Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, August 30, 2010

Kenapa saya suka blog: Episod Pengenalan

Silhouette. Bukan shadow. (Takde kene mengene dengan entri)
Dalam siri ‘Kenapa saya suka blog’ ni GB akan bercerita serba sedikit tentang blog-blog yang selalu GB follow. Tetapi ada juga blog-blog yang GB baru kenal akan termasuk juga dalam siri cerekarama ni. Blog-blog tersebut dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu.

1.      Pencetus - Disebabkan GB ni baru lagi dalam arena memblog, sudah tentulah GB akan pilih blog yang berjaya  menaikkan minat GB untuk turut sama memblog. Bukan senang nak minat sesuatu yang baru kalau takde yang sprinkler spark the fire.

2.      Sumber Ilham - Bila GB dah mula memblog ni, benda paling susah nak buat adalah nak kekalkan momentum tu. Kadang-kadang semangat nak memblog dah membongkok, jadi GB akan jalan-jalan terbongkok-bongkok kat blog member-member yang biasanya akan memberikan inspirasi untuk GB terus memblog.

3.      Informatif - Kebaikan berkawan di arena maya karin ni adalah dengan mudah kita akan mendapat kawan baru dari pelbagai latar belakang tanpa perlu membelanja mereka teh tarik atau kopi kat kopitiam. Eheheh. Siapa sangka tiba-tiba GB boleh claim ‘eh, I ada member engineer minyak ok, I sumbat minyak dalam mulut u baru u tau’ ataupun ‘eh, u ni memang nak kena sunat lagi sekali la….I panggil member I yang dokter itu baru padan muka u’ ataupun ‘Boss, u ni kan tak appreciate I, I berenti gi keje dengan member I yang boss itu jugak baru u terkebil-kebil’ (masalahnya macam la berani sangat nak cakap macam tu dengan boss kan? :p). Eh termembebel pulekk kat sini. Ok. Kebaikan member-member ni adalah mereka memberikan banyak informasi berguna yang dapat menambah pengetahuan GB yang memang tak tahu menahu ape satu pun bende-bende dalam bidang tersebut…

4.     Sama Minat - GB suka nature, dia suka nature. GB suka fotografi, dia suka fotografi. GB suka penulisan kreatif, dia suka penulisan kreatif. GB suka membebel, dia pun suka membebel. Ape yang aku melalut ni???)

5.     ‘Supportive’ - Tak sangka, walau tak pernah bersua muka, tapi sokongan dari member-member blog pun boleh beri impak besar terhadap aktiviti blogging GB ni.

Untuk pengetahuan semua, GB bukan letak episode berdasarkan ranking ye. Ini cuma episod macam drama Nur Kasih, bukan ranking FIFA okeyyy…..Nak tau blog siapa yang GB akan taruk untuk episode 1? Tunggu…..

P/S: Mamee monster