Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Wednesday, April 14, 2010

Karipap Pertama

Suka karipap? Kalau suka, kita boleh jadi member.

Aku pun suka karipap juga. Tapi kalau suruh buat memang 'fail' sedangkan mak aku pakar buat karipap. Tu la, sape suruh aku perasan muda lagi? Aduh...

Aku malas nak buat sebab tak reti nak 'mengelim' karipap tu. Biasanya kalau mak buat, aku main tipu je. Pakai acuan. Kepit, jadi, pastu goreng. Tapi kelim sendiri dah tentu-tentu la lebih cantik...

Tapi nak jadi cerita, baru-baru ni aku join mak buat karipap pusing di dapur. Tiba-tiba tergerak pulak hati aku ni nak mencuba mengelim karipap tu. Mak macam ragu-ragu je nak bagi. Maklumlah..selama ni kalau aku yang try kelim karipap mesti lain jadinya. Dah la buruk, hodoh pulak tu...eeee... Nasib baik sedap (itu pun sebab intinya mak yang buat).

Tapi yang bestnya...karipap aku haritu jadi! Walau tak secantik yang mak buat, tapi at least nampak la rupa 'keliman' di tepinya tu. Aku terus tunjuk kat mak sebab hey, ni first time karipap aku jadi ok! Tapi mak kata, 'memang la jadi, tapi bulat-bulat, kalau mak punya nipis-nipis.' Hahah! Bulat macam aku jugak!

So lepas ni boleh la aku tambah satu lagi skill dalam resume aku nanti. 'Mengelim karipap'. Lepas ni nak belajar anyam ketupat, buat donat, cucur badak, dan macam-macam lagi. Maklum, masa muda malas, dah tua-tua ni baru nak belajar masak. (Tapi aku muda lagi lah!)

11 comments:

  1. haha nice!!
    me sampai skrg xreti...
    kepit je laa senang..
    nak lagi senang, beli je siap :)

    ReplyDelete
  2. best nyer
    nak blaja gaks ...

    ceyyyhhh ...
    muda dr saya je lah erk ... hehhhehe

    ReplyDelete
  3. salam fid! found ur blog thru abai's. btw, i'm a fan of karipap and frozen karipap too! :) *kayla

    ReplyDelete
  4. akak karipap tu mmng dh jadi la.. aini mmng tk tahu buat karipap tahu mkn ja.. tahniah akak lps ni blnj kita minum teh n mkn karipap yg akak masak ya.. ;)

    ReplyDelete
  5. dahlia: beli mmg senang. tapi aku kene belajar jugak demi mewarisi kepakaran ni. cewah!

    scha: meh meh belaja dgn aku. fee murah je. (ni kalau mak aku tau mesti kene pelangkung sebab dia ajar aku free2 je. :p)

    k kayla: heyy..thx n welcome to my blog. kalo nak tau, karipap tu mmg utk bisnes pun. frozen. buatan mak la, bukan fid..

    aini: okeh. set a time. nanti akak belanja teh sambil mkn karipap. yummy!

    ReplyDelete
  6. bayangkan....banyak proses membuatnya...
    1.potong kentang...masak inti..
    2.uli tepung...
    3.isi inti...kelim...
    4.goreng..
    tu belum masuk gi kedai beli barang lagi...
    uisyyyy.....tak kuasa lahhhh....
    :)

    ReplyDelete
  7. klim is faktor penarik lain..
    yg paling penting rasenye..
    hehee..
    kalo dah kata mak fid yg buat, kueh apapun sodap.. oke, fid, kip up the gud skill.. tu tanda2 awal lah tuh..
    nnt leh bawak kasik MIL ek..gerenti die suke..

    ReplyDelete
  8. akak doc, hah, ape lagi? order je la kat saya. kepuasan dijamin! ;D

    fatin: ni kire upgrade skil untuk isi form bagi kat bakal mother-in-law la ni. huu...berangan dulu...

    ReplyDelete
  9. wa..itu suda di kira satu permulaan yang bagus..

    teruskan usaha anda berblog dan mengklim karipap.nati cikgu akan bg kamu mrkah lebih..hhehe

    p/s asalkan blh makn, time goreng isinya tak terkeluar itu dah kira oklah kak..

    ReplyDelete
  10. saya suka makan karipap, suka rasa pedasnya, rasa karinya dan suka gigit bahagian tepinya yang keras tu..

    sedap makan karipap ni di waktu pagi, sambil minum secawan Nescafe panas.

    suka makan sebab mak saya selalu buat.

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D