Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Friday, May 7, 2010

Air Tangan Mak (Sempena Hari Ibu)

Pagi tadi mak bekalkan roti nan. Ada lauk sardin baki semalam dicampak je kat atas roti tu. Simple mimple je tapi licin aku makan. In fact sekarang ni selalu jugak mak bekalkan sarapan. Kadang2 belum sempat sampai ofis abis abis aku sental. huuu~

Aku ni bukannye apa. Boleh je nak buat sendiri. Tapi mak buat jugak yang best. Yang seronok tu kadang2 mak ni unpredictable (macam aku jugak). Asal pagi nak kuar gi keje je ade la sebekas makanan. Yang tak tersangka2 pun ada. Kadang2 bihun goreng dgn sambal dan telur mata...tak pun megi goreng... roti goreng celup telur tu ke...makaroni goreng...karipap, cekodok. Penah sekali tu mak buat pizza pepagi utk bekal. Wuyooo!

Kadang2 mak membebel bila bangun pagi aku tanya, 'Mak, hari ni bekal apa?'

Pastu mak ckp, patut la aku taknak kawen sebab nanti semua bende aku kene buat sendiri. Ke situ pulak.... (selingan heheh)

Pastu aku akan potpet2 sambil pakai eyeliner, mascara dan lipgloss. Hahah!

Time makan malam pulak, kalau sempat mkn dgn mak ayah tu, bebelan biasa mak,'Bila la hang nak kawen along...?'

Aku pulak menjawab dgn jawapan yang tak best sambil mencedok lauk. Panas gak telinga, tapi pinggan licin. Mak yang masak kan....hihi.

p/s: Aku sayang kat mak walau dia suke membebel. Sunyi woo kalau mak merajuk.... Semalam ade beli present sempena Hari Ibu dan aku tau dia sangat suke!

6 comments:

  1. salam..

    salam hari ibu..

    tahun ni suri sambut hari ibu kat umah mak mertua..huhuhu..

    rindu kat mak kt kg..wawa

    ReplyDelete
  2. ic..takpe. call her and wish her mother's day. pastu beli hadiah. pastu janji nak bawak kuar mkn. mesti mak suke! ;D

    ReplyDelete
  3. salam fidde,
    salam kenal dan terima kaseh singgah di rumah baru akak...
    untuk makluman fidde.. akak dulupun lambat bertemu/diketemukan jodoh.. memang pusing bila di tanya, tapi semuanya kerja Allah snw bukan kerja kita...

    ReplyDelete
  4. selamat hari ibu untuk semua ibu...
    :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu (yg kelewatan) utk semua!

    ibu n abah: saya rilex je. hihi

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D