Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Saturday, March 13, 2010

WANITA BIASA writes about umm….movie? - Episode 2

Saya suka berangan.....

Kadang-kadang saya boleh hilang tumpuan dan berangan di tengah-tengah rancak perbualan. Asal ada sahaja perkara yang menjentik fikiran ketika itu, saya pasti akan berangan. Mungkin kerana itu saya dikenali sebagai seorang yang 'blur'.

Dan mungkin kerana sikap yang satu itu juga, antara filem kegemaran saya sepanjang zaman adalah Puteri Impian 1&2. Terlalu suka sehingga saya boleh tonton berkali-kali. Saya suka semuanya tentang Puteri Impian. Dari pelakon, jalan cerita, 'soundtracks'.

Entah kenapa, setiap kali saya tonton filem ini, bagaikan ada sahaja adegan baru yang tidak pernah saya lihat di dalam tontonan yang sebelum ini. Mungkin saya pelupa, atau mungkin juga saya telah dihanyut angan semasa menonton sehingga hilang tumpuan dan terlepas adegan-adegan di dalam filem itu. Entahlah....

Mungkin juga saya sehingga kini sendirian kerana terlalu banyak berangan hinggakan yang nyata di depan mata terus berlalu begitu sahaja. Tengok....saya berangan lagi....

Puteri Impian (1997) adalah sebuah filem komedi romantik arahan Aziz M. Osman. Mengisahkan seorang gadis kilang bernama Nora yang selalu berangan. Dia berpeluang merealisasikan impiannya menerusi suatu rancangan realiti TV. Impiannya bertukar daripada menjadi seorang 'puteri' hanya selama seminggu kepada puteri di raja seumur hidup selepas tiba-tiba bertemu dengan Tengku Faizal yang tertarik dengan Nora yang lurus, bersahaja dan ceria. Setelah beberapa ketika Tengku Faizal berhasrat melamar Nora tetapi akhirnya Nora, semakin matang dalam membuat keputusan, bertekad menolak lamaran Tengku Faizal dan kembali ke kehidupan asalnya sebagai seorang gadis kilang.

Hmmm...hanya bercerita tentang filem ini membuat angan saya kembali menjadi-jadi. Namun, filem dan realiti adalah dua perkara berbeza. Nora mungkin seorang yang sangat bertuah kerana dia didatangi peluang sekemilau itu untuk dia mencapai angannya, tetapi realitinya, keindahan yang nampak di mata belum tentu akan disenangi di hati. Saya menyenangi tuah Nora.

Tetapi, adakah saya tidak bertuah? Saya yakin tuah itu ada. Kemungkinan tuah itu telah datang dan pergi, dalam sedar atau tanpa sedar.

4 comments:

  1. omaigod.

    sy juge suke berangan.
    the situation juge same.
    berangan in the middle of conversation..will end up BLUR! haha!

    ReplyDelete
  2. persoalannya...kenapa KITA suke berangan ek? hihihi

    ReplyDelete
  3. that's life!

    kekadang kita mahukan sesuatu, tapi bila dah dapat, terasa tak ngam di hati.. Jiwa cuba memberitahu kita sesuatu..

    ReplyDelete
  4. yep. tgh memahami juga apa sebenarnya yg kite mahu. walau dah hidup lebih suku abad, tapi kadang2 tak kawapannya masih tak jelas.

    ke dah mmg spesis blur kot. heheh

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D