![]() |
Pokok bunga ros (Rosa spp.) di rumah. Lebat berbunga tapi bunganya kecik. Ada cara nak gemukkan bunga ros tak? (takde kaitan dengan entri) |
Tuan Rumah: DrSinga
Tajuk Blog: DrSinga’s Blog
Kenapa gadisBunga suka?
DrSinga adalah seorang doktor dan ibu yang garang. Macam singa. Bulunya kembang bila naik hantu, yang juga bermaksud bila beliau dapat pegang stereng, tapi bukan ambulans punya ok. Tapi GB tak takut. Malah nampak kelakar dan comel (bab comel, ini seriussss). Tambahan pulak baru-baru ni baru GB tau dia baru (eh berapa banyak baru daaaa) first time tengok ladybird live depan mata. Ahahahaha!!!! (amfun doc…..!!!)
DrSinga ni suke bercerita. Lain dari dokter lain yang GB kenal. Dokter lain diam-diam ubi berisi dan ala-ala kontrol ayu mahupun hensem gitu. Macam kazen GB yang dokter itu jugekk. Memang la hensem tapi mak aii…mulut tuh macam simpan sekilo emas. Nak dengar dia sebut ‘eh’ pun susah. Padahal kalau dia bukak mulut pun takkan berkurang tahap kehenseman eh ape da aku melalut…! Tapi dokter Singa ni brutal tapi comellll. Sesuai la dengan namanya kan..takkan nak buat perangai macam dokter kuda laut pulekkk….. Tapi dalam dok garang-garang pun, dokter ni tetap menten friendly dan humble. Mungkin sebab itulah GB suka dok folo blog beliau.
Kalau dah namanya dokter, pepaham je lah. Dapat pulak dokter yang suke memblog. Ade aje lah bahan dia nak isi. Yang seram, yang ngeri, yang kelakau, yang ngade-ngade (pesakit ye…bukan dokternye), yang yummy, yang censored pun ada jugekkk! Tapi dalam bahasa rate PG13 yang tak keterlaluan lah. GB pun bukannya 13 lagi dah nak dekat 30 dah punnn…
Tapi paling GB suke bila DrSinga ni cerita tentang hal-hal berkait dengan keje dia. Ilmu tuh! Nak kene amik injection ape…nak sunat macam mana…nak jaga kesihatan di ‘situ‘…nak itu nak ini. Maklum…dulu cita-cita GB nak jadi dokter tapi UIA grab pulekk suruh buat architecture huhuhu….. Takpe itu hal lama. Tapi kalau kawen dengan dokter pun ok ape. Dapat jadi bini dokter kan? Eheheh maaf melalut lagi….
Kesimpulannya, blog DrSinga memberikan ilmu berharga dan menjadi sumber inspirasi untuk GB terus melompat tinggi sambil melihat bumi. Cewah ayat jiwang! Tak sabar nak lepak dengan DrSinga sambil membedal sup gearbox lepas raya ni miahaha!!
Nantikan episode seterusnya okeh!
P/S: Drama sebabak

No comments:
Post a Comment
...kerana komenmu begitu berharga! :D