Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Monday, April 12, 2010

Suatu Transformasi

This lately aku rasa macam nak berubah. Berubah ke arah menjadi lebih baik semestinya.

Langkah pertama aku, perubahan dari segi cara berpakaian. Selama ni aku rasa pakaian aku ok je, tapi mak selalu tegur juga kata ketat lah…singkat laa. Ayah diam aje, tapi kadang-kadang indirectly dia bagi hint juga. Nak tegur lebih-lebih, mesti ayah fikir aku dah besar. Aku ni pulak jenis rajin bagi hujah. Itu ini hujah aku bagi. Ish…tak baik…

Tapi aku buat tak endah sebab aku fikir…aku bukan tak tutup langsung. Bertudung juga (lebih tepat: berselendang). Tapi akhir-akhir ni aku sedar itu tak cukup. Tak proper. Dah la fesyen faveret aku ni jenis yang ala-ala begitu sikit (bagi orang yang kenal aku diorang tau la stail faveret aku macam mana). Aku suka fesyen. Tapi stail yang aku suka tu, mungkin di badan orang lain yang kecik dan genit nampak ok walau baju tu kecik dan singkat, tapi di badan aku yang besar ni? Tak berapa sesuai kot…

Tambahan pula sebulan lepas aku ada terbaca status facebook seorang celebrity ni yang katanya, sejuk mata tengok seorang muslimah dengan gaya muslimah sejati. Ish, tertampar aku masa tu. Bukan la sebab aku minat dia, tapi sebab aku sedar aku ni muslimah tapi dengan gaya yang…MasyaAllah! (dengan nada pak-pak Arab UIA bila terserempak dengan aku time study dulu..huhuhu). Besar pahala celebrity tu sebab antara penyumbang kepada perubahan aku ni adalah disebabkan status dia tu juga.

Aku ada penah dengar komen pasal aku juga beberapa kali sebelum ni. Ada yang komen direct kat aku kata seksi, tapi aku rasa aku ok je. No comment.

Ada juga yang terang-terang komen pasal pakaian aku kat facebook tapi aku lawan balik. Masalahnya aku ni kalau ditegur cara kasar, ego aku akan melambung dan akan cuba hempas balik ego orang tu. Tak kira lah siapa. Tapi aku mula rasa, perangai tu tak elok. Jadi jangan ikut atau buat balik. Dah memang salah, terima aje lah.

Tapi sekarang tiba-tiba aku terasa nak berubah tanpa sesiapa pun bagitahu aku apa-apa. Hidayah Tuhan akhirnya turun masuk ke dalam hati aku. Jadi bermulalah suatu transformasi. Sikit-sikit la nak berubah pun.

Aku mula selongkar balik baju-baju aku. Banyak spaghetti yang bermacam-macam warna sebab aku suka pakai dengan cardigan. Tapi dalam banyak-banyak tu ada beberapa yang sangat-sangat tak ‘menutup’ walau dah cover dengan cardigan or jacket. Halter-neck pun ada juga. Ish…ape stail aku pakai ni…?

Baju-baju kecik tu semua aku sumbat masuk dalam plastic hitam. Lepas tu gali lagi. Keluarkan baju-baju panjang yang melepasi punggung untuk aku pakai selepas ni. Ada antaranya dah setahun aku tak pakai. Konon tak fit my style. Baju-baju kurung pun. Nak juga mula biasakan kembali.

Tudung-tudung empat segi pun terlibat sama. Kadang-kadang tudung empat segi nampak lebih proper dari selendang-selendang aku especially yang nipis dan jarang….lilit cemana pun still nampak leher dan telinga juga.

Minggu pertama transformasi, mak ayah adik-adik semua pelik. Isnin sampai Rabu ok lagi sebab aku pakai baju panjang dengan seluar panjang, tapi Khamis terbeliak biji mata adik nombor empat yang orang kata mukanya seiras aku tu sebab aku pakai baju kurung! Lepas tu dia buat spekulasi liar kata aku nak kawin sebab tu tiba-tiba berubah jadi ‘baik’ ni. Banyak la nak kawin!

Jadi kesimpulannya, Alhamdulillah perubahan tu aku bawa sampai sekarang. Harap berkekalan dan jadi bertambah baik lah, tak nak la setakat hangat-hangat tahi ayam. (teringat masa studi dulu…asal bukak je semester baru aku mesti berstokin bila pegi kelas dan studio, tapi tak sampai seminggu aku tak tahan dan terus cabut! Haha!!)

 p/s: baju-baju kecik aku yang menyeksa tu akan aku jual kat mana-mana carboot sale. Haha!!

12 comments:

  1. ko taknak kawen ker, ;-P

    salamm,

    ReplyDelete
  2. kawen? mesti la nak. haha! :p

    ReplyDelete
  3. transformasi yg baik... keep up the good work!
    nt nakl join ur carboot sale ya.. byk juge bj2 terpakai sy nih nak di lelong...

    ReplyDelete
  4. sambil berubah, sambil buat duit. yeehaaa! hahah

    ReplyDelete
  5. doakan semoga aku juga mendapat hidayah sedemikian. eh, baju kecik ko tu agak2 muat x dgn aku? haha. aku suka style ko yg xproper tu, tp aku sdiri xkonfiden nk pakai cenggitu. hekhekhek. owh fidde, doakan la semoga aku pun berubah ke arah kebaikan. especially bab2 emosi ni kn? huhuhu. penat & rase bdose kalo maki org. haha :)

    ReplyDelete
  6. insyaAllah. aku yakin hidayah tu pasti turun, yg penting kite ada niat nak berubah la. byk sgt bende nak 'repair' pasal diri sendiri ni. btw, aku mmg suka stail aku yg 'tak proper' tu, tp skrg aku cuba bawak the same style but with better look. kasi proper sikit. nak litup2 sgt kang rasa drastik pulak, takut tak tahan lama je. kang tak pasal2 kene boo. huhuhu

    ReplyDelete
  7. jual on line!!!!!
    akak nak tumpang jual sekali boleh???
    :)

    ReplyDelete
  8. akak dr, idea yg bagus! nanti saya create a blog pastu pakat2 jual. akan nak tumpang pon buleh! :)

    ReplyDelete
  9. setiap yg ingin berubah ke arah yg baik adalah amat disayangi oleh Nya..

    ReplyDelete
  10. thx aini. harap perubahan ni berterusan dan bertambah baik...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..perubahan sesuatu yang perlu di lakukan apatah lagi ia datang terus dari hati..hepi saya baca post ni..thank you..thank you..

    ReplyDelete
  12. shueQry:
    owh, terima kasih. tambah2 bila awak pulak yg ckp thank you. hidayah Tuhan yg turun ni kite la yg kene pelihara. Allah dah tunjukkan jalannya. :)

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D