Tentang GB

My photo
Conservative . But not a traditionalist . Impulsive . Unpredictable . Single . Sometimes available. But sometimes not.

What makes your day?

IG - cikgadisbunga

*

gadisbungablog@gmail.com

Kengkawan

DISCLAIMER

All contents in this blog is personally written by the owner (unless stated otherwise). The owner will credit the original source of any info if there is any. None of the contents can be used as educational references, neither grammatically nor factually. The pictures taken are just for fun and were captured by the blog owner herself (unless stated otherwise). None of the contents and pictures can be copied without permission, thank you.

Tuesday, March 30, 2010

ISNIN MINGGU ITU

ISNIN, 29 MAC 2010

Aku bukan pembenci Isnin. Aku suka. Sebenarnya suka sangat. Cuma Isnin tu…

1. 9.00 am: Pagi tu sesampai je di opis, aku check email opis, bukak facebook kejap, on YM dan check email personal pulak. Buat keje kutuk diri aka warm up sambil2 makan karipap bekal dari rumah.

2. 9.10 am: Bukak diari rasmi untuk check pending jobs…ops, ada quotation yang kene fax ke rumah Harry (big boss). Tapi bila nak fax baru sedar, rupa-rupanya mesin fax rosak (lagi sekali!)

3. 9.30 am: Call Chang (mamat computer) untuk report pasal hal ni. Found out yang line 2 pun rosak. Bila cuba line 1, ok pulak. Hmmm…

4. 9.45 am: Call TM 100 untuk report pasal mesin fax dan line 2 yang rosak. Officer yang layan call aku tu ada tanya, Streamyx boleh pakai tak? Aku cakap boleh sebab pagi tadi kan dah check email segala…

5. 10.00 am: Masuk opis tgk internet disconnected. Laa…streamyx pun problem ke? Ini dah macam sudah jatuh ditimpa tangga. (betul ke perumpamaan aku ni?)

6. 10.05 am: Nak call TM tapi dah malas. Tunggu jelah. Selalu jadi mcm ni. Last week pun jadi banyak kali. Pagi problem, tapi bila nak petang sikit, ok balik. So aku tunggu. Tapi last2 call TM jugak buat report. Diorg confirm port problem. (aku tak tau pun apa yang dicakapkan diorg. Aku sebut balik je. Aku bukan orang IT pun.)

7. 10.10 am: Deric (bos aku) masuk. Dia kata ada satu klien ni nak endorsed CF application letter by today jugak. GILA. Projek tu punyalah banyak problem…lagi nak cepat2. Deric push supaya aku push orang MPAJ untuk cepatkan proses CF untuk projek bermasalah besar dekat Ampang sana. Push punya push, akhirnya aku kene marah dengan mamat MPAJ tu (yang sebenarnya tengah berbulu dengan klien projek tu).

8. 10.30 am: Aku terpaksa siapkan surat, push site supervisor untuk pi amik gambar site Ampang dan balik ke opis utk serahkan kamera (sorry Azmi…Deric punye pasal la ni) padahal Azmi ada banyak site lagi yang dia kene jaga. Kesian dia. Tapi what to do? (Azmi dah pon chop aku lady boss. Sigh…)

9. 12.30 pm: Harry call mintak itu ini. Nak tak nak aku kene la buat sebab gaji aku dia yang bayar. Deric cuma bayar claim je, itu pun tak seberapa (Tapi, angpow CNY haritu Deric yang bagi. Takpelah….layankan aje)

10. 2.45 pm: Berkejar ke MPAJ untuk hantar surat apply CF untuk projek Ampang tu. Minyak kete dah nak zero, tapi setakat dari opis ke Pandan Indah lebih dari cukup. Alhamdulillah tak jem. Cepat sampai. Cepat setel, walaupun aku dah tak senyum dengan Syakirin (mamat MPAJ yang marah aku padi tadi).

11. 3.30 pm: Setel. Aku lapar. Mau makan. Time tu dah pukul 3.50. Aku singgah kat Lite Café Pandan Indah…niat di hati nak makan spaghetti carbonara. (Pernah makan kat situ sekali dengan Mimi...carbonaranya antara yang paling sedap aku penah makan di Café melayu. Dan ada aku mention pasal WIFI? Nak check email from akitek dan Harry juga..sambil menyelam minum air..hihi)

12. 3.35 pm: Sampai je situ, park kereta betul2 depan Lite Café. Dah ada ulat tiket tunggu. Dia minta seringgit. Tak bayar kang dia calarkan kete aku pulak. Bagi je la. Aku dah terliur-liur ni nak makan carbonara sedap tuh. Pedulikkan diet aku untuk beberapa hari ni.

13. 3.38 pm:Dapat port best, aku mintak menu. Waitress tu bagi tapi dia kata boleh order air je. Hu? Kenapa pulak? Aku tanya mushroom soup pun dia kata takde..reason, chef kul 5 baru masuk. Hah??

14. 3.42 pm: Order cappuccino. And waitress tu kata TAKDE! Grrr…menguji kesabaran sungguh…dia kata jus buah je boleh…tu pun carrot and orange je. WHAT??? (aku bertanya dalam hati). Dah la aku tengah lapar ni! Luaran, muka aku cool lagi. Aku tak reti marah. Abis-abis pun buat muka serius. Lastly, aku order je la yang mana ada. Nak keluar, parking dah bayar. Ish…geram!

15. 3.43 pm: Bukak netbook. Takpelah tak dapat makan, mungkin ada hikmahnya. Mungkin bagus untuk diet aku. At least tak spoil. Agaknyalah. Tu ayat sedapkan hati je. Sambil tunggu internet connected. Tapi punya lama dah on, internet takde pun. Pelik!

16. 3.48 pm: Air carrot orange aku sampai. Aku tanya waitress tu pasal WIFI. Dia kata WIFI takde. What the ****??? Ya Allah…kali ni memang aku bengang takleh sorok dah. Tak sampai 2 minit sampai air tu habis aku minum (tu pun sebab lapar sangat). Pastu terus bayar dan off! Jangan harap aku akan singgah lagi ke situ!

17. 4.05 pm: On the way balik, Deric call cakap letter tadi nak kene fax ke opis klien before 5. Dia suh pinjam fax company sebelah. Aku jawab dengan suara takde mood giler. Whatever boss! Aku baru cadang nak singgah memana nak cari makan. Nampak gayanya straight to office la nih!

18. 4.20 pm: Sampai opis, aku mintak tolong Shue fax kat opis sebelah. Bila setel yang tu, ingat nak keluar lagi sekali cari makan, tapi memikirkan pasal parking yang tak tentu ada dan apa yang nak dimakan dengan mood pun dah tak baik, aku call Domino’s. Sebab Domino’s sentiasa cepat. Penah terlambat 5 minit, tapi diorg bagi kupon pizza free. Hihi. Kalau order McD, alamat terbaring kelaparan la aku dan order belum tentu sampai walaupun dah lebih sejam. Sedih kan?

19. 4.50 pm: Tak sampai ½ jam regular pizza BBQ chicken cheesy double decker crust aku sampai. Yeay!!! Aku pun makan sampai kenyang (diet??? Ape tuh? Hihihi), dan ajak Shue makan sama.

20. 5.00 pm: Time tu dah pukul 5 petang. Aku dah kenyang. Keje setel. Walau ada yang masih pending untuk esok hari, tapi ah..pedulikkan! Aku cuma berharap, esok akan jadi suatu hari yang aku suka. InsyaAllah… :)

10 comments:

  1. hmmm

    ni betol-betol digital diary neh!! =)

    ReplyDelete
  2. hahahaa...amik aku! bengang punye hal la ni...trus taip semua sebab taknak satu pun punca bengang tu tertinggal. hahaha!!

    ReplyDelete
  3. kak...i dah hilang bengang ok. huhuhu

    ReplyDelete
  4. kalo ler timesheet sy camnih.. alangkah baeknya...

    ReplyDelete
  5. huuu....complete! yap mmg xleh nak pertikai la cenggini. huhuhu

    ReplyDelete
  6. sambil membaca .. scha dapa bayangkan situasi dan riak wajah fidde yang comel tu ... hehehhehe ..
    windu fidde

    ReplyDelete
  7. hahaha...control comel scha..kene control comel. ramai orang tgk ni... hahaha!!!!

    ReplyDelete
  8. berpinar mata membaca setiap ayat, tapi saya amat kagum, sebab ia satu catatan yang amat jujur.

    ReplyDelete
  9. shueQry:
    haha. tq tq. bila semua simpan dalam hati macam tu la jadinya. entry panjang berjela. huhu~

    ReplyDelete

...kerana komenmu begitu berharga! :D