Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, May 18, 2010

Senyum Kantoi Pagi

Pagi tadi aku isi minyak kat Petronas dekat dengan aiport subang. Sebelum bayar minyak aku masuk dalam kedai Mesra dulu, beli Nescafe dan roti dan air mineral. Pastu on the way ke counter terserempak pulak dgn seorg mamat yang berjalan ke arah aku sambil memandang aku dengan penuh minat. Muka dia macam senyum-senyum gitu. Aku pulak reaksi otomatik adalah terkedu sambil tersipu. Wanita melayu terakhir lah katakan. Kih kih.

Tapi dia sebenarnya nak gi cucuk duit kat hujung kedai tu. Aku pulak terus je bayar segala dan keluar gi isi minyak. Masa tgh sibuk menyumbat minyak dalam tangki tu mamat tadi keluar dari kedai. Kete dia kat pam sebelah kiri aku kot sebab dia jalan melepasi aku sambil tgk dan pandang lagi. Dan senyum lagi. Aku tak balas sebaliknye terus tunduk je sebab malu. Nak pandang balik segan pulak rasanya. Kihkihkih.

Sambil habiskan urusan aku belek kete yang berhabuk tak bercuci ni sambil teringat mamat tadi. Sweet je. Cute pulak tu. Hihi.

Selesai urusan, aku pun terus taruk nozzle balik kat tempatnya. Masa tu lah aku nampak mamat tadi drive keretanya keluar dari petrol stesen tu. Dan rupa-rupanya dalam kereta tu ade tiga orang budak kecik beserta dengan wifenye sekali di sebelahnye. Huh...dah kawin rupanya. Patut la konfiden je senyum-senyum kat aku. Huhu. Aku pulak tersenyum lebar memikirkan situasi tu. Lawak pun ada. Bertambah lagi vocab aku tentang lelaki hari ini. Hahah!

p/s: Amaran untuk diri sendiri. Kalau jumpa lagi lelaki yang neat looking dan konfiden lepas ni, jangan tertipu. Ada seorang wanita di sebaliknya. 85% pasti. :D

7 comments:

  1. hahaha. xpernah aku terpiker kadaran terus senyum & kebujangan. biasa2, aku senyum manjang. balasan atau tidak. ish!

    ReplyDelete
  2. aku pemalu orangnye (sile gelak sekarang!!) ok...
    -tp ko kene akui fakta ni. org yg dah kawen lebih konfiden utk melemparkan senyuman kat strangers. ke aku yg x senang senyum dgn stranger??

    ReplyDelete
  3. die senyum sebab wifey x det kat sebelah.. kalo mam ader kat sebelah...maunyer nak senyum2 gitu.. gegege... apapun, setuju ngan ayat p/s fid tuh.. lelaki yg neat looking n konpiden -ader wanita di dlm hatinya.. isterinye la oke.. ;)

    ReplyDelete
  4. tp lelaki bujang pun x semuanya selekeh dan grumpy. tak gitu? uh..tetibe rasa complicated lak..haha

    ReplyDelete
  5. aku pulak jenis xkan senyum, so makin susahlaa laki nak dekat kan...hurrmmmm

    ReplyDelete
  6. ADEH..
    lelaki pantang di beri sekuntum senyum pasti dia tanpa rasa segan dan tak sedar diri yang dia dah ada anak isteri akn tsyum cam pertama kali bertemu..

    huhu..
    tgok secara taj sedar pipi dah merah..huhu

    ReplyDelete
  7. aku pun mmg jenis tak senyum kecuali bila ada urusan eg. kt counter masa nak bayar, masa nak mintak tlg, masa nak mintak maaf. kt strangers mmg jarang senyum...so ada yg kata aku cam sombong gitu huhuhu

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D