Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Thursday, October 7, 2010

Kenapa saya suka blog: Episode 5: Ismail Fitry

Water lettuce (Pistia stratiotes) is the most common, easy to find,
and very pretty aquatic plant you can have in your garden
Lama dah GB tinggalkan siri 'Kenapa saya suka blog ni' - cerita terakhir GB dulu pasal blog uncle Yunus Badawi.

Ok sekarang, jom kita sambung...

Kepada yang lahir hujung tahun 70-an dan awal tahun 80-an macam GB, rasanya blok blog tuan hamba Ismail Fitry ni mungkin akan jadi sangat dekat di hati...macam TV9. Boleh buat senyum sorang-sorang kalau baca sebab nostalgianye tu sangat sinonim dengan kita. Sebab apa tau? Baca berikutnya...
  • Zaman tu game paling best adalah brick games dan Moore Jutaria je...
  • Zaman tu duit syiling 1 sen cuma laku untuk bayar bil air je.... 
  • Zaman tu makanan paling mewah adalah KFC je...
  • Zaman tu yang sapa tak kenal Gaban, Suria Perkasa Hitam, McGyver?
  • Zaman tu sapa yang mengada-ngada taknak mengaku pernah baca komik Gila-gila, Bujal, dengan komik al-Arqam yang kartunnya kelessss gitu?
  • Zaman tu kalau outing naik bas sokmo nak ke mana-mana...
Dan banyakkkkk lagi dok ada.....!

Tak lupa jugak...cerita-cerita nostalgia beliau yang lawak tak ingat dan berjaya buat GB gelak besarrr punya kat opis.

Kalau GB...dah  tak mampu rasanya nak cerita semua sebab ingatan dah tak berapa tajam (padahal belum masuk 30 pun lagi huhuhu). Tapi kalau nak rasa terimbau kembali nostalgia lama, jenguk-jenguk le blog beliau tu. 

P/S: Budak-budak yang baru nak hidup pun boleh je baca blog beliau. Baru korang tau susah senang pahit manis hidup kitorang zaman dulu-dulu. Ini tidak...keje asyik nak mintak topap je! Huh!

48 comments:

  1. nanti i klik2 ke sana. thnx GB:)

    ReplyDelete
  2. aku rasa zaman dulu la bes
    org tak ramai
    zaman skang org da ramai
    crowded
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni kalau baca gila-gila macam tak best jak....
    Main game pun dari tipon lagi ada macam2, tak perlu beli brick game tu. Hehehehe....

    ReplyDelete
  4. lama giler tak menjenguk ke sindek kerana sebok menghijrahkan rumah.

    salam singgah yang!!

    ReplyDelete
  5. masa dulu kalau dapat main game yg cocok kat tv, yg guna cartridge tu..maknanya dah kaya n hebat bebeno la tu.. takde ps3, ps4 n ntah apa2 ps lagik

    masa dulu pakai walkman pun dah sangat best.. sape2 yg ada discman tu memang cool gilerr aah

    ReplyDelete
  6. ehem ehem...
    taun depan dah takde 2 kat depan..uwaaaa

    ReplyDelete
  7. zaman dulu mmg best! takde internet pon hepi jer. haha! :D

    ReplyDelete
  8. Salam,

    gadisBunga,

    Jutaan terima kasih kerana sudi me'review' penulisan blog saya yang tak seberapa itu. Niat asal sekadar nak mencatat kenangan lama peribadi buat anak, cucu dan cicit di kemudian hari. Semakin hari semakin tua, banyak kenangan lama yang beransur pudar dari ingatan. Sebelum semuanya hilang ditelan zaman, adalah baik kiranya segalanya dicatatkan. Blog saya yang tak seberapa itu HANYA menceritakan kenangan kenangan lama yang pernah saya lalui sepanjang hidup hampir 30 tahun. Segalanya benar belaka berdasarkan ingatan saya yang tak seberapa ini.

    Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menbaca dan memberi komen. Keprihatinan anda menguatkan lagi usaha saya untuk terus menulis.

    *****

    Wahhhh seriausnya aku!!! keh keh keh!!!

    Anyway, thanks a zillion kepada gadisBunga sekali lagi.

    Cheers,

    Ismail Fitry
    Palmerston North
    New Zealand

    ReplyDelete
  9. zmn dlu mmg best.. xde la byk jenayah mcm skrg huhuhuu~~

    ReplyDelete
  10. salam..dekat di hati GB??? ada ape2 ke??? hehehehe

    ReplyDelete
  11. Dalam byk2 ayat komentar tu...knp I am more interested in "(padahal belum masuk 30 pun lagi huhuhu)" ??? hehehhehehe....

    ReplyDelete
  12. kalau GB blum 30 an dah lupa..30++ mcm MDT ni lagi la super pelupa..huhu!

    ReplyDelete
  13. Gb mmg pon zaman dulu xmcm skrg budak2 skrang yg kite xwat dulu pon diorng dh pandai dh..kadang2 pandai xbertempat..sbb tu laa mcm2 perkara xelok berlaku skang..

    ReplyDelete
  14. mesti ko gelak tang kuak lentang kat dorm!!

    ReplyDelete
  15. lepas ni boleh buat reviwe pasal blog GComel plak. har har har.

    ReplyDelete
  16. Saya tak mintak topup.. mintak tolong bayar bil jeee.. ekeke... =P

    ReplyDelete
  17. salam GB..tak boleh panggil akak ni..kena panggil mak cik..mesti GB muda lagi ni..
    dah pi baca yang ismail fitri tu..memang masa dulu2 itulah ceritanya..
    Mcgyver memang cerita yang ditunggu..masa dulu..

    ReplyDelete
  18. Aslmkm.
    Selamat berkenalan.
    TQ kerana ikut ya. Kak G/aunty/Ma G [mana yg sesuai :)] ikut balik sebagai sokongan moral.

    ReplyDelete
  19. zaman 80 -90an terbaik aku rasa..dari segi ketenagan hidup

    ReplyDelete
  20. time i pun gila baca gila2. bujal tak pernah jumpa pulak.

    ReplyDelete
  21. alien: mmg pun. GB rindu nak balik ke zaman dulu

    ReplyDelete
  22. Belle: gaya ckp ni mcm bukan generasi GB je. takpe lah. mamti belle buat entry pasal generasi kamu pula ye. :)

    ReplyDelete
  23. azketom: lama betul tak dgr berita. abiskan la keje hijrah tu dulu. nanti kembali aktif ok. :)

    ReplyDelete
  24. h4ni3: haha betul2. gedabak cemana pun tetap nampak cool kan? hahahaa

    ReplyDelete
  25. dahlia: guna 20an tu puas2 sementara beberapa bulan yang tinggal ni, hahaha!

    ReplyDelete
  26. mrNoble: betul sgt.....takde internet tapi lebih rapat dgn kawan2. tak payah fesbuk pun kan?

    ReplyDelete
  27. en_me: cerita la pasal en_me pulak.. :)

    ReplyDelete
  28. Ismail Fitry: kata org ikhlas itu tak perlu diuar2kan apatah lagi minta dibalas. tapi bile keikhlasan itu menyentuh hati, secara automatik hati meronta untuk membalas.

    (eh, ape yang GB mengarut ni????)

    ReplyDelete
  29. sanna: exactly. rasa so sweet kan? :)

    ReplyDelete
  30. cikfiza: byk bezanya dulu dan sekarang kan?

    ReplyDelete
  31. sahrom: haaa....nak manipulate la tu..huhu. dekat la. dekat. :p

    ReplyDelete
  32. aspen: sebab belum masuk 30s la sayang oi...hihihi

    ReplyDelete
  33. MDT: kamu dah tahap superwoman kot...hahaha

    ReplyDelete
  34. izee: budak zaman sekarang...menggeleng je yg mampu GB buat

    ReplyDelete
  35. drsinga: yang tu gelak besar. yang renang berirama tu gelak lagi besar. yang topi keledar sangkut kt pintu komuter tu GB gelak besarrrrr punya! hahaha

    ReplyDelete
  36. GC: boleh saje....tunggu.....heheheh

    ReplyDelete
  37. amni: contoh terbaik bebudak zaman sekarang. hahaha

    ReplyDelete
  38. kak erna: zaman tu GB selalu tunggu mcGyver depan tv sampai ke lagu terakhir masa abis. fanatik gile ni!

    ReplyDelete
  39. DDrfauziah: salam auntie. terima kasih sudi baca dan follow blog GB yang muda belia lagi ni. :)

    ReplyDelete
  40. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : mmg terbaik! tak boleh disangkal lagi

    ReplyDelete
  41. ummi5: bujal...tak sedar bila diorg stop publishing. tapi nostalgianya tu mmg kuat. :)

    ReplyDelete
  42. budak skearang banyak sangat manjanya...tak belajar berdikari..

    ReplyDelete
  43. beliau ader citer psal kfc, tingat mase tuh kat kfc, makan snack plate dlm plate betul2.. siap sudu garpu n pisau.. hihi.kfc skrg da x der sume tuh.. nak jimat kos tukang basuh plate kot.. terecall jugak pasal topik bas, dulu naik bas dari town lik uma 45 sen jer.org tepen ckp 4kupang 5 duit.. hehee

    ReplyDelete
  44. queen: mmg pun. kene dibabab2 sikit. huuu~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D