah pun!
Sikap tanggungjawab perlu ada dalam diri. Jangan sampai suatu hari nanti kereta sendiri tenggelam di dalam banjir kilat yang berpunca daripada botol yang anda buang itu menghalang laluan keluar air. Ingat. Alam kita ada jiwa.
P/S: Gaya hebat tidak berguna kalau mentaliti masih kelas ketiga. Dan ya, GB memang sangat marah!

salam GB..sama..akak pun memang marah..bukan akak je..kalau sedang memandu..nampak macam tu..suami akak yang sabar pun..boleh hilang sabar dan bebel..marah betul dia..
ReplyDeletemmg pon. kalau kat singapore buang sampah merata2 konfem kene tangkap & kene buat kejer sapu sampah! malaysia patut buat camtu
ReplyDeletecantik gambar tu..=)
ReplyDeletepernah aku balik sembahyang jumaat naik moto
ReplyDeletebiasa naik moto celah2 kiri la kan
celah kanan xde ruang dah, lgpun bahaya
sedang elok aku lalu
zzzuuuusss~
cawan pelastik yg ada ais dilempar
seb baik tak kene aku
cait
aku respek effort ko nak berbahasa melayu.
ReplyDeletedan aku pun slalu rase cam nk langgar jea keta memane yg buang sampah merata2 neh.
xde kesedaran sivik.
SALAM,
ReplyDeleteYANG MELAKUKANNYA ITU BUKAN TAK TAHU KESALAHAN MEREKA ! TETAPI MEREKA SIKAP TIDAK AMBIL PEDULI. MEREKA TAHU KEBERSIHAN ITU SEPARUH IMAN. BUKAN SETAKAT GB, LF JUGA TERASA MARAH.
betul disini semua akan didenda, pernah dengar jolokan singapore is a FINE city? :)
ReplyDeleteorg sini takut kena denda, ada lah nampak kesan positif nya, tapi ada pula kata kesan negatifnya bila org sini di tempat lain, mulalah menonjol
tabiat2 buruk yang dipendam.
mungkin segelintir. rasanya kebanyakkan dah menjadi tabiat mesti nak cari tong sampah.
yang jelas bukan minda kelas ketiga yang dipegang oleh golongan ini tetapi didikan sejak dari kecil tidak diterapkan..menganggap alam sekitar boleh dicemari
ReplyDeleteOBBK!
ReplyDeleteotak letak lutut! tidak tahu jaga alam sekitar.
benci mereka.
Salam GB.
ReplyDeleteMemang ramai yang suka membuang sampah merata-rata ni. Saya sampah ada pun sya bawak jalan simpan dalam beg, jumpa tong sampah baru buang. Ada yang bagi alasana kalau kita tak buang sampah, nanti tukang sapu majlis takde keja. tak betul tu.
isu ini ttg masalah mentaliti, attitude, kesedaran sivik & yg seangkatan dgnnya.
ReplyDeletecth lain pasal attitude selain suke buang sampah kuar kete;
cth 1- kes yg selalu msuk tv.. pggl tv3..ngadu kawasan di flat misalnya penuh dgn sampah menimbun.. kalo mereka (individu) x buang, masakan tiba2 sampah boleh menimbun kan?
cth 2-ader contengan dalam lift 'JANGAN CONTENG DI SINI'.. ader pulak tepi die 'tu conteng jugak!'..kat bwh die lak ader lagi contengan 'seb bek aku x conteng'... huhuu mmg mcm lawak cth ni.. tp poin nye tetap 1- org yg x bertanggung jawab..sama jer mcm buang sampah yg GB maksudkan
GB
ReplyDeletekat tempat saya keje ni pon org men conteng2 dinding
buang sampah dari dalam kete? selalu sgt jumpe!
padahal bole je simpan sampah tu sekejap kan
ntahlah manusia
Kakcik sentiasa bersedia dengan beg palstik untuk diisi sampah sewaktu dalam perjalanan berkereta. Senang. Bila berhenti di mana2 RnR atau Hentian Sebelah, boleh terus buang. :)
ReplyDeleteSalam OBBK,
ReplyDeleteKelihatan sebuah kereta Gen2 hitam berplat Perak yang sedang aktif "dibaling" objek keluar dari kenderaannya
sepatutnya,
Kelihatan sebuah kereta Gen2 hitam berplat Perak yang sedang aktif "membaling" objek keluar dari kenderaannya
Pandangan 20 sen saya sahaja.
kak Erna: kan kan? kite yg tgk ni punye la geram...depa yg buat tu tak tau la...xde perasaan kot.
ReplyDeleteMr Noble: kita punya penguatkuasaan undang2 tak ketat atau rakyat kita yg kurang beri kerjasama? huuu~
ReplyDeleteitu orang yang sangattttt kaya namanya.. kerana tong sampahnya saja dah sebesar dunia.. sebab tu dia boleh buang dimana yg dia suka
ReplyDeleteciK LyndaWawa igUana:
ReplyDeleteterima kasih :D
alien: kesian ko....kalao baling ais terus masuk molot takpe la jugak kan? ngeeee
ReplyDeleteMasZuber:
ReplyDeletekene prektis sebab bahasa melayu ni taklah sesenang mana rupanya...
so apa kite nak buat dgn makhluk2 mcm ni?
luahfikiran:
ReplyDeletesikap tak peduli tu masyaAllah....annoying kan uncle? tu pasal yg sampai rasa nak langgar tu...
ummi5:
ReplyDeletemaksudnya kat situ...tabiat ni boleh dibentuk dgn penguatkuasaan yg tegas. kalau nak harap common sense....betul2 hidup dlm tong sampah la jawabnya...
sahromnasrudin:
ReplyDeletependidikan bermula dari rumah kan?
GaDis CoMeL:
ReplyDeletepatut la org nak lempang ko bila ber OBBK. hahahaha!!!
Zezebel:
ReplyDeletecontoh yg bagus belle. senang nak buat dan tak meyusahkan mana pun kan?
FATIN MRAZ:
ReplyDeletekalaulah kite boleh install chip reformat kat kepala otak diorang...kan bagus? :D
elyse:
ReplyDeletepanggil monyet kang marah pulak...kan? huhuhu~
kakcik:
ReplyDeleteGB yakin anak2 kakcik pun dah terbiasa dgn cara mcm tu kan? bagus lah. baru la boleh dipanggil kepimpinan melalui teladan... (ke tauladan?)
Ismail Fitry:
ReplyDeleteterima kasih ya kerana menegur kesalahan. nanti GB akan edit.
ini bukti yang bahasa melayu bukanlah sesenang yang disangka kan? GB sendiri pun keliru tentang penggunaan 'grammar' yg betul. hihi..
h4ni3:
ReplyDeletea'ah doc..kaya dgn sampah. patut kite2 ni kene buang sampah dlm kete dia...baru dia tau. ngeee
saya takut untuk menghantar komentar saya di sini kerana OBBK anda...
ReplyDelete.
DrSinga:
ReplyDeletewah, struktur ayat komen anda hampir sempurna. :p
melentur buluh biar lah dari rebung nye...
ReplyDeleteajar anak2 jgn buang sampah keluar kreta.
itu kata mama ayah.
sampai sekarang tak buang dah.
wee~~
penah jugak terkena kulit rambutan yang dibuang dr keta depan time tengah bawak moto.arghhh
ReplyDeleteNAJ HEBAT:
ReplyDeletebaguihhh dok ada...anak sapa lani...? :D
six: entah2 time tu GB ada di tempat kejadian tak...? huuu~
ReplyDeleteouh sesetengahnya berpendpt jika x dibuang sampahnya, nnt org sapu jalan x ada kerja. begitu pula. kasihan ya?
ReplyDeleteputeri pnh jmpa tilam tepi jalan,.. entah dibuang atau tercicir?
ReplyDeleteBDC:
ReplyDeleteapa punya mentaliti ntah...
puteri: patut sedekah tilam tu kat homeless people. eh? hahah
ReplyDelete